Jumlah Paparan Halaman

29.6.11

“MAT SAMAN” TERUS MENYAMAN…..

Kira-kira 200 peneroka dari gugusan Felda Kerteh, Dungun akan memfailkan saman mereka terhadap agensi kerajaan itu pada bulan Julai ini bagi menuntut dikembalikan wang caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 seorang.Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan memfailkan saman itu pada bulan depan bagi menuntut wang caruman itu yang sehingga sekarang ini belum dibayar balik…..


Posted by admin on June 29th, 2011

CUIT SIKIT:-

“Kita telah mengadakan pertemuan dengan Felda supaya membayar balik wang tersebut tetapi mereka mungkir janji. Saya yakin, peneroka akan menang dalam kes ini berdasarkan beberapa keputusan mahkamah yang lalu,” kata Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak).

keputusan mahkamah terbaru di Pahang dan Negeri Sembilan, mahkamah memberi kemenangan kepada pihak peneroka dan mereka dibayar sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Kata Aku…..

Apabila berkhidmat, berkhidmatlah dengan rasa kasih sayang kepada pelanggan kita [warga Felda].

Kalau kita berkhidmat menggunakan kepala lutuit, maka akan berlakulah saman – menyaman seperti sekarang ini. Kata ada TIMBANGTARA, mengapa tidak digunakan?

Jawapannya:-

Apabila peneroka menuntut hak, maka:
a)   Pengurusan Felda akan mengatakan mereka ini telah dipengaruhi pihak pembangkang.

b)  Ketua Peneroka akan mengatakan peneroka berkenaan tidak tahu bersyukur.

c)   BAPAK akan berkata, mengadulah dengan kami. Kami adalah biro rasmi aduan peneroka.

d)  ANAK turut berkata, mengadulah menerusi kami. Kami akan bantu anda sebaik mungkin.

e)   Jawapan di atas semua tidak betul kerana semua pihak tidak memenuhi tuntutan yang telah dimeteri bersama oleh Felda dan Peneroka menerusi surat perjanjian. Kembalilah kepada surat perjanjian berkenaan untuk mencari kebenaran.

Pengurusan Felda janganlah melihat semua isu yang berbangkit adalah angkara pihak pembangkang semata - mata. Lihatlah ianya sebagai manfestasi kejayaan anda membangunkan warga Felda selama ini.

Pelbagai program termasuklah pinjaman komputer peribadi kepada setiap peneroka, membolehkan mereka mendapat pelbagai maklumat terkini di hujung jari. Tatkala peneroka telah menikmati kehidupan moden di tahun 2000'an, jangan pula Pengurusan Felda masih berfikiran seperti zaman pembangunan tanah di tahun 70’an dahulu.

Berubahlah kerana pelanggan anda telah lama berubah…..satu jari yang anda tuding kepada orang lain, tiga atau empat jari yang lainnya, menuding kembali kepada anda.
BERHENTILAH MENYALAHKAN ORANG LAIN KERANA SAMAN - MENYAMAN INI BERLAKU KERANA ANDA TIDAK PERNAH PEKA DENGAN SUASANA SEMASA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH