11-06-11 tarikh yang mungkin menarik untuk dikenang. Sekitar jam 11.30 malam berkenaan, Terengganu, Ya!TERANGGANU, bukannnya KELANTAN yang muncul juara PIALA FA.
Terengganu yang bangkit dari ketinggalan 2 gol kosong dan akhirnya menang 3-2 semasa separuh akhir pertama di Kuantan, melakukannya sekali lagi di final ini.
Mereka ketinggalan kepada jaringan cantik Nurul Azwan Roya di minit ke80. Bangkit melawan dan akhirnya menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Daudsu Jamaludin di minit ke 94. Menurut catatan Wan Fakhrul [sahabat fb aku], gol itu dijaringkan di minit ke 93'55".
Lima saat yang memisahkan antara tangisan duka dan tangisan gembira. 5 saat yang akhirnya membawa jauh Piala FA dari Kota Bharu. Lima saat yang mungkin sudah tidak dihiraukan lagi oleh Kelantan kerana fokus dan tumpuan adalah kepada upacara menjulang piala dan meraikannya bersama - sama penyokong, menjadi lima saat yang sangat penting buat Terengganu yang terdesak.
Di masa tambahan selama 30 minit selepas itu, aku lihat Kelantan sudah tiada lagi tumpuan dan fokus serta semangat melawan. Mungkin kesan lima saat itu, masih terbawa - bawa pada setiap pemain dan akhirnya mereka tewas dengan rembatan deras Ahmad Nordin Alias di minit ke 110. Walaupun masih berbaki 10 minit, Kelantan sudah tidak mampu bangkit lagi. Kelantan sudah punah dan tumpas serta hancur di padang ketika itu.
Kepada penyokong Kelantan, aku lihat, anda tidak pernah mahu menjadi dewasa dan bijak. Angkara sikap anda, permainan tertangguh 5 minit TATKALA Kelantan rancak menyerang. Ekoran pengguhan itu, aku lihat Kelantan seperti kehilangan momentum. Peluang itulah yang diambil Terengganu sehingga terhasilnya gol penyamaan yang sangat penting itu.
Penyokong Kelantan yang tidak cerdik itu telah membaling mercun ke kawasan penalti Terengganu dan hampir mengenai penjaga golnya. Anda memang tidak sayangkan pasukan Kelantan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan boleh dikenakan denda puluhan ribu ringgit akibat balingan mercun itu. Selama ini pun, KAFA telah banyak membayar denda kerana kebodohan penyokongnya. Kalau pun anda bodoh, jangan tampilkan kebodohan anda itu. Simpanlah baik - baik di kocek seluar anda.
Mungkin aku berbahasa kasar kali ini, tetapi yang nyata, kerana andalah,Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia turut terpaksa bertugas di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sesuatu yang tidak berlaku semasa final tahun 2010 diantaraNegeri Sembilan dan Kedah.
Jangan marah kalau ada orang yang menganggap orang Kelantan ni tak reti bahasa dan tidak mahu belajar daripada pengalaman lalu. LU FIKIRLAH APA YANG PATUT....dan contohilah penyokong Terengganu semalam yang tidak membuat onar walaupun hampir sahaja tewas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan