Jumlah Paparan Halaman

28.9.13

KEJUTAN LAGI.....

Hari kedua Suku Akhir Piala Malaysia menyaksikan kejutan lagi.

Memang satu kejutan apabila Kelantan bolos empat kali di Larkin. Sebelum ini, paling banyak Kelantan melepaskan gol dalam satu perlawanan domestik adalah tiga. Dua kali mereka melepaskan tiga gol berkenaan adalah di Kota Bharu. Bukan di arena lawan.

Sebagai rujukan, Kelantan tewas 1 - 3 kepada ATM pada 13 April 2013 semasa Liga Super. Manakala satu lagi perlawanan adalah semasa peringkat Kumpulan C Piala Malaysia 2013. Mereka tewas 2 - 3 kepada Negeri Sembilan pada 31 Ogos lalu.

Namun, biarpun ketinggalan dua gol, aku fikir Kelantan boleh melangkah ke Separuh Akhir seandainya menang 2 - 0. Tetapi rekod Darul Takzim FC di arena lawan juga agak baik. Empat kemenangan di Liga Super dan dua kemenangan di Kumpulan B Piala Malaysia menceritakan betapa panasnya pertembungan di Kota Bharu 5 Oktober nanti.

Jika ATM dan Negeri Sembilan boleh menang di Kota Bharu, masakan pasukan Bangsawan Selatan itu tidak mampu melakukannya.

Keputusan penuh Suku Akhir Pusingan Pertama dan jadual Suku Akhir Pusingan Kedua;

Laluan ke Shah Alam masih terbuka dan berliku buat lapan pasukan berkenaan.


Bak kata B. Sathia, we just lost the battle not the war. Aku setuju dengannya. Setiap pasukan sama menang, seri atau kalah, masih belum kalah seluruhnya. Tambahan pula yang tidak menang itu bakal menjadi tuan rumah pula Jumaat dan Sabtu nanti. Tetapi, yang ketinggalan dua gol tu, peritlah sikit.

CUIT SIKIT:

Semacam diatur - atur, kesemua empat pasukan yang bertandang ke arena lawan di pusingan pertama ini, tidak menang. Kecuali Sarawak, tiga Juara Kumpulan memulakan Suku Akhir dengan nota kekalahan.

Dan, bagaikan disepakati, dua kuasa Pantai Timur mempamerkan keputusan dalam bentuk kenduri gol.

Apakah kedua - duanya bakal bertemu di final? Sama - sama kita tunggu keputusan perlawanan berikutnya.

Yang pentingnya, Sang Gergasi dah menang piala sendiri.

27.9.13

KEJUTAN BERMULA.....

Sebagaimana dijangka, elemen kejutan bakal sinonim dengan Piala Malaysia musim ini.

Pahang yang dilabel mendapat talian hayat ke Suku Akhir memulakan kejutan tersebut dengan kejayaan. Selaku Naib Juara Kumpulan C, Pahang berhadapan lawan sukar sebenarnya.

PKNS FC yang cuma memerlukan lima perlawanan untuk mengesahkan tempat di Suku Akhir, mempunyai rekod baik di Stadium Darul Makmur.

Namun, nampaknya, bumi Pahang bukanlah tempat bertuah buat PKNS FC di Piala Malaysia ini.

31 Ogos lalu, mereka tewas 0 - 1 kepada FELDA UNITED FC di Temerloh. Dan, sebentar tadi,
Hatrik Conti sudah cukup bagi Pahang melakukan kejutan. Namun, jaringan Ronaldinho Wleh dan Mohd. Lot Abu Hassan membolehkan PKNS FC terus memburu Separuh Akhir.

CUIT SIKIT:

Keputusan yang baik buat PKNS FC. Aku katakan keputusan yang baik buat PKNS FC kerana inilah kali keempat mereka bersaing di Piala Malaysia. Dan, inilah kali pertama mereka melepasi halangan peringkat kumpulan.

4 Oktober nanti pastinya menjadi hari bertuah pula buat PKNS FC. Pemain - pemain mereka memiliki skil yang lebih baik berbanding pemain Pahang sebenarnya. Taktikal mereka juga lebih baik.

Dan, lebih penting, kerja sepasukan mereka juga lebih baik berbanding Pahang. Cuma, jaringan sahaja yang kurang.

Jika mereka lebih tajam di hadapan gol lawan, aku tidak merasa hairan sekiranya PKNS FC menjadi pasukan pertama ke final Piala Malaysia musim ini.

Selamat maju jaya PKNS FC.

26.9.13

BERMULA SAINGAN SUKU AKHIR.....

Esok akan bermula saingan Suku Akhir Piala Malaysia.

Pusingan pertama ini sepatutnya bermula hari ini dengan Lions XII FC bertemu ATM di Singapura. FAM mempercepatkan jadual Lions bagi membolehkan mereka turun menentang Selangor di Shah Alam, Sabtu ini.

Namun, Piala Sultan Selangor yang lebih merupakan perlawanan persahabatan , bukanlah tumpuan sebenar Lions XII FC. Piala Malaysia tetap menjadi keutamaan.

Jadual penuh Suku Akhir Pusingan 1;
Perlawanan pembuka tirai peringkat kalah mati diantara Pahang dan PKNS FC ini seumpama Final pulak. Dua stesen TV menyiarkannya secara langsung.

Pahang tewas 1 -3 ketika bertemu PKNS FC di Kuantan semasa Liga Super. Bagaimana pun, PKNS FC tewas 4 - 5 di Shah Alam.

Lions XII FC menang kedua - dua perlawanan Liga Super. Ini bermakna, ATM perlu berkerja keras Sabtu ini.

Menariknya, ATM menyingkirkan Lions XII di Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 menerusi sepakan penalti 5 - 4, setelah terikat 2-2.

Rekod pertemuan Darul Takzim FC dan Kelantan seimbang. Seri di Kota Bharu. Kelantan tewas 0 - 2 di Johor Bahru. Dan, Kelantan meraih kemenangan di Final Piala FA 2013.

Jika T - Team FC dan PKNS FC boleh memang di Johor Bahru ketika saingan Kumpulan B, aku fikir Kelantan juga boleh menang Sabtu ini.

Sarawak lebih unggul berbanding Sime Darby FC ketika saingan Liga Premier. Sarawak memang 1 - 0 di Kuching dan seri 0 - 0 di Selayang.

Ketika ramai pemerhati menjangkakan Sarawak boleh mengatasi Sime Darby, aku fikir anak - anak buah Ismail Zakaria itu bakal melakukan kejutan, Sabtu ini.

Kejutan amat sinonim dengan Sime Darby ketika saingan Kumpulan A tempohari. Kalu tak percaya, tanyalah ATM dan Selangor.

Apa jua keputusan diantara Sarawak dan Sime Darby ini, satu pasukan Liga Premier dari Balang 3 ketika undian lalu, akan ke Separuh Akhir. Jika Sime Darby yang layak, itu satu kejayaan buat pasukan yang mula menyertai Piala Malaysia sejak musim 2011.

Laluan lapan pasukan ke Shah Alam;
CUIT SIKIT:

Ketika heboh Perak sedang disiasat SPRM, aku terasa sunyi pulak di Seremban ini.

Maklum sahajalah, yang lebih dahulu riuh rendah pasal rasuah, bookies dan SPRM adalah PBNS.

Namun, hingga kini tiada satu khabar pun berkaitan siasatan awal atau siasatan lanjut. Atau, memang tidak disiasat pun.

25.9.13

SEORANG LAGI BAKAL BERHIJRAH.....

NAZRIN Nawi ke Darul Takzim FC. SHAHURAIN Abu Samah ke Felda United FC. Divaldo Alves pula entah ke mana.

Khabarnya yang hampir nyata, seorang lagi personaliti sukan negara bakal berhijrah. Khabarnya, rundingan di peringkat terakhir sedang rancak berlangsung.

Biarpun begitu, yuran perpindahannya tidak pula dinyatakan. Namun, ianya dijangka sesuatu yang lumayan.

CUIT SIKIT:

Yang menjadi topik kali bukan seorang personaliti di padang bola. Tetapi adalah seorang yang tersohor di tepi padang.
Gambar hiasan.
Tetapi yang paling wajib berhijrah ialah Mat Yo. Berhijrahlah menjadi seorang suami yang menguasai isteri bukan menjadi suami yang dikuasai isteri.

SYURGA seorang isteri adalah suaminya. Manakala NERAKA seorang suami adalah isterinya.

Paling mustahak, berhijrahlah untuk menjadi orang biasa. Kita bukannya kerabat diraja pun. Cuma sesekali *kerabat perut jer.

Bagi Orang Biasa mengaku Kerabat DiRaja tu adalah satu kesalahan di bawah Akta Menyamar.

Mengganggu tugas soerang petugas juga adalah satu kesalahan. Memaki hamun juga adalah satu kesalahan.

Lebih salah adalah bertindak bodoh memuatkan rakaman video bodoh ke internet.

*kerabat dalam bahasa utara bermaksud panjat atau naik.

23.9.13

TERKINI! WAJAH COACH BARU NS.....

KHABAR TERKINI DARI MEDAN RAHANG,

NS bakal mendapat suntikan jurulatih impot untuk musim 2014. Ini bermakna tiada jawatan Ketua Jurulatih buat Ridzuan Abu Shah. Namun, kerana kontraknya masih berbaki setahun, aku fikir beliau akan mendapat jawatan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden atau pun sebagai Penolong Jurulatih skuad utama.

Inilah wajah yang hampir pasti ke Seremban musim hadapan;
CUIT SIKIT:

Biarpun aku telah mendapat kepastian, aku tidak boleh mempamerkan wajah sebenarnya.

Biarlah Mr. Presiden PBNS yang membuat pengumuman rasmi.

KEKALKAN RIDZUAN ABU SHAH.....

Era Cemerlang Negeri Sembilan di Piala Malaysia tamat pada 21 September lalu. Jaringan penyamaan Saha di minit ke 87, bukan sahaja menyelamatkan Pahang tetapi juga menamatkan rentetan catatan cemerlang NS di Piala Malaysia.

Bermula 2009 sebagai JOHAN, NS mengakhiri saingan 2013 sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan C. -2 jaringan memisahkan Pahang di tempat kedua dengan NS.

Dikenali dengan pasukan sederhana di Liga Super, NS biasanya amat bergaya di Piala Malaysia. Namun, ianya tidak lagi berulang musim ini, biarpun NS memulakan aksi peringkat kumpulan dengan meraih tiga mata di Kuala Terengganu dan di Kota Bharu. Malangnya, NS hanya memungut dua mata di Paroi.

Dan, kekalahan 3 - 5 kepada Pahang itulah yang menjadi titik pemisah -2 jaringan diantara NS dan Pahang di hujung saingan.

CUIT SIKIT:

Kita seharusnya amat berbangga dengan Ridzuan Abu Shah yang bertaraf memangku itu. Catatan lapan mata, sebelas jaringan dan meraih dua kemenangan di arena lawan, adalah sesuatu yang amat cemerlang sebenarnya.

Tambahan pula, Duan bukanlah seorang jurulatih yang tersohor dan berpengalaman seperti AK dan WJ dahulu.

Karier kejurulatihan beliau bermula sebagai pembantu jurulatih Felda United sebelum dilantik sebagai Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Felda United.

Di situlah, dua Duan bergabung. Ridzuan Abu Shah dan Radzuan Abdullah [ anak peneroka Felda Pasoh Tiga ] bersama berjuang untuk Skuad Piala Presiden Felda United sekitar 2008 dan 2009.

Mungkin PBNS ada fikiran lain. Namun, aku fikir elok sekiranya diberikan peluang buat Duan Kobau ini untuk terus menerajui Skuad Liga Premier NS 2014. Dan, berikanlah beliau peluang untuk mencari barisannya sendiri tanpa perlu campur tangan dan kaki daripada pihak pentadbiran di Medan Rahang.

Mungkin bertambah elok seandainya Angah dilantik sebagai penolong jurulatih. Itu pun jika beliau ada lesen kejurulatihanlah.

21.9.13

3 MINIT YANG MENGHAMPAKAN.....

Keputusan penuh perlawanan keenam Piala Malaysia 2013. 
Carta Terakhir Kumpulan;
Jadual Suku Akhir;

Ulangan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 menjadi pembuka tirai saingan Suku Akhir 2013. 

Lain - lain perlawanan Suku Akhir;

Ulangan Final Piala FA 2013 bakal berlangsung di Johor Bahru dan Kota Bharu;

Juara dan Naib Juara Liga Premier 2013 bakal membuat perhitungan. Siapa juga yang menang, satu tempat di Separuh Akhir bakal diisi oleh pasukan daripada Liga Premier 2013.

Carta Penuh Peringkat Kalah Mati;

Mantan Juara Piala Malaysia yang terkandas;

Bukan satu. Tetapi ada ENAM MANTAN JUARA Piala Malaysia yang sangkut di peringkat kumpulan. Ketuanya? Tentulah Sang Gergasi MERAH PADAM.

CUIT SIKIT:

TIGA MINIT. Boleh jadi sangat pendek. Boleh juga menjadi sangat panjang. Dan, tiga minit itulah yang memisahkan NS daripada Suku Akhir Piala Malaysia 2013.

Tiada siapa yang boleh disalahkan kecuali, nasib yang tidak bersama - sama NS kali ini. Kelantan telah membuktikan tiada Pakatan Kota Bharu dengan Pahang. Namun, mungkin juga semangat This Is Pantai Timur, memberikan tonik tambahan buat Terengganu untuk meraih mata di Paroi sebentar tadi.

Buat NS, mulakan musim baru 2014 dengan wajah serba baru. Bukan mudah untuk kembali ke Liga Super 2015 kerana Johor dan Kedah pastinya bakal menjadi pencabar utama.

Saingan Pulau Pinang selaku Juara Liga FAM 2013 juga perlu diberikan perhatian. Begitu juga dengan Perlis. Dan, jangan pandang mudah cabaran pasukan kelab seperti Pos Malaysia dan juga S.P.A Putrajaya.

Tanpa sebarang piala musim ini, bangkitlah NS pada musim 2014.

HOBEN JANG HOBEN!

19.9.13

SABTU BAKAL PANAS.....

Jam 8.45 malam Sabtu ini, semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013 bakal bermula.

Dalam tempoh tiga tahun terakhir ini, bagi aku, inilah saingan Piala Malaysia paling sengit. Manakan tidak, setelah tamat lima perlawanan, masih ada 13 pasukan pasukan yang masih berpeluang untuk ke peringkat kalah mati.

Lebih menarik, buat semua pendahulu kumpulan, tiada satu pun pasukan yang telah mengesahkan kedudukan teratas di kumpulan masing - masing.

Jadi, semua perlawanan Sabtu ini bukan sahaja perlawanan penentuan tujuh pasukan ke suku akhir, malah, ianya juga sebagai medan percaturan kedudukan di setiap kumpulan.

KUMPULAN A:

SELANGOR yang TERSINGKIR AWAL menjadi pasukan penentu buat ATM dan Sime Darby FC.

Percaturan mudah, boleh berlaku Pakatan Selayang diantara ATM dan Sime Darby FC. Kedua - duanya bermain secara selamat dan meraih keputusan seri.

Namun, jika Selangor bermurah hati untuk tewas 0-5 kepada Johor, Sime Darby FC bakal tersingkir sekiranya ketiga - tiga pasukan terikat dengan 9 mata.

Soalannya, mahukah Selangor tewas kepada Johor? Akhirnya, samada di Selayang mahu pun di Shah Alam, saingan sengit pasti tercetus Sabtu ini.

KUMPULAN B:

12 MATA hanya mengesahkan PKNS FC ke Suku Akhir tetapi belum menjamin tempat sebagai B1.

Pasukan Bangsawan dari Larkin pasti mahu merampas kedudukan B1 sebagai penanda aras mereka. DTFC boleh menamatkan saingan kumpulan sebagai B2 dengan mencari keputusan seri. Tetapi, adakah itu status sebenar mereka?

Misi mustahil T - Team boleh bertukar keajaiban sekiranya menang dengan enam atau tujuh gol ke atas Felda United dan Darul Takzim FC tewas di Larkin.

Jika ini berlaku, eloklah SPRM membuka siasatan tanpa menunggu aduan sekiranya SOP mereka membenarkannya.

KUMPULAN C:

Seperti Kumpulan A, kumpulan ini juga mempunyai "tricky" tersendiri. Kuasa Pantai Timur melalui wakil mereka, Terengganu boleh meranapkan impian NS ke Suku Akhir.

Boleh juga muncul PAKATAN KOTA BHARU untuk Pahang dan Kelantan bersama ke Suku Akhir. Namun, jika Terengganu gagal meraih mata di Paroi manakala Kelantan dan Pahang sekadar seri di Kota Bharu, KELANTAN bukannya NS bakal tersingkir.

Jika ini berlaku, Kota Bharu pastinya PANAS selepas usai perlawanan tersebut.

KUMPULAN D:
KUMPULAN PALING " TRICKY " apabila tiada satu pun pasukan yang telah sah tersingkir mahu pun sah ke Suku Akhir.

Apabila PAKAR SERI menang di Ipoh, Selasa lalu, saingan kumpulan ini menjadi sangat terbuka. Ianya ditambah pula dengan kegagalan Sarawak mengelak tewas di Singapura semalam.

Sabtu ini, ruang dan laluan semakin jelas buat SARAWAK dan KEDAH ke Suku Akhir. Syaratnya, mereka WAJIB MENANG di arena sendiri.

Andainya Lions XII FC dan Perak yang tersingkir, ianya bolehlah dianggap satu lagi catatan sejarah Piala Malaysia, apabila dua pasukan dari Balang 3 dan Balang 4 semasa undian, muncul sebagai penguasa kumpulan.

PERINGKAT KALAH MATI:

Sekitar jam 10.45 malam, Sabtu ini, kita bakal mengetahui samada nota yang dibekalkan oleh FAM berkaitan Lions XII FC itu berguna atau tidak. Bagi aku, ianya hampir pasti tidak digunapakai kerana rekod Lions XII di arena lawan setakat ini, amat mendukacitakan.

CUIT SIKIT:

Di penghujung Liga Premier Mei lalu, timbul isu NO LIVE NO PROBLEM apabila Astro tidak mengadakan siaran langsung dari Kuching. Ianya bertambah panas apabila meletus pula isu Liga Cap Ayam di stesen radio penaja itu.

Di pelbagai wall fb, banyak juga permohonan maaf daripada penaja kepada Kaki Bola Sarawak. Malah ianya dibuat dalam pelbagai bahasa etnik di negeri berkenaan.

Dan, jika sebelum ini, Astro hanya mengadakan siaran tertunda dari Kuching, Sabtu ini perlawanan SARAWAK bertemu PERAK bakal disiarkan live menerusi TV1.
Selamat bersaing terutamanya di kalangan TOP FOUR Liga Super kerana tiga pasukan lagi boleh menurut jejak Selangor sekiranya tidak menang Sabtu ini.

Buat NS, selamat berjuang dan jangan ulangi prestasi koyak Selasa lalu.

17.9.13

TAK SEMPAT SABTU, SELANGOR DAH OUT.....

 KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN KE 5 WATSON PIALA MALAYSIA 2013.
Tanpa perlu menanti apa jua keputusan diantara Lions XII dan Sarawak esok, PKNS FC muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke Suku Akhir.
Ketika PKNS FC bergembira di Shah Alam, Si ABANG BESAR PIALA MALAYSIA, Selangor pastinya MERAH PADAM di Selayang. Muncul pasukan pertama dari Kumpulan A tersingkir. Itulah pencapaian terkini skuad Naib Juara Liga Super 2013 itu.

NS gagal mengulangi pencapaian cemerlang menang di arena lawan. Namun, jalan masih luas terbentang apabila turun menentang Terengganu di Paroi, Sabtu ini. Jangan berduka Jang dan Milah biarpun NS tewas 0 - 3 kepada Pahang.

CUIT SIKIT:

Sabtu ini, samada Johor, ATM atau Sime Darby FC bakal menuruti jejak Gergasi Merah Padam itu untuk tersingkir daripada peringkat kalah mati.

Ketika PKNS FC sudah mengesahkan tempat, satu lagi pasukan, Johor DTFC bakal tersingkir sekiranya tewas Sabtu ini. T - Team FC boleh menjadi pasukan kedua layak ke Suku Akhir dari Kumpulan B. Sementelahan pula lawan mereka adalah Felda United FC yang telah sah tersingkir itu.

NS pastinya perlu memang bertemu Terengganu. Ini bagi memastikan tiada pakatan pantai timur berlaku di Kota Bharu. Sekiranya Pahang dan Kelantan bermain untuk seri, satu daripada mereka bakal tersingkir. Jika NS menang dan Pahang tidak kalah di Kota Bharu, maka, NS dan Pahang akan ke Suku Akhir.

Kemenangan Kedah di Ipoh membuka kembali persaingan Kumpulan D itu. Pastinya laluan Perak dan Lions XII amat berliku.

Sabtu nanti, Kedah bertemu Lions XII di Alor Setar dan Sarawak bertemu Perak di Kuching. Kedua - dua tuan rumah boleh ke Suku Akhir seandainya menang.

6.9.13

PEMAIN KOREA CIPTA REKOD DUNIA.....

Menjelang sepak mula Pestabola Merdeka 2013, Myanmar, bukan Malaysia, bukan juga Thailand, jauh sekali Singapura mendapat suntikan semangat luar biasa.


Myanmar dilatih oleh seorang bangsa Korea yang amat sinonim dengan Pestabola Merdeka itu, pasti boleh muncul juara dengan mudah.

Maklum sahaja, berdasarkan laporan Kosmo hari ini, jurulatih Myanmar itu sudah menyertai Pestabola Merdeka sejak berusia DUA TAHUN.....

Tanpa ada rasa kemaluan, wartawan Kosmo ini amat bangga menulis usia pemain berkenaan adalah 58 tahun. Usia Merdeka bermula 1957 itu hanyalah 56 tahun. Jadi, bukan salah aku, sekiranya aku menganggap Park Sung-Hwa adalah pemain bola yang telah mencipta rekod dunia.

Pada usia dua tahun, beliau telah diberikan kepercayaan oleh negaranya menyertai Pestabola Merdeka 1957. Semasa diturunkan itu, aku percaya Sung-Hwa pastinya turut menghisap puting kosong dan memakai lampin. Semasa rehat separuh masa, ketika rakan sepasukan menghilangkan dahaga dengan minum air suam, Sung-Hwa pastinya baring melentang menghisap botol susu.

Situasi yang amat membanggakan Korea. Setakat ini, Pele, Maradona, Kevin Keegan, Messi, Neymar dan Shafiq Rahim gagal mencabarnya. Nazrin Nawi pun tak mampu untuk memecahkan rekod ini.
Lebih menarik, Datuk Soh Chin Aun [1950] dturut menyertai Pestabola Merdeka Edisi Pertama itu pada usia 7 tahun.

Hanya fakta yang benar adalah pertembungan Soh Chin Aun [ Datuk], Santoh Singh [Datuk] dan Mendiang R. Arumugam dengan trio Korea pada 1977 dan 1978 sahaja.

CUIT SIKIT:

Apakah kaitan laporan tak masak ini berkaitan dengan akhbar Kumpulan Utusan yang dikatakan ramai pihak seringkali membuat laporan tipu khususnya berita politik?

Jika benar, amat malanglah Malaysia yang baru menyambut Ulangtahun ke 56 Kemerdekaannya, kerana mempunyai akhbar yang menggaji wartawan pemalas dan editor tongong.

Laporan berkaitan sejarah ini adalah fakta. Tidak boleh diputarbelitkan sesodap tokak yo. Fakta tetap fakta. Bukan Auta.

Hampir keseluruhan wartawan di Malaysia sekarang ini lulusan IPT. Tapi bodoh dan pemalasnya seperti bebudak tadika jer.

5.9.13

SIVA & FABIO BERBISO.....

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013  setakat ini... 
Enam pemain yang telah menjaringkan gol lebih daripada dua. Lima adalah pemain impot. Bakinya anak tempatan yang bukan pula penyerang tulin. Petanda betapa gersangnya penyerang tempatan di pentas Piala Malaysia ini.

Lebih menarik, dua pemain NS mengisi enam slot penjaring terbanyak itu. Itulah kunci kejayaan NS setakat ini.
CUIT SIKIT:

Apabila Sivanesan dan Fabio Barbosa yang BERBISO, King Gobal sepatutnya menilai semula keupayaan jentera serangan pasukan Harimau Malaya terkini.

Memang Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol ketika bertemu FC Barca. Namun, Amri juga gagal menjaringkan gol ketika bertemu Johor dan Sime Darby FC.

Setakat ini jaringan para penyerang Harimau Malaya adalah;
1. SAFEE SALE - 2 gol. 0.5 gol/perlawanan Piala Malaysia.
2. MAT YO - 2 gol. 0.5 gol/perlawanan Piala Malaysia.
3. AMRI YAHYAH-1 gol. 0.25 gol/perlawanan Piala Malaysia.

Jumlah jaringan 3 PENYERANG UTAMA pilihan King Gobal itu, hanya dijaringkan oleh seorang pemain midfield NS, S. Sivanesan.

Jika diambilkira kadar jaringan itu, peluang Malaysia untuk menang ketika bertemu Bahrain pada 15 Oktober nanti agak tipis. Apatah lagi, Bahrain setakat dua perlawanan Kumpulan D ini, belum melepaskan sebarang gol kepada lawan. Itu belum diambilkira situasi pertahanan negara yang mudah hilang fokus.

Untuk layak secara merit ke Australia pada 2015, Malaysia WAJIB samada berada di tangga 1 atau 2 Kumpulan D.

Laluan pilihan yang seterusnya adalah muncul sebagai pasukan terbaik di kalangan lima pasukan yang menduduki tempat ke 3 setiap kumpulan.

Dan, setakat ini, Malaysia berada di tangga kedua carta laluan kedua itu, di belakang Iraq. Maknanya, peluang Malaysia ke Australia itu amat berliku dan penuh ranjau.

Mungkin itulah sebabnya, telah dilaporkan berbaris jurulatih luar dan dalam negara sedang menanti saat untuk melaporkan diri di Wisma FAM 1 Januari 2014 nanti.

1.9.13

MENCARI C1 & C2.....

Kemeriahan sambutan Merdeka di Negeri Sembilan pastinya tambah berseri apabila keputusan hari ke 4 Piala Malaysia 2013 menyebelahi pasukan NS.

Selaku pasukan dari balang 4 ketika proses undian, tiada siapa yang berani meletakkan harapan buat NS ketika itu. Sehabis baik tanggapannya hanyalah selaku pasukan pengacau.

Ketika ini, segala - galanya sudah berubah. NS sudah berjaya mengikut jejak ATM di Kota Bharu. Kelantan tewas 1 - 3 kepada ATM pada 13 April lalu. Kekalahan tunggal kepada pasukan tempatan di Kota Bharu buat tuan rumah. Satu lagi kekalahan Kelantan di Kota Bharu adalah di pertandingan Piala AFC. Kelantan tewas 0-2 kepada Kitchee FC dari Hong Kong pada 14 Mei.

Mengimbas kembali pencapaian cemerlang NS setakat ini, aku paparkan keputusan dan carta kumpulan setiap hari perlawanan.
Hari demi hari;



Mata maksima;
Baki perlawanan;
Setelah usai empat perlawanan, tiada satu pun pasukan dari kumpulan ini yang telah mengesahkan tempat di suku akhir.

Malah, tiada juga satu pasukan pun telah sah tersingkir daripada saingan. Keempat - empatnya masih di landasan yang tepat untuk meneruskan saingan.

Aku fikir C1 dan C2 bakal ditentukan pada hari terakhir saingan peringkat kumpulan, 21 September. Dan, tugas pengacau bukan lagi terpikul oleh NS. Sebaliknya, tugas ini sudah beralih ke Terengganu.

Ramalannya begini;

17 September: Pahang dan Terengganu menang. Kedudukan carta akan menjadi;
PAHANG- 8 mata. NS-7 mata. TERENGGANU-7 mata. KELANTAN-5 mata.

21 September: NS dan KELANTAN menang. Kedudukan carta akan berakhir begini;
NS- 10 mata. PAHANG- 8 mata. KELANTAN- 8 mata. TERENGGANU- 7 mata.

C1 - NS. C2 - PAHANG / KELANTAN [ tertakluk kepada perbezaan jaringan / jumlah jaringan / jumlah bolos ].

Namun, jika NS berjaya meneruskan fenomena MENANG DI ARENA LAWAN pada 17 September, satu daripada dua tempat ke suku akhir bakal menjadi milik NS. Satu lagi tempat bakal menjadi rebutan PAHANG, KELANTAN dan TERENGGANU. Itu pun jika Terengganu menang ke atas Kelantan.

CUIT SIKIT:

Apa yang perlu dilakukan oleh keempat - pasukan khususnya NS, adalah mengekalkan momentum kemenangan dan mengelakkan daripada kalah dua perlawanan terakhir itu.

Rehat lebih dua minggu itu pasti mematikan mood dan prestasi terkini setiap pasukan. Namun, ianya juga baik untuk merawat kecederaan pemain. Baik juga untuk membolehkan menilai kembali prestasi terperinci setiap perlawanan sebelum ini.

DAN, faktor utama kebangkitan NS sekarang adalah kerana ketajaman dua pemain ini;
NO.16: 

S.SIVANESAN MENGETUAI SENARAI PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013 DENGAN 5 GOL.


NO.20: 

FABIO DI TANGGA KE2 SENARAI PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013 DENGAN 4 GOL.


SEMBILAN gol menerusi empat perlawanan adalah kurang dua berbanding sebelas gol dalam 22 perlawanan Liga Super musim ini.

Itulah punca kejayaan NS setakat ini. Namun, setakat ini, NS hanya menang pertempuran, bukan memenangi peperangan secara keseluruhannya.

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH