Jumlah Paparan Halaman

31.7.11

ORANG KURANG AKAL.....


jam 13.00 : 30 Julai 2011, aku berehat seketika di R&R Dengkil Arah Utara Lebuhraya Elite, dalam perjalanan sekeluarga ke Sungai Besar, Selangor.

Berehat, makan tengahari, solat jamak qasar Zohor dan Asar serta memerhatikan apa yang sesuai untuk catatan terkini blog ini.

Akhirnya, aku terpandang situasi dan senario menarik di R&R ini yang sekurang - kurangnya menyediakan empat ruang parkir berhampiran pintu masuk utama ke ruang perniagaan R&R berkenaan.

Tujuannya pastilah untuk kemudahan pemandu yang bergelar OKU [Orang Kurang Upaya] ataupun penumpangnya yang berstatus demikian.

Namun, apa yang aku temui dalam tempoh lebih kurang 30 minit ialah, tiada satu pun kenderaan yang menggunakan ruang parkir berkenaan di pandu atau pun mempunyai penumpang bergelar OKU.

Yang menggunakan ruang parkir berkenaan adalah Orang Kurang Akal kerana mengaku OKU padahal mereka sihat dan sempurna anggota tubuhnya.

Inilah dapatan sepanjang tempoh pemerhatian aku:
Aku tidak fikir LPKP akan membenarkan OKU untuk memandu teksi. Bukan diskriminasi, tetapi kerja itu tidak sesuai untuk mereka. Perhatikan betul - betul, tertera logo OKU di bawah perut teksi tu.
Ini satu lagi orang sihat yang berminat menjadi OKU

Kenderaan milik IPT ini sah tidak dipandu oleh OKU. Cuma pamandunya sahaja yang kurang akal kerana tak nampak logo OKU di tengah - tengah kawasan parkir tu. Perhatikan warna kuning di bawah perut Proton Waja tu

CUIT SIKIT:-

Bagi aku, apa yang tertera adalah kesan daripada sifat kendiri negatif individu berkenaan. Falsafah mereka mudah, Buat Apa Sahaja Yang Tidak Betul dan Salah. Jika Tidak Ditangkap, maka, anda berjaya. Jika Ditangkap, bukan anda yang salah. Tetapi pihak berkuasa yang salah, kerana tidak mahu berkompromi.

Sempena Ramadhan ini, aku ingin memberikan pandangan kepada mereka yang jenis pentingkan diri sendiri ini supaya berpuasa daripada sikap itu. Dan, kekalkan sikap baik itu bermula ramadhan ini.
Ini juga kurang akal kerana meletak Teksi Eksekutifnya di kawasan yang tidak dibenarkan
Bukan apa, takut naiwaitu anda ingin menjadi OKU itu termakbul sempena musim perayaan nanti. Dan setelah bergelar OKU, anda pasti menjadi orang yang paling marah dan bengang dalam dunia ini, sekiranya lot parkir untuk OKU seperti anda digunakan oleh orang sihat dan sempurna. Betulkan?

Senario anda yang sihat merampas tempat parkir OKU, meletakkan OKU itu sebagai orang yang dianiayai. Doa orang yang teraniaya adalah sangat mustajab. Lu tak takut ke?

Akhirkalam, aku cadangkan kepada pihak berkuasa untuk memanjangkan istilah OKU kepada golongan kurang akal ini. Nanti papantandanya berbunyi begini;
Adusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

28.7.11

HARIMAU KALAH KERANA PENYU.....


CUIT SIKIT:

TERIMA KASIH MALAYSIA.

Malaysia adalah ABANG BESAR yang perlu dihormati oleh ADIK KECIL bernama SINGApura. Sangatlah pura – pura hidup seorang adik kecil jika mengaku ia sekuat dan sehebat abang besar.

Lagi pun yang KUAT itu HARIMAU bukan SINGA. Tak caya? Rujuk semula iklan sekuat tiger tu....kalau singa, setakat cordomo lion adalah. HA HA HA...ini HA lu hantamlah berapa kali pun lu mau, HARI HARI MAU pun takpa....

HARIMAU MALAYA memang hebat kerana garang dan bertaring di Bukit Jalil. Hebat kerana sokongan padu lebih 90 ribu penonton dan seperti biasa pancaran laser turut hadir bersama penyokong  bodoh yang bakal menyebabkan FAM boleh didenda oleh AFC dan FIFA. Tetapi setakat itulah sahaja yang mampu dibanggakan. Lain – lain aspek di padang, sangat lemah dan mengecewakan semua penyokong, samada di stadium, di rumah mahu pun di warung dan restoran.

Akhirnya, Malaysia tersangkut di Bukit Jalil kerana satu lagi keputusan CAP AYAM. Bagi aku, kekalahan ini kerana PENYU.....Hairan? Apa kena – mengena HARIMAU dan PENYU?

Iyolah, pasukan bola sepak tu dikenali dengan HARIMAU MALAYA. Kita semua sebagai  penyokong setia dan tidak begitu setia ni pasti nampak aspek PENYUdah adalah punca kita gagal mencari 2 gol penting di tempat sendiri. Kita pasti meratapi ketiadaan Mat Yo di padang berdamping dan saling menjadi PENYUmbang peluang kepada Safee Sali.

Pemain yang turun tadi sememangnya telah memainkan peranan sebagai PENYUmbang kepada gerak serangan. Tetapi, tanpa lorongan atau jolokan maut untuk disudahi dengan jaringan oleh SAFEE SALI, tiada apa yang mampu untuk membawa kita ke pusingan ketiga.

Mana mungkin kita boleh pergi jauh jika hanya dua percubaan tepat berjaya dilakukan. Satu sangkut kat penjaga gol lawan dan satu lagi masuk.

TANPA PENYUmbang Untuk PENYUdah berkesan, HARIMAU MALAYA akhirnya berada dua tapak di belakang SINGApura.

AHLAN YA RAMADHAN : PUASA JANGAN TAK PUASA.

Pautan keputusan lain dan jadual pertandingan seterusnya di:-

26.7.11

CERITA MALAM JUMAAT.....

Kepala SINGA
CUIT SIKIT:-

Kebiasaannya di Negeri Sembilan ini, hari khamis malam jumaat terakhir sebelum kemunculan ramadhan al-mubarak, ramai pihak mengadakan kenduri menyambut puasa {puaso}. Lauk - pauk yang dihidangkan biasanya mengikut kemampuan tuan rumah. Tak kisahlah. Yang utamanya ialah doa selamat dan tanda syukur kerana masih berkesempatan menyambut ramadhan dan juga silaturrahim sesama jiran.

Tahun ini seperti biasa banyaklah kenduri diadakan walaupun ibadah puasanya nanti masih menjadi tandatanya.Lantak kaulah jang. Dan, tanpa diduga,kenduri malam jumaat pada 28 julai nanti akan menjadi satu kenduri besar seluruh negara. Kenduri besar di Stadium Nasional Bukit Jalil, berlaukkan kepala SINGApura masak kari.

Kita kendurikanlah SINGApura tu sebab dia bukan handal pun. Harimau menjadi lauk kenduri di SINGApura tu adalah kerana kesilapan sendiri bukan kerana SINGApura tu terlalu gagah. Tentunya HARIMAU lebih gagah. Kita kan abang......

Sempena kedatangan ramadhan ini, ayuhlah kendurikan SINGApura di Bukit Jalil.  
SINGApura tu sebenarnya hanyalah singa tahun baru je.
Takkan takut......KITA KAN ABANG.
 Selamat kenduri dengan TIGA KOSONG.

24.7.11

SATU PIALA SUDAH SAMPAI.....

Mengimbau kenangan lalu:

Memulakan musim bola sepak 2011, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS], mencanangkan 3 KPI untuk dicapai oleh pasukan berkenaan iaitu;
-Menjuarai Liga Super.
-Mempertahankan Piala FA
-Merampas semula PIALA MALAYSIA.
Setakat ini;
Pasukan Negeri Sembilan [ NS], yang juga ingin dikenali sebagai REAL MADRID Malaysia itu, GAGAL melaksanakan 2 daripada 3 KPI berkenaan. Liga Super dimenangi oleh Kelantan. Manakala Terengganu pula menjuarai Piala FA. Memenangi Piala Malaysia? \
Ontah Buayo : Ontah Katak;
Ontah Iyo : Ontahkan Tidak.
Maknanya, setakat hari ini pasukan NS, masih belum menang apa - apa kecuali, menang berita Ketua Jurulatih letak jawatan dan diganti oleh Ketua Jurulatih yang baru. AK-9 nampak macam hebat tetapi akhirnya gagal meletup. Kita tunggulah PIALA MALAYSIA nanti, melotup ko tidak.

Seremban 24 Julai 20011- hari ini akhirnya sampai juga satu piala ke NS. Piala yang tidak termasuk di minda sesiapa pun di PBNS. Piala ini tiada di dalam KPI pasukan kerana ini piala divisyen tiga. Tetapi, sekurang - kurangnya, terubatlah jualah resah hati para penyokong tegar bola sepak NS.

Carta Akhir TOP FOUR
2 pasukan teratas akan bertanding di Liga Premier 2012

PIALA FAM untuk sang juara

Rakan media elektronik yang membuat liputan

Game yang boring sehinggakan akak baju merah tu lena dibuai mimpi

Pak Harun [bersongkok putih] tu adalah BOMOH HUJAN tersohor di NS

HARDI AHMAD, Ketua Pasukan menjulang piala
Meraikan Kejuaraan
CUIT SIKIT:

Kepada pasukan swasta yang bernama BETARIA FC ini, kejayaan anda menjuarai Liga FAM lebih awal iaitu pada 6 Julai lalu aku ucapkan tahniah.

Biarpun tanpa sebarang bantuan daripada PBNS, aku yakin dan percaya, kejayaan ini bakal membuka mata pihak berkuasa bola sepak negeri di Medan Rahang itu. Pastinya selepas ini akan sampai jualah sedikit sebanyak bantuan dari sana. Tambahan pula Setiausaha Eksekutif PBNS turut hadir [walau pun sekejap] di stadium tadi.

Menjuarai Liga FAM dan bakal bertanding di Liga Premier 2012 bukan kepalang belanja yang diperlukan. Aku tahu, disebalik kejayaan ini, pasti kepala Tuan Presiden kelab ini pening memikirkan harga sebuah kejayaan. RM 60 ribu yang dimenangi mungkin hanya sekitar 10 peratus daripada belanja keseluruhan pasukan musim ini. Langung tak mendalamkan air.

Namun, untuk mengharungi Liga Premier tahun hadapan, aku cadangkan kepada BETARIA supaya menjual hak jenama di jersi depan dan belakang seperti yang dilakukan oleh Kelantan. Jual juga papan iklan [A-Board] di tepi padang pada setiap perlawanan. Belajarlah dengan Kelantan bagaimana untuk menjual jenama BETARIA ini kepada rakan - rakan korporat anda.

Satu pesan aku, jangan biarkan ada pula campur tangan dan campur kaki di dalam pasukan. Uruskanlah pasukan bola sepak, sebagaimana anda menguruskan perniagaan bukan sebagai badan kebajikan mahu pun badan politik.

Selamat maju jaya NS BETARIA FC di Liga Premier bersama MBJB FC...
Foto lain di sini
http://nizam-anakfelda.blogspot.com/p/juara-liga-fam-2011.html
Nota Kaki:
Betaria FC adalah kelab kedua dari Negeri Sembilan yang muncul juara Piala FAM.
Tempat Betaria FC dan MBJB FC bakal diisi oleh Pulau Pinang dan SDM Navy.
Kelantan pernah muncul juara piala ini pada tahun 2005.
Sejarah Piala FAM di http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_FAM

23.7.11

CAP AYAM.....


 barisan utama termasuk 2 pemain cap ayam yang bernombor 9 dan 13 tu.

Barisan Pemain Aku Pinjam dari album rakan fb HAFIZAL HAMAD, Pengulas Sukan RTM tu.
Singapore 5
Đurić  7', 81'  Qiu Li  22'  Fahrudin  44'  Shi Jiayi  45+1'
 Malaysia 3
Mohd Sali  1', 71' Hadi Yahya  70'
barisan cap ayam menghasilkan keputusan cap ayam kerana pemain nombor 5 dan nombor 6 di pertahanan tengah mempamerkan prestasi cap ayam


CUIT SIKIT:-


Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh Datuk Rajagobal ketika menurunkan barisan begitu ketika bertemu Singapura tadi.

Ini bukan lagi pertemuan menguji pemain seperti bertemu Arsenal dan Liverpool tempohari. Ini adalah perlawanan sebenar yang penting. Bukan cobaan lagi.


Menurunkan pemain yang tidak pernah turun sebagai pemain utama sebelum ini di gelanggang lawan, bagi aku bukanlah sesuatu yang wajar. Akhirnya, keputusan cap ayam itu terhasil di separuh masa pertama. Walau pun mendahului seawal minit pertama, Malaysia akhirnya mendapat keputusan cap ayam tu apabila bahagian midfield tidak berfungsi dan 2 pertahanan tengah Malaysia juga mempamerkan prestasi cap ayam.


Hanya selepas Amirulhadi dan Abd. Hadi Yahya dimasukkan, barulah ada sengat dan hasilnya Malaysia mendapat dua gol di separuh masa kedua. Dalam kedudukan ketinggalan 3-4 itu, sekali lagi pertahanan tengah Malaysi buat kerja cap ayam dan membiarkan Singapura mendapat gol kelima mereka.


Ketinggalan dua gol masih boleh diatasi di Bukit Jalil nanti dengan syarat barisan cap ayam ini tidak lagi diturunkan.


Dengan hanya kemenangan dengan margin dua gol, Malaysia akan ke pusingan ketiga  menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan, dengan syarat Singapura tidak menjaringkan empat gol di Bukit Jalil. Selamat maju jaya.

Lain - lain keputusan di


22.7.11

MENYAMBUT KEPULANGAN PM.....


CUIT SIKIT:

Boleh tahanlah sambutan Warga FELDA Wilayah Raja Alias { Felda Negeri Sembilan } tu.  Selepas buat riuh geger dan melaung - laungkan sokongan kepada YAB PM di KLIA, mungkin riuh geger jugalah di Nilai 3.

Yang menzahirkan sokongan adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan [JKKR], Gerakan Persatuan Wanita [GPW] dan Belia. Tahniah, tahniah, takziah.

Tahniah 2 kali kepada JKKR dan GPW sebab ke KLIA dan mungkin juga ke Nilai 3 selepas itu. TAKZIAH kepada BELIA FELDA tu sebab yang kelihatan di foto yang tidak pernah menipu tu adalah Belia Purba dab Belia Antik FELDA. Belia FELDA yang menurut Akta Pembangunan Belia mestilah berusia diantara 15 hingga 40 tahun.


Yang terzahir di foto itu, mungkin berusia belia cuma wajah mereka cepat kelihatan tua kerana kerja - kerja di kebun getah dan kebun sawit selama ini. Atau, memangnya Belia FELDA ini masih tidur dan terus tertidur kerana bosan menunggu rumah generasi kedua yang belum dibuat walaupun sudah bertahun disebut- sebut akan dibuat. Entahlah.....

Kepada orang kuat yang buat sepanduk dan bawa warga FELDA ke KLIA tu, nasihat aku, lain kali kalau nak buat begitu, pastikan yang tertulis dan yang bergambar itu betul dan tepat komponennya. Janganlah kata Belia kalau yang hadir tu hanya AYAH dan OMAK kepado BELIO...Kalau nak menipu, menuntutlah dengan aku.......

18.7.11

bantulah MATA - MATA kita.....


Orang Ramai Di Minta Serah Video Sebagai Bukti

Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu. "Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di Genting Highlands hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika menangani perhimpunan itu.

CUIT SIKIT:

Semasa bertugas di Palong Satu sekitar tahun 1995 dahulu, aku pernah bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengadakan pameran kerjaya dan bidang tugas jabatan berkenaan.

Salah satu pendekatan yang diadakan di masa itu ialah tayangan video tugas sebenar tugas anggota bomba dan salah satu video yang ditayangkan adalah video operasi menyelamat dan mencari mangsa runtuhan kondominium Highlands Tower di Hulu Klang.

Menurut maklumat, video berkenaan adalah hasil kerja anggota bomba yang menyertai operasi berkenaan. Sememangnya setiap operasi besar, pihak bomba akan merakamkan operasi di tempat kejadian, sebagai bahan rujukan.  Maknanya, di tahun 1990’an itu, telah ada dokumentasi kerja – kerja jabatan kerajaan secara fotografi dan video.

Apa yang aku nak katakan ialah, selepas hampir 20 tahun kerjasama aku dan bomba itu berlaku, hari ini ada pula pihak yang meminta bantuan awam untuk menjalankan tugas mereka. Sedangkan satu dunia tahu bahawa jabatan ini mempunyai jurugambarnya sendiri.

Seharusnya menyediakan video baik seperti yang mereka nak tunjukkan itu, bukanlah satu masalah besar. Sedangkan telefon bimbit murah buatan Negara Panda itu pun bagus kualiti gambarnya, inikan pula gajet fotografi dan videografi jabatan kesayangan ramai ini.

Tuan mata – mata, kalau dah susah sangat nak dapat video tu, carilah kat sini...


kata ada unit IT......kalau zaman MATA – MATA dulu memanglah perlu dibantu sebab tiada internet. TAKKAN itu pun aku nak ajar.....

15.7.11

JENGKA PUSAT.....

Kira - kira seminggu lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Peneroka FELDA 2011.

Pastinya gah dan meriah kerana berlangsung di Bandar Tun Abdul Razak, Pahang. Sambutannya meriah kerana para peneroka dan penerokawati yang ke sana dapat naik bas rombongan percuma, tetapi tidak dapat menghabiskan duit lain untuk syoping [perkataan asal SHOPPING] kain baju, sebabnya Bandar Tun Abdul Razak itu bukan tempat yang sesuai untuk bersyopping.
Gah juga sambutannya kerana pertukaran nama Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak. Tetapi yang aku pasti, masyarakat di sana akan terus menyebut dengan Jengka Pusat, terutama orang lama dan otai. Ada juga yang menyebut dengan nama JENGKAL PUSAT. Sekitar tahun 60'an dan 70'an, kawasan ini dikenali dengan nama KANADA.
Merah dan pedihlah gamaknya tangan hadirin kerana kekerapan bertepuk menyambut pengumuman projek terutamanya projek pusat sukan dan Stadium Felda tu. Setahu aku, jika menjadi kenyataan, Stadium FELDA itu adalah stadium keempat di Jengka Pusat.
Telah semak dan samun stadium mini Bandar Pusat Jengka. Telah tersergam stadium Kementerian Belia dan Sukan yang terletak jauh dari kawasan tumpuan awam. Dan, telah sedia juga stadium mini Uitm Jengka.
Nanti kita juga boleh bertepuk tangan dan mendabik dada kerana Bandar Tun Abdul Razak itu adalah bandar yang mempunyai stadium yang paling banyak di Pahang. Malangnya, Pahang tidak mempunyai seorang pun pemain dari Jengka Pusat.
Dan yang pastinya, pada tanggal 07-07-11 itu, terserlah lagi satu kegagalan warga FELDA menyahut hasrat dan aspirasi YAB Perdana Menteri untuk melihat perubahan yang jelas dan jitu di kalangan masyarakat rancangan FELDA.
Aku kata terserlah kegagalan ialah apabila Anugerah Keceriaan Kawasan Kampung FELDA [AKKF], buat kali yang keempatnya, dimenangi oleh rancangan dari negeri JOHOR. Hadiahnya amat lumayan, RM 1 JUTA tu........sesuatu yang tidak dipedulikan oleh warga FELDA dari negeri - negeri lain. Warga FELDA Kelantan memang tidak akan kisahkan 1 juta tu sebab sekali mereka menang saman, mereka dapat 13 juta. Kat Negeri Sembilan ni, kalau menang saman ari tu, dapat 200 juta.
Ini buktinya:


 
CUIT SIKIT:

Aku melihat senario AKKF itu sebagai satu perkara yang amat malang buat pentadbir – pentadbir FELDA. Baik dari bilik Lembaganya, sehinggalah ke bilik Pengurus dan bilik Ketua Peneroka. Jelas, usaha dan insentif menerusi AKKF ini adalah jauh daripada berjaya.

Jika ada perubahan pun, ianya bukanlah gambaran terbaik yang menunjukkan AKKF ini berjaya mencapai matlamatnya. Inilah akibatnya jika kita hanya mahu memuaskan kawasan sekitar sejengkal dari pusat kita [ JENGKAL PUSAT ].

Kita melantik Ketua Peneroka, bukan kerana Ketua Peneroka itu berpengaruh dan disenangi oleh masyarakat rancangan. Sebaliknya, mereka ini di lantik kerana mereka ini tidak akan menyusahkan orang di bilik – bilik lain.

Kita juga melantik Pengurus bukan kerana karisma dirinya sebagai orang yang layak menjadi Pengurus. Tetapi kita lantik Pengurus, hanya kerana mereka itu lulus peperiksaan jabatan. Adakah yang tidak lulus itu tidak boleh bekerja?

Aku mentafsirkan kejayaan Johor menguasai AKKF itu sebagai, itulah sahaja satu – satunya negeri di mana warga FELDAnya mempunyai hasrat untuk menjayakan aspirasi YAB Perdana Menteri. Itulah sahaja warga FELDA yang boleh digantung harapan sewaktu susah dan senang.  Warga FELDA di negeri lain? Lu fikir, Lu la yang jawab.

Dan, oleh kerana setiap pemenang hanya tidak boleh bertanding selama TIGA TAHUN, maknanya, Semenchu akan muncul semula di arena AKKF tahun 2012. Tanpa RM 1 JUTA pun, mereka dah menang, inikan pula mereka sudah mendapat satu juta. Aku rasa semakin bertambah cantiklah kampong mereka. Semakin jauhlah standard mereka dengan pencabar dari negeri lain. Itu pun jika ada pencabarlah.

2013, Ulu Belitong akan muncul pula, Kledang pada 2014 dan begitulah seterusnya. Rancangan – rancangan lain, teruskanlah berpusing di sekitar Jengkal Pusat. Silap – silap selepas ini akan ada pula berita warga Felda menyaman FELDA kerana tidak menang AKKF.
Cek untuk tahun 2012 hingga 2015 ni, tinggal nak tulis nama rancangan je. Nama wilayah tu boleh potong yang mana tidak berkenaan.
 
Maka, benarlah warga Felda di negeri lain tu, hanya mampu bergerak setakat kawasan sekitar Jengkal Pusat mereka sahaja. Itu pun, kawasan itu penuh semak dan samun. Tak percaya? Lu periksa la lu punya Jengkal Pusat.

ADA komen?

12.7.11

KISAH SEEKOR KATAK.....

DAHULU: Seumpama Katak Di Bawah Tempurung.
KINI: Bagai Katak Di Dalam Gelas

CUIT SIKIT:-

Pertamanya, aku nak ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada FAM yang berubah menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutifnya siang tadi.

Tahniah kerana membenarkan semula penggunaan pemain impot di Liga Malaysia. Terima ksih kerana kebenaran itu bersyarat. Syaratnya mudah sangat. Pemain impot berkenaan mestilah pemain kebangsaan sekiranya mereka datang dari negara - negara ASEAN atau, pemain Liga Divisyen Satu dari negara -negara ASIA atau sekurang - kurangnya pemain divisyen dua Liga Eropah atau CONCACAF dan liga - liga bola sepak yang sama waktu dan taraf dengannya.

Maka, aku percaya mulai esok ramailah ejen - ejen pemain akan berurusan dengan Persatuan Bola Sepak Negeri - Negeri dan Kelab -Kelab di Malaysia ini. Dan, banyaklah video dan 3 gp pemain akan ditayangkan. Maka kecurlah air liur wakil persatuan berkenaan sambil terbayang piala yang dimenangi oleh pasukan kerana mempunyai pemain impot yang hebat. Kecur dan tergiurlah semuanya.

Jika pasukan A ada pemain impot ASEAN, pasukan B akan impot pula pemain hebat dari BRAZIL. Pasukan C juga akan impot pemain berrambut "blonde". Pasukan D yang kurang mampu pun impot jugak. Tetapi pasukan D akan bawa masuk pemain DIVISYEN SATU LIGA BANGLADESH atau SRI LANKA. Yang penting, pemain impot mesti ada dalam pasukan. Gaji tak dapet bayar, itu kito cerito kemudian.....

Seumpama katak di dalam gelas, persatuan - persatuan bola sepak ini ingin berubah untuk menjadi pasukan kuat, namun, kekangan yang amat mencengkam diri gagal diatasi. Kekangan itu ialah, KEWANGAN. Dari lagak dan gaya sepanjang berada di dalam gelas, kita rasa kita hebat dan cukup segala - galanya.

Rupa - rupanya, apabila berada di luar gelas, suasana persekitaran amat berbeza dan tidak mampu diharungi. Itulah yang terjadi kepada sebuah pasukan di atas KAYANGAN apabila Presidennya sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar, pasukannya hancur buncai muflisin dan akhirnya turun divisyen. Tatkala itu, rasanya lebih baik berada di dalam gelas semula kerana itulah sahaja persekitaran yang mampu kita harungi.

Bagi aku, selain Gomo Kelate Gomo, tidak ada satu pasukan pun yang mampu memenuhi syarat FAM berkenaan pemain impot tu. Aku kata hanya Kelantan sahaja yang mampu. Sebabnya, mereka sudah bergerak secara semi profesional bab menjual jenama Red Warriors. Menerusi jenama berkenaan, pelbagai barangan sukan dan cenderahati mampu dijual dan menjadi pendapatan sampingan persatuan.

Di saat Kelantan di taja depan belakang menerusi jersi mereka, pasukan Negeri Sembilan contohnya, tidak ditaja oleh mana - mana korporat yang banyak makan jasa di negeri ini. Tanpa penaja, pastinya pasukan berkenaan tidak akan mampu untuk membayar gaji pemain dan pengurusan pasukan. Kalau dah tak mampu membayar gaji, janganlah mengimpot pemain. Buat malu je!

Akhirulkalam, jika tidak mampu berubah, eloklah duduk diam - diam di dalam gelas tu. Lebih aman dan selamat.
BERUBAH SEKIRANYA ANDA MAMPU UNTUK BERBUAT DEMIKAN. JIKA TIDAK MAMPU, BIARLAH ORANG LAIN YANG BERUBAH dan ANDA TINGGALLAH SORANG - SORANG KAT BELAKANG. BIARLAH KELANTAN MEMBORONG SEMUA PIALA ASALKAN KITA TIDAK MENANGGUNG HUTANG KELILING PINGGANG KERANA HENDAK MEMBAYAR GAJI PEMAIN IMPOT. TAK GITU?




11.7.11

MERAH MENANG LAGI.....

Juara - juara bola sepak Liga Malaysia 2011 telah pun ditentukan.

6 julai 2011, merupakan tarikh penentuan untuk pemenang Liga Super. Kelantan muncul juara 2011. Di sebelah petangnya, Betaria FC dari Negeri Sembilan telah mengesahkan kejuaraan Liga FAM setelah Majlis Bandaraya Johor Bahru [MBJB], pencabar utama mereka hanya mampu seri satu sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dengan baki tiga perlawanan, MBJB dan Tentera Darat, dua pencabar serius Liga FAM 2011, tidak mampu lagi untuk memintas Betaria FC yang mendahului dengan 42 mata. Perlawanan terakhir mereka pada 24 julai nanti, menentang Melodi Jaya dari Johor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hanyalah satu formaliti dan upacara menjulang piala sahaja.

CUIT SIKIT:

Satu kebetulan atau memang satu keperluan, juara - juara musim ini semuanya berbaju merah sebagai warna utama mereka.
Satu lagi pasukan berbaju merah muncul juara pada hari ini [10 julai], di Liga IPT 2011. Pasukan itu ialah, pasukan UiTM Shah Alam yang juga juara bertahan kejohanan.

Satu kebetulan  atau satu suratan di 2011, kejayaan empat pasukan berbaju merah, adalah baik untuk kemajuan bola sepak Malaysia.

Kepada baju merah yang gagal menunjukkan kehebatan baik di padang mahu pun di jalanan, inilah masa terbaik untuk anda berfikir tentang relevensi kewujudan anda di negara ini.

Kalau LU tak berubah, LU mungkin terima PADAH!!!!!

7.7.11

ANAK RIMAU OTW TO LONDON....siapa nak ikut?

Inilah kedudukan pasukan mengikut kumpulan bagi pusingan akhir kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia.

CUIT SIKIT:

Kali terakhir Malaysia berada di pertandingan sebenar Olimpik ialah pada tahun 1972 di Munich, Jerman. Hampir setengah abad (50 tahun) tu....

Tahun 1980, Malaysia layak ke Olimpik Moscow, tetapi pasukan tidak ke sana angkara protes dan boikot kerana pencerobohan Russia ke atas Afghanistan.

Kali ini, berada di pusingan akhir kelayakan zon Asia pun, sudah satu sejarah baru bola sepak Malaysia. Kalau layak ke London, lagi gah sejarah itu.

PINJAM FOTO DARI DUNIA SUKAN ONLINE
Tahniah dan selamat maju jaya Ong Kim Swee dan skuadnya.

Jadual perlawanan
http://en.wikipedia.org/wiki/2012_AFC_Men%27s_Pre-Olympic_Qualifying_Tournament_Third_Round

2.7.11

RENUNG DAN MENUNG.....

CATATAN KHAS SEMPENA SETENGAH TAHUN 2011.....


Tugas penjawat awam adalah "jihad" dalam menentukan keberkesanan kerajaan yang memerintah, menurut bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah Datuk Shafee Yahya.

Malah beliau menyifatkan penjawat awam sebagai benteng utama kerajaan memperlihatkan imej profesional di samping memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Justeru, jika kakitangan awam mengabaikan aspek integriti dalam melaksanakan tanggungjawab, maka seluruh negara akan menyaksikan “kehancuran tamadun yang dibina.”

"Memang peranan kita penting tapi kita perlu tegas kerana benar kerana pada akhirnya kalau menteri atau ADUN minta kita buat satu perkara yang tidak betul, kita perlu bertegas untuk kata tidak," ujar Shafee ketika berucap pada majlis Wacana Ekonomi Selangor: Integriti Penjawat Awam di sini, pagi tadi.

Shafee berkata meskipun kerajaan cuba menambahbaik mutu pentadbiran, dan urusan kewangan, namun masih banyak kelemahan yang wujud.

Kelemahan itu berpunca kepada kurangnya pegangan kepada prinsip integriti untuk memastikan sistem negara berada di landasan yang betul.

Shafee diakui sebagai tokoh utama memerangi rasuah di negara ini semasa memimpin BPR dan beliau kerap dipuji kerana sanggup bertindak terhadap pemimpin-pemimpin berpengaruh dalam kerajaan.

Di akhir kerjayanya beliau sebagai Ketua Pengarah BPR, Shafee terbabit dalam serbuan keatas pejabat Pengarah Besar EPU ketika itu, Tan Sri Abul Hassan dan dilaporkan menjumpai sejumlah besar wang.

Susulan serbuan itu, beliau kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Awal tahun ini Shafee menerbitkan buku berjudul 'Cerita Shafee Yahya: Budak Lelaki estet kepada Ketua BPR' menceritakan pengalaman beliau menentang amalan rasuah melibatkan kepimpinan tertinggi kerajaan.
Memikul tugas penjawat awam bukan sahaja bertujuan mencari nafkah semata-mata tetapi sebagai satu amanah yang harus digalas sebaik mungkin.
Beliau kemudian mengariskan faktor-faktor yang mengakibatkan integriti individu atau syarikat terjejas termasuk disiplin diri yang lemah serta etika kerja yang tersasar.
Dalam ucapannya beliau turut memetik kenyataan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjulang sifat tegas demi mempertahankan tata kelola baik.
"Kita perlu taat setia tapi tidak boleh taat membuta tuli yang akan membawa kerosakan," katanya.
Justeru beliau menasihatkan kepada penjawat-penjawat awam untuk memastikan setiap arahan diterima dalam bentuk hitam putih.
Katanya amalan ini bertujuan mempersiapkan diri sekiranya ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan mana-mana individu melalui tuduhan atau fitnah.
 "Apa sahaja yang anda mahu buat, mesti ada hitam putih, failkan seperti dokumen rasmi. Jadi kalau lepas bersara pun boleh tidur lena," ujar Shafee.
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Thursday, June 30, 2011
CUIT SIKIT:
Walaupun artikel di atas adalah catatan buat penjawat awam, AKU FIKIR, semua pihak terutamanya yang dah berakal dewasa, perlu merenung diri dan bermenung memikirkan apakah selama ini, kita telah melakukan sesuatu arahan dengan kerelaan hati atau pun kerana terpaksa.

Ingatlah, setia itu bertempat. Fahamilah, akur itu ada hadnya. Renungkan, angguk itu ada batasnya. Sedarlah,
YANG SETIA TIDAK BERTEMPAT, YANG AKUR TANPA FIKIR DAN YANG ANGGUK TANPA SEMPADAN ITU ADALAH PENGIKUT, PENYOKONG DAN PETUGAS YANG PALING TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.
Jika orang ini memegang tampuk tadbiran dan kepimpinan, TUNGGULAH KEHANCURAN institusi berkenaan.
MENUNG DAN RENUNGkanlah..............

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH