Jumlah Paparan Halaman

28.11.12

PIALA AFF SUZUKI 2012 2.....

Malaysia 4 Laos 1.

Misi WAJIB MENANG telah terlaksana. Satu gol menerusi bola mati dan 3 gol menerusi gerakan padang yang agak menarik, membawa Malaysia sedikit ke separuh akhir.

Ianya turut dibantu oleh aksi Laos yang tidak mempunyai pemain kreatif di bahagian midfield. Jika barisan midfield Laos seperti barisan midfield Singapura tempoh hari, aku fikir sukar untuk Malaysia mendapat lebih daripada 2 gol.

Zubir Azmi, S.Kunanlan, Mahali Jasuli, Wan Zack dan Shakir Shaari bagi aku telah memberikan yang terbaik daripada mereka. Kecuali Kuna, lain - lain nama itu bukanlah pilihan pertama King Gobal. Namun, akhirnya yang bukan idaman itulah yang muncul menjadi pujaan. Kekalkan mereka di kesebelasan utama.

Kekalahan Singapura 0 - 1 kepada Indonesia sebelum itu, telah meletakkan Kumpulan B ini penuh tricky dan menjadi tanda tanya siapa sebenarnya penguasa kumpulan ini.

Usai perlawanan kedua, Indonesia mendahului dengan 4 mata. Singapura di tangga kedua, 3 mata dengan perbezaan 2 jaringan gol. Malaysia juga 3 mata tetapi 0 beza jaringan di tangga ke tiga. Laos, dengan 1 mata, masih boleh ke separuh akhir dengan wajib menang ke atas Singapura di perlawanan terakhir.

Malaysia pula tiada pilihan lain selain WAJIB MENANG ke atas Indonesia Sabtu ini. Dengan 2 perlawanan berlangsung serentak di Bukit Jalil dan Shah Alam, King Gobal tiada pilihan selain mengekalkan momentum kemenangan selain meningkatkan lagi rentak pasukan.

Dengan jangkaan Singapura dijangka tiada masalah untuk mengatasi Laos, Malaysia perlu menang tidak kira berapa jaringannya. Keputusan seri atau kalah, akan memberikan ruang untuk Indonesia ke Separuh Akhir.

Mungkin boleh gembira malam ini tetapi tidaklah sampai ke peringkat berpesta. Kita cuma memenangi satu pertempuran. Belum pun menang peperangan.

CUIT SIKIT:

Buat King Gobal, aku hanya akan memuji anda sekiranya menang dengan Indonesia menerusi aksi menarik dan rentak permainan yang menghiburkan.

Jika masih ada lagi aksi over lapping tanpa tiket balik seperti aksi yang memberikan gol tunggal Laos tadi, itu bukan aksi jaguh sebenar.

Dua pasukan terbaik Kumpulan B akan muncul Sabtu ini. Harap - harap, satu daripadanya, adlah Malaysia.

AUM! GHIMAU AUM!

27.11.12

AKU ORANG TAN SRI.....

Baru - baru ini aku berkesempatan untuk berbual dengan seorang peneroka. Sebagai kawan, banyak perkara yang kami bualkan di sepanjang kira - kira 3 jam pertemuan itu.

Menarik perhatian aku, ayat maut seorang Penolong Pengurus Besar Wilayah yang baru menduduki kerusi berkenaan. Khabarnya, mamat itu telah meluahkan kata - kata " Kau jangan tak tau, aku ni orang Tan Sri. Boss aku pulak, orang Dato' Seri ".

Setahu aku, ayat aku orang sipolan atau aku orang sianu, adalah ayat politik. Di sepanjang 28 tahun berkhidmat, tidak pernah aku mendengar ada Mamat Felda yang berani menyebut beliau adalah orang sipolan yang mempunyai anu.

Jika ada pun, mereka pasti berkata, AKU ORANG FELDA. Tetapi, kini sudah ada Mamat Felda yang mengaku dia orang Tan Sri. Macam bongkak dan seperti ugutan bunyinya.

Seperkara lagi, mamat tersebut juga khabarnya telah menetapkan apa sahaja program yang telah diatur disepanjang 2012 yang masih belum dilaksanakan, akan dibatalkan. Sebabnya, itu adalah program boss dahulu. Mulai suku tahun keempat 2012, program baru akan dilaksanakan sebab sudah ada boss dan penolong boss yang baharu.

CUIT SIKIT:

Jika benarlah senario itu, aku fikir tidak lama lagi lingkuplah pentadbiran Felda wilayah berkenaan.

Apabila top admin bercakap bahasa politik, maknanya dia tiada keyakinan diri untuk menjadi boss. Jika dah tak mampu nak menjawab isu, pastinya pihak yang berkaitan akan mengaitkan dirinya dengan sipolan beranu di peringkat lebih atas.

Membatalkan program yang telah dijadualkan sebelum ini, mempamerkan sikap gelojoh mamat berkenaan. Jika hendak melaksanakan program mengikut selera sendiri pun, biarlah habis tahun 2012. Sabarlah sikit. Dua bulan sahaja lagi.

Di tahun 2013 nanti, belasahlah secukup rasa. Ikutlah kehendak tekak dan perut sendiri kerana itu adalah program anda.

Akhirulkalam, aku rasa cam bodoh pulak Felda melantik mamat tu untuk berada di kerusi nombor 2 wilayah tu. Tapi, nak buat camno. Itu ajo yang ado.

Kayu pun kayulah. Banir pun banirlah. Janji kerusi tu terisi. Suko kaulah jang oi!

26.11.12

PIALA AFF SUZUKI 2012 1.....


25 November 2012 bukanlah hari terbaik buat pemerhati, pengkritik dan pencinta bola sepak Malaysia.
 
Langkah sulung Juara Bertahan berakhir dengan sumbang dan bersimpang - siur. Kalah 0 - 3 di laman sendiri kepada jiran di hujung kaki bukanlah berita yang ingin didengar dan dibaca.
 
Lebih pedih, kekalahan itu diwarnai kegagalan mempamerkan aksi berkesan sebagai Juara Bertahan. Mual dan loya apabila para pemain negara seperti tidak menghargai kehadiran khas YAB Perdana Menteri ke padang latihan mereka baru - baru ini.
 
Lebih meloyakan, kehadiran Motivator Tersohor Dato' Dr. Fadhilah Kamsah juga gagal membangkitkan semangat juang pemain negara. Rasa nak termuntah apabila aksi Aidil dan Fadhli Sas sebagai centre back seperti aksi di kejohanan MSSM. 2 gol Singapura terhasil kerana aksi loya dan mual dua centre back berkenaan yang seperti hidup di dua alam berbeza.
 
Hampir termuntah apabila penjaga gol bertaraf selebetriti itu melakukan aksi kejohanan Sukan Untuk Semua di peringkat mukim.
 
Secara keseluruhannya, pemain negara seperti tidak pernah tersedar daripada lamunan dan mimpi indah kerana bakal menikmati gaji yang lebih besar di Liga M 2013 setelah berpindah pasukan.
 
Seperti ada pakatan, para pemain tidak memberikan fill comitment untuk negara sebab nak jaga kaki supaya mampu meledak buat majikan baru di Liga Super musim hadapan.
 
Dan, mungkin lebih teruk ialah, adanya usaha untuk melihat King Gobal tersingkir dengan segera daripada kerusi empuk Ketua Jurulatih Negara.
 
Tatkala, Chelsea segera memecat Ketua Jurulatih yang mula lembam hanya enam bulan selepas menjulang piala Juara - Juara Eropah, bagi aku, FAM perlu melaksanakan tindakan serupa kerana kejayaan lalu itu sudah pun dua tahun berlalu.
 
Pecatlah sesiapa jua yang berkaitan pasukan sekiranya itu boleh mengubah semula aksi para pemain.
 
CUIT SIKIT:
 
King Gobal pasti berkata, 2010 dulu kita kalah di perlawanan pertama tetapi akhirnya muncul juara.
 
Memang benar dan tepat 100 peratus fakta itu. Namun, kali ini amat berbeza kerana dua tahun lalu, kita kalah di arena lawan. Tahun ini kita kalah di laman sendiri. Bezanya bagaikan langit dan bumi.
 
Laos yang datang daripada perlawanan kelayakan itu pun mampu mendapat satu mata di perlawanan pertama, Malaysia sebagai tuan rumah, bukan sahaja gagal mendapat tiga mata, malah melepaskan tiga gol pula.
 
King Gobal! 2010 dan 2012 sudah tidak sama lagi.

20.11.12

KING GOBAL JANGAN PANIK.....

Tanggal 20 November 2012 pastinya menjadi hari kebesaran buat warga Bangladesh yang berada di Malaysia.
 
Semuanya kerana kejayaan Bangladesh mengikat Malaysia dengan 1-1 di satu perlawanan persahabatan terakhir buat Malaysia lima hari sebelum sepak mula mempertahankan kejuaraan Piala AFF.
 
Telah ditegur oleh Timbalan Presiden 1 FAM supaya King Gobal tidak lagi melakukan eksperimen. Telah disaran, juga oleh Timbalan Presiden 1 supaya mempamerkan persembahan menarik dengan karakter yang meyakinkan.
 
Mendahului satu gol, King Gobal menurunkan barisan kedua di separuh masa kedua dengan merehatkan empat pemain utama. Hasilnya, permainan di separuh masa kedua menjelasakan betapa rosaknya pasukan Malaysia sekarang.
 
Sebulan berlatih bersama. Sudah pun dibawa melancong ke Vietnam dan Thailand. Sudah pun makan angin di Pulau Pangkor, natijahnya malam tadi, para pemain Malaysia tidak sepakat dan serasi.
 
Seperti ada kegagalan dalam proses pembentukan pasukan sehingga hantaran - hantaran nampak selekeh. Tiada komunikasi berlaku dikalangan pemain. Jika tiada komunikasi dan hantaran tepat berlaku di padang, pasti pasukan berkenaan mengundang masalah.
 
Sesuatu yang jelas, barisan simpanan Malaysia yang dipilih oleh King Gobal tidak mampu mengisi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku musibah kepada pemain utama.
 
Di peringkat antarabangsa dengan bebanan sebagai Juara Bertahan, bukan sebelas tetapi dua puluh tiga pemain perlu mempunyai kebolehan yang seimbang supaya pasukan tidak goyah.
 
Dan, setakat ini, seperti tidak wujud Barisan Simpanan Impian yang boleh menjadi Super Sub apabila diperlukan.
 
CUIT SIKIT:
 
Buat King Gobal, JANGAN PANIK.
 
Buat King Gobal, JANGAN DENGAR SARANAN ORANG LAIN. WAIMA teguran Timbalan Presiden 1 sekali pun.
 
Buat King Gobal, JANGAN LAYAN apa jua tulisan di dada akhbar.
 
DAN, buat King Gobal JANGAN GABRA apabila membaca kritikan, kutukan dan sebaagainya di blog - blog seperti ini.
 
KING GOBAL! Jangan pedulikan jua apa - apa posting di mana - mana wall facebook.
 
Semuanya Jangan Peduli. Sebabnya, jika kalah nanti yang kena buang kerja adalah King Gobal. Bukan kami.
 
Jangan Layan semuanya. Kerana yang cintakan pasukan bola sepak Malaysia adalah King Gobal seorang. Sebagai RAKYAT MALAYSIA, kami termasuklah Menteri Belia dan Sukan serta Timbalan Presiden 1 FAM tidak termasuk di grup yang cinta dan sayangkan pasukan bola sepak Malaysia.
 
Aduhai King Gobal, teruskanlah dengan cara permaian ala - ala TASKA ini kerana yang kenal pemain adalah anda bukannya kami.
 
Terima kasih kepada Warga Bangladesh yang hadir lebih ramai berbanding Rakyat Malaysia tadi. Itu tandanya Rakyat Malaysia masih sayangkan King Gobal dan Harimau Malaya.
 
Akhirnya, selamat maju jaya King Gobal. Pekakkan telinga, bisukan mulut dan buatlah cara King Gobal dan Pemain Yang Saya Kenal Itu sesuka hati.
 
Tak menang Piala AFF, SIAP KAU!

TAHNIAH MBFM.....

16 hingga 18 November lalu, buat kesekian kalinya, aku mengendalikan program di Berhulu Camp, Jempol, NS.
 
Dan, buat kesekian kalinya, telur rebus tetap menjadi perangkap minda buat para peserta.
 
Setelah para pelajar semester 1 Diploma Perbankan Islam Politeknik Nilai terpedaya, kali ini, seramai 113 orang remaja Felda mewakili kesemua Wilayah Felda di Semenanjung Malaysia, gagal melepasi ujian penyimpanan telur rebus.
 
Sekali lagi para peserta gagal membezakan telur amanah dan telur rebus. Di Berhulu Camp, kami tidak menguji peserta dengan beban mengusung telur ke hulu ke hilir. Di sini, kami hanya menguji peserta dengan cabaran lasak secara fizikal dan minda.
 
Sekali lagi, tempat terbaik untuk menyimpan telur rebus adalah di dalam perut. Bukannya di dalam poket.
Secara keseluruhannya, aku memuji anak - anak Felda ini kerana bukan sahaja menjadikan jalanraya sebagai medan menunjuk bakat. Mereka juga dengan jayanya telah menjadikan jalanraya sebagai tempat tidur. Maklumlah, jam 3 pagi setelah melalui seharian aktiviti lasak, di mana jua yang kita lepak, pasti kita akan terlelap.
 
Remaja Felda yang hadir di Program Eksplorasi Remaja Felda 2012 anjuran JK Rakan Muda MBFM pasti tidak dapat melupakan 'The Muddy Obstacle' yang merupakan satu - satunya di dunia. Jika Felda hanya satu di dunia, begitu juga Berhulu Camp.
 
Tahniah kepada Syahmi dan Siti Zaleha yang berjaya mempamerkan bakat sebagai pemimpin dengan kejayaan menjadi Ketua Peserta Program yang berkesan. Dan, aku bangga kerana kalian adalah anak Felda yang sedang dan telah menamatkan pengajian di IPT.
 
Buat Affendy Salleh selaku Pengarah Program, aku ucapkan terima kasih kerana membawa program ini ke Berhulu Camp. Tahun hadapan bawa lagi tau.
 
CUIT SIKIT:
 
Aku tawarkan Program Kepimpinan Khas MBFM 2013 jika sudi. Yang wajib hadir adalah Naib Pengerusi 3 MBFM Wilayah yang dikenali sebagai Naib Pengerusi Remaja.
 
Jika menjadi kenyataan, para peserta tidak lagi diuji secara fizikal, tetapi akan diuji secara minda pula.
 
ADA BERANI KA MBFM?
 

14.11.12

REVIU MALAYSIA VS HONG KONG.....

Malaysia 1 : Aidil Zakuan  & Apex 1.
 
Andainya yang berjersi merah itu Singapura dan Indonesia dan Malaysia bermain hampeh seperti tadi maka, bungkuslah perjuangan di kumpulan B.
 
Ada sedikit peningkatan tetapi yang hampeh itu tetap gagal diperbaiki. Seperti biasa, hantaran adalah aspek paling selekeh. Seperti ianya tidak pernah dititik beratkan semasa latihan.
 
Midfield sebagai jentera pasukan sekali ada. Namun, dua kali tiada. Maknanya, bahagian itu yang dimainkan oleh Shafiq Rahim dan Amar Rohidan GAGAL secara keseluruhannya.
 
Pertahanan merupakan bahagian yang paling fail. Aidil dan Fadhli serta Zubir dan Bunyamin seperti tidak pernah hidup bersama. Semacam tiada langsung komunikasi sesama mereka.
 
Serangan? Mana mungkin Mat Yo dan Safee Sali boleh mendapatkan jaringan jika tiada hantaran baik daripada bawah. Bukan sahaja hantaran cantik daripada Shafiq, sepatutnya ada juga hantaran jauh dari pertahanan yang bertaraf 'killer pass' seperti yang dilakukan Hong Kong di lima minit terakhir separuh masa pertama.
 
Keseluruhannya, di mata aku, bebudak dan Bapak Budak Harimau Malaya ini seperti langsung tidak berlatih sejak mereka mula dikumpulkan usai suku akhir Piala Malaysia lalu.
 
CUIT SIKIT:
 
Buat King Gobal, jika beginilah cara dan corak permainan Malaysia setelah dua tahun memikul gelaran JOHAN PIALA AFF SUZUKI [ Jaguh ASEAN ], maknanya, skuad kendalian anda bukannya semakin meningkat malah semakin menurun.
 
Jika tiada peningkatan begini berlaku di negara lain, aku fikir King Gobal sudah lama hilang kerja.
 
Mungkin juga sudah ada 'players power' di dalam pasukan. Sudah ramai Ketua Jurulatih tersungkur angkara players power ini. 
 
Maksud players power adalah tindakan protes pemain di padang dengan cara bermain tidak mengikut arahan dan perancangan jurulatih kerana sudah tidak sebulu lagi. Fikir - fikirkanlah. 

PREVIU MALAYSIA V HONG KONG.....

Malam ini, usai sambutan tahun baharu Islam 1434H, akan berlangsung perlawanan persahabatan Pra Piala AFF Suzuki 2012.

Bertemu Hong Kong, Malaysia tidak boleh lagi dibuai mimpi menang 3-0 sebulan lalu. Biar pun menang, aku fikir prestasi Malaysia ketika itu masih belum menggambarkan keupayaan sebenar mereka untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010.

Ketika sepak mula Piala AFF Suzuki 2012 bakal berlangsung 25 November nanti, malam ini merupakan detik terbaik buat King Gobal untuk menurunkan kesebelasan utamanya. Biarlah sesiapa pun wakil Singapura, Indonesia mahu pun Laos datang mengintai, pedulikan mereka. Pamerkan kesebelasan utama dan bermainlan sebagai Juara Bertahan dan akan muncul sebagai Juara sekali lagi.

Mungkin ada yang terfikir, jika kita menang Piala AFF, apa perlu dibanggakan. Bukannya memang Piala Asia atau Piala Dunia pun. Memang benar. Tetapi, jika di peringkat ASEAN ini pun tak lepas, usahlah mengidam untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia pada 2015 nanti.

Justru, tidak hairan sekiranya prestasi semasa Malaysia menjadi kerisauan ramai pihak. Biar pun King Gobal kata tidak panik, aku tahu sebenarnya dia panik. Tambahan pula Timbalan Presiden 1 FAM telah berbunyi baru- baru ini. Jika Bakal King sudah berbunyi, makno eh, ado la sesuatu yang tak sesuai di mata baginda.

Seperkara lagi, jika malam ini, Malaysia mampu menarik kehadiran seramai 30 ribu penonton di Shah Alam, itu sudah cukup baik. Di saat ini, aku fikir tidak ramai yang mahu melabur sekurang - kurangnya RM 20.00 untuk menonton perlawanan persahabatan dan tidak menjanjikan seronok kerana prestasi Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Mungkin lebih ramai akan melepak di mana - mana pot yang ada big screen. Lihat dengan teliti kualiti dan corak persembahan Malaysia. Kemudiannya membuat keputusan untuk hadir atau tidak pada 25 November nanti di Bukit Jalil. Sebagai ingatan, harga tiket AFF Suzuki 2012 di Bukit Jalil adalah RM 30.00 dewasa.

Sehingga tibanya detik terakhir malam ini, aku ucapkan selamat maju jaya buat King Gobal dan anak - anak buahnya. Aku mahu melhat satu kemenangan yang bergaya dan berkualiti dari semua aspek teknikal dan taktikal. Barulah dikoba'an, NI AH CAP EH!

CUIT SIKIT:

Sempena Maal Hijrah yang akan bermula sebaik sahaja masuknya waktu maghrib petang nanti, aku fikir FAM dan King Gobal perlu berubah [ berhijrah ] daripada tahap sekarang kepada satu tahap yang lebih baik.

Jika prestasi semasa tidak baik, eloklah direhatkan sahaja sesiapa jua yang berkaitan dengan Pasukan Harimau Malaya itu. Jika selama ini banyak eksperimen dilakukan oleh King Gobal tidak menjadi, eloklah King Gobal direhatkan. Andainya Safee Sali setahun tidak mampu menjaringkan gol, sumbatlah beliau dibangku simpanan.

Malangya, antara pemain yang tidak pernah direhatkan adalah Safee Salee. King Gobal selama ini hanya bereksperimen di pintu gol sendiri, di bahagian pertahanan dan midfield sahaja. Tiada langsung eksperimen di bahagian serangan. Kerana itu, sehingga ke minit terakhir perlawanan bertemu Thailand tempohari, kita gagal melihat ada persembahan terbaik oleh pemain serangan Malaysia.

Namun, biar apa pun yang aku kata dan anda kata, King Gobal tetap seperti itu. Sebabnya, hanya dia seorang sahaja yang bergelar Datuk lantaran kejayaan Malaysia di Sukan Sea 2009 dan Piala AFF 2010. Dan, jika ada rewards kerana kejayaan, perlu juga ada punishment jika gagal.

Salam Maal Hijrah buat pembaca blog ini.

10.11.12

MAKNA FTP.....


FTP - Felda Tipu Peneroka? Betulkah begitu?
Mari kita tinjau cerita dan foto yang disediakan oleh adik ipar salah seorang CEO Anak Syarikat Felda.

Felda Technoplant Sdn. Bhd disebut sebagai FTP. Penubuhannya di bawah Akta Syarikat 1965 bertujuan untuk menjalankan kerja – kerja dan urusan selepas itu bagi semua rancangan yang ditanam semula dan diserah untuk diurustadbir oleh FELDA.

Penyerahan kebun – kebun peneroka kepada FELDA bagi urusan tanam semula itu dilakukan secara bertulis menerusi surat perjanjian dan ditandatangan oleh kedua – dua pihak. Itu adalah dokumen rasmi dan sah.

Antara ceraian menarik di dalam surat perjanjian berkenaan adalah frasa “ Peneroka membenarkan FELDA untuk melantik satu agensi dalam kumpulannya untuk menjalankan kerja – kerja tanam semula dan kerja – kerja penyelenggaraan seterusnya”.
Berdasarkan persetujuan bersama itulah, FTP wujud di sebahagian besar rancangan – rancangan tanam semula FELDA di seluruh negara.

Zaman berganti, musim bertukar, khabarnya ada juga Pengurus FTP yang telah dibuang kerja kerana terlibat dengan skandal penyelewengan hasil. Ada juga yang difrozenkan kerana GAGAL melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Itu adalah lumrah kerana kita adalah manusia biasa. Salah dan silap itu adalah rakan sejati manusia biasa.

Kebanyakan wajah rancangan tanam semula yang diurus oleh FELDA menerusi FTP adalah seperti ini.

 Di bawah adalah kebun sawit Omak CEO yang diurus oleh FTP.


TAHNIAH FELDA DAN FTP!.

DAN, ada juga senario seperti ini.

Ini bukan standard kebun sawit yang diurus oleh FELDA. Tetapi, inilah senario sekarang yang mempamerkan kehebatan teknologi baru FTP. Teknologi baru? Ya! Felda Technoplants Sdn. Bhd telah berjaya mendapatkan cara untuk menjadikan kebun sawit sebagai hutan dara.

Akhirnya, tuan kebun juga yang kaya. Hasil sawit dapat, kayu balak pun boleh dapat.


Satu lagi TEKNOLOGI BARU oleh Technoplants:
Buah relai yang tidak dipungut akhirnya bertukar menjadi minyak hitam seperti di bawah,
jika dipungut dan dihantar ke kilang, ianya akan menjadi minyak masak SAJI keluaran FELDA.
 
Jika senarionya adalah seperti mengaktifkan kebun sawit sebagai bakal hutan dara, aku fikir, amat sesuai jika gelaran KERJA MALAS, GAJI NAK LEBIH diberikan kepada Pengurus, Penolong Pengurus, Penyelia dan Mandur FTP. Turut sama layak mendapat gelaran itu adalah para Pengurus FELDA dan kakitangannya kerana mereka adalah wakil FELDA yang telah diamanahkan oleh para peneroka untuk mengurutadbir kebun mereka.

Jika gambarnya seperti ini,
jelas dan nyata FELDA menerusi FTP adalah sesuai digelar FELDA TIPU PENEROKA kerana tidak mematuhi kandungan surat perjanjian itu.

Kepada rakan – rakan kakitangan yang rancangannya bergambar seperti ada usaha untuk mengwujudkan hutan dara di kebun sawit, bawak – bawaklah bertaubat dan hantarlah permohonan untuk bersara awal supaya anda tidak berterusan menipu peneroka.

CUIT SIKIT:

Kepada anak – anak peneroka, tidak kira samada anda golongan bijakpandai dan pintar atau termasuk di dalam golongan bangang, bawak – bawaklah diri menjenguk kebun ayah / ibu / pusaka anda kerana sahih kandungan surat perjanjian yang telah ditandatangan oleh ayah / ibu anda sebelum ini, turut mengikat anda sebagai pewarisnya.
Contohi usaha rakan kita ini,


Perkara 17 itu turut membenarkan kita mengambil tahu, memantau dan menyergah FELDA dan FTP supaya TIDAK MENIPU PENEROKA LAGI.
Selamat maju jaya semua.

KENALI PIALA AFF.....

 
Sekitar dua minggu lagi, Malaysia dan Thailand bakal menerima tetamu menerusi penganjuran Kejohanan Bola Sepak Negara - Negara ASEAN. Kejohanan dwi-tahunan yang dikenali dengan Piala AFF Suzuki. Sebelum itu ianya bernama Piala AFF Tiger.
 
Amat menarik, kejohanan yang berakar umbi pada 1996 itu didominasi oleh Singapura dan Thailand sahaja. Enam kejohanan awal, menyaksikan pemenangnya silih berganti di antara dua pasukan berkenaan.
 
Mengapa? Bagi aku jawapannya mungkin berkaitan dengan komitmen dan fokus negara - negara lain selain Singapura dan Thailand tidak menjurus kepada kejohanan berkenaan. Malah, liputan media juga tidaklah semeriah sekarang.
 
Aku fikir, di Malaysia ini tiada seorang pun yang mengambil berat soal Piala AFF ini sehinggalah Malaysia muncul juara pada 2010. Bermula saat itu, hampir seluruh negara membuka mata dan mula memandang berat prestasi pasukan Harimau Malaya.
 
2012, muncul lagi edisi Piala AFF Suzuki ke 9. Kali ini pastinya lebih meriah kerana Malaysia bukan sahaja bakal mempertahankan gelaran tetapi juga adalah tuan rumah bagi semua perlawanan kumpulan B.
Menariknya, dua finalis musim 2010, Malaysia dan Indonesia diletakkan bersama di kumpulan B. Semuanya berlaku kerana ranking semasa. Dan, di sinilah menunjukkan betapa pentingnya ranking kepada pasukan. Semuanya untuk membolehkan mereka diundi untuk bertemu dengan lawan yang lebih lemah.
Malaysia diberikan ranking pertama di kumpulan ini kerana menjadi tuan rumah. Bukannya kerana kehebatan ranking. Yang memilki ranking lebih tinggi di kumpulan B ini adalah Singapura. Jadi, siapa kata ranking tak penting?
 
Memulakan kejohanan dengan berhadapan Singapura, Malaysia tiada pilihan selain menang. Pentingnya kemenangan perlawanan pertama ini bagi menarik lebih keyakinan dan sokongan peminat untuk hadir di dua perlawanan berikutnya.
 
Amat penting, kemenangan itu bakal meningkatkan moral dan keyakinan pasukan untuk mempertahankan kejuaraan.

 
 
Anda boleh menonton dua perlawanan berturut - turut di Stadium Nasional Bukit Jalil pada harga RM 30.00. Tetapi hanya boleh menonton satu perlawanan dengan harga yang sama pada hari terakhir perlawanan kumpulan.
 
Perlawanan - perlawanan peringkat kalah mati adalah seperti berikut;
 
 
Sampai ke tahap manakah barisan goyah bimbingan King Gobal ini bakal melangkah, sama - sama kita nantikan.
 
Buat anda yang tidak dapat ke SNBJ kerana pelbagai faktor, jangan bimbang dan khuatir. Setiap negara mempunyai stesen penyiar rasmi yang talah disahkan memperolehi hak untuk menyiarkan semua perlawanan secara langsung.
 
CUIT SIKIT:
Dengan segala persiapan logistiknya pasti sudah hampir mencapai tahap sempurna, persiapan pasukan Harimau Malaya masih di tahap meragukan.
 
Biarpun mengatakan kami tidak panik, aku tahu jauh di hati King Gobal ada rasa gentar dengan prestasi hampeh anak - anak buahnya semasa perlawanan sambil melancong ke Vietnam dan Thailand baru - baru ini.
 
Dan, jika Malaysia masih gagal bermain dengan baik dan meyakinkan pada Rabu 14 November nanti, usaha untuk menuruti jejak Thailand dan Singapura sebagai pasukan ketiga memenangi Piala AFF dua kejohanan berturut - turut bakal berkecai.
 
Bertemu Hong Kong menerusi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 14 November adalah medan terakhir buat King Gobal mempamerkan produk paling bermutu yang pernah beliau miliki. Malaysia WAJIB MENANG dengan corak permaian yang baik seumpama ketika bertemu Arsenal, Julai lalu.
 
Jika masih gagal, aku fikir Malaysia bakal menuruti Vietnam sebagai JUARA SEHARI SEMALAM sahaja di Piala AFF.
 
Kalau di ASEAN pun gagal, usah ceritalah hajat untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia nanti.
 
HOBEN GHIMAU HOBEN!

 


7.11.12

MENGHARAP PUNAI.....

Misi King Gobal dan skuadnya melancong ke Vietnam dan Thailand berakhir dengan kejayaan membawa pulang 3 gol. Dua perlawanan dengan bolos tiga gol adalah satu kejayaan kerana itu semua adalah cobaan bukan betul - betul.
 
Bagi King Gobal, tiada apa yang perlu dirisaukan berkaitan keputusan di semua perlawanan persahabatan. Beliau pasti bangga dan gah dengan kalah 1-5 kepada Indonesia dan akhirnya muncul juara AFF 2010. Bagi beliau kalah itu tiada apa - apa. Menang pun tiada apa- apa.
 
Namun, bagi penyokong samada tegar atau tidak, keputusan perlawanan persahabatan adalah sama mustahak dengan keputusan di kejohanan sebenar.
 
Bagi aku, apa kejayaan yang boleh diharapkan daripada seorang pelajar yang sering mendapat kedudukan corot di kelas paling bawah? Pastinya tiada sebarang harapan yang boleh diberikan.
 
Begitu juga dengan pasukan bola sepak yang digelar Harimau Malaya ini. Kalau asyik kalah je, layak ke digelar Harimau?
 
Lebih menyedihkan, corak permainan yang dipamerkan tadi jauh daripada standard Juara Bertahan Piala AFF Suzuki yang memberikan gelaran Datuk kepada King Gobal dua tahun lalu.
 
Paling sedih, hebat sangatkah Gary Steven itu? Atau teruk sangatkah prestasi Baddrul Bakhtiar? Kerana, tanpa Syafiq Rahim, sepatutnya Baddrul yang turun bermain di bahagian 'attacking midfielder' itu. Menurunkan Gary Steven dan Shakir Shaari secara serentak, bermakna ada dua 'defensive midfielder' di padang dan tiada seorang pun 'playmaker'.
 
Hasilnya, Mat Yo dan Safee Sali tidak mendapat bola. Apabila dua striker tidak mendapat bola, mana mungkin boleh dapat gol. Oh! aku lupa pulak. King Gobal masih mencuba pemain dan beliau tak suka menang.
 
Jika tiada perubahan, aku fikir Malaysia bakal dibelasah Singapura apabila turun perlawanan pertama Piala AFF Suzuki pada 25 November nanti.
 
CUIT SIKIT:
 
Jika ada yang tidak mahu berubah di sektor Pengurusan dan Kejurulatihan Skuad Harimau Malaya ini, aku fikir, pantun di bawah mungkin sesuai untuk anda,
 

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH