Jumlah Paparan Halaman

10.6.11

AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI.....

Esok, 11-06-11, 8.45 malam, akan berlangsung perlawanan akhir [FINAL] Piala FA Malaysia 2011. Jika di England, Final Piala FA adalah perlawanan penutup tirai musim berkenaan, lain halnya di Malaysia. Masih ada lagi dua piala lagi yang menjadi rebutan.Kejuaraan liga super dan PIALA MALAYSIA.

PIALA FA YANG MENJADI REBUTAN

Di Malaysia, Piala FA adalah satu pertandingan kalah mati yang bolehlah dikatakan sebagai pertandingan ketiga terpenting buat para penyokong dan pasukan yang bertanding. Walau seteruk mana pun prestasi pasukan di peringkat liga,mereka tetap mengidam untuk memenangi PIALA MALAYSIA yang telah berakar umbi sebelum merdeka lagi.

Dalam ertikata yang lain, PIALA MALAYSIA adalah keutamaan, kedua kejuaraaan Liga dan ketiga, barulah diimpikan Piala FA.

Namun, apabila final kali ini mempertemukan dua pasukan yang paling hangat dengan sokongan, soal pertandingan itu kelas apa, sudah tidak menjadi persoalan lagi. Terengganu dan Kelantan adalah dua negeri yang secara tradisinya akan panas apabila bertemu di padang bola.

Mungkin juga kisah Pak Kaduk kalah menyabung ayam sehingga BESUT yang asalnya milik Kelantan bertukar menjadi milik Terengganu masih menjadi mimpi ngeri buat kedua - dua negeri. Itulah yang dikatakan Ayam Menang, Kampung Tergadai. Justeru, tidak hairan warga Besut, bertutur dengan loghat Kelantan dan meminati Dikir Barat bukannya menyukai Ulik Mayang.

Contoh klasik kepada kes di atas ialah Norsharul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo adalah anak jati Besut, Terengganu. Bertutur loghat Kelantan dan bermain untuk Kelantan malam esok.

CUIT SIKIT:

Sebagai anak Pahang, aku berbangga dua pasukan dari pantai timur, muncul di pentas final Piala FA. Kedua - duanya juga adalah calon juara Liga Super musim ini. Kedua - duanya juga adalah calon awal aku untuk bertemu lagi di Final Piala Malaysia.

Dan, kedua - duanya juga adalah pasukan yang berkemungkinan akan menang sorak tetapi kalah sabung. Bukan kerana ayam, tetapi kerana penyokong masing - masing yang sering kali lupa diri samada mereka menang atau kalah.

KEPADA PENYOKONG!.....
Jangan sampai kejadian membakar kerusi dan peralatan Stadium Nasional berulang kembali. Cukuplah FRU dan JPAM sahaja yang bertugas di stadium. Jangan pula ada anggota pasukan  Bomba dan Penyelamat Malaysia turut terpaksa bertugas di Stadium Nasional, malam esok. Jangan sampai pasukan anda menang tetapi mengalami kerugian kerana terpaksa membayar denda kerana kedangkalan fikiran anda yang bertindak liar.
KEPADA PENYOKONG!.....
Bola sepak hanya sukan, bukannya medium peperangan. Bola sepak adalah sukan yang gentleman sekiranya dimain dan disokong secara semangat kesukanan. Sayangilah TERENGGANU dan KELANTAN! Berikanlah yang terbaik malam esok dengan penuh semangat kesukanan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH