Esok, 2 Julai 2013 adalah hari terakhir di laman sendiri, NS turun selaku pasukan Liga Super. Dan, lawannya bukanlah sebarang pasukan. DARUL TAKZIM FC yang bakal bertandang adalah pasukan terhebat di dunia sekarang ini.
Manakan tidak, tiada satu pun pasukan di dunia yang menawarkan SUV berharga setengah juta ringgit buat pemain terbaiknya. Bukan satu tapi dua. Brazil yang memenangi Piala Konfeserasi 2013 pun tidak mampu berbuat demikian. Apa lagi Tahiti. Memang hebat kelab tu.
Begitu pun, pencapaian kelab tersebut tidaklah sehebat mana. Hebat lagi PBNS berdasarkan catatan ini;
Sebelum merdeka lagi NS sudah bergelar JOHAN atau JUARA atau PEMENANG. Biarpun terpaksa menanti selama 43 tahun untuk mencapai semula status JOHAN itu, NS sentiasa berusaha ke arah itu.
Catatan manis bermula 2003 membuktikan betapa SEMANGAT 1948 itu tidak pernah pudar di hati setiap penggiat bola sepak NS.
CUIT SIKIT:
Kejayaan yang dimulakan sejak 2003 itu hanya bertahan selama 10 tahun. Bermula 2003 selaku Johan Piala FA, NS mengakhiri kegemilangan 10 TAHUN itu dengan memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2012.
2014 adalah tahun yang menyaksikan NS kembali semula ke tempat asalnya di Liga Premier. Sejak era semi - pro 1989 hinggalah ke era pro sebenar yang bermula sepenuhnya 2004, menerusi pertandingan Liga Super dan Liga Premier, NS lebih banyak berada di Divisyen 2 atau Liga Premier.
Lima JOHAN dan Empat NAIB JOHAN dalam empat pertandingan menyatakan betapa gahnya NS di era kepimpinan Tok Mat selaku Presiden PBNS bermula April 2004 itu.
Sepuluh tahun yang gemilang itu berakhir apabila Tok Mat seperti kehilangan sengat dan minat untuk terus menerajui era gemilang PBNS itu, gara - gara tekanan PRU13.
Namun begitu, banyak juga luahan hati PSNS yang mengatakan keruntuhan ini berpunca dari JEMBALANG di Medan Rahang yang berleluasa menggunakan kuasa sendiri sehingga menimbulkan huru - hara di dalam pasukan.
Aku tidak mahu mengulas kes Jembalang itu kerana setakat ini, aku tiada bukti sahih berkaitannya. Namun, aku fikir sedikit sebanyak memang ada tangan ghaib milik jembalang yang telah memusnahkan era gemilang 10 tahun PBNS itu.
Selamat kembali ke Liga Super 2015 buat PBNS. Itu pun jika ada niat untuk berubah. Jika tak mahu berubah, POKOK DEK KAULAH!.
Jika ko pikir ko buleh masuk syurga dengan caro menyusahkan orang lain, teruskanlah caro ko tu. ADO AKU KESAH?
a'kum bang,
BalasPadamsaya merasakan jembalang dan pbns tidak menghormati langsung sokongan yang diberikan selama ni oleh peminat n9. masakan tidak, langsung tiada sebarang kesungguhan ditunjukkan oleh pbns bagi menyelamatkan pasukan daripada tersungkur ke liga premier. jika adapun, sudah terlambat dan sangat lambat untuk mengeluarkan pengendali DA. pasukan n9 bukanlah lemah cuma tidak boleh menjaringkan gol sahaja. kita bukan seperti pasukan KL yang acapkali dibelasah pada musim lepas. saya harap pasukan kita dapat bangkit kembali musim depan.
p/s: sesuatu yang amat sukar pada era kini utk menyarung jersi n9 ori di bandar JB, tidak seperti tahun2 lepas.