Selasa 27 Ogos adalah hari penamat pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan.
Usai pertemuan esok, hanya tinggal tiga perlawanan buat menentukan hujung jatuh cabaran setiap pasukan.Setakat dua perlawanan, hanya tiga pasukan yang mempamerkan prestasi konsisten. PKNS FC, Felda United FC mempamerkan prestasi yang amat konsisten.
Ironinya, ketika PKNS FC konsisten mencatat dua kemenangan, Felda United FC pula melakukan sebaliknya. Dua kekalahan tipis dicatat oleh mereka.
Di Kumpulan C, Terengganu mengekalkan konsistensi tanpa menang setakat ini. Tiga lagi pasukan dari kumpulan sama, hanya dipisahkan dengan satu mata.
Paling menarik tentunya pencapaian "cemerlang " Selangor dan Darul Takzim FC. Dua pasukan terbaik Liga Super 2013 itu bagaikan lemas dibadai gelombang Piala Malaysia 2013.
Lions XII FC pula meneruskan tradisi mereka. Gagal menang di arena lawan. Malah, di perlawanan pertama, mereka juga gagal menang di Singapura.
Di bawah adalah carta MD1 dan MD2 yang digandingkan sebagai rujukan betapa masalah konsistensi, menajdi masalah utama buat semua pasukan.
CUIT SIKIT:
Buat NS yang tidak bernasib baik di Paroi, Sabtu lalu, perlawanan ini pasti mahu dijadikan pengubat luka.
Memetik satu komen di wall PSNS, MENANG ADALAH BONUS ; KALAH SUDAH PASTI, aku fikir Duan Abu Shah dan barisannya hanya perlu mempamerkan aksi bertenaga dan menghiburkan.
Setakat hari ini, aku kira para PSNS boleh menerima kekalahan. Namun, biarlah kekalahan itu hadir setelah NS berjuang berhabis - habisan dengan aksi bertenaga dan persembahan yang menghiburkan.
Empat gol pemain midfield NS, S.Sivanesan meletakkan beliau selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini.
Buat NS, Kalah Itu Pasti. Namun, pastikan kekalahan itu adalah kalah bermaruah. Dan, monang adolah lobih baik.
Rekod Liga Super musim ini menyaksikan jika kena rentak dan tarinya, NS boleh mengalahkan Kelantan malam esok.
HOBEN JANG HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan