Jumlah Paparan Halaman

31.12.12

JADUAL LIGA SUPER PUSINGAN 1.....

Sebagai penutup tirai 2012, aku hadiahkan kepada pengikut blog ini sebuah karya asli aku,


jadual Pusingan 1 Liga Super 2013 untuk Negeri Sembilan dan kawasan sekitar yang sama waktu dengannya.

Kongsilah ke mana sahaja posting, asalkan tak merbahaya.

CUIT SIKIT:

Terima kasih kerana setia dengan blog ini. Selamat maju jaya di mana jua anda berada dan apa jua yang anda lakukan.

Namun, ucap selamat ini hanyalah untuk perkara yang baik - baik sahaja. Yang tak baik, TAK DAPET DEN NAK NOLONG YO!

30.12.12

UJIAN TERAKHIR.....

NS tanpa bersusah payah, mendapat lawan terbaik untuk menguji persiapan pasukan menjelang sepak mula Liga Super pada 8 Januari nanti.

SEMEN PADANG FC bukanlah lawan sembarangan. Pasukan bola pengeluar simen terbesar di Indonesia itu adalah Juara Liga Premier Indonesia 2012. Bakal menyertai Liga Super Indonesia 2013 pula.

Biarpun hanya sekadar perlawanan persahabatan berasaskan Minangkabau, aku fikir kedua - dua pasukan tidak akan membiarkan perlawanan itu berakhir begitu sahaja.

Dalam ertikata lainnya, ini bukan perlawanan santai tetapi adalah medan untuk menguji persiapan terakhir kedua - duanya menjelang saingan liga negara  masing - masing.

NS turun di Padang pada 23 Disember lalu dengan formasi 4-5-1.
Secara asasnya, Divaldo Alves 7 pemain baharu. Dengan Hamsani di pintu gol, Modibo, Azmeer dan Fauzi Nan menjadi taruhan benteng pertahanan. Di posisi ini, hanya Tengku Qayyum selaku pemain lama NS masih kekal.

Azmeer Yusof bukanlah muka baharu. Beliau telah menyertai NS untuk Piala Malaysia secara pinjaman. Usai Piala Malaysia 2012, nampaknya anak kelahiran Perak ini telah meninggalkan POS FC untuk kekal bersama NS.

Di midfield, S. Sivanesan bekas pemain Harimau Muda ini mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai defensive midfielder terbaik dalam masa terdekat ini. Pemain yang berhijrah dari Felda United ini, boleh mengisi kekosongan bahagian itu setelah pemergian Rezal Zambery Yahya, dua musim lalu.

Tanpa, S.Kunanlan, Nazrin Nawi dilihat bakal menguasai posisi midfield sayap sebelah kiri. Namun, Eddy Helmi Manan juga berkebolehan bermain di bahagian itu. Di Padang tempohari, Eddy Helmi bermain selaku midfield sayap sebelah kanan. Tempat yang biasanya dikuasai oleh Shahurain Abu Samah. Jelasnya, NS sekurang - kurangnya mempunyai tiga pemain terbaik di posisi sayap itu.

Dua OTAI, Idris Karim dan Rashid Mahmud mengemudi jentera tengah dan merancang serangan. Di sini ada sedikit tanda soal sekiranya kedua - duanya tidak dapat bermain, siapakah bakal pengganti? Halim Zainal? Tidak rasanya. Budak PD tu lebih kepada defensive midfielder bukan attacking. Idham? Juga bukan calon berpotensi untuk menjadi perancang terbaik buat NS.

Del Porras atau CACHI [KACI] bermain sebagai solo striker. Seingat aku, dia cuma mendapat empat peluang semasa di Padang tempohari, dan berjaya menjaringkan satu gol. Pemain kidal yang mempunyai skil yang agak baik. Maklum sahaja, sekampung dengan Lionel Messi.

Di Paroi, pastinya misi utama NS adalah untuk menterbalikkan keputusan kalah 1 - 2 tempohari. Misi kedua, pastinya untuk melihat barisan terbaik NS. Misi ketiga, NS bermain bukan sahaja menang, tetapi menang dengan bergaya menerusi penguasaan perlawanan sepenuhnya. Itu falsafah yang cuba diterapkan oleh Divaldo Alves.

CUIT SIKIT:

Aku fikir, corak serangan NS akan lebih tajam lagi sekiranya Shahurain diturunkan di sayap kanan dan Eddy Helmi di kiri.

Masih boleh kekal dengan formasi 4-5-1, tetapi, Idris Karim perlu cepat naik membantu Cachi. Soalannya? Mampukah Idris pada usia 36 tahun itu, bermain turun naik seperti dahulu.

Cachi bukanlah pemain yang terlalu hebat sehingga boleh bermain secara individu. Jika perlukan striker kedua, mungkin Shakir Ali bakal bermain.

Siapa pula akan direhatkan? Rashid atau Siva? Sama - sama kita lihat malam nanti.

Semoga NS akan mempamerkan aksi yang mantap dan berkesan kerana jiran di sebelah Beranang tu sedang menanti dengan penuh minat aksi malam nanti.

Mungkin juga spy bermata merah akan hadir ke STAR of Paroi.

25.12.12

PUNGGAH PIALO.....

Sebahagian lirik lagu Hobin Jang Hobin berbunyi,

SEMUO PIALO KITO PUNGGAH
PUNGGAH PUNGGAH PUNGGAH

Punggah membawa maksud ANGKUT dari satu tempat ke satu tempat lain.

Dalam ertikata bola sepak Malaysia, setelah semua piala [ Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ] berada di Kota Bharu selama semusim, eloklah sekiranya semua berkenaan kita angkut pula ke Seremban.

Semuanya amat mudah jika dinyanyikan. Lebih mudah jika menyanyi ramai - ramai. Suara ke laut pun boleh kedengaran sedap. Itu jika dinyanyikan. Lain halnya jika di padang sebenar.

Januari 2013 tidak akan menjanjikan sebarang piala buat NS. Jika Januari 2012 memberikan Piala Sultan Ahmad Shah sebagai pemenang perlawanan sumbangsih, 5 Januari 2013 bakal menyaksikan samada Kelantan atau ATM yang akan menjulang piala berkenaan.

Januari 2013 bakal menjanjikan aksi panas dengan lima pasukan bakal menjadi tentangan kepada NS. 
Selangor, Terengganu, Perak dan Kelantan adalah empat pasukan yang mengakhiri Liga Super 2012 di kedudukan lebih atas berbanding NS. Sebagai rekod, NS berada di kedudukan ke enam manakala Selangor [3], Perak [4] dan Terengganu [5]. Kelantan pula sahlah di nombor satu.

2013 adalah tahun baharu. Barisan baharu. Gaji pemain dan pihak kejurulatihan pun baharu. Rangking lalu tidak penting. Bab kata King Gobal, apa ada pada ranking. Yang penting adalah persembahan dan form semasa perlawanan.

Jadual perlawanan pada Januari,
bukan sekadar lima perlawanan panas tetapi ada enam semuanya. Yang ke enam itu adalah pusingan pertama Piala FA [ 25/01/13].

Yang ke enam itu wajib dipandang serius biarpun pihak pencabar hanyalah pasukan IPT yang bermain di Liga Premier. Sejak 2011, NS tidak pernah menang di pusingan pertama Piala FA. Badi menjuarai piala berkenaan pada 2010 seakan - akan menghantui NS di dua musim terakhir ini.

Berbalik kepada Liga Super, keputusan 2012 adalah seperti berikut;
NS dan lawan - lawannya mencatatkan keputusan yang bagi aku 50/50. Menang di Paroi tetapi kalah di arena lawan. Ada juga seri di Paroi tetapi menang di arena lawan. Begitu juga sebaliknya. Dan, dengan Kelantan, NS nampaknya terpaksa tunduk samada di Paroi mahupun di Kota Bharu.

PAHANG? Tiada rekod pertemuan pada 2012. Maklum sahajalah, negeri aku itu hanya bermain di Liga Premier dan muncul Naib Juara 2012, liga berkenaan.

Apa - apa pun, LAWAN TETAP LAWAN. Misi memunggah semuo piala itu bakal terjawab usai kesemua enam perlawanan pada Januari 2013.

CUIT SIKIT:

30 Disember nanti bakal berlangsung perlawanan pusingan kedua Siri Nusantara diantara NS dan Semen Padang FC.

Kekalahan 1-2 dengan prestasi belum mantap pada 23 Disember lalu wajar dibalas.

Bukan setakat menang. Anak - anak buah Divaldo Alves seharusnya mempamerkan aksi terpuji di Paroi nanti.

Aku percaya, ramai PSNS bukan sekadar ingin melihat NS monang. Lebih daripada itu, mereka mahukan kemenangan dengan persembahan tektikal yang sukar diatasi lawan.

Sehingga tibanya detik itu, HOBIN JANG HOBIN!

23.12.12

PIALA AFF SUZUKI 2012 6.....

Berakhirnya perjuangan Thailand di arena sendiri maknanya berakhir jugalah Kejohanan Dwi Tahunan bernama Piala AFF Suzuki 2012.

Sekadar mengimbas semula kejohanan peringkat ASEAN yang berlangsung hampir sebulan ini, aku paparkan secara bergambar, apa yang dapat aku kumpulkan;

KEPUTUSAN PENUH
STATISTIK PENCAPAIAN SEMUA PASUKAN

SENARAI PENJARING GOL

LALUAN KE MERCU JAYA

PENGHARGAAN PASUKAN & INDIVIDU
SEJARAH PENCAPAIAN SEMUA PASUKAN
CUIT SIKIT:

Jelas dan nyata, setakat sembilan kejohanan, Singapura dan Thailand masih menjadi kuasa bola sepak ASEAN. Malaysia dan Vietnam pula setakat ini muncul sebagai Juara Sehari Semalam sahaja.

Vietnam selaku Juara 2008, hilang di senarai 'top 4' pada kejohanan ini. Jika tidak berhati - hati, aku fikir, Malaysia juga bakal menurut jejak Vietnam pada 2014 nanti. 

Apa yang dicapai oleh Harimau Malaya pimpinan King Gobal telah menjadi sejarah. Yang pastinya, di mata aku, selepas muncul Juara 2010, King Gobal gagal meningkatkan mutu permainan dan lebih malang, Malaysia amat naif secara tenikalnya berbanding dua finalis kali ini.

Akhirnya, slot tuan rumah bersama untuk,
khabarnya menjadi rebutan Filipina biarpun AFF telah mengumumkan Singapura dan Vietnam bakal menjadi tuan rumah.

Bagi aku, tak kisahlah nak main di mana pun. Yang penting ketika itu, mampukah prestasi Harimau Malaya meningkat. Atau masih di tahap sekarang?

Mampukah Malaysia menjulang semula Piala AFF atau sekadar mengekalkan Piala FAIR PLAY? Sama - sama kita nantikan.

22.12.12

PIALA UNTUK NEGARA.....

Setelah berhempas pulas hampir sebulan, akhirnya Harimau Malaya pimpinan King Gobal menang PIALA di AFF Suzuki 2012.

CUIT SIKIT:

Bukan senang nak dapat piala di peringkat AFF ini. Semoga Piala Semangat Kesukanan ini boleh menjadi tonik terbaik buat Harimau Malaya di Pertandingan Kelayakan Piala Asia 2015.

Benarlah kata King Gobal, tewas di separuh akhir bukan kegagalan. Kalah kepada Thailand, tetap membolehkan King Gobal menghadiahkan satu piala untuk negara.

Bukan senang pun nak menang Fair Play ni. Kena bersaing hebat dengan 7 negara lain. Laos, Vietnam, Filipina dll. juga berusaha untuk menang piala itu.

Akhirnya, berkat ekperimen berterusan King Gobal, Malaysia dapat piala FAIR PLAY di AFF Suzuki 2012.

TAHNIAH & SYABAS buat King Gobal. Semoga pada 2015 nanti, kita menang FAIR PLAY di Piala Asia pulak.

20.12.12

JANG HOBIN JANG.....

Jika tiada pindaan, 8 Januari 2013 akan bermula Liga Malaysia musim baharu.

Tiada satu pun pasukan yang mengekalkan muka lama. Semuanya merombak barisan pemain dan pegawai. Tidak terkecuali NS.

Dan,
Red Giants menanti Rusa di Shah Alam.

NS dengan pasukan berwajah baharu diterajui oleh Ketua Jurulatih dari Portugal pasti mahu mencari kejayaan sulung biarpun bermain di arena lawan. Selangor di bawah bimbingan Irfan Bakti dengan barisan pemain baharu pasti mahukan kemenangan sulung di arena sendiri. Satu perlawanan yang dijangka menarik dan sengit.

Sementara menantikan detik itu, kita kenali dahulu siapa di belakang tabir pasukan NS 2013.
Walau pun bertukar Ketua Jurulatih, Ahmad Osman [ AO ] terus di situ. AO sudah lama di posisi Jurulatih itu. Para pemain lama NS yang masih bersama, pastinya sudah biasa dan selesa diasuh oleh AO.

Namun, bukan AO yang bakal menentukan strategi dan 'game-plan' NS. Yang bakal mencongak strategi dan taktik adalah Ketua Jurulatih dari Portugal bernama Divaldo Alves [ DA ].

Musim 2013 menyaksikan NS memulakan gerak ala profesional apabila DA dilantik juga selaku Pengurus Pasukan. DA dah sama dengan Sir Alex Ferguson, Pengurus MU itu.

Tiada lagi nama Datuk Halim di kerusi itu. TAHNIAH PBNS kerana melantik Ketua Jurulatih sebagai Pengurus Pasukan maknanya, pihak pentadbiran persatuan tidak mencampuri lagi urusan di padang. Maklum saja, Datuk Halim adalah Setiausaha PBNS.

Bagaimana pun, Malaysia tetaplah Malaysia. Tanpa Datuk Halim selaku Pengurus, muncul pula satu nama biasa dan amat sinonim dengan NS, iaitu FAIZAL ZAINAL [ FZ ]. FZ tidak dilantik sebagai Pengurus tetapi bertindak selaku Penolong Pengurus.

Setahu aku, FZ sekarang ini memegang jawatan Setiausaha Eksekutif  PBNS. Maknanya, beliau adalah orang yang memegang teraju pentadbiran PBNS sepenuh masa di Medan Rahang itu. Dalam ertikata yang lain, semua urusan rasmi PBNS termasuk urusan pembayran gaji adalah di bawah kendalian beliau.

Dan, FZ ini amat sinonim dengan huru - hara di zaman Wan Jamak dahulu. Ketika itu, FZ adalah Penolong Pengurus pasukan. Di khabarkan oleh Sang Murai, FZ ini gemar mencampuri urusan pemilihan pemain sebelum perlawanan. Betul ke? Entahlah. Aku tak mahu cerita panjang sebab aku tidak pernah ada di bilik persalinan sebelum atau pun sesudah permainan.
Beberapa hari lalu, ada posting di wall PSNS dengan foto di atas
bertajuk;
Dari garis teknikal.
Inilah gandingan yang akan memacu NS ke mercu kejayaan 2013.

Mengejutkan apabila maklum balas ahli PSNS lebih banyak - daripada +. Dalam ertikata lain, Jang Hobin Jang bukan Hobin Jang Hobin.

Zaril AL-Yahya
ghaso eh....takkan tercapai cito2 N9 utk dapekkan at least 1 pialo musim 2013 nanti kalau yg baju putih tu ado.....
Al Ghazali
Puiiii....alves ok la..mcm mano parasit sebolah eh tu ..
Adhwa Azahari
kiri kasi out la.
Fauzi Ali
yg kanan den cayo la...belah kiri tu payah sikit la......
Mohd Nazrol
Hahahahaha. Ni admin ckp memacu??? Ikan pacu adolah... xdola do...lingkup poikkk..
Syafix Kamarullah
bilo maso lak fz nie bawak nogori monang?krisis dio sobab n9 menurun skg...tgk yola apo jadi next season igt kan dio kabo dh letak jawatan dulu dah xdo tp totap samo yo...
Aznieza Azna
slagi FZ ado dlm n9,makin toruk la team kito.hrp2 dio ni ltk jwtan lg bguz.poyo yo mamat ni.
Nazri Nzec
dialog eh bih krg camni...."kau nk kojo sonang ko kojo susah? kalu nak kojo sonang ikut yo ckp den, gaji dapek samo yo..."
M Aznawi Mat Awan
FZ...alahai...mugo tahun nji tak berlaku involvement kurang wajar dari FZ kepado coaching committee laie...
Nordin Samek
apo pulak yg sobolah kiri tu monyibok kek situ...? abihlah ....hampehlah jawab eh....tim nismilan ni....
Fadlee Padir
season dopan n9 akan jd team sakit kek MSL
Fizz Faizz
lawak petang yg agak baik
Miura Zeck
Hahaha FZ memacu kejayaan ke menuju kejatuhan dngan adanya duri dlam dging mcm FZ ni..
Muhamad Amizi Saripudin
Memacu kejayaan ke atau melingkup kn ni?
Azmi 'Jeamie'
beriyo bincang cr strategi camno nak main kek Liga Perdano lak....
Ajim Salleh Mendoza
kitol??memacu kejayaan??erkkkkk...ok...bye...
Quik Siler
y kri tu memunah bole la..
Lobai Nizam
abish an boreh jo pezal tu
Kamil Yusof
muko dh iras2,jodoh panjang nie...choii..
Amir Nikman
mcm komba plak kan... hehe
Boy Shack Azniraaznir
klu tngok btul2 muko diorg mcm adik bradik kan..hahaha
Shafiq Mazlan
dh mcm adik beradik dh..pndai ckp potugal nt ni..
Afad Mohamad Parop
cam hampeh..
Omar Mokhtar
Dh adik beradik nie...patutlh nmpak serasi yo..
Faizal Helmy
xdee ngam eh do kalo sorg tu ado..polak den tgk..!!
Kendong Apoi
komba ko ni..
Mohd Farid
kaki bongak ..mengalahkan menteri besak
Nik Nor Amin
samo tapi tak serupo.... masing2 longot...!!!
Azhar Kechik
mke cm yakin jew...abih la n9 taun dpan
Kete Konan
maso monang xdo plak kutuk FZ ni..time kalah mcm2 kutuk..haha..termasuk la den skali..nasib la FZ..nasib kau lebih kurang mcm rajagopal yo ni..
Fard Lie
faizal zainal dan divaldo zainal...
SmiLe Alwaizz
aik??? komba la...hehehe

CUIT SIKIT:

Aku malas nak komen bab FZ tu. Cuma, biarlah kecoh dan huru - hara era Wan Jamak tidak berulang kembali di era Divaldo ni.

Bukan apa. Kecoh era Wan Jamak tidak sampai ke luar negara. Kalau kecoh di era Divaldo ni, kompom kecoh tu bakal mendapat perhatian di luar negara. Maklum saja, DA tu berasal dari Portugal. Ingat kes Butler dan Terengganu yang mendapat liputan meluas di England tu?.  Malu kito waghih.

Lebih malu jika kecoh tu sampai ke Kepulauan Solomon, Aruba, Kepulauan Faroe dan Bermuda. Ke empat - empat negara itu kan sama ranking ngan kito. Mereka Tak Kecoh pun!

Biarlah Hobin Jang Hobin. Jangan sampai berulang lagi episod Jang [ Penyokong ] Hobin Jang [ FZ ].

15.12.12

TAHNIAH KING GOBAL.....

Kali ini, suka atau tidak, aku terpaksa ucapkan TAHNIAH & TERIMA KASIH buat King Gobal.

Kedua - duanya datang serentak kerana beliau berjaya dengan cemerlangnya membawa Harimau Malaya ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012. Di akhbar hari ini tertera kenyataan beliau,
Dan, kerana bukan kegagalan King Gobal itulah, Rabu dan Sabtu ini, jadual Final Piala AFF Suzuki 2012 adalah seperti ini,

Memang dasar pembelit. Ketua Jurulatih Juara Bertahan ini rupa - rupanya amat kerdil sasarannya. Sepatutnya, sasaran adalah ke Final sekurang - kurangnya. Sebabnya? Jika di peringkat ASEAN ini pun kita gagal menjadi 'top two', mana logiknya untuk kita mensasarkan berada di top 16 Asia pada 2015 nanti?

Tidak salah mensasarkan Piala Asia 2015 di Australia itu. Itu satu motivasi terbaik buat pasukan. Namun, janganlah pula kita membuat sasaran ciput di peringkat serantau. Jika Asia menjadi sasaran, ASEAN pula sepatutnya kita takluki.

Setahu aku, sebelum menyertai mana - mana kejohanan, pasti pihak berkuasa pasukan akan memberikan sasaran rasmi mereka. Ketika pihak Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan 36 pingat emas di Sukan Universiti ASEAN dengan Emas menerusi bola sepak, FAM langsung tidak mengeluarkan sebarang sasaran rasmi untuk dicapai oleh King Gobal di Piala AFF 2012. Memang dasar putar alam.

BENARKAH KING GOBAL TIDAK GAGAL?

Statistik di bawah adalah jawapannya.
Memang dasar penakut sekiranya gagal itu dikatakan berjaya. Berjayakah Harimau Malaya di AFF sekiranya purata jaringan Laos lebih tinggi daripada pasukan King Gobal?

Berjayakah kita jika kadar jaringan itu baik sedikit daripada Indonesia yang persatuan bola sepaknya sedang menuju kehancuran itu?

Sewajarnya King Gobal tidak boleh mendabik dada mengaku tidak gagal. Beliau sebenarnya GAGAL kerana selepas dua tahun menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, secara tenikal dan taktikalnya pemain Malaysia masih seperti dua tahun lalu.

KEHANCURAN SEBUAH IMPIAN RAKYAT MARHEAN:

Dipaparkan kepada anda rentetan kehancuran itu.
Kekalahan di perlawanan pertama itu adalah 'turning point' kepada kehancuran hati 28 juta rakyat Malaysia. Turun dengan reputasi sebagai Juara Bertahan di halaman sendiri, King Gobal gagal memotivasikan anak - anak buahnya untuk mempamerkan permainan berkualiti dan meyakinkan. Di akhir perlawanan, Ultras Malaya membuat demo aman dan mengepung bas pasukan.

Dua kemenangan ke atas Laos dan Indonesia sekadar menunaikan hajat King Gobal seorang. Cuma layak ke separuh akhir adalah hajat peribadi King Gobal. Bukan hajat dan kehendak 28 juta rakyat Malaysia. Hajat FAM? Hontah apo - apo. Tiada siapa daripada pihak FAM yang menjelaskan sasaran sebenar mereka di Piala AFF kali ini.

KEHANCURAN YANG BERTERUSAN:

Turun selaku tuan rumah di Leg 1 Separuh AKhir 2 itu, sepatutnya memberikan sedikit kelebihan buat Harimau Malaya.

Thailand yang mempunyai ranking jauh lebih baik berbanding Malaysia adalah lawan yang sukar. Menang tipis di Bukit Jalil boleh memberikan motivasi terbaik buat para pemain untuk menghadapi Leg 2 di Bangkok selepas itu.

Jaringan Mat Yo di minit ke 48 sudah memberikan sedikit kelebihan dan diraikan bagai gol emas di final oleh puluhan ribu penyokong di stadium dan jutaan lainnya di pelbagai lokasi.

Selepas dua tahun menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, secara tenikal dan taktikalnya pemain Malaysia masih bermain seperti di Liga Malaysia.

Siapakah yang sudi untuk mengawal Piyaphon? Lihat juga cara Aidil melangkah ke garis pertahanan. Beliau berlari secara membelakangkan bola.

Sebagai pemain pertahanan, beliau sepatutnya sentiasa menghadap bola. Caranya? Bergerak secara mengundur. Lihat juga arah badan Bunyamin.

Bahasa badan para pemain pertahanan ini menjelaskan betapa mereka tidak mengikut prinsip bertahan sebenar [ aku pinjam ayat Richard Scully ].


Sehingga ke saat Piyaphon mendapat bola hantaran Teerasil, tiada siapa pun pemain Malaysia yang menghampirinya.
Setelah Piyaphon berlari bersama bola, barulah Kuna sampai. Bunyamin pula masih kekal di hujung kotak penalti itu.

Fadhli Shas berlari ke arah Sompong. Mungkin sangkaan beliau, Sompong akan diberikan bola oleh Piyaphon.

Lihat ke mana hantaran sebenar Piyaphon.
Piyaphon tidak menghantar bola kepada Sompong. Sebaliknya hantaran itu dihalakan ke tengah - tengah petak penalti Malaysia, mencari Teerasil Dangda. Lihat aksi Garry Robbart yang langsung tidak menghadap bola semasa proses bertahan ini.

Garry Robbart juga tidak mempedulikan gerakan tanpa bola oleh Teerasil Dangda itu. Hasilnya,
Teerasil Dangda berjaya membuat tandukan maut setalah Aidil tidak mampu melompat mencabar bola. Aidil hanya mampu melakukan aksi 'pogang tolor' Teerasil.

Videonya di,http://www.youtube.com/watch?v=47qVLAvhSgY

Aku banyak pinjam ayat Richard Scully sebab beliau selalu berkata King Gobal sangat pentingkan taktikal dan teknik permainan yang baik oleh para pemainnya.

Di Astro Arena, Richard Scully sering bercakap soal perinsip bertahan. Cakapnya benar tetapi, masa dia bercakap benar itu, manalah pemain dengar. Sebabnya, semasa beliau mengulas, para pemain sedang sibuk mengejar bola dan duit di padang.

CUIT SIKIT:

Kejayaan terbesar King Gobal tahun ini adalah kekeliruan beliau samada untuk menurunkan Faizal Muhammad selepas Fadhli Shas di buang padang semasa perlawanan Leg 2 di Bangkok.

Yang kena buang adalah pertahanan tengah tulin. Wajib penggantinya adalah pertahanan tengah tulin juga.

Sekarang ini, hanya ada 3 pemain pertahanan tengah tulin bersama Skuad Harimau Malaya. Selain Faizal, kita cuma ada Aidil dan Fadhli. Apabila Fadhli bermasalah, Faizal sepatutnya dimasukkan segera.
Malangnya, King Gobal mengarahkan Amar Rohidan yang tidak pernah seumur hidupnya bermain sebagai pemain pertahanan mengisi kekosongan itu. Akhirnya, Amar gagal menampan bola dengan baik bagi memberikan laluan untuk Teerasil mendapatkan gol pertama Thailand.

Ternyata King Gobal tidak mengenal pemainnya. Bercanggah sama sekali dengan ayat keramat beliau, " SAYA KENAL DENGAN PEMAIN SAYA ".

APA - APA PUN, TAHNIAH KING GOBAL kerana kembali membawa Harimau Malaya ke tahap sebelum 2010. Tahap di mana kita tidak MENANG SABUNG apa - apa pun kecuali MENANG SORAK.

13.12.12

TERIMA KASIH LEE MIN-HU.....



From Wikipedia, the free encyclopedia
Full name       Lee Min-Hu
Born   14 September 1979 (age 33)

FIFA   Refere
AFC   Referee  
        
Lee Min-Hu (born 14 September 1979) is a South Korean football referee who has been a full international referee for FIFA.

He also refereed at the regional league such as 2014 FIFA World Cup qualifiers and international competition such as 2007 FIFA U-17 World Cup.[1]Highly critisised due to very poor refereeing decision during AFF Suzuki Cup semifinal match between Thailand and Malaysia when he sent off Malaysian player Fadhli Shas.

CUIT SIKIT:

Budak K-Pop dan Gangnam Style ini bukanlah pelakon utama. Beliau hanyalah pelengkap kepada satu kehancuran ciptaan sendiri.

Di saat King Gobal tegar dengan pendirian untuk memilih pemain kesukaannya, ramai pihak luar berpendapat sebaliknya. Masih ramai pemain yang sepatutnya dipilih tetapi diketepikan.

Di kala Harimau Malaya sedang diratah, dipijak dan direjam oleh Gajah Perang, pasti ramai yang sedar betapa naifnya para pemain Malaysia apabila diasak secara fizikal dan diusik secara mental oleh para pemain Thailand.

Nyata, Shafiq Rahim and Crew telah berjaya di psiko oleh Thai. Itulah bezanya apabila kita bertemu dengan para pemain yang lebih class daripada kita.

Lee Min-Hu yang bertindak garang dengan dua kad kuning untuk Malaysia di sepuluh minit pertama hanyalah pelengkap kepada sebuah lakonan berkesan bermula di Kelana Jaya.

Akhirnya, Tan Sri Annuar Musa muncul sebagai pemenang sebenar.

11.12.12

WAJAH PEMAIN NS 2013.....

Saban tahun, episod ini akan berulang. Terus berulang dan tiada penghujungnya. Episod menukar Jurulatih dan menukar pemain demi menambahbaik prestasi pasukan untuk cabaran baharu adalah proses biasa. Ianya tidak perlu dipertikaikan.

Sebelas wajah baharu berada di Skuad Liga Super 2013 NS. Bermula dari Ketua Jurulatih sehinggalah ke Pemain Impot.

Amat menarik kerana ada dua muka muda yang dinaikkan pangkat daripada Skuad Piala Presiden dan SUKMA ke Skuad Utama. Dan, kedua - duanya adalah ANAK FELDA NS. Seorang dari FELDA JELAI, seorang lagi dari FELDA PASOH 3.

Semua perubahan ini pastinya berkait rapat dengan pencapaian 2012 yang amat  sederhana biar pun NS mengekalkan pencapaian menang sekurang - kurangnya SATU PIALA SETIAP TAHUN bermula 2009.

Sepintas lalu, pencapaian NS 2012 adalah;


Kenali wajah para pemain Liga Super 2013 untuk NS;

Sentuhan ala Portugal bakal mewarnai corak permainan NS di musim hadapan. Pemergian Farizal Marlias ke Perak segera digantikan oleh seorang penjaga gol hebat.
Di pintu gol, Anak Kampung LBJ, Hamsani Ahmad pasti menjadi taruhan.

Menariknya, lapan belas tahun lalu, beliau memulakan karier bola sepaknya di STAR Paroi. Dan, aku fkir, dalam tempoh setahun dua ini, beliau bakal menamatkan kerjaya  juga di STAR Paroi.

Bada dan khususnya Kahar perlu segera belajar daripada Hamsani bagaimana untuk kekal berprestasi tinggi. Dengan Bada bukan lagi terlalu muda, Kahar seharusnya cuba merebut posisi selaku Penjaga Gol Kedua NS.


Sebelas pemain tersenarai di posisi pertahanan. Empat muka baharu termasuk seorang pemain impot. Paling menarik adalah kejayaan Duan Pasoh Tigo berada di senarai itu.

Aksi cemerlangnya semasa SUKMA 2012 membawa beliau ke Skuad Liga Super 2013. Harapan aku, semoga Duan bakal menurut jejak Rahman Zabul [ Anak Felda Lui Muda ] yang pernah menjadikan BEK KANAN itu sebagai milik beliau.

Malah, ada seorang Imam tidak pernah gagal hadir ke STAR Paroi, hanya kerana minatnya kepada Rahman Zabul yang tidak henti berlari di sepanjang 90 minit permainan.

Tatkala Rahman Zabul akan menyarung jersi Felda United musim hadapan, aku amat berharap agar Duan Pasoh Tigo bakal menyinar musim hadapan bersama - sama NS.
Di bahagian midfield dan serangan, NS nampaknya cuma bergantung kepada barisan campuran. Ada Otai NS. Ada juga OTAI impot tempatan. Dan, ada penyerang baharu yang sekampung dengan Messi.

Hajat untuk membawa Andik [ Messi Indonesia ] gagal. Akhirnya, NS membawa masuk orang kampung Messi Argentina. Begitu pun, aku ingin melihat King yang sudah terlalu lama di bangku simpanan itu, turun bermain di kesebelasan utama. Buat King Firdaus, jadikan 2013 nanti sebagai tahun anda.

HARAPAN SEMUA:

Sebagai penyokong yang adakalanya mengkritik, aku ingin melihat NS 2013 bermula garang. Bukan setakat garang tetapi konsisten garang sehingga ke penghujung musim.

CUIT SIKIT:

Setelah sekian lama, aku fikir, NS seharusnya menjadikan ini sebagai sasaran,
Menanglah samada Liga Super atau Piala FA atau kedua - duanya sekali. Itulah tiket ke Piala AFC 2014.

PIALA MALAYSIA? Menang Piala Malaysia cuma sekadar menang Piala Warisan Zaman - Berzaman tetapi tidak membawa ke Asia.

HOBIN JANG HOBIN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH