2010, NS, Selangor, Terengganu dan Kedah bermain di separuh akhir Piala FA. NS muncul juara menewaskan Kedah.
2011, tiga pasukan pantai timur, PAHANG, TERENGGANU dan KELANTAN layak ke separuh akhir. Senarai itu dilengkapkan oleh Selangor. Terengganu muncul juara.
2012, Kelantan dan Terengganu layak ke separuh akhir ditemani Kedah dan Sime Darby FC. Kelantan muncul juara setelah mengatasi Sime Darby 1 - 0.
2013,
ulangan separuh akhir 2011 muncul kembali. Kecuali ketiadaan Selangor, ketiga - tiga pasukan pantai timur masih di situ.
Apabila pasukan menang di arena lawan, ia sememangnya kuat. Pasukan itu ada kelas tersendiri. Tetapi, apabila pasukan itu menang di arena lawan tetapi kalah di arena sendiri, pasukan itu sebenarnya amat bergantung kepada mood dan prestasi semasa para pemain yang diturunkan.
Bagi aku, kekalahan Selangor di saat dia sudah pun menang, memuktamadkan kata - kata Haji Irfan Bakti selepas perlawanan di Johor Bahru tempohari. "Pemain saya sangat selesa selepas mendahului dua gol. Sepatutnya kita terus menekan pasukan lawan, tetapi mereka membiarkan lawan mendapatkan satu gol," kata Haji Irfan. Malam tadi, jelas Selangor kalah kerana masih mengekalkan sikap yang sama.
Buat NS, selagi Mr. Presiden masih percayakan 'somebody' di Medan Rahang, selagi itulah pasukan NS akan bergelut. Buat pengetahuan Mr. Presiden [ yang diyakini bakal meneruskan jawatan itu selepas PRU 13 ini ], sudah banyak pengakuan dan kisah benar dilafazkan di wall fb berkaitan Kelab Penyokong NS ini.
Apabila seseorang yang mengelar diri mereka PENYOKONG SETIA sudah membuat akujanji TIDAK MAHU DATANG LAGI KE STADIUM, maknanya pasukan di bawah seliaan Mr. Presiden, sudah boleh tutup kedai musim ini.
Janganlah sampai perlawanan NS hanya disokong oleh pemain simpanan dan pegawai pasukan NS sahaja, dan penyokong pasukan pelawat lebih ramai apabila bermain di Paroi baru hendak membuat perubahan. Itu sudah terlewat namanya.
Jangan biarkan NS setaraf dengan Pulau Pinang dan Melaka yang bermain di Liga FAM. Kedua - duanya tidak dikepalai oleh Ketua Menteri.
CUIT SIKIT:
jika tiadaa perubahan, di atas adalah tarikh - tarikh perlawanan Separuh Akhir Piala FA musim ini.
Tetibo yo ati den sayu. Rupa - rupanya Sang Rusa sudah tidak bertanduk. Lebih hiba apabila Rusa cair diayat penyu petang semalam. Alim, Alim, kusangka kau pandai, ghupo eh ko hanya layak menjadi budak milo yo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan