Jumlah Paparan Halaman

31.12.10

dari "ZERO" ke "HERO"....ADA AKU KISAH?

 IKUTI EPISOD SETERUSNYA.....
CATATAN SATU PERJALANAN KOSONG

Langkah semakin panjang


Budak Hingusan Ke Separuh Akhir, akan bertemu Juara Bertahan Vietnam: Ada Peluang ke?

Kejayaan Budak Hingusan Turut Dipuji Bintang EPL

MARI KITA RAIKANNYA

BARISAN HINGUSAN YANG BERGELAR JUARA

CUIT SIKIT:

29 disember 2010..pasti tidak dilupakan oleh semua rakyat Malaysia. Fahaman politik diketepikan, kenaikan harga barang - barang keperluan disenyapkan, persiapan musim baru persekolahan ditangguhkan.

Sebelum tarikh itu, siapa yang ambil peduli. Siapa yang ambil kisah dan siapa yang kenal. Daripada mengambil tahu tentang Shafiq Rahim, lebih molek kita mengenali Cristiano Ronaldo. Lebih 'world" sekiranya kita memakai replika jersi Chelsea bertulisan LAMPARD di belakang. Alangkah 'kampung"nya kita, jika memakai replika jersi Malaysia bertulisan SHAFEE di belakangnya. 

Adalah lebih baik dan seronok melepak di kedai mamak atau cafe, sambil menonton Arsenal bertemu Manchester United daripada kita membuang duit dan masa, masuk ke stadium tempatan menyaksikan perlawanan Liga Perdana dan Liga Super, Malaysia.

Yang kita tahu ialah, mengutuk dan mencemuh pemain serta mendesak Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya meletak jawatan dan memberikan laluan kepada orang lain pula. Kononnya, dengan orang baru menjadi Presiden FAM, mutu bolasepak Malaysia akan meningkat. Tetapi, siapakah orang baru itu? Tiada satu nama pun yang boleh kita sebut dan tunjukkan. Betulkan?

Hari ini, 30 Disember, tak semena - mena kita mendapat cuti. Hujung minggu ini, dengan tiba - tiba kita mendapat cuti hujung minggu yang panjang. Kerana tanpa diduga, budak hingusan yang diberikan kepercayaan oleh Presiden FAM yang kita desak supaya meletak jawatan itu, telah berjaya muncul juara kejohanan peringkat negara - negara ASEAN. Dan, adakah kita berterima kasih kepada Presiden FAM (yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada budak hingusan), ketika kita mendapat cuti percuma ini?
SELAGI TIDAK MENCAPAI TAHAP SEPERTI INI, PASUKAN BOLASEPAK SEKARANG TIDAK BOLEH DIANGGAP BERJAYA
Tahukah kita bagaimana anak hingusan yang bernama Fadhli Shas dan Muslim Ahmad boleh bermain begitu tenang di sebalik cemuhan dan kutukan penonton Indonesia di final kedua itu. Faktornya adalah, kedua - duanya merupakan diantara pemain yang pernah mendapat pendedahan di Slovakia menerusi program latihan enam bulan Harimau Muda di Liga negara berkenaan.

Ketika itu, riuh geger di dada akhbar mengatakan itu adalah satu pembaziran wang rakyat. Malah ada akhbar tempatan turut mencari bahan di laman maya untuk mengutuk program berkenaan. Hasilnya, berkatalah mereka, perlawanan yang diharungi oleh skuad Harimau Muda itu bukanlah perlawanan liga, sebaliknya hanyalah perlawanan persahabatan, serta itu hanya satu pembaziran dan tidak akan mendatangkan kesan kepada mutu bolasepak negara.

Kita mungkin lupa, di Eropah, bolasepak adalah satu kegilaan. Samada ia perlawanan liga atau cuma satu perlawanan persahabatan, stadium tetap dibanjiri penonton.
Budak Hingusan Menghindari GELORA dan Bergelar JUARA

Atas faktor sudah biasa bermain di hadapan khalayak yang ramai  itulah, para pemain Harimau Muda seperti Fadhli Shas dan Muslim Ahmad itu, tidak gentar bermain di Gelora Bung Karno, Jakarta yang sememangnya bergelora dan tidak pernah menjanjikan syurga buat pasukan lawan.

Ketahuilah, pembiayaan program latihan ke Slovakia yang berjaya mematangkan permainan budak hingusan itu, tidak dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (wang rakyat) sebaliknya dibiayai oleh sumber dalaman FAM sendiri. Dan aku percaya, ianya datang daripada saku Presiden FAM sendiri. Kepada yang masih mendesak Presiden FAM supaya berundur, mahukah anda menggantikan Presiden FAM itu?


Jika ingin melihat pasukan negara berjaya di peringkat Asia dan Dunia, biasakanlah para pemain kita bermain di khalayak yang sesak dan padat. Caranya? Bermula musim 2011 ini, penuhilah stadium - stadium kita dan jangan ulangi senario ini....
PENUHI SEGENAP RUANG ATAU BIARKAN KOSONG:
PILIHAN DI TANGAN KITA SENDIRI

28.12.10

BOLASEPAK PIALA AFF SUZUKI 2010: Sinar Laser Penentu Kemenangan....

FLASH - PM Najib Razak declares Dec 31 a public holiday to celebrate Malaysia's 4-2 win at the AFF Suzuki Cup tonight.
Gambar Hiasan:
Pancaran Laser dari tempat duduk penonton, dikatakan mengganggu pemain Indonesia.
Final Leg1: 26 Disember 2010@Bukit Jalil, Kuala Lumpur:
MALAYSIA 3 INDONESIA 0

Usai pertandingan peringkat pertama itu, komen - komen berikut tertera di internet..
APA KATA MEREKA DI SANA:-
Tidak ada yang tidak mungkin. Dukungan suporter Garuda di Indonesia akan membawa Indonesia menjuarai AFF Suzuki Cup
Laser or no laser, Malaysia deserved to beat Indonesia in the 1st leg of the AFF Suzuki Cup Final.
Indonesia kalah :( But I still support Timnas, and we can do it on Wednesday! We gonna beat them 5-0 !!!
Konsentrasi pemain Indonesia sudah terganggu sejak awal. Lagu Indonesia raya terpotong 1 bait. Membuat beberapa pemain kebingungan
Laporan Suporter Indonesia : "Kami dilempari oleh suporter Malaysia dr tribun paling atas, makanya kami keluar."
26 emang angka sial bgt niiiiiih apaansih-_-bencana tgl 26 trs di indonesia....26 pembawa bencana kali yak fiuwh~
Safee Tertarik Bermain di Indonesia
Malaysia win with laser 3-0! Indonesia win not laser 5-1! don't worry at GBK 29 Dec 10-0!
wajar kita kalah : Bayangin, orang Indonesia menyuruh Polisi Malaysia untuk nangkap sesama orang Indonesia
PERTARUNGAN MALAYSIA VS INDONESIA ADALAH PERTARUNGAN HARGA DIRI BANGSA ..
CUIT SIKIT:
Bagi aku, punca sebenar kekalahan Indonesia pada hari kedua Krismas (BOXING DAY) itu adalah kerana TIGA faktor ciptaan mereka sendiri, iaitu:
PERTAMA: Sikap mulut LASER (mulut celupar) dan TIDAK FOKUS penjaga gol mereka sendiri iaitu, Markus Horison Ririhina.
Sejak wisel pertama ditiup pengadil, Markus tampak goyah di pintu gol Indonesia dan setiap kali Malaysia mendapat sepakan sudut dan sepakan percuma, setiap kali itulah Markus akan membuat provokasi (mulut laser) kononnya beliau diganggu oleh sinaran laser. Dan ini turut mengganggu fokus rakan - rakan sepasukan.

Ini dibuktikan menerusi tiga gol mudah dalam tempoh 12 minit, angkara kegagalan barisan pertahanan Indonesia mengekang penyerang - penyerang Malaysia akibat kehilangan fokus kepada permainan. Hairannya, selepas ketinggalan tiga gol, Markus tidak lagi membuat karenah di padang. Sebagai pemain, Markus seharusnya menumpukan perhatian kepada permainan bukannya kepada karenah penonton.
26 Disember sudah menjadi sejarah kedua - dua negara. Pertarungan akan berterusan pada 29 Disember di **Gelora Bung Karno, Jakarta. Anda telitilah gambar ini dan carilah siapa yang pernah dilaser selama ini.
KEDUA: Ketua Jurulatih Indonesia, Alfred Riedl mengakui kekalahan teruk kepada Malaysia adalah berkait juga dengan kegagalan mematuhi jadual latihan menghadapi final ini demi memenuhi jemputan - jemputan keraian ke final di pelbagai tempat. Dari rumah pemimpin, sehinggalah ke sekolah - sekolah pondok. Keadaan serupa pernah dilalui oleh pasukan Kedah semasa Liga Semi-Pro dahulu. Tiga tahun berturut-turut mereka ke final Piala Malaysia, tetapi tiga tahun berturut-turut jugalah, mereka tewas kepada Kuala Lumpur. Mengapa? Kerana mereka meraikan kejayaan ke final melebihi usaha meningkatkan latihan  untuk memenangi piala, sedangkan di pihak Kuala Lumpur, piala didahulukan : keraian dikemudiankan.
Berbalik kepada Indonesia di AFF. Faktor KETIGA dan paling utama ialah kekalahan itu berpunca daripada sikap media dan penyokong fanatik mereka sendiri. Diulit kemenangan besar (5-1) semasa perlawanan peringkat kumpulan, Indonesia yang tidak pernah bermain di luar Jakarta disepanjang kejohanan dilabel sebagai pilihan untuk bergelar juara. Tambahan pula mereka lebih berjaya berbanding Malaysia di kejohanan AFF ini. AKUkan ABANG!!?? Akhirnya, pemain Indonesia turun ke gelanggang dalam keadaan tertekan dan tidak "relax and enjoy the game".

Sejarah tiga kali ke final : 2000: Thailand  Indonesia 4-1, 2002: Thailand 2 Indonesia 2(4-2 penalti) dan  2004: Singapura 5  Indonesia 2, berbanding Malaysia hanya sekali iaitu pada tahun 1996 (kali pertama kejuaraan AFF) dan tewas 0-1 kepada Thailand menambahkan lagi keyakinan kepada media dan peminat fanatik mereka, Indonesia adalah lebih baik berbanding Malaysia.

NATIJAHNYA: sikap mereka (Pemain, Pemimpin, Pengurusan PSSI, Media dan Penyokong Indonesia) adalah faktor penyumbang kekalahan besar kepada Malaysia itu, bukannya kerana pancaran laser yang tidak seberapa itu. Dan, aku lebih menyalahkan faktor Markus berbanding faktor lain.
MARKUS: Dari "Hero to Zero" di Bukit Jalil...
Final Leg2: akan bermula jam 8.00 malam (waktu Malaysia) 29 Disember 2010 di **Gelora Bung Karno, Jakarta dan, siapa jua yang menang akan bergelar juara baru AFF (New King) dan.....
.....juara baru itu adalah MALAYSIA, Tanah Tumpahnya Darahku. Kerana bekalan tiga gol yang pastinya akan menambah lagi tekanan di pihak Markus dan Indonesia,  juga, kerana  kita mempunyai KINGgobal (K.Rajagobal), Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan kita. SELAMAT BERJUANG MALAYSIA!

**Gelora: Gelanggang Olahraga

23.12.10

UNTUK MASA HADAPAN: Moh Kita Ke FELDA Mencari Calon Menantu..episod AKHIR...

26 Disember: CATATAN TERKINI: SILA KLIK
http://nizam-anakfelda.blogspot.com/p/menjelang-final-aff-suzuki-cup-2010.html

atau teruskan membaca Calon Menantu ini:

Sedutan catatan 18 Disember 2010:
Gadis Felda terpelihara dan terpelajar,  serta;
 1 Belum 'tercemar'
 2 Taat kepada suami
 3 Wajah persis artis
 4 Berkulit gebu kerana sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
 5 Subur
 6 Sama Agama
 7 Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’.
 8 Taat kepada agama dan ibu bapa.
 9 Suka menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.
10 Ada Sijil atau Diploma Kemahiran.
11 Kos perkahwinan murah?.

GADIS MAGHRIBI atau GADIS MALAYSIA terutamanya GADIS FELDA?
RATU CANTIK DUNIA:
KEDUA - DUA NEGARA PUN ADA PESERTA
SUDAH TERCEMAR:
TIADA BEZANYA DIANTARA GADIS MAGHRIBI DAN GADIS MALAYSIA SERTA GADIS FELDA
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
SUCI:
WAJAH - WAJAH INI SEBAHAGIANNYA ADALAH ANAK FELDA
CUIT SIKIT:
Aku tahu ramai yang tidak setuju dengan catatan terdahulu aku, tetapi tidak berani meninggalkan komen seperti yang aku harapkan. Biarkanlah ianya berlalu.

Sebenarnya, catatan pertama itu hanyalah satu provokasi atau kata orang kampung akureverse psychology” kerana itu ianya berakhir dengan pertanyaan Adakah Ini Satu Catatan Sinis?

Diakui, sekarang ini, memang susah untuk mencari calon menantu (gadis dan anakdara) yang baik dan suci, samada di Felda , di kampung mahupun di bandar. Berdasarkan carian sahabat baik AKU, Tn. Google, inilah hasilnya:
  1. awek felda palong aaaaa atas sofa dinodai
  2. Awek Felda Jelai bbbb Dalam Ladang bbbbb ...
  3. awek felda, buka tudung, gaya cccc klip video melayu, ...
  4. Awek Felda Kantoi Video dddd
  5. Awek Melayu FELDA Palong 7 Beraksi eeeee
  6. Awek FELDA ffff Dalam Ladang
  7. !!!!! Bohsia Felda Kena ggggg Dgn Mat Nepal
  8. hhhhh Barai Bohsia Felda Sendayan
  9. bohsia felda scandal
  10. aksi Awek Kampung Baru send MMS nampak iiiii n jjjjjj
  11. dan seorang awek pakai baju pink. Slang macam orang kampong
  12. gadis awek kampung seksi ….
  13. kantoi kkkkk llll awek ipoh
  14. mmmmmm and nnnnnn awek melayu from Kota Bharu, Kelantan.
  15. Video oooo  Awek Melayu Alor Star
AKU SILAP: rupa - rupanya, biar di mana sekalipun, anak gadis Melayu sudah tidak boleh dikatakan sebagai TERPELIHARA dan SUCI! Maafkan aku kerana menyangka Gadis Felda bagus.
Tidak aku menyangka, Gadis Felda ni HAPRAK dan serupa sahaja (tercemar maruahnya) dengan gadis - gadis di kawasan lain.
SETIAP ayah dan ibu pastinya ingin melihat rumahtangga anaknya dibina bersama para isteri yang baik pekerti dan tingkahlakunya. Tahu menjaga maruah diri dan keluarga serta tahu menjaga tingkahlaku.
AKU tidak menafikan bahawa insan lelaki turut berperanan menimbulkan gejala tidak bermoral seperti contoh di atas. Tetapi, dalam apa jua situasinya, yang rugi adalah anak dara dan gadis. Kesilapan anak perempuan akan mencemarkan imej keluarga, sekaligus menjatuhkan harga diri gadis berkenaan, sedangkan pihak lelaki tidak kerugian apa – apa.
DAN, paling penting untuk diketahui ialah, sebaik sahaja anak lelaki mencapai akhil baligh, dosa dan pahala adalah tanggungan mereka tetapi, bagi seorang gadis, selagi mereka tidak berumahtangga, selagi itulah setiap kesilapan mereka, dosanya turut terpalit kepada ayah dan ibu mereka.
WAHAI gadisku, jagalah maruah dan kesucianmu kerana setiap kali  engkau lakukan perbuatan maksiat, setiap kali itulah bertambah dosa ayah dan ibumu. DOSA ayah dan ibu anda siapa pula yang akan menanggungnya? FIKIRKANLAH!
JANGAN gadaikan maruah diri hanya kerana takut kehilangan kekasih. Ketahuilah, suci atau tidaknya seseorang gadis itu boleh dilihat di bahagian tumitnya. Jika bahagian itu berseri -seri dan kemerah – merahan, maka sucilah gadis itu. Begitulah sebaliknya.

SEBENARNYA, masih ramai bakal mertua yang mengamalkan petua memerhati tumit calon menantu. AWAS WAHAI GADISKU!!!!!
CATATAN ini aku tujukan kepada gadis kerana sesuai dengan perumpamaan: Lebih mudah menjaga sekandang lembu daripada menjaga seorang anak dara ( gadis).
26 DIS: TERKINI AFF SUZUKI CUP FINAL:
http://nizam-anakfelda.blogspot.com/p/menjelang-final-aff-suzuki-cup-2010.html

18.12.10

UNTUK MASA HADAPAN: MOH KITA KE FELDA MENCARI CALON MENANTU...

Cabaran buat Gadis Malaysia,


12 disember 2010 myMetro | Belum tercemar
'Trend' yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan ...

Komen Balas Bloggers…
  1. Gadis Maghribi Offer 'Baik Punya' « Pena Kusisip Blog12 Dis 2010 ... “Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini
    dan keluarga berada jauh beribu kilometer. ...
  2. Hanya RM 14 ribu - Gadis maghribi boleh dijadikan Isteri | dnoBiz12 Dis 2010 ... “Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini
    dan keluarga berada jauh beribu kilometer. ...
  3. Gadis Maghribi, Cun, Gebu, Persis Artis & Taat, Impian Lelaki ...12 Dis 2010 ... Dengan hanya RM14,000, gadis Maghribi yang persis artis, ... Ini kerana .. gadis
    Maghribi cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan ...
  4. Gadis Maghribi Ancaman Buat Gadis Melayu? | CetusanHati.com14 Dis 2010 ... Menurut Metro Ahad lepas, Gadis Maghribi sedia ke Malaysia untuk berkahwin
    dengan lelaki Malaysia dengan hanya RM14,000 kos sepenuhnya. ...
  5. Gadis Maghribi melawan Gadis Melayu13 Dis 2010 ... “Dapat isteri seperti gadis Maghribi yang belum 'tercemar' dan taat kepada suami memang ada kebaikannya. Tinggal lagi, bagaimana si suami ...
CUIT SIKIT:
Gadis Maghribi  dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Menurut Saudara Mohd Fairudz Mohd Yusoff yang berkahwin dengan gadis Maghribi dari kawasan nama Agadiran Saf, gadis Maghribi memiliki pakej lengkap sebagai isteri  kerana:
1.  Belum 'tercemar'
2. Taat kepada suami
3. Wajah persis artis
4. Berkulit gebu kerana sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
5. Subur
6.  Sama Agama
7. Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’.
8. Taat kepada agama dan ibu bapa.
9. Suka menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.
10. Kos perkahwinan murah.
Pasti ramai gadis melayu di Malaysia tidak bersetuju dengan Saudara Mohd Fairudz dan akan mengemukakan pula bukti, dalil dan nas yang hebat dan bagus tentang kebaikan gadis – gadis Melayu terutamanya.
Aku kata, gadis – gadis Melayu dan Malaysia sekarang dan akan datang, memang hebat tetapi TIDAK SESUAI dijadikan isteri. Sekadar menjadi teman berhibur, mungkin layak agaknya. Tetapi ini tidak termasuk Gadis Felda, sebabnya Gadis Felda terpelihara dan terpelajar,  serta hampir sama dengan ciri - ciri di atas.
Gambar Ihsan MBFM Wilayah Jengka: Gadis Felda Menadah Tangan Mengaminkan Doa Selamat
Yang teruk, jahil dan tidak senonoh itu adalah orang kampung dan orang bandar bukan Gadis Felda. Dan, aku tidak sembang kosong tetapi  berdasarkan bukti, dalil dan nas di bawah.Sudi – sudikan.
BUKTINYA:
INI BUKAN AKSI PELAJAR FELDA: PELAJAR FELDA BAIK



















DALILNYA:
INI SAH BUKAN FELDA; INFRASTRUKTUR BEGINI TIADA DI FELDA


















NASNYA:
INI JUGA TIDAK MENGGAMBARKAN SUASANA DI FELDA.



















GADIS FELDA MASIH BAIK DAN TERPELIHARA SERTA TERPELAJAR:
Gambar Ihsan MBFM WILAYAH JENGKA: WAJAH AYU SEROANG GADIS FELDA
Mereka memenuhi 9 daripada 10 ciri - ciri gadis Maghribi. Cuma perkara yang ke sepuluh itu, tidak sesuai dengan Orang Felda. Sebabnya, kos perkahwinan di Felda mahal, sama  seperti  di kampung dan di bandar.

MENGAPA PERLU MENCARI JODOH DI FELDA:

Walaupun kos perkahwinan di Felda mahal dan tidak seperti di Maghribi, tidak perlu jejaka kacak dan tampan Malaysia mencari jodoh sehingga ke Maghribi, datang sahaja ke Felda.

Alasan mudah aku ialah, di Felda setakat ini, sekurang - kurangnya ada 20 ribu Gadis Felda yang memiliki  pendidikan bertaraf  Sijil dan  Diploma Kemahiran.  Hebatkan Gadis Felda?. Gadis Maghribi belum tentu ada Diploma Kemahiran.

Adakah Ini Satu Catatan Sinis?
Sekiranya anda bersetuju atau tidak bersetuju atau marah dengan kenyataan ini, sila luahkan di nizamhasan@hotmail.com Ianya mungkin sesuai untuk sambungan  catatan calon menantu ini.

SELAMAT BERTEMU JODOH DI FELDA.....

15.12.10

bukan 18SX: PENGARAH BESAR FELDA Membuka Kandungan.....

Semua pihak yang berminat dengan Felda tanpa mengira apa jua aspek kepentingannya, bacalah dengan jujur dan ikhlas kepada diri anda sendiri......bacalah sebagai motivasi diri.
YBhg Dato Dzulkifli Abd. Wahab, Pengarah Besar Felda:
Anak Watan Johol, Negeri Sembilan ini, amat mesra dengan warga peneroka Felda.
13 Disember 2010: terbit di dinding facebook Aduan GWGF warkah yang diutus oleh Yang Berbahagia Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab, Pengarah Besar Felda kepada semua peneroka Felda dan ahli keluarganya.
Bab ini, aku angkat DUA IBU JARI TANGAN (kanan dan kiri). Sebabnya, Pengarah Besar Felda dengan jelas telah membuka syeksen dan kandungan surat perjanjian serta  jalan penyelesaian isu di Felda tanpa melibatkan mahkamah. Sebenarnya, jika diikut dengan rasional, jalan itu boleh dilalui tanpa melibatkan pihak kedua , ketiga mahu pun pihak keempat. Pihak mana tu? Anda carilah sendiri jawapannya.

JALAN PENYELESAIAN ISU DIANTARA PENEROKA DAN FELDA telah dibuka...
Ikutlah jalan itu....
Timbangtara: mematuhi tuntutan surat perjanjian
Jalan seterusnya.....
Gunakan Pertubuhan di Rancangan....
Teruskan perjalanan.....
Seksyen yang membenarkan penggunaan Timbangtara
CUIT SIKIT:

Perkara: TIMBANGTARA FELDA.

Reaksi Minda Peneroka:

Peneroka Pahang: Ape Kata Aok?
Peneroka Negeri Sembilan: Pobondo Eh?
Peneroka Perak: Ape tu?
Peneroka Kedah: Apa Dia Tu?
Peneroka Terengganu: Menatang Beruk Mende?
Puak Sebelah Sana: Dacing Baru ke?
Puak Sebelah Sini: Hebat..Hebat?
Kakitangan Felda: Dasar baru kot?

Aksi Badan Semua Di atas:
Geleng Kepala...Angkat Bahu...Garu Kepala..Senyum.

Aku pasti, itulah reaksi awal ayahnda dan bonda kita dan semua yang berada di rancangan, sekiranya disebut perkataan TIMBANGTARA FELDA itu. Lebih 30 tahun dinaungi Felda pasti tidak pernah sekali pun mereka mendengar perkataan itu disebut oleh pentadbir mereka. Generasi mereka pun, mungkin begitu juga. Ini terkecuali bagi para peneroka yang pernah melalui proses berkenaan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka

Istilah Sumber : permanent court of arbitration    Istilah Sasar ; mahkamah timbangtara tetap
Bidang  ; Undang-undang    Huraian : Tiada

Secara ringkas, timbangtara menurut surat perjanjian peneroka dan Felda itu adalah satu Jawatankuasa Timbangtara akan diwujudkan apabila terdapatnya sesuatu pertelingkahan di antara peneroka dan Felda (termasuk semua agensi di bawahnya) dan tidak boleh diselesaikan menerusi sistem biasa. Jawatankuasa Timbangtara ini akan dipengerusikan sendiri oleh Menteri Felda. Sekarang ini, Menteri Felda tidak lain dan tidak bukan adalah YAB Perdana Menteri.

Perlu diketahui, menurut surat perjanjian berkenaan, semua keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Timbangtara berkenaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana - mana Mahkamah.

WAHAI SEMUA PENEROKA, MASANYA TELAH TIBA:

Sekiranya anda merasakan Felda atau mana – mana agensi di bawahnya telah melakukan sesuatu yang pada anggapan anda, tidak sesuai dan merugikan anda dahulu, kini dan selamanya, maka, bawalah isu anda sehingga ke peringkat Jawatankuasa Timbangtara ini. Diulang sekali lagi, ke peringkat Jawatankuasa Timbangtara.

HAK PENEROKA DAN HAK FELDA:

Namun, terbit pula di fikiran aku, sejauhmana pula ayahnda dan bonda di rancangan memahami isi kandungan surat perjanjian itu serta hak – hak peneroka menurut surat perjanjian itu. Dan, berapa ramai pula yang berkesempatan membaca dan menyimpannya. Yang ini, Pengurusan Ibu Pejabat Felda menerusi bahagian undang - undangnya,  perlu menjadikan topik memahami surat perjanjian sebagai agenda utama di mana – mana majlis Mesra Felda yang akan diadakan selepas ini.

Sediakan agenda memahami surat perjanjian semasa program berkenaan. Semaklah, tanyalah di mana surat perjanjian itu tersimpan. Di rumah penerokakah atau terkunci kemas di kabinet fail pejabat rancangan?. Berundur setapak ke belakang dan memacu langkah yang lebih jitu selepas itu, adalah lebih baik berbanding meneruskan langkah tetapi longlai atau terus kaku begitu sahaja. Rujuklah posting aku berkaitan isu tanam semula sebelum ini yang juga adalah berkaitan dengan langkah penyelesaian isu dan peri pentingnya semua pihak memahami  kandungan surat  perjanjian.
Gambar Terkini Pengarah Besar Felda:
Membuka Pintu dan Jalan Rundingan Menerusi Timbangtara Adalah Keputusan Terbaik Untuk Semua Pihak
BERUNDING DI FORUM YANG SEBENAR:

Mengembalikan semula peneroka Felda ke landasan perbincangan yang betul adalah tanggungjawab semua pihak, terutamanya Pengurus Rancangan dan juga Pengurus – Pengurus Agensi Felda yang berkait secara langsung dengan peneroka seperti Pengurus Felda Technoplants Sdn.Bhd, Pengurusi Kilang Sawit (FPISB) dan juga Pengurus Kilang Getah (FRISB). Dan, para Pengurus Besar Wilayah juga mempunyai peranan untuk membantu ke arah itu. Tidak terkecuali Ketua Peneroka Rancangan.

SIKAP KETUA PENEROKA YANG MENYUSAHKAN:

KETUA PENEROKA yang telah memberikan  perkhidmatan terbaik, kepada masyarakat rancangan, Tahniah dan Syabas diucapkan. Kepada  yang belum atau sedang berazam untuk memberikan yang terbaik, sila teruskan membaca.
Gambar Hiasan: Peneroka Sebuah Rancangan Felda Khusyuk Mendengar Penerangan.
Berdasarkan pengalaman mentadbir peneroka selama 17 tahun, untuk membolehkan semua peneroka boleh melalui dan mengikuti jalan sebenar perundingan ini (TIMBANGTARA) ,  Ketua - Ketua Peneroka Rancangan perlu memperbetulkan sikap mereka terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi JKKR  atau Pengerusi JKKK selaku KETUA PENEROKA di setiap rancangan mestilah menjadi pendengar yang baik kepada semua rakan dan musuh. Mampu berhadapan dengan pihak pengurusan Felda untuk mengangkat isu ke tahap yang lebih tinggi. Sanggup juga menjadi pejuang, mempertahankan hak peneroka.

Paling mustahak, tidak pula menganggap segala isu dan masalah yang timbul, adalah angkara puak sebelah sana sahaja. Ada masanya, puak sebelah sinilah yang paling banyak membuat  onar. Sedarlah, tugas dan tanggungjawab sebagai KETUA PENEROKA adalah untuk semua peneroka, bukan untuk satu puak sahaja.

Menjawab lebih awal setiap isu besar sebelum mengambil tindakan memanjangkan isu berkenaan, hanya menyebabkan anda akan dilihat lebih Felda daripada Felda, kerana siapakah anda untuk menjawab segala isu yang berkaitan dengan dasar dan sistem pentadbiran Felda?

Singgah Le ke Foto dan Nota: dapatkan Perutusan Penuh:
 nizam-anakfelda.blogspot.com/p/foto.html
Kata MOYANG AKU:

Lantaran terlalu kerap mengunci pintu rundingan, tidak hairan sekiranya, isu dan masalah akan keluar mengikut tingkap dan lubang dinding dan kemudiannya merayau pula ke halaman orang.
Jalan telah dibuka oleh Pengarah Besar Felda, gunakanlah jalan itu untuk menuju ke puncak jaya....SELAMAT BERTIMBANGTARA
tambah idea menerusi: nizamhasan@hotmail.com

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH