Jumlah Paparan Halaman

25.4.13

BOLA MINGGU INI.....

FAM telah meminda jadual perlawanan bagi tarikh 4 hingga 6 Mei demi memudahkan kaki bola dan yang mencari makan dengan bola mengundi di PRU 13 nanti.

Malangnya, selain artis, tiada pemain bola dan Jurulatih bola dicalonkan oleh mana - mana parti di pilihan raya ini. Sejak Dato Jamal Nasir Ismail-bekas pemain bek kanan Pahang dan Malaysia di era 1980'an bergelar YB ADUN Beserah, tiada lagi pemain bola bergelar YB.

Dato Soh Chin Aun pernah menjadi calon BN tetapi tewas di DUN Kota Melaka. Jika tidak silap, beliau tewas kepada Lim Kit Siang pada pilihan raya di tahun 1980'an. Tahun sebenar, aku dah lupa.

Di bawah pula adalah jadual siaran langsung Liga Super minggu ini. Buat TV1, janganlah tukar siaran langsung di saat akhir. Pilihan raya memerlukan undi anak muda. Anak muda juga menjadi kaki bola. Kalau nak undi, kena layanlah kehendak kaki bola ni.

CUIT SIKIT:

Setelah sekian lama, akhirnya King Gobal menjadi orang paling bersih di FAM. Beliau terlepas sebarang hukuman apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM menggugurkan pertuduhan ke atas beliau.

Setelah sekian lama berpolimik di media, setelah sekian banyak masa terbuang dan setelah banyak juga duit FAM keluar membiayai kos mesyuarat, ahirnya King Gobal tidak dibicarakan.

JK Tatatertib dan Sekretariat FAM seharusnya tidak membazirkan begitu sahaja masa dan wang ringgit jika akhirnya membuat keputusan tiada kes. Bukankah lebih baik didiamkan sahaja daripada awal. Tiada sebarang pembaziran berlaku.

TAHNIAH juga buat PSNS dan seluruh penyokong setia NS yang melaksanakan satu misi sukar minggu lalu. Mesej anda telah sampai ke Medan Rahang. Sedikit masa lagi, pasti ada perubahan di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH