Hari ini bakal berlangsung empat perlawanan Suku Akhir 2 Piala FA 2013.
Kesemua pasukan tuan rumah bakal memperolehi peluang untuk layak ke Separuh Akhir Mei nanti.
Sarawak menentang Kelantan dengan perlukan kemenangan 1 - 0 sahaja. Kekalahan 1 - 2 di Kota Bharu, 6 April lalu memberikan mereka kelebihan jaringan di tempat lawan.
Darul Takzim perlukan lebih daripada keajaiban untuk menterbalikkan keputusan 1 - 2 di Johor Bahru. Selaku tuan rumah, Selangor masih boleh kalah dengan 0 - 1 dan layak ke Separuh Akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.
NS bertandang ke Kuala Terengganu dengan berbekalkan kekalahan 1 - 3 di Paroi. Sangat sukar untuk menang 3 - 0. Namun, tidak mustahil. Terengganu masih boleh ke Separuh Ahir biarpun kalah 0 - 2 petang ini.
Sime Darby selaku pasukan Liga Premier pertama layak ke Final Piala FA [ 2011 ] mungkin mempunyai peluang 55 : 45 apabila bertemu Pahang di Selayang, petang ini. Terikat 0 - 0 di Kuantan, kedua - dua pasukan mempunyai peluang seimbang. Siapa sahaja membuat kesilapan, mereka pasti tersingkir.
CUIT SIKIT:
Bagaikan diatur dan dikawal, jadual Suku Akhir 2 ini terbahagi kepada 2 segmen. Dua perlawanan di sebelah petang dan dua lagi di sebelah malam.
Jadual siaran langsung adalah seperti berikut;
Sepatutnya, RTM menerusi TV1 selaku penyiar bersama turut memainkan peranan untuk menyiarkan dua perlawanan secara langsung setelah Astro Arena selaku hos penyiar menyiarkan dua perlawanan.
Alangkah meriahnya jika RTM menyiarkan secara langsung, perlawanan Terengganu lwn NS di sebelah petang dan menyiarkan pula perlawanan Sarawak menentang Kelantan di sebelah malam. Kedua - dua perlawanan berbeza waktu permainannya.
Malangnya, RTM mengambil jalan kembali ke tahun 1990'an apabila masih berbangga untuk menjadi penyiar SIARAN TERTINGGAL. Jika di tahun 1990'an, siaran tertinggal [tertunda] masih relevan kerana ketiadaan internet. 2013 ini segala siaran tertunda dan terlambat ini sudah tidak relevan lagi kerana semuanya boleh diikuti dengan pantas, tindakan RTM itu pasti menimbulkan rasa meluat di hati kaki bola di Malaysia.
Menghidangkan juadah basi kepada kaki bola bukanlah cara terbaik. Slogan SUKAN TERBAIK HANYA DI RTM pasti tinggal sebagai slogan kosong. Semakin RTM menunda siaran bolasepak, semakin jauhlah anak - anak muda daripadanya. Dan, semakin terpinggirlah sokongan mereka untuk perkara lain.
Den cuma boleh menulis. Den cuma boleh menyuarakan. Sepatutnya RTM tidak mengajak orang muda untuk menjadi tua sebelum waktunya. Kalau Menteri RTM tuo, biarlah deh. Tapi sistem siaran seharusnya muda. Orang sudah tak main yang tertinggal dan tertunda ni. Elok bonar ekau balik ke Jolobu Jang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan