Jumlah Paparan Halaman

28.3.12

KEJUTAN ESTET.....

Piala FA 2012 telah menamatkan perjuangan 28 pasukan setakat ini. Usai peringkat kedua separuh akhir pada 27 Mac, empat pasukan masih bernafas untuk ke separuh akhir pada April dan Mei nanti.


Seimbas pandang, final nanti berkemungkinan akan menemukan semula dua finalis 2011 iaitu Terengganu dan Kelantan. Dua pasukan terhangat dan terpanas di Malaysia sekarang ini.


Namun, itu hanyalah kemungkinan kerana peringkat suku akhir kedua tadi,  jelas memberikan tuah buat tiga pasukan pelawat.


Bekalan satu gol rupa - rupanya sudah cukup buat Terengganu menyingkirkan Lions XII dari Singapura. Manakala pasukan Liga Premier, Sime Darby FC menang bergaya di kandang lawan. Johor FC tewas 1 - 2 setelah tewas Jumaat lalu di Selayang kepada Sime Darby FC dengan 2 - 3.


Kejutan pasukan estet terbesar di Malaysia ini turut diikuti oleh Kedah yang menang 2 - 1 di Kuala Terengganu mengatasi tuan rumah T - Team. Menariknya, kedua - dua pasukan seri tanpa jaringan Sabtu lalu di Alor Setar.


Hanya Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan KL SPA FC gagal bangkit apabila berhadapan Kelantan. SPA, pasukan daripada Liga FAM ini tersingkir dengan agregat 0 - 5 di tangan Pahlawan Merah Kelantan.


Keputusan penuh suku akhir
Sejauh mana langkah pasukan estet tetapi profesional, Sime Darby FC ini akan hanya ditentukan pada 1 Mei 2012. Pasukan bimbingan Ismai Zakaria ini bagi aku telah bermain dengan sangat mudah. Sekat dan serang balas. Satu pendekatan permainan dulu - dulu tetapi sangat berkesan.


Kejayaan Sime Darby mengatasi Johor FC bagi aku adalah kerana keberkesanan serang balas mereka yang dijayakan dengan berkesan oleh Patrick Ronaldinho Wleh yang boleh dikenali di http://en.wikipedia.org/wiki/Patrick_Wleh

CUIT SIKIT:

Dua K bakal membuat perhitungan di Kota Bharu dan Alor Setar manakala T dan S bakal berhadapan di Kuala Terengganu dan Selayang.

Di saat tumpuan pasti terarah kepada Terengganu dan Kelantan, jangan terkejut sekiranya Sime Darby FC dan Kedah yang bakal beraksi di final nanti.

Pertandingan kalahmati ini akan lebih seronok sekiranya menemukan dua pasukan underdog di final seperti Cadiff City bertemu Liverpool di final Piala Liga Inggeris baru - baru ini.

Lebih manis sekiranya pasukan estet yang bernama Sime Darby FC ini, muncul sebagai kelab pertama menjulang PIALA FA.

Siapa tahu.

27.3.12

ADUHAI YB FELDA.....

aku petik di sini

Jika benar, amat malanglah YB berkenaan. Buat hal menjelang PRU 13.

Lebih malang, beliau adalah antara anak muda [ Generasi Kedua Felda ] yang berjaya menerusi Asrama Semai Bakti Felda.

Semasa bertugas di Suara Felda Radio Malaysia Negerifm dahulu, aku sering menyebut beliau sebagai contoh kejayaan Generasi Kedua Felda.

Jika benar begitu, apo nak dikato. Aku harap anak Felda KEMENDOR ini bersabarlah dan gunakan kuasa yang ada sebagai jalan ke syurga, bukannya sebagai jalan ke neraka.

CUIT SIKIT:

Kita nantikan kesudahannya. Harap - harap ianya tidak benar dan hanya fitnah semata -  mata.

Namun, berdasarkan pengalaman bersama kenkawan cap keris, ada kemungkinan perkara ini benar.

Benar or tak benar? Ontahlah Jang.


26.3.12

the FELDAleaks.....

SUA PKR mempunyai akses kepada minit mesyuarat YAB PM dan Pengurusan FELDA.

Memang sah ada dalang yang menyerahkan minit berkenaan kepada YB SUA PKR tu.
Terima kasih Malaysikini.
Isi penting minit berkenaan yang membuatkan ramai pihak mengelabah. Samada di Wisma Felda, di Balai Felda malah di Anjung Felda juga rasa gelabah itu pastinya dikongsi bersama. Maklumlah, konsep di Felda ni mudah. KERJA BERPASUKAN.

Inilah catatan minit yang membuatkan ramai yang menggelabah.
CUIT SIKIT:

Bagi aku, jika setakat ayat pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER, tiada apa yang perlu digelabahkan.

Namun, apa yang perlu kita fahami ialah, hakim dan pihak yang bertelagah tidak boleh mempunyai sebarang akses diantara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mempastikan keputusan hakim berkenaan adalah adil dan saksama.

Setakat memberikan kefahaman kepada peguambela dan peguamcara, aku fikir ianya boleh dilakukan oleh Felda dan juga mana - mana pihak.

Lantaran tercatat perkataan hakim itulah, maka PM Najib telah dituduh campurtangan dalam kes mahkamah yang melibatkan saman peneroka dan Felda.

Apa - apa pun cerita selanjutnya, anda semua harus berfikir begini;

MENGAPA BOLEH DAN SAMPAI TERJADI Feldaleaks ini? Adakah kakitangan Felda sudah tidak mempunyai integriti atau sudah ada wakil pembangkang yang menjadi kakitangan Felda sehingga perkara kebocoran maklumat ini berlaku.

Bagaimana pun, aku ucapkan tahniah kepada kakitangan Felda yang berani menyongsang arus itu. Zaman angguk dan enggeh [bahasa jawa] sudah lama berlalu sebenarnya. Ini yang manusia berusia 60 tahun ke atas tu tak faham.

Gelabah itu biasa. Yang luar biasanya ialah tak mahu berubah.

23.3.12

MENCARI DALANG PUJAAN.....

Dalang adalah watak utama yang menghidupkan persembahan wayang kulit. Berlindung di sebalik tirai sambil mengerakkan patung kulit, dalang akan menyampaikan ceritanya secara bersahaja dan menarik.

Kebolehan utama dalang ialah mampu bercakap dengan pelbagai intonasi suara. Persembahan wayang kulit bergantung sepenuhnya kepada kemampuan dalang kerana ianya berlaku secara 'one man show'.


Dalang juga adakalanya muncul di khalayak dengan gaya berbeza namun, persembahan 'one man show' tetap berlaku apabila dalang muncul.

Dalang yang baik ialah dalang yang menjadi pujaan dan digemari ramai kerana suka membuat lawak apabila muncul di khalayak.

Manakala Dalang yang kurang baik pula ialah dalang yang telah membocorkan rahsia dalang kepada pihak lawan dalang.

Maka, bermulalah kisah menarik, DALANG mencari DALANG.

Dalang manakah yang sanggup bersekongkol dengan pihak lawan dan sanggup pula berkorban harta dan nyawa membocorkan maklumat sulit dan rahsia rasmi organisasi.

Menurut kaki skodeng aku di KL, telah ada seseorang yang dah di'pinpoint'kan sebagai dalang. Khabar angin dan khabar udara telah bertiup kencang di Jalan Perumahan Gurney kononnya salah satu dalang itu telah dikenalpasti.

Inilah perkara sulit yang telah dibocorkan kepada pihak lawan. Aku fikir, jika kita membincangkan perkara yang baik - baik demi kemajuan organisasi, biar sesulit mana pun dokumen itu, tak perlulah nak kecoh - kecoh.

Cuma yang aku bimbang ialah ada tercatat di dokumen berkenaan persetujuan untuk memberikan habuan buat ketua - ketua peneroka supaya menyokong dan sama - sama menjadi dalang menjayakan projek durian runtuh yang heboh dipentaskan di segenap pelusuk alam.

Lantaran ada beberapa perkara yang sulit lagi menyulitkan tercatat di dokumen berkenaan, maka, mahu tak mahu, terpaksalah diusahakan satu projek lain iaitu, projek mencari dalang pujaan.
CUIT SIKIT:

Bagi aku cerita dalang dan kebocoran maklumat kepada pihak yang tidak sepatutnya ini, ada kaitannya dengan dalang dan tangan emas yang telah mengkucar-kacirkan pentadbiran utama Felda kini.

Jika kita sendiri bersifat dan bertindak seumpama dalang, janganlah heboh dan kecoh jika ada pula pihak lain yang mengikut jejak dan cara kita.

Selama setengah abad, pentadbiran dan pengurusan Felda berjaya menjalankan visi dan misi organisasi dengan aman dan tenteram, pastilah timbul semangat setiakawan yang akrab sesama mereka.

Sikap bekerja sebagai satu pasukan yang telah tertanam di jiwa kakitangan Felda inilah yang menyebabkan pihak yang simpati kepada DG dan DDG yang teraniaya itu bertindak menyongsang arus dan menjadi dalang membocorkan rahsia dalang kepada pihak lawan.

Dah kena la tu. Cuma, Siapakah Dalang Pujaan Yang Dicari tu?

20.3.12

GERGASI MENJADI ULAR LIDI.....

Aku petik dari sini http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/maklumat-canggih.html satu cerita menarik bagaimana gergasi boleh bertukar menjadi ular lidi.

Ketika pihak A berbangga mempamerkan angka 4 juta di mukanya, pihak B yang pernah menjadi dominan di bidangnya kini hanya mampu mencatatkan bisnes sekitar 100 ribu sahaja. Tidak sampai 1 persen pun daripada 4 juta itu.

Di mana silapnya? Mungkin kerana pihak B gagal mengikuti arus semasa dan masih cuba membuat arusnya sendiri. Akhirnya, pihak B semacam ditelan arus semasa.

Jika ada pihak yang masih mengepit pihak B di celah ketiak, itu maknanya mereka akan berada di saluran satu.

Mungkin ada juga orang muda yang mengepitnya, bolehlah kita katakan orang muda ini berfikiran seperti saluran satu atau dia adalah seorang kontraktor yang sedang mencari tender kerajaan menerusi siaran B itu.

Akhirnya, kilang yang mengeluarkan hasil mahsul pihak B ini bakal menjadi milik orang kerana B sudah tidak tertanggung lagi 'overhead cost'nya.

CUIT SIKIT:

Perkara yang sama boleh berlaku kepada mana - mana pihak pun seandainya gagal mengikut arus bisnes semasa. Itu perkara biasa di bidang bisnes.

Tetapi dengan sengaja cuba menggadaikan kepentingan sendiri hanya kerana cuba mengikuti arus bisnes semasa, itu sudah luar biasa.

Lebih luar biasa sekiranya sering menyebut durian runtuh padahal apa yang dikatakan durian runtuh itu hanyalah setakat bertaraf rambai sekah sahaja.

Jika hari ini tercetus berita B bakal menjual aset pentingnya, tidak hairan sekiranya 10 tahun daripada sekarang, akan muncul pula berita pihak F akan menjual ladang dan kilangnya kerana menampung kerugian bisnes semasa.

Akhirnya, semua gergasi bakal menjadi ular lidi angkara memenuhi nafsu serakah peribadi melebihi menjaga kehendak dan kepentingan majoriti.

17.3.12

KUASA NS Betaria.....

Carta Liga Premier 16 Mac 2012.

Carta Liga Super 17 Mac 2012
CUIT SIKIT:

Kelantan, Terengganu, T-Team dan Pahang adalah pasukan - pasukan bola sepak yang berkaliber dan bernama besar musim ini.


Ketika Pahang sedang mengekori rapat pasukan berbelanja besar, ATM di Liga Premier, tiga pasukan dari pantai timur, Kelantan, Terengganu dan T-Team sedang menguasai empat tempat teratas Liga Super.


Namun, pasukan manakah yang bakal menguasai kedua - dua liga di akhir nanti, masih belum terjawab. Kerana musim masih panjang dan setiap pasukan masih mampu meningkat menjelang akhir musim nanti.


Setakat 9 atau 10 perlawanan, potensi pemburu kejuaraan liga sudah terserlah tetapi belum boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan sang juara.


Setakat ini, aku ingin mengucapkan jutaan tahniah buat pasukan swasta dari Negeri Sembilan iaitu NS Betaria FC yang mempamerkan peningkatan menakjubkan menerusi lima perlawanan terakhir mereka.

Pencapaian menarik: LIMA PERLAWANAN tanpa kalah diserikan lagi dengan TIGA KEMENANGAN berturut - turut adalah petanda betapa pasukan swasta ini tidak boleh dipandang enteng oleh lawan.

NS BETARIA bakal melengkapkan pusingan pertama menerusi pertemuan dengan dua pasukan yang berada di tangga ketiga dan kedua Liga Premier iaitu Sime Darby dan Pahang.

NS Betaria bakal bertemu Sime Darby di Selayang pada 30 Mac ini.

Selamat maju jaya buat Azuan Zain dan NS Betaria.


12.3.12

REPORT CARD II.....

PERBANDINGAN: Pencapaian  9 perlawanan. Ternyata ada peningkatan walaupun sedikit.

IMBAS KEMBALI: Saat paling menyakitkan pasukan bola sepak NS.

NGERI: Selepas 7 Februari, NS hanya memungut satu mata daripada 3 perlawanan Liga Super. Dalam masa yang sama, tewas di Paroi kepada Johor FC di pusingan pertama Piala FA.

Jika dibandingkan dengan tahun 2011, pencapaian NS adalah sama. Empat perlawanan terakhir daripada 9 perlawanan, NS hanya berjaya mendapat 1 daripada 12 mata yang ditawarkan.

GOL!: Tidak banyak sumbangan jaringan oleh pemain sayap dan midfield. NS ternyata terlalu bergantung kepada Shakir dan Effa untuk mendapatkan gol. MEMANG itu kojo dio.

Apabila Shakir dan Effa dikawal ketat dan rapi oleh lawan, bolehkah NS menang sekiranya pemain lain gagal menjaringkan gol?


CUIT SIKIT:


Kedah dan KL, tidak pernah menjanjikan syurga buat NS. Musim lalu, Kedah dan KL menewaskan NS di Paroi.

Kedah sudah mula meningkat dan pastinya mahu mengekalkan rekod baik mereka ketika bertemu NS.

Bagaimana pun, Hobin Totap Hobin.....

8.3.12

BRAVO GANU, GOMO KLATE.....

KEPUTUSAN: Perlawanan Pertama di Peringkat Asia ternyata amat baik buat Kelantan dan Trengganu.

Satu perlawanan yang sukar buat Kelantan kerana bertemu pasukan yang mempunyai pemain import berkualiti. Import Kelantan? Ha Ha He He Heh.....

PERLAWANAN KEDUA: Terengganu bakal bertemu Kitchee SC dari Hong Kong yang mendahului kumpulan usai perlawanan pertama. Kitchee SC menang 3-1 ketika bertemu wakil Singapura, Tampines Rovers.

Kelantan bakal bertandang ke Myanmar. Satu pengalaman baru buat pasukan berkenaan. Ayeyawady United seri 1-1 dengan Arema Malang di perlawanan pertama.

PERLAWANAN KETIGA: Usai perlawanan ketiga ini, aku fikir jejak langkah dan peluang kelantan dan Terengganu di Piala AFC ini bakal kelihatan.

Dengan hanya ada enam perlawanan, kedua - dua pasukan perlu konsisten dan mendapat mata di setiap perlawanan.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan bakal layak ke peringkat kalah mati.

CUIT SIKIT:

Dengan pengalaman beraksi di peringkat Asia ini, aku fikir para pemain Kelantan dan Terengganu semakin baik prestasi mereka di Liga Super dan Piala FA.

Mungkin dominasi kedua - dua pasukan di Liga Super dan Piala FA akan berterusan. Tambahan pula, Tok Mat Said selaku MB Ganu begitu mengambil berat perkembangan pasukan negeri itu.

Bajet besar juga telah tersedia untuk Terengganu mencari pemain berkualiti, pemain import khususnya.

Kelantan? Aku tahu KAFA walau pun tidak mempunyai hubungan yang erat dengan Kerajaan Negeri Kelantan, tetap mempunyai bajet besar untuk meneruskan kecemerlangan pasukan mereka.

Jika tiada bajet besar, masakan boleh menukar pemain import sesuka hati sehingga Ketua Jurulatih pun lari.

Nota Kaki;

Aku pernah berbual dengan Kamaruddin Mohd. Nor ketika beliau menjadi Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Kelantan sekitar tahun 2009 lalu.

Kata beliau, satu kehebatan Kelantan yang tiada pada pasukan lain ialah semasa kurang cemerlang, Jurulatihnya orang Malasyia. Apabila telah cemerlang, maka masuklah orang putih untuk membimbing pasukan.

Mungkin ada kebenaran kata - katanya kerana setelah begitu cemerlang bersama Datuk M. Karathu, akhirnya Kelantan kembali dilatih oleh orang putih. Kebiasaannya, apabila pasukan cemerlang, Ketua Jurulatih kekal semusim lagi. Tetapi di Kelantan berlaku sebaliknya.

Setelah kerap muncul sebagai Pengulas Jemputan Arena Bola tahun lalu, Kamaruddin Mohd. Nor ketika ini adalah Penolong Jurulatih ATM FA. Membantu Abe Ya.


7.3.12

KITA LIHAT SIAPA YANG KENA.....

Jumaat ini, bermula pusingan kedua Piala FA 2012. 16 pasukan yang terus bernafas di pertandingan kalahmati ini merangkumi lapan pasukan negeri, enam kelab tempatan dan dua kelab jemputan.


Lions XII FC, Singapura dan PK Reach FC, Kemboja akan bertemu lawan masing - masing yang bermain di Liga Premier dan Liga FAM.

Jadual pusingan ke 2.
Empat semi finalis 2011, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Selangor masih bernyawa. Tetapi, aku jangkakan dua pasukan bakal tersekat usai perlawanan Jumaat dan Sabtu ini. Selangor dan Pahang berhadapan tugas sukar menghadapi tuan rumah, dua pasukan kelab tempatan yang sangat konsisten. Perlawanan Selangor bertemu Johor Fc dan T-Team melawan Pahang mungkin juga bakal diputuskan menerusi sepakan penalti.


Perlawanan kalah mati sebegini sememangnya menyajikan pelbagai kejutan dan drama terutamanya apabila ada pasukan besar memandang enteng kekuatan lawan. Imbas kembali beberapa kejutan / upset di pusingan pertama.
FAM- Liga FAM. LP-Liga Premier. LS-Liga Super. UND-Undangan.
CUIT SIKIT:

Sangat upset sekiranya tuan rumah yang gah dan glamour di mata penyokong setia, tewas di tempat sendiri.

Lamo bonar domam tu. Cam tak mau sombuh.....Kan? Kan? Kan?..............

Nota Kaki.....

Carta Terkini Liga Super dan Liga Premier setakat 6 Mac 2012.





5.3.12

SAINGAN ASIA BERMULA.....

BOLA SEPANJANG MINGGU INI
Selamat Maju Jaya buat Terengganu dan Kelantan yang bakal memulakan saingan di Piala AFC 2012. Ini baru champiens. Bukan setakat bergelar JAGUH KAMPUNG sahaja. Sebagai rekod, Terengganu adalah Juara Piala FA 2011, Naib Juara Liga Super dan Piala Malaysia 2011. Kelantan pula adalah Juara Liga Super dan Naib Juara Piala FA 2011.

NS, sang Juara Piala Malaysia 2011, tidak ke mana - mana. Hanya meneruskan latihan di Seremban untuk bertemu Kedah pada 17 Mac nanti. Itulah sebabnya aku katakan selama ini, Juara Piala Malaysia itu, hanyalah JAGUH KAMPUNG.

CUIT SIKIT:

Inilah jadual pusingan kedua Piala FA Malaysia 2012. Juaranya layak bertanding di Piala AFC 2013.

Malangnya, NS selaku Juara Piala Malaysia 2011, telah ditunjukkan jalan keluar oleh Johor FC di pusingan pertama.

Mungkinkah pasukan swasta NS Betaria mampu membuat kejutan di Singapura? Sama - sama kita doakan.

4.3.12

PETAKA MINIT 92:44.....

Tanpa Norhafiz Zamani Misbah dan Shukor Adan, NS seperti tidak bermaya di separuh masa pertama.


Ketinggalan seawal minit 1:14, NS bangkit menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.


Kemasukan Alif dan Halim berjaya menghidupkan jentera midfield NS yang agak layu tatkala dikemudikan oleh Mahathevan dan Idris Karim.


Di masa tambahan selama empat minit itulah Kelantan menyerang berhabis - habisan dan kesilapan S. Kunanlan yang tidak membuang bola ketika menyelamatkan sepakan sudut membolehkan S. Chanturu menjaringkan gol kemenangan di minit ke 92:44.


CUIT SIKIT:

Tuah yang nampaknya seakan - akan bersama NS yang bakal pulang dengan satu mata, akhirnya lari meninggalkan Jang.

Aku kata, Kuna silap kerana beliau menyepak bola ke tengah bukannya ke tepi padang.

Lebih baik memberikan sepakan sudut atau lontaran ke dalam kepada pihak lawan daripada memberikan lawan peluang untuk terus menggasak ke kubu sendiri.

Lebih malang ialah, tiada lagi larian pantas dan hantaran lintang cantik membelah benteng lawan dilakukan oleh Shahurain Kocik dan S. Kunalan. Semuanya, dapat bola dan segera lambung kepada Owana atau Shakir. Dan semua perebutan bola udara di menangi Kelantan.

Setakat ini, hanya PKNS yang mampu pulang dengan mata dari Kota Bharu.

3.3.12

TANDUK SIAPA LEBIH BISA?.....

Esok-JUARA LIGA SUPER 2011 vs JUARA PIALA MALAYSIA 2011

Keputusan Perlawanan Liga Super 2011 di Kota Bharu. Kedua - dua pasukan seri tanpa jaringan di Paroi selepas itu.

TERKINI: Lima mata memisahkan kedua - dua pasukan di Liga Super 2012. Perbezaan jelas di aspek bolos tetapi kadar jaringan hampir serupa.

PERBANDINGAN: Pencapaian Kelantan di Kota Bharu dan Pencapaian Negeri Sembilan di luar Paroi. Kelantan memungut 10 mata di laman sendiri sedangkan NS hanya mampu mengutip empat mata di luar Paroi.

WATAK PENTING di kedua - dua pasukan. Kekuatan dan kelemahan lawan ada dalam poket masing - masing.

TIGA SETIAP SATU: Inilah kekuatan kedua - dua pasukan. Sekiranya Piya dan Shukor berjaya menghidupkan jentera tengah pasukan masing -masing, JENTERA PELEDAK dan PELETUP kedua - dua pasukan bakal membahayakan lawan. Pemenang bakal ditentukan oleh keupayaan MIDFIELD dan STRIKER mengatasi lawan masing - masing.

RAMALAN AKU: Dengan rekod jaringan yang baik oleh SHAKIR ALI di arena lawan dan sedikit kekalutan di bahagian kejurulatihan Kelantan, Aku FIKIR inilah jaringan yang bakal muncul di Kota Bharu malam esok.
CUIT SIKIT:

Kepada Jang dan Daro, Awe dan Mek, hadirlah ke stadium malam esok dengan penuh semangat kesukanan.

Bola sepak hanyalah satu sukan bukannya satu peperangan.

Jangan cemari keseronokan yang tercetus menerusi sukan bola sepak ini dengan pelbagai adegan yang tidak mahu kita lihat.

AKU DOAKAN, berkat pertemuan di Kota Bharu malam esok, ada Jang dan Mek serta Awe dan Daro bertemu jodoh selepas ini.

Ketika itu, pastinya kita mahu melihat TANDUK SIAPA LEBIH BISA. Tanduk Rusakah atau Tanduk Kijangkah? KAH KAH KAH KAH KAH KAH dulu............dok gitu?

1.3.12

ITU KINCING KASI TUKAR.....

NOTA MANGSA ROGOL II

Hebat! Hebatnya! TERHEBAT!

berdasarkan berita ini

memang sah keluarga rogol ini sangat kusut-masai dengan pelbagai cerita di belakang tabir.

Sebelum Januari 2012, keluarga ini boleh digelar Keluarga Auta Orang Malaysia [ KOAM ], kini gelaran keluarga berkenaan bolehlah ditukar kepada Kencing Orang Malaysia [ KOM ].


Walau apa nama keluarga berkenaan, kencing tetap kencing. Istilah 'kena kencing' ini adalah istilah anak muda bagi yang kena tipu idup - idup. Dulu - dulu disebut KENA KAPUR.

Sebagai warga negara yang bertonggengjawab, Pak Long, Pak Ngah, Pak Uda dan pak Usu dalam keluarga ini seharusnya berhentilah daripada melakukan aktiviti kencing - mengencing ini.

Setiap warga negara dan bukan warga negara sebenarnya banyak menyumbang kepada kemajuan keluarga ini sebelum, sekarang dan selepas ini.

Kita semua tahu betapa keluarga ini hidup menerusi bantuan dan tajaan pelbagai pihak terutamanya Majlis Sukan Negara, agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Daripada sumber mana tajaan dan bantuan ini diperolehi jika tidak menerusi pelbagai cukai yang dipungut daripada rakyat. Jika hidup dengan bantuan rakyat, kembalilah kepada rakyat dan tolong jangan 'kencing' rakyat lagi.

Sebagai pembayar cukai, aku haramkan setiap sen cukai aku yang disumbangkan kepada keluarga kencing ini..AKU TAK HALALKAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Jika semua pembayar cukai bersikap seperti aku, laknatlah keluarga ini seumur hidup.

CUIT SIKIT:

Pak Long Shidan dan Pak Ngah Karim, tolonglah keluar dari keluarga ini. Aku tahu kalian bukan ada gaji pun menerajui keluarga kencing ini. Kononnya nak menyumbang secara sukarela tetapi dengan segala macam jadah dan kemelut yang berlaku sekarang, elok kiranya kalian pindah sahaja ke bawah ini.....

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH