Kira - kira seminggu lagi, sepak mula Piala Malaysia 2013 bakal berlangung.
Di bawah adalah jadual setiap hari pertandingan;
MD1 |
MD2 |
MD3 |
MD4 |
MD5 |
MD6 |
Lapan pasukan terbaik sebagai Johan dan Naib Johan Kumpulan bakal meneruskan cabaran di Peringkat Kalah Mati;
JADUAL KALAH MATI |
Berdasarkan jadual, Pemenang Suku Akhir 3 [ WQF3] dan Pemenang Suku Akhir 4 [WQF4], bakal berentap di FINAL. Maknanya, satu daripada empat pasukan di Kumpulan C dan D adalah calon pilihan untuk ke pentas akhir. Dalam bahasa yang hampir tepat, Kelantan dan Lions XII bakal mengisi slot 03/11 itu.
Ini hanyalah ramalan awal. Kejutan demi kejutan pastinya bakal berlaku di sepanjang pertandingan nanti. Sama - sama kita nantikan.
CUIT SIKIT:
Aku berharap pasukan - pasukan di Malaysia dapat belajar sesuatu yang baru daripada FC Barca tempohari.
Bukan daripada aspek teknikal dan taktikal. Tetapi daripada aspek menggunakan kuasa tawar menawar untuk membolehkan mereka bermain di padang yang terbaik hasil penjagaan yang berkala dan berkualiti.
Saban tahun, kita hanya disogokkan dengan momokan FAM, Final mesti dimainkan di Lembah Kelang. Saban tahun kita dihidangkan aksi final di padang kokak. Setiap musim final kita sering mendengar jawapan JKPT FAM "biarpun padang itu bukan terbaik, ianya bukanlah terlalu teruk" setiap kali diasak wartawan kerana kualiti padang.
Jika kedua - dua finalis menggunakan kuasa mereka, aku fikir pihak JKPT FAM bakal mengubah segala - gala tahyul ciptaan mereka sendiri tentang pentas final di padang teruk itu.
Terima kasih FC Barca kerana membuka mata ramai pihak betapa perlunya ada padang berkelas dunia di stadium bertaraf antarabangsa.
Satu isu yang sudah lama ditimbulkan oleh para penonton tetapi tidak pernah dipedulikan oleh FAM dan KBS serta Pihak Berkuasa Stadium di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan