Jumlah Paparan Halaman

31.1.11

SUKARELA atau SUKAR RELA ?????

CATATAN KHAS BUAT KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA

ERTI SUKARELA

MANFAAT KESUKARELAAN DIRI

SUKARELA dan KEBAJIKAN
MUDAHnya PAHALA
CUIT SIKIT:

Sejauhmana kita suka dan rela dengan apa yang dibebankan kepada kita, itu kena tanya diri sendiri. Sering disebut dan dimotivasikan, Kerja Adalah Ibadah, walaupun ianya bukan percuma.

Memberikan khidmat sebagai petugas dan dibebankan dengan segala macam tugas dan peranan, miriplah kepada Upah Seraya [istilah orang Negeri Sembilan]. Maksud upah seraya itu lebih kurang begini; anda diberikan tugas bersama kumpulan anda untuk menebas rumput di kawasan balairaya kampung anda. Ianya boleh dibuat secara gotong - royong tetapi pihak JKKK akan memberikan sedikit imbuhan bukan berdasarkan harga semasa kerja berkenaan sekiranya dibuat secara kontrak.

Kakitangan kerajaan dan swasta, anda diberi jawatan, dibebankan tugas dan dibayar gaji. Namun, mungkin kadar gaji itu, tidak pernah sesuai dengan beban tugas yang diserahkan kepada anda.

Maklum sahaja, ramai yang memegang diploma dan ijazah, tetapi menjawat jawatan bertaraf SPM sahaja, hanya berjawatan gred 17 sedangkan pemegang diploma selayaknya bergred 27, manakala lulusan ijazah, seharusnya berjawatan gred 41.

Bekerja sehingga lewat malam tanpa elaun lebih masa, atau bertugas di hujung minggu dan hanya mendapat cuti ganti, pasti membuatkan anda merungut dan berasa tidak puas hati dengan majikan anda.

Namun, kalau ikhlas kita memberi khidmat dan ikhlas juga menerima kadar upahan itu, jadilah ianya sukarela. Jika sebaliknya, sukarlah ia untuk rela [sukar rela]. Tak gitu?

Justeru, anda boleh lihat, suasana semasa di pejabat - pejabat, jelas kelihatan yang mana petugas sukarela dan juga yang mana petugas sukar rela dengan tugas masing - masing.

Yang sukarela dan gemar dengan tugasannya, akan bersungguh - sungguh melaksanakan tugasnya. Malah biasanya akan menghasilkan kualiti yang lebih baik daripada apa yang dikehendaki majikan. Ini kategori yang orang kampung aku kata, Workaholic.

Yang sukar rela itu, biasanya akan lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara lain daripada melaksanakan tugas hakiki, termasuklah minum dan bersembang di kantin dan warung. Malah ada juga seorang petugas sebuah Lembaga, yang diberikan tanggungjawab sebagai pembimbing program, hanya hadir ke tempat program berkenaan, sebagai penjual ubat dan kismis, tanpa melaksanakan pun sebarang tugas pembimbing.

Pemerhatian aku di salah sebuah pejabat berkaitan hal ehwal agama di Malaysia, mendapati, ada ramai petugas di pejabat berkenaan bersembang hampir setengah hari, hanya kerana kalah futsal antara unit di dalam jabatannya. Ramai juga petugas - petugas muda yang menghabiskan masa di pejabat dengan 'chating' dan "SMS" peribadi berkaitan cinta.

SUKARELA atau SUKAR RELA? Anda di kategori mana?

Jangan tanya aku di kategori mana, Aku dah bersara awal!
Ini KOJO DEN Sekarang
RENUNG - RENUNGKAN....

28.1.11

HEBATNYA MENANTU ORANG PAHANG…..


PAHANG YANG BESAR SEGALA - GALANYA
MENANTU ORANG PAHANG ADA BAHAGIAN FLOM di PEJABAT PERDANA MENTERI
MENANTU ORANG PAHANG YANG PERTAMA DULU, TAKDE BAHAGIAN NI
Aktiviti Sosial MENANTU ORANG PAHANG:

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor was also keenly aware that she would have to gradually take on more public roles as she continued to give pivotal support to her husband’s political rise.
  1. President of the Welfare Association of Minister’s Wives (BAKTI).
  2. President of the Girl Guides Association.  
PATRON for various associations, among others are :
  1. Children in Hope Foundation,
  2. Malaysian Nature Society,
  3. Society of the Orthopedically Handicapped Malaysia,
  4. Malaysia Aids Council,
  5. National Heart Institute Foundation,
  6. Thalasemia Association,
  7. National Athletes’ Welfare Association and the Foundation for the Development of Underprivileged Children.
  8. Badminton Association of Malaysia (BAM),
  9. PERMATA Pintar
  10. PERMATA Seni.
  11. Permata Insan.

KOMEN DI RUANG MAYA:
Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.
Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.
Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.
Kata Pro UMNO:
Rakyat hanya akan memberikan sokongan padu kepada Najib andai dia dapat menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.
Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'SUAMI' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri.
Rakyat dah lama menganggap perempuan itu adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam tak bertudung yang masih belum sedar orang dah lama bercakap pasal NKRA serta menganggap dia sebagai liabiliti kepada BN.
Semua media dan wartawan saban hari dipaksa membuat liputan serta memberi publisiti murahan segala aktiviti yang melibatkan Wanita Negori ini. Jadi Najib, mulai hari ini sehinggalah selesai PRU-13 nanti, kau pastikan wanita kesayangan kau tu jangan banyak songeh, dok ontok-ontok dan jangan asyik perabih duit rakyat sampai kementerian lain terpaksa dipotong bajet hanya semata-mata nak mengilaukan kembali 'Permata dia yang telah lama hilang'.
Jawapan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor:
''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," - Rosmah Mansor

CUIT SIKIT:

Yang “sebelah sana” komen negatif. Yang “sebelah sini”, suruh diam. Semua orang marahkan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ni, APA PASAL?
Pada aku:
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, teruskanlah bakti mulia tu. Biar penat, asalkan pahalanya besar. Teruskanlah selagi terdaya. Buatlah apa sahaja selagi termampu. Peduli apa orang kata. Dengkilah tu.
Tahniah Yang Amat Berbahagia  Datin Paduka Seri Rosmah Mansor kerana menjadi MENANTU ORANG PAHANG yang terhebat dan tersibuk di alam ini. Tidak terlawan dek orang rumah aku, yang juga menantu orang Pahang.
Kok orang kampung kat Ampangan tu nak marah, biarlah deh. Kalau orang Perak nak marah pun, lantaklah. Orang Johor, orang Melaka nak marah? Biarkanlah mereka melalak.  Buatlah apa pun, asalkan orang  FELDA CHINI  dan orang   PEKAN, PAHANG   , tak marah sudahlah.

Bukan apa, takut majoriti undi tahun 1999 yang tak cukup 300 tu, berulang kembali di PRU 13.
Malu kita weh! tak gitu gamoknye???

25.1.11

Sekolah Berasrama Penuh FELDA.....Betul ke Dia Cakap?

Menarik untuk anda baca dan fahami....
BACALAH DENGAN RASIONAL DAN FAHAMI APA DI SEBALIKNYA
CUIT SIKIT:

AKU SETUJU! AKU SOKONG! TETAPI AKU NAK TANYA! BINA SEKOLAH NI TUGAS KERAJAAN KE TUGAS AGENSI SEPERTI FELDA?
FELDA DISARAN SUPAYA MEMBINA SENDIRI SEKOLAH BERASRAMA PENUH
 BUKANLAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB FELDA UNTUK MEMBINA SEKOLAH. ITU TUGAS KERAJAAN MENERUSI KEMENTERIAN PELAJARAN. TAKDE DUIT, PINJAM KAT FELDA........CUKUPLAH FELDA MENDIRIKAN SENDIRI MRSMNYA.
RAMAI ANAK FELDA CEMERLANG:
BUKTI KEJAYAAN SKIM TUISYEN FELDA DAN PELBAGAI PROGRAM PENDIDIKAN ANJURAN FELDA DAN BADAN - BADAN DI RANCANGAN.

BERDASARKAN KEPADA KENYATAAN TIMBALAN MENTERI ITU, OLEH KERANA ANAK FELDA RAMAI YANG CEMERLANG KERANA PROGRAM SOKONGAN YANG DILAKSANAKAN OLEH FELDA SENDIRI, MAKA FELDA PERLU BINA SEKOLAH BERASRAMA PENUH SENDIRI UNTUK MEREKA. KERAJAAN DAH TAK MAMPU! 
40 -50 JUTA JE: KERAJAAN TAK MAMPU?

BAIK! RASIONALNYA PULA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  1. OLEH KERANA FELDA BINA SEKOLAH MAKA, FELDA BAYARLAH GAJI GURUNYA SEKALI. KEBETULAN PULAK, GURUNYA ANAK FELDA.
  2. OLEH KERANA DI FELDA BANYAK KES JENAYAH MAKA, FELDA BINALAH SENDIRI BALAI POLIS, DAN BAYARLAH SENDIRI GAJI POLIS ITU.
  3. OLEH KERANA PENJENAYAH TERSEBUT DITANGKAP OLEH POLIS FELDA MAKA, FELDA BINALAH MAHKAMAH SENDIRI, DAN BAYARLAH GAJI HAKIM DAN PEGUAMNYA. DIRIKAN JUGA PENJARA FELDA SEKALI.
  4. OLEH KERANA RAMAI WARGA FELDA YANG DISERANG PENYAKIT 3 SERANGKAI, 5 SERANGKAI DAN BERANGKAI - RANGKAI MAKA, FELDA PERLU BINA HOSPITAL DAN BAYAR GAJI DOKTOR SENDIRI.
MACAM NI PUNYA TIMBALAN MENTERI PUN ADA!
NAK UNDI CARI FELDA, NAK DUIT CARI FELDA. KENAPA TIDAK SYORKAN FELDA TUBUH KERAJAAN SENDIRI?

 FIKIR - FIKIRKAN!

MENANG DENGAN MAJORITI LIMA RIBU DI TENANG ??

YAB TPM mensasarkan BN mencapai kemenangan majoriti 5 ribu undi di DUN Tenang. Sasaran dan target adalah langkah awal menentukan KPI. Pencapaian pula adalah undi majoriti sebenar yang diperolehi usai PRK berkenaan.

KPI YAB TPM sedikit sebanyak akan dikait dengan keputusan PRK DUN Tenang ini. Tetapi, KPI YAB TPM, siapa yang ingin pertikai. Lainlah halnya dengan KPI kakitangan awam dan GLC. Tak gitu?
MENCARI UNDI DI 12 PETI UNDI
Aku jangka, seramai 12 ribu  akan keluar mengundi [81%] dan, Barisan Nasional [BN],  akan terus mengekalkan kerusi DUN Tenang. Pelbagai faktor setempat terutamanya kehebatan calon mereka sebagai anak tempatan, dan berkelulusan tinggi bertaraf PTD menyebelahi BN.

Mantan Penolong Pegawai Daerah [ADO], lulusan IPT dalam dan luar negera,  anak mantan ADUN Tenang, tentulah lebih hebat berbanding mantan guru lepasan institut perguruan, dan cuma anak seorang mantan Ketua Peserta FELCRA. Betulkan? Tambahan pula, DUN Tenang, memang milik BN zaman berzaman. Turun - temurun 7 keturunan BN kukuh bertapak di situ.
MARI MEMPELAJARI DUN TENANG

CUIT SIKIT:

Bagi Aku, persoalan kelulusan calon, sebenarnya bukan perkara pokok. Lain halnya jika calon yang menang itu bakal dilantik sebagai Menteri Besar atau pun EXCO Kerajaan. Jika sekadar untuk mengisi kekosongan kerusi dan cuma pilihanraya kecil yang tidak akan mengubah apa - apa, ijazah atau sijil, bukan ukuran pengundi.

Yang perlu disedari dan diperhatikan adalah faktor semasa yang mungkin tidak menyebelahi BN. Faktor yang dirasai oleh setiap rakyat iaitu, KENAIKAN KOS KEHIDUPAN SEMASA.

TIADA YANG BERUBAH. MALAH SEMAKIN PARAH:

Mungkin harga sawit mahal sekarang ini, tetapi miyak masak hasil hiliran sawit itu, sukar pula didapati dan mungkin naik harganya. Apa kesannya kepada warga Felda di DUN Tenang yang menanam sawit tu? Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil.

Mungkin, pekebun - pekebun getah, turut menikmati kenaikan harga getah. Tetapi, harga tayar dan tiub motorsikal turut juga meningkat. Gembirakah mereka? Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil.

Mungkin, pekebun sayur gembira kerana kenaikan harga sayur, tetapi, pembeli dan pengguna sayur berkenaan, gembira jugakah? Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil.
LIHAT ; BACA ; ANALISA FAKTOR 65%
Faktor Wal Hasil Balik Asal, Itu Pasal Tak Hasil  kepada mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun, adalah penentu kemenangan calon dan parti. Golongan ini, pada usia ini terpaksa menanggung beban kehidupan diri dan keluarga yang bukan kepalang, kerana keluarga sedang membesar dan anak - anak masih belajar.

Peningkatan kos barangan pengguna, turut meningkatkan perbelanjaan persekolahan  anak, perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan keseluruhan keluarga. Dalamasa yang sama, pelbagai pinjaman terpaksa dilunaskan. Sekarang, meningkatkah pendapatan mereka, terutama mereka yang bergaji tetap? Apakah tindakan " pihak penguasa " untuk membantu mereka?
Jika analisa aku tepat, mengambil kira faktor 65% itu, BN bukan sahaja tidak akan menang dengan majoriti lima ribu, malah mungkin kehilangan kerusi di DUN Tenang, sebagaimana...lirik terakhir lagu Terbang Helang:
Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri
 Lagu dan Lirik: Khairil Johari Johar Artist: Sharifah Aini [Datuk]
FIKIRKAN..... yang terbaik untuk membantu golongan majoriti ini. 

22.1.11

SEGMEN MARI MENYANYI..sempena PRK DUN Tenang dan lain - lain PRK yang mendatang

Politik yang serba mungkin dan tak mungkin sedang berlaku di Malaysia sekarang. Bagi orang politik sepenuh masa, inilah masanya menguji pengaruh dan kekuatan politik diri dan parti yang dianggotai.

Bagi yang mencari makan menerusi politik, inilah juga masanya untuk mengaut sedikit dana dan laba untuk diri.

Bagi yang tak mahu ambil tahu atau malas nak mengambil tahu, inilah masanya kita menyanyi. Tetapi, aku beri amaran, bukan sebarang lagu yang boleh kita nyanyikan.

Pilih lagu yang sesuai dengan tema semasa. Bab pitching dan melodi tu, biarlah pengkritik tetap yang komen. Biarlah mentor yang membetulkannya. Yang penting, nyanyian kita teruskan. Sengau ke, sumbang ke, biarlah undian sms yang menentukan kedudukan kita di carta.

Kalau nak menyanyi, silakan menyanyi lagu tema di bawah;


nak nyanyi bersama Datuk Pah, klik kat album

klik album untuk sesi karaoke bersama khairil johari johar
  
CUIT SIKIT:
Begitulah sebenarnya orang kita terutamanya orang politik di musim pilihanraya. Tidak mengira pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil, gelagat dan lagak mereka persis dan tiada bezanya dengan helang.
Usai, pilihanraya, yang datang dan amat mesra semasa kempen, ghaib entah ke mana.
Yang sanggup menoreh getah dan duduk bersila, cuti ke luar negara sambil berubat gatal kulit kerana digigit nyamuk dan agas.
Yang menang, susah nak jumpa, sibuk memanjang. YB le katakan.
Yang kalah, lama mengubat luka. Duit habis, badan penat, mental sakit.
Yang mengundi, ditinggalkan begitu sahaja, umpama tilam buruk.
Tetapi, MENGUNDI TETAP MENGUNDI. Itu kojo kito.

18.1.11

ORANG FELDA! ORANG FELDA! MARI KITA BERSORAKKKKK!!!!


Apa makna impian Datang dan pergi Membawa hati Menyusuri kembali Jalan-jalan sepi dari lagu MIMPI YANG TAK SUDAH [adam ahmad : habsah hassan : ibnor riza]

Peruntukan RM1.6b bagi majukan peneroka Felda – PM
18/01/2011 2:44pm
LABIS 18 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat Felda di seluruh negara untuk tahun 2011.
Berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta daripada Felda untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka Felda.
"Ini bukanlah sesuatu angan-angan yang direka kita ataupun janji yang tidak berpijak atas bumi yang nyata (seperti) yang mutakhir ini... mudah diluahkan oleh parti pembangkang.
"Ini adalah satu rekod pencapaian yang luar biasa yang telah diperjuangkan dan hasilnya dapat dilihat hari ini.
“selanjutnya di
CUIT SIKIT:

RM 8.50 JUTA  =  500 LOT = GENERASI BARU ? banyak tuuuuuuuuu!!

Situasi semasa pengumuman:
RIUH … GEGER … HINGAQ … BISING …
Sebaik sahaja pengumuman:
TAPAK TANGAN HADIRIN MERAH MENYALA 
KERANA TERLALU KUAT BERTEPUK.
Laporan Media:
RM 8.50 JUTA  =  500 LOT = GENERASI BARU [ayat pentadbiran  Felda],
GENERASI KEDUA [ayat media].

Tempat Projek:
????? DIMANA YE???????. SATU NEGERI KE? SELURUH NEGARA KE? ATAU
KAT DUN TENANG SAHAJA KE?
AKU KATA:
MERAH DAN MERIAHLAH  MAJLIS PENGUMUMAN ITU DENGAN TEPUKAN DAN SORAKAN.  MALAH MUNGKIN JUGA ADA YANG BERTEMPIK DAN MENJERIT, “HIDUP XX , HIDUP YYYYY”.
TAPI AKHIRNYA, .....KITA JUGAK YANG MELOPONG! SEBABNYA?
dah sekian lama pun diumum rumah la, tanah la, rumah dan tanah la untuk Generasi Baru ni, tapi entah di mana letaknya, entah siapa yang dapat..tak pulak diumum...sabarlah ALI [ayat ALI MAMAK ].

ENTAH BUAYA ENTAH KATAK : ENTAH YA ENTAH TIDAK

AKU BUKAN PREJUDIS!
TETAPI AKU MASIH TERKENANG AKAN KISAH YANG PERNAH AKU CATATKAN DI BLOG INI BERKENAAN PERUMAHAN GENERASI BARU INI.

MAC 2010, BERBARIS GENERASI BARU NAK DAFTAR MEMBELI RUMAH FELDAJAYA SELATAN, WILAYAH RAJA ALIAS. NI DAH DEKAT SETAHUN, PAPANTANDA PROJEK  DAH  PACAK KE?
YANG DAH DUA TAHUN DIUMUM, MASIH BELUM BERMULA, INI DAH UMUM LAGI.
HEY!: ASYIK UMUMMMMMMMMMMMMMMMM SAJA,
BILA PROJEK NAK MULA DA?pinjam ayat AR TOMPEL.

KATA NAK BERUBAH maka berubahlah dengan cara, kalau diumum projek yang menjadi tumpuan umum, segeralah dilaksanakan.
Janganlah generasi baru Felda ni terus disogok  hasrat  nak hidup selesa tetapi dipaksa menanti terus menanti.
Bimbang nanti mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri dan bila kalian terjaga dari tidur yang panjang, rupa-rupanya waktu dan ketika sudah terlewat..
Di saat itu, kalian bukan sahaja kehilangan Feldajaya, malah turut kehilangan Putrajaya.
Di kala itu, apalagi yang kalian ingin umumkan ?? FIKIRKANLAH !!!
AKHIRNYA, MARILAH KITA MENAMATKAN PEMBACAAN INI DENGAN BERSAMA – SAMA MENYANYIKAN BAHAGIAN KORUS LAGU POPULAR TAHUN 80’AN,
MIMPI YANG TAK SUDAH

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT:
Lagu : Adam Ahmad Lirik : Habsah Hassan Artist: Ibnor Riza

15.1.11

LAMANYA FAM TIDUR.....

Sambutan keraian dan mengutip ganjaran ekoran kemenangan di Piala Suzuki telah mula usai. Kemuncaknya, tentulah majlis bersama YAB PM baru - baru ini.

Liga Malaysia 2011 akan bermula 29 Januari ini dengan pertemuan utama diantara SELANGOR dan KELANTAN. Sebagai pertemuan pembuka tirai dan merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Enam lagi perlawanan Liga Super turut berlangsung pada hari berkenaan. Diikuti perlawanan liga perdana bermula 31 Januari 2011.

Kurang dua minggu dari tarikh sepakmula itu, aku rajin - rajinkan tangan, "mengklik" laman web FAM www.fam.org.my/ dan dengan bangganya aku mencari senarai pemain bagi setiap pasukan di liga perdana dan liga super untuk bahan rujukan posting akan datang.

Aku terkejut BADAK, terkejut BERUK dan terkejut KAD MERAH [macam Shafiq Rahim masa Sukan Asia]. Sebabnya? FAM masih tidur dan pastinya, turut diulit mimpi indah Piala Suzuki.
TERKEJUT KAD MERAH ALA SHAFIQ RAHIM
Lihatlah sendiri apa yang aku temui di laman rasmi FAM [PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA] pada 14 Januari 2011, lebih sebulan tarikh pendaftaran pemain pasukan ditutup.

MAKLUMAT PASUKAN NEGERI SEMBILAN 2011.
LIHAT PERBANDINGAN NAMA PEMAIN BERHURUF MERAH.
LIHAT JUGA SENARAI PEMAIN FELDA UNITED DI BAWAH

YANG DI BAWAH INI, LAGI TERUK..
FAS & FAM SAMA - SAMA BENGAP..

CUIT SIKIT:

Aku fikir, laman web dan portal rasmi ini samalah dengan rumahtangga kita sendiri. Apa yang difikirkan oleh orang lain, sekiranya sebaik sampai di rumah kita, rumah kita berserabut ibarat tongkang pecah dan seperti dilanggar garuda. Anda bacalah komen aku seterusnya di bawah:

MASIH BERMIMPI RUPANYA FAM NI! PATUTLAH INFO LAMAN WEBNYA BERSERABUT DAN TAHAP HAMPEH KELAS SUPER. PEMAIN YANG TELAH BERTUKAR PASUKAN PUN, MASIH DIKEKALKAN NAMANYA DENGAN PASUKAN LAMA. SEKRETARIAT FAM MELANTAK GAJI BUTA KE?

MEMALUKAN! LAMAN KENDALIAN PEMINAT DAN KELAB KERDIL LEBIH UPDATE BERBANDING LAMAN RASMI GERGASI DAN HARIMAU.


MAAF BANYAK - BANYAK!
AKU TERPAKSA PANGGIL KAWAN AKU, BEN WILLIAMS DARI AUSTRALIA TU..UNTUK BAGI KAD MERAH UNTUK FAM!!!!!
 
BANGUNLAH FAM!
HARI DAH PAGIIIII.....MOH KITO POIE MOTONG!!!!!

13.1.11

MAIN BOLA CARA FELDA

FELDA ADA PASUKAN BOLASEPAK KE?

CUIT SIKIT:
ADA, MANA PULAK TAKDE. TAK LAMA LAGI, AYAM PUN FELDA ADA.

APA NAMA TEAM FELDA TU?

CUIT SIKIT:
FELDA UNITED. KALAU SOKONG MANCHESTER UNITED, SOKONGLAH FELDA UNITED SAMA. DAN JANGAN LUPAKAN FELDA PURUN UNITED.

ADA KE PENAJA PASUKAN FELDA TU?

CUIT SIKIT:
KAN KE BERDERET PENAJA FELDA TU. ITU TAHUN NI. TAHUN DEPAN MUNGKIN ADA TAMBAH LAGI. TENGOK LE..KALAU JADI JUARA LIGA SUPER.

SIAPA YANG BERMAIN UNTUK FELDA TU? RAMAI BINTANG KE?


CUIT SIKIT:
EH RAMAI BINTANG KAT FELDA TU. TAPI BINTANG LAMA LA. YANG MENANG PIALA SUZUKI BARU NI, TAK NAMPAK LA PULAK.

RAMAI PENYOKONG?

CUIT SIKIT:
BAB PENYOKONG, BOLEH TAK JANGAN TANYA.
FELDA NI TAK GEMAR BISING - BISING. KALAU NAK BISING - BISING, KORANG SOKONGLAH KELANTAN KE, KEDAH KE.
KAT FELDA, KALAU BISING - BISING, BOLEH KALAH TAU! SEBAB TU MASA PIALA MALAYSIA TAHUN LEPAS, FELDA KALAH TERUK DENGAN SELANGOR DAN PERLIS. PENYOKONG SELANGOR DAN PERLIS TU, PUNYALAH RAMAI, APALAGI, BUNGKUS LE FELDA.

KALAU TAHUN NI, NAK SOKONG FELDA UNITED, BOLEH TAK?

CUIT SIKIT:
NAK SOKONG FELDA UNITED?
SILAKAN, TAPI AKU NAK PESAN...JANGAN BERPOLITIK PULAK MASA BAGI SOKONGAN TU.
PM KATA SUKAN BOLEH MENYATUKAN RAKYAT. HAH! BUKTIKAN DENGAN MENYOKONG FELDA UNITED TAK KIRA ANDA ANAK ATAU PUN BAPAK.
YANG GEMAR MEMBANGKANG TU, BAB FELDA UNITED NI, JANGAN BANGKANG, TAPI BAGI SOKONGAN, SEBAB INI SUKAN.
YANG GEMAR MENYOKONG TU PULAK, JANGAN HANYA MENYOKONG POLITIK AJE. BAB SUKAN NI PUN, BAGI LE SOKONGAN.
TAK GITU?
HAH! APA LAGI! MOH KITA BELI TIKET!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH