Jumlah Paparan Halaman

30.9.11

AKHIRNYA.....

 
 
 
 
 

CUIT SIKIT:

Jika 70 orang peserta PJKN ini memahami, mereka bakal mengerti betapa sukarnya hidup untuk mendapatkan sesuap nasi menerusi perjalanan di bawah ini.....

Terima kasih Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai Melaka.
Insyaallah jumpa lagi.

27.9.11

BERTEMU JAMAL.....

Mulai 26 September, aku berada di Kem Modal Insan, Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka.

Di sini, kerjaya sampingan aku sebagai Fasilitator dan Penceramah Program Motivasi Belia dan Remaja kembali semula. Sehingga 30 Septenber nanti, aku dan lima rakan yang lain akan berhadapan dengan 70 orang peserta Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional Peringkat [PJKN], Negeri Melaka. Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Melaka kerana mempercayai Kaizen Training and Event Management.

Sesuatu yang menarik berkenaan kem ini ialah, aku bertemu Jamal Abdillah...
CUIT SIKIT:

Jangan marah heh!

Berikut adalah sebahagian rakaman hari pertama PJKN Melaka......



Jumpa lagi.....

25.9.11

FUH!!! SELAMAT.....

Usai 5 daripada 6 perlawanan liga kumpulan, Kedah dan Selangor masih berada di landasan kejuaraan. Kemenangan ke atas lawan masing - masing semalam, belum bermakna mereka selamat sepenuhnya. Tapi, adalah lebih baik daripada langsung tidak selamat.

Keputusan semalam:

ALOR SETAR- Kedah 1 Sabah 0
SEREMBAN- PDRM 1 Selangor 4

CUIT SIKIT:
Nak tahu selamat ke tidak, tunggulah 27 September ini apabila kesemua pasukan turun buat kali terakhir di peringkat kumpulan ini.

Kedah akan bertemu Perak, pendahulu kumpulan A di Alor Setar. Selangor pula akan bertemu Kuala Lumpur yang menduduki tangga kedua kumpulan D sekarang ini.
 
 
Lain - lain perlawanan penentuan dua kedudukan teratas kumpulan adalah seperti berikut:
 
 
KUMPULAN A-Johor Bahru: JOHOR vs SABAH
KUMPULAN B- Kuala Terengganu: TERENGGANU vs NEGERI SEMBILAN
KUMPULAN C- Kota Bharu: KELANTAN vs FELDA UNITED
27 September, saksikan Selangor atau Kuala Lumpur yang tidak selamat.

carta Piala Malaysia di sini

24.9.11

PANAS.....

CUIT SIKIT:

PANAS! PANAS! PANAS!

Hari Sabtu 24 September telah tiba. Yang dah berundur, mungkin datang menjenguk dari jauh. Ala - ala mengintailah tu.

Yang tak pasal - pasal kena memikul beban, terasa bahangnya. PASTI. Sahih dua tiga malam terakhir ini, bukan sahaja tidur tak lena malah, mungkin juga langsung tak boleh tidur. Apalah nasib badan. Terpaksa memikul biawak!

Yang di Utara tu juga tak tidur gamaknya. Maklum saja, anak tekak dah hampir putus dek kekerapan menjerit namun, anak buah tak juga bangkit - bangkit. Silap - silap, sidia boleh mencipta rekod baru sebagai Ketua Jurulatih yang dipecat oleh dua pasukan berbeza di dalam satu musim. Meriah Depa Kata!

Jam 10.30 malam ini, bakal terserlah duka atau gumbira buat Selangor dan Kedah. Dua pasukan dari balang satu [favorite utama], hari ini terpaksa turun bertarung diiringi bahang panas ciptaan sendiri. Tak siapa pernah menyangka, gergasi dah jadi ular lidi. Sang Kenari dah jadi Kedidi di tepi sawah.

Di Alor Setar, Kedah [4 mata] akan bertemu Sabah [7 mata]. Manakala di Seremban, PDRM telah siap siaga dengan "gari" dan "lokap" untuk menjadikan Selangor bahan lawak jenaka bola sepak Malaysia tahun ini.

HUH! PANAS! PANAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

21.9.11

KERANAMU APEK.....

JEPUN atau JAPAN atau JOPUN [ bahasa negeri sembilan] 2
MALAYSIA 0
Itulah keputusan biasa yang terhasil usai perlawanan pertama kelayakan olimpik kumpulan C Zon Asia tadi.

Kalah dengan 2 gol kosong kepada Jopun yang juga pilihan untuk mewakili Asia ke Olimpik London 2012 adalah sesuatu yang boleh diraikan dan digumbirakan oleh penyokong Malaysia.

CUIT SIKIT:

Aku fikir, anak buah En. Ong Kim Swee semasa melawan Jopun tadi tu seperti sedang belajar cara untuk bermain bola sepak.

Mereka yang sebulan belajar dan berlatih peringkat akhir di Slovakia semasa RAMADHAN lalu, tidak langsung mempamerkan kualiti diri sebagai pemain bola sepak yang sudah bertaraf profesional. Masih jelas terlihat hantaran bersepah. Juga terlakar senario menahan bola untuk orang. Dan yang paling mengejutkan aku ialah, masih terpamer gelagat pemain pertahanan tengah yang tertidur semasa bermain.

Kerana tertidur itulah, Jopun mendapat dua gol mudah. Jika ada yang  terjaga sepanjang permainan, hanyalah APEK yang seorang ini...
APEK- Khairul Fahmi Che Mat

Kalaulah APEK juga tertidur seperti rakan - rakan lain, aku pasti Malaysia akan pulang dari Jopun dengan setengah dozen gol...

Apek baru sahaja putus tunang.
ADA SESIAPA INGIN MENCUBA?


TOSU SAGA JEPUN.....

Jam 8.00 malam [ 7 malam waktu Malaysia ], 21 September 2011, sepak mula ke London. Apa yang kita boleh lakukan?

Segalanya mungkin.
Jadual Pertandingan yang mungkin ada pindaan
Langkah sulung Anak Harimau. Cemerlang atau Sumbang?


CUIT SIKIT:

Barisan Utama Anak Harimau
Selepas cemerlang di tahun 1972 dan 1980, tiada lagi generasi  bola sepak Olimpik negara yang layak ke sukan sebenar olimpik. Semuanya setakat pra-olimpik dan ada yang menjadi budak belasahan sahaja.

Selamat Berjuang! Bola di kaki anda. Ke London atau terpaksa terus menanti, pilihan adalah di tangan En. ONG KIM SWEE dan bala tenteranya.

Semoga Stadium TOSU di SAGA, JEPUN akan memberikan sinar cemerlang buat bola sepak Malaysia.

19.9.11

GARI DAN LOKAP SUDAH MENUNGGU.....

24 SEPTEMBER 2011..Sabtu.

Ini hari penting buat sahabat fb aku Syed 'Chicharito' Faiz  yang akan ke jinjang pelamin dengan gadis pilihan hati. Ini hari penting buat Pak Lurah dan keluarga di FELDA Palong 9. Sabtu ini, seorang menantu akan muncul dalam keluarga itu. Tahniah kepada semua yang berkenaan.

SABTU ini juga penting buat kesemua 16 pasukan yang sedang menghitung hari untuk melangkah ke peringkat kalah mati dan ada juga yang sedang menghitung detik, saat, minit dan masa untuk kena 'gari' dan kena 'lokap' daripada pertandingan tertua di negara ini.

http://www.malaysiansuperleague.com/mycmf.asp adalah tapak rujukan rasmi semua perlawanan Sabtu ini.

Perlawanan Pilihan aku Sabtu ini, tidak lain tidak bukan perlawanan yang melibatkan Sang Gergasi dan Pak Polisi...
CUIT SIKIT:

Dengan hanya empat mata daripada empat perlawanan, Sang Gergasi Merah Padam, aku lihat sudah sama kerdilnya dengan Pak Polisi. Pak Polisi sudah pun dilokapkan daripada peringkat suku akhir kerana hanya mampu mencatat 1 mata daripada 4 perlawanan.

SABTU ini, jika perlawanan tidak berakhir dengan nota kemenangan buat Sang Gergasi Merah Padam, maka sahlah, Misi 33 Sang Gergasi itu akan ditangguhkan ke tahun hadapan. Jika kalah atau seri di Paroi nanti, aku juga yakin dan percaya, En. K.Devan akan digari dan dilokapkan daripada terus melatih Sang Gergasi.

AYUH PAK POLISI, catatkan satu sejarah menarik bola sepak negara. Kalahkan GERGASI MERAH PADAM, 'gari' dan 'lokap'kan mereka seperti anda juga dari kancah Piala Malaysia tahun ini.

AYUH PAK POLISI, lakukannya dan anda akan diangkat sebagai wira!

nota kaki
en. k.devan sudah meletak jawatan pada 20 september 2011.

18.9.11

BALADA 17 SEPTEMBER.....

Peristiwa hitam 17 September di Palestine telah lama berlalu. Allahyarham Zubir Ali telah meninggalkan sebuah lagu bertajuk BALADA SEORANG GADIS KECIL buat ingatan kita semua berkaitan kekejaman manusia ke atas manusia yang lain.

2011, 17 September muncul lagi. Peristiwa hitam berlaku lagi. Bukan di Palestine. Bukan di Sabra dan Shatila. Bukan MUNIR dan rakyat Palestine lain yang terkait. BUKAN di luar negara tetapi di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Piala Malaysia 2011 menjadi MISI 33 buat Selangor muncul juara kali ke 33. Setakat ini, empat perlawanan peringkat kumpulan D telah dilalui. Hasilnya.....

CUIT SIKIT:

Buat kali keempat tahun ini, Selangor tewas kepada pasukan kelab dari Terengganu, T-TEAM. Dua kali tewas di Liga Super. Dua kali tewas di peringkat liga Kumpulan D Piala Malaysia 2011.

Khabar yang sahih dan benar mengatakan, usai perlawanan, ULTRAS Selangor bersuara mendesak Ketua Jurulatih Selangor, En. K.DEVAN meletak jawatan dengan segera. Peristiwa hitam 17 September 2011 berlaku di Shah Alam.
Secara matematiknya, Selangor masih boleh melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Namun, semua itu bukan sahaja memerlukan kebangkitan luar biasa malah turut juga melibatkan untung nasib pasukan KUALA LUMPUR dan T-TEAM yang sedang menguasai dua tempat teratas kumpulan ini.

Kata En. K.DEVAN selepas tewas kepada T-Team 6 September lalu amat mudah. "Kalau kita kalah satu gol di sini tak apa. Kita akan menang dengan dua gol di Shah Alam nanti", ulas beliau kepada wartawan selepas perlawanan berkenaan.

Memang ada dua gol pun. Dua gol untuk T-TEAM. Patut pun ULTRAS SELANGOR bersuara.

Jika tak boleh bangkit juga untuk baki dua perlawanan, AKU mencadangkan agar En. K.DEVAN tinggalkan SHAH ALAM dan balik semula ke BAHAU. Hidupkan semula Kelab JEMPOL DEVILS yang pernah muncul kuasa bola sepak utama di Negeri Sembilan.

SIAPA SOKONG?

17.9.11

PELUANG KEDUA.....

Mulai malam ini, akan bermula pusingan kedua peringkat liga kumpulan, PIALA MALAYSIA 2011. Kesemua 16 pasukan yang bertarung, secara matematiknya masih berpeluang untuk menguasai kumpulan masing - masing.

Caranya mudah, ANDA lihat ruang PTS dua pasukan teratas, dan bandingkan pula dengan ruang MATA MAKSIMUM pasukan terbawah setiap kumpulan. Bukankah semua pasukan masih berpeluang untuk berada di atas?

Teruskan mengkaji.....

Kumpulan A:
JOHOR tanpa sebarang mata masih boleh berada di atas dengan syarat menang kesemua baki 3 perlawanan bermula malam ini. Ada berani ke JOHOR?

Kumpulan B:
SIME DARBY FC, pasukan perladangan [estet] yang terbesar di Malaysia ini, juga seperti Johor. Boleh berada di atas dengan syarat menang kesemua baki 3 perlawanan. Mustahil? Bola itu bulat....

Kumpulan C:
NAIB JUARA LIGA PREMIER 2011, Sarawak masih boleh mengENCANG lawan. Cuma, setelah gagal menang dua perlawanan di gelanggang sendiri, cabaran pusingan kedua yang bakal menyaksikan Sarawak akan bermain dua perlawanan di gelanggang lawan dilihat sedikit mustahil.

Apa pun, ENCANG SARAWAK ENCANG...Kasi NGAP semua lawan.....

Kumpulan D:
Jika ada pertandingan lawak berkaitan PIALA MALAYSIA 2011 ini, pastinya SELANGOR akan muncul juaranya. Gah dengan MISI 33 iaitu hasrat, hajat dan niat besar Selangor untuk muncul sebagai JUARA PIALA MALAYSIA kali ke 33.

Setelah tamat pusingan pertama, MISI Selangor tu, hanya bertaraf tempat ke 3 kumpulan. Jika ini berlanjutan, maka terkeluarlah RED GIANTS MERAH KUNING daripada pertarungan seterusnya, dengan muka MERAH PADAM....Misi dah tukar jadi jururawat la pulak.

CUIT SIKIT:

Sekadar renungan, PIALA MALAYSIA memang serba berkemungkinan. Buktinya, awal - awal lagi ada "bookies" ditangkap di Johor Bahru.

Satu lagi bukti ialah, kecuali Negeri Sembilan yang diletakkan di balang kedua semasa undian tempohari, 3 lagi pasukan pendahulu kumpulan adalah pasukan yang berada di balang ketiga semasa undian berkenaan.

Maknanya, pasukan - pasukan pilihan utama yang berada di balang satu iaitu, KEDAH, TERENGGANU, KELANTAN dan SELANGOR, mungkin tertekan dengan status pilihan utama itu sehinggakan mereka gagal beraksi dengan baik dan setanding dengan status pilihan utama itu.

PELUANG KEDUA maknanya mencari nyawa kedua untuk kesemua 16 pasukan itu. Jika gagal mengambil peluang, aku percaya, menjelang akhir September nanti, adalah Ketua Jurulatih yang akan dipecat buat kali kedua dalam tahun ini.

TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

14.9.11

TERIMA KASIH LBJ.....

Kampung LBJ dahulunya dikenali sebagai FELDA LBJ. Sekarang ini, kebun getah / sawit yang pernah menjadi milik mantan peneroka Felda itu dikenali pula sebagai ENSTEK [NS Technology].

Semuanya kerana pembangunan, FELDA LBJ kini bertukar nama sebagai KAMPUNG LBJ. Tak kisahlah apa jua LBJnya kampung atau Felda, sebentar tadi, anak LBJ telah muncul secara berseorangan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, mengalahkan KELANTAN di perlawanan ketiga kumpulan C Piala Malaysia 2011. Bertuahnya FELDA UNITED kerana mempunyai penjaga gol otai dari LBJ malam ini.
Hamsani Ahmad Penjaga Gol FELDA UNITED
Di akhir perlawanan, FELDA UNITED menang dua gol kosong. Itu pun bermain secara bertahan dan bergantung kepada serangan balas sekali sekala. Teruk diasak Kelantan, FELDA UNITED akhirnya bergantung sepenuhnya kepada kecemerlangan penjaga golnya, HAMSANI AHMAD, anak watan LBJ. TERIMA KASIH LBJ kerana melahirkan seorang penjaga gol yang hebat walaupun ramai orang sudah lama melupakan beliau.

Carilah LBJ di sini
CUIT SIKIT:

Aku lihat di kaca TV, wajah - wajah terlalu yakin para pemain Kelantan seperti luntur selepas permainan terhenti di minit ke 50 angkara "tindakan cerdik" sebahagian penyokong Kelantan yang membaling Pembantu Pengadil Kedua dengan segala macam objek.

Ketika itu, Kelantan sedang ketinggalan satu gol dan rancak menyerang mencari gol penyamaan. Tertangguh selama 7 minit angkara "penyokong cerdik" itu membuatkan momentum pemain Kelantan menurun sebaik permainan disambung semula.

Namun begitu aku yakin dan percaya, Kelantan akan terus bernafas di Piala Malaysia ini, tidak seperti PDRM FA yang dilokapkan semalam. Cuma satu pesan aku kepada ORANG KELANTAN, mempertahankan kejuaraan sebenarnya tidak pernah semudah merampasnya.

BERPIJAKLAH DI BUMI NYATA, KELANTAN TAK HEBAT MANA PUN sebentar tadi. Pun begitu, terima kasih buat ribuan penyokong Kelantan yang memberikan banyak duit kepada FELDA UNITED sebentar tadi menerusi kutipan tiket masuk.

Nak harap kepada GWGF, MBFM, BAPAK dan ANAK, jawabnya sunyilah Stadium MPS tu.

13.9.11

POLIS KENA LOKAP.....

13 September 2011-Setelah sekian lama tersiar pelbagai berita berkenaan penjenayah, perompak, penipu dan pihak yang disyaki ditangkap dan ditahan di LOKAP POLIS, sekarang bacalah kisah POLIS KENA LOKAP pulak.....

CUIT SIKIT:

HAHAHA HAHAHA HAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

Akhirnya perjuangan Pasukan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia [PDRM FA] di PIALA MALAYSIA berakhir malam ini.

PDRM FA, bukan sahaja diGARI malah dilokapkan dengan teruk oleh pasukan lain di kumpulan D ini.

6 September, di Seremban, mereka tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur. Pada 10 September lalu, mereka dibedil Selangor 2-0 di Shah Alam. Manakala sebentar tadi, T-Team sebuah pasukan kelab dari Terengganu membelasah mereka 4-0, dan terus meLOKAPkan mereka daripada menjadi pencabar serius PIALA MALAYSIA 2011.
Carta Terkini Kumpulan D
Secara matematiknya, berbaki 3 perlawanan, PDRM masih boleh ke suku akhir dengan syarat menang semua baki perlawanan itu. Tetapi secara realitinya, PDRM bolehlah menggunakan baki 3 perlawanan itu sebagai medan latihan untuk musim baru Liga Premier nanti.

Apa - apa pun, tahniah buat PDRM FA kerana bermain menggunakan anggota PDRM dan berlawan  dengan  pemain bola sepak profesional negara. Silap langkah, SELANGOR pun bakal masuk lokap Piala Malaysia ni.

HAHAHA HAHAHA HAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

12.9.11

KALAU BEGINI, FAM RUGI.....

10 September, usai 2 perlawanan bagi semua pasukan di PIALA MALAYSIA 2011. Adalah sedikit kejutan walau, aku jangkakan akan berlaku banyak kejutan.

Sedikit kejutan kerana hanya ada perubahan pencapaian sebenar semua pasukan berbanding ranking semasa undian tempohari.

Setakat ini, Perak dan Sabah, bukannya KEDAH dan PERAK yang menguasai kumpulan A. Negeri Sembilan mendahului kumpulan B meninggalkan Terengganu, pasukan pilihan utama kumpulan berkenaan di tangga kedua.

Manakala kumpulan C pula, menyaksikan Kelantan selesa di tangga teratas sementara Felda United mengatasi jangkaan dengan meninggalkan pilihan kedua kumpulan ini, Johor FC di tangga ketiga.

Kumpulan D memperlihatkan kejutan sebenar apabila KUALA LUMPUR mendahului kumpulan berkenaan dengan rekod kemenangan 100 peratus. Pilihan utama kumpulan ini, Selangor di tangga kedua. Manakala T-Team sebagai pilihan kedua kumpulan D, hanya berada di tangga ketiga.

Jika situasi begini berterusan, maka carta perlawanan di peringkat suku akhir dan seterusnya adalah seperti di bawah........

Carta suku akhir berdasarkan kedudukan semasa selepas 2 perlawanan
CUIT SIKIT:

NASIB BAIKlah semua pasukan akan bermain empat perlawanan lagi  sebelum kita semua mengetahui siapa ke suku akhir.

Jika diambilkira setakat dua perlawanan sahaja, SAH Persatuan Bola Sepak Malaysia [FAM] akan rugi besar dari aspek kutipan tiket di final nanti.

Dua pasukan pilihan utama Kelantan dan Terengganu tidak akan berjumpa di final. Sebaliknya, kedua - dua pasukan yang mempunyai ratusan ribu penyokong ini akan berentap di suku akhir. SAHlah FINAL akan sunyi dan mungkin Stadium Nasional di Bukit Jalil hanya akan berkeadaan separuh kosong.

AYUH BANGKIT SEMUA PASUKAN PILIHAN DAN YANG MEMPUNYAI RAMAI PENYOKONG!

11.9.11

DARI LUAR TINGKAP PEJABAT FELDA.....

Di zaman semua orang dahagakan maklumat dan paklumat ini, ada sebuah pejabat RANCANGAN FELDA di NEGERI SEMBILAN, telah membatalkan langganan akhbar harian untuk bacaan di pejabatnya.

Bukan kerana akhbar berkenaan menyiarkan berita yang meloyakan. Bukan juga kerana beritanya menghairankan. Bukan juga kerana akhbar berkenaan tidak melaporkan berita dari rancangan beliau. Bukan juga kerana gambarnya tidak pernah tersiar di akhbar berkenaan.

BUKAN! BUKAN! BUKAN! Kalau semuanya bukan, apa yang sebenarnya?

Khabarnya, PENGURUS FELDA berkenaan membatalkan langganan akhbar, adalah kerana tidak mahu melihat PEMANDUnya datang ke pejabat hanya untuk membaca akhbar.

Kerja seharian pemandu berkenaan adalah sekadar membaca akhbar bukannya memandu kenderaan rasmi yang dibekalkan oleh FELDA. Sebabnya, bacalah seterusnya.....

GAMBAR HIASAN YANG AKU SONGLAP DARIPADA ALBUM FB RGM WILAYAH ALOR SETAR.
- setahu aku, Pengurus berkenaan tidak pernah menggunakan khidmat pemandunya. Bukan kerana pemandu berkenaan KERAS KEPALA tetapi, kerana PENGURUS berkenaan yang gemar menggunakan kenderaan FELDA itu seumpama milik peribadinya. Itulah sebabnya pemandu berkenaan hanya membaca akhbar-

CUIT SIKIT:
Jelas benar PENGURUS itu bertindak "CERDIK dan BIJAKSANA". Batalkan langganan akhbar untuk pejabat kerana PEMANDUnya hanya membaca akhbar tetapi tidak memandu.

Beliau "cerdik" kerana menafikan hak anak buahnya mendapat maklumat menerusi pembacaan. Beliau juga "bijak" kerana menjimatkan perbelanjaan FELDA sebanyak RM 45 sebulan. Malah, beliau juga "pintar" kerana gagal mengarahkan petugas di bawahnya untuk bertugas. Memang PENGURUS ini "cerdik, bijaksana dan pintar" mengalahkan PAK PANDIR.

Patutlah FELDA semakin banyak masalah. Kalau dah PENGURUS tidak mampu untuk mengarahkan PEMANDU supaya memandu, tentu juga PENGURUS berkenaan tidak mampu juga untuk mengawal para peneroka, anak peneroka dan seluruh warga di rancangan kawalannya.

Inilah akibatnya jika melantik PENGURUS kerana kebolehannya mengangguk, bukan kerana kebolehan dan kualiti kepimpinannya.

KERANA GUNA KEPALA LUTUIT, HASILNYA DAPATLAH KEPALA BANA!

7.9.11

KISAH PANAS DI MEDAN RAHANG.....

8-Zakuan Adha : 7-Aidil Zafuan
06 September 2011, perlawanan pertama Kumpulan B Piala Malaysia 2011, mempertemukan Naib Juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan [NS] dan Juara Liga Premier 2011, PKNS FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Selangor.

Daripada kaca TV1, jelas tidak kelihatan pemain kembar buat Negeri Sembilan, Aidil dan Zakuan. Menurut pengulas, kedua - duanya tercedera.

Sekitar 10 pagi ,07 September 2011, aku menerima satu panggilan telefon. Yang menelefon bukanlah calang - calang orang. Yang menelefon aku adalah seorang wartawan penyiaran yang mengakui telah bertemu Zakuan di Shah Alam, selepas perlawanan berakhir.

Zakuan dan Aidil, tidak menyertai pasukan NS ketika bertemu PKNS bukan kerana cedera fizikal. Zakuan dan Aidil tidak bersama pasukan kerana tercedera hati dan perasaan.

Menurut sumber berkenaan, kembar berkenaan telah mendapat tawaran lumayan daripada sebuah pasukan untuk musim hadapan. Namun, kerana adanya cucukan dan hasutan daripada seseorang yang agak berkuasa di Medan Rahang [ Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan ], Presiden PBNS telah menghalangnya.

Mungkin kerana terluka angkara cucukan dan hasutan itulah, akhirnya kembar itu tidak bersama - sama pasukan NS kelmarin.

CUIT SIKIT:

Di zaman profesional ini, rupa -rupanya masih ada sikap cucuk - mencucuk dan hasut - menghasut ini. Pihak yang mencucuk dan menghasut itu pun sebenarnya sering berpindah - randah pasukan semasa bergelar pemain.

Takkanlah masa AWAK bermain, AWAK boleh berpindah pasukan, masa orang lain nak pindah pasukan, AWAK pulak yang mencucuk dan menghasut supaya dihalang perpindahan itu. Apa kes nak halang perpindahan pemain? LU SAPA BRO?

Sudah sampai masanya profesional dalam ertikata sebenarnya disematkan dalam diri setiap orang yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia ini. Zaman cucuk - mencucuk dan hasut - menghasut ni, dah lama berlalu.

BE PRO lah BUDAK PD!

MALAM PENDATANG.....

KEPUTUSAN
CUIT SIKIT:

Usai perlawanan pertama Piala Malaysia 2011. Hampir satu persamaan buat semua pasukan iaitu,

PASUKAN PENDATANG [AWAY TEAM] MENANG

kecuali dua bekas JUARA silam SELANGOR dan PERAK.

Aksi pertama pastinya berkarat. Aksi berkarat ini bukan sahaja dialami oleh pasukan yang bertanding, malah turut dipamerkan oleh PENGULAS SUKAN TERSOHOR, Datuk Hasbullah Awang.

Hampir satu jam beliau mengulas menerusi TV1, penjaga gol Negeri Sembilan adalah Farizal Harun. Yang bermain sebenarnya adalah Farizal Marlias. Nasib baiklah Farizal Marlias dibuang padang di minit ke 58, barulah Datuk Hasbul menyedari siapa sebenarnya yang bermain. Jika tidak, sampai kesudahlah beliau keliru dengan nama penjaga gol NS tu.

Seorang lagi pemain yang menjadi mangsa aksi berkarat Datuk Hasbullah ialah Hairul Nizam Hanif, pemain PKNS yang beliau sebut sebagai Hairul Nizam Mustafa.

Mengapa Datuk Hasbullah menjadi begitu? Mungkin ada kaitannya dengan sudah lama tiadanya siaran langsung bola sepak di RTM. Nasib baiklah rakan fb aku Hafizal Hamad tidak berkarat seperti Datuk Hasbullah. Ini mungkin berkait dengan kerap kalinya beliau muncul di Info Sukan TV1.

Mungkin aksi sebenar semua pihak akan terserlah di perlawanan kedua pada 10 September nanti.

Teruskan perjuangan buat semua yang terlibat dengan PIALA MALAYSIA 2011.

5.9.11

SELAMAT BERJUANG.....

06 SEPTEMBER 2011, hari yang dinantikan oleh semua kaki bola Malaysia. Terutamanya mereka yang masih berminat dengan PIALA MALAYSIA.

PIALA MALAYSIA 2011 akan bermula jam 4.15 petang, 6 September ini. JUARA Liga Super, KELANTAN akan bertemu NAIB JUARA Liga Premier, SARAWAK di Stadium Sarawak, Kuching. Lain - lain perlawanan melibatkan baki 14 pasukan lagi akan bermula jam 8.45 malam hari yang sama.
agihan pasukan mengikut kumpulan
ramalan kaki bola
kalau ramalan itu benar, beginilah carta suku akhir

CUIT SIKIT:

Jadual peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir berkemungkinan akan berubah demi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan Australia dan Malaysia.

Apa sekalipun yang berlaku terhadap jadual suku akhir, separuh akhir dan akhir itu, aku meramalkan final impian kaki bola tahun ini adalah;
FINAL IMPIAN SEMUA
Adalah menjadi tugas semua pasukan lain untuk menafikan ramalan - ramalan ini.

SELAMAT BERJUANG!!!!!


MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH