Jumlah Paparan Halaman

18.7.11

bantulah MATA - MATA kita.....


Orang Ramai Di Minta Serah Video Sebagai Bukti

Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu. "Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di Genting Highlands hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika menangani perhimpunan itu.

CUIT SIKIT:

Semasa bertugas di Palong Satu sekitar tahun 1995 dahulu, aku pernah bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengadakan pameran kerjaya dan bidang tugas jabatan berkenaan.

Salah satu pendekatan yang diadakan di masa itu ialah tayangan video tugas sebenar tugas anggota bomba dan salah satu video yang ditayangkan adalah video operasi menyelamat dan mencari mangsa runtuhan kondominium Highlands Tower di Hulu Klang.

Menurut maklumat, video berkenaan adalah hasil kerja anggota bomba yang menyertai operasi berkenaan. Sememangnya setiap operasi besar, pihak bomba akan merakamkan operasi di tempat kejadian, sebagai bahan rujukan.  Maknanya, di tahun 1990’an itu, telah ada dokumentasi kerja – kerja jabatan kerajaan secara fotografi dan video.

Apa yang aku nak katakan ialah, selepas hampir 20 tahun kerjasama aku dan bomba itu berlaku, hari ini ada pula pihak yang meminta bantuan awam untuk menjalankan tugas mereka. Sedangkan satu dunia tahu bahawa jabatan ini mempunyai jurugambarnya sendiri.

Seharusnya menyediakan video baik seperti yang mereka nak tunjukkan itu, bukanlah satu masalah besar. Sedangkan telefon bimbit murah buatan Negara Panda itu pun bagus kualiti gambarnya, inikan pula gajet fotografi dan videografi jabatan kesayangan ramai ini.

Tuan mata – mata, kalau dah susah sangat nak dapat video tu, carilah kat sini...


kata ada unit IT......kalau zaman MATA – MATA dulu memanglah perlu dibantu sebab tiada internet. TAKKAN itu pun aku nak ajar.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH