Jumlah Paparan Halaman

30.8.12

MENCARI "SYURGA" DI IPOH.....

IPOH MALI TALAK SOMBONG:
 
Suatu ketika dahulu, ungkapan Ipoh Mali Talak Sombong amat popular. Kenapa?
 
Aku tak mahu mengulas panjang sebab tak mahu menambah dosa di bulan Syawal ini. Lu carilah sendiri apa makna Ipoh Mali Talak Sombong tu.
 
Sabtu ini, NS akan turun memulakan perlawanan pusingan kedua peringkat Kumpulan C di Ipoh.
 
 
Selasa lalu, NS biar pun hanya SORI Yo dengan Perak di Paroi, ianya masih baik kerana terus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Perak di Paroi sejak era Liga Super bermula.
 
Namun, ceritanya agak berbeza di Ipoh berdasarkan fakta di bawah,
 
di Ipoh, NS agak sukar untuk memperolehi keputusan yang baik. Dua kemenangan di Ipoh pernah dicapai, tetapi pada jangka watu yang teramat lama, enam tahun lalu.
 
Mutakhir, di era kegagahan NS di Piala Malaysia, rekod menunjukkan, Perak sentiasa menang di Ipoh. Pastinya fakta ini telah difahami oleh Azraai Khor dan pemainnya. Aku catatkan fakta ini kerana mungkin ada PSNS yang menganggap NS adalah lebih baik berbanding Perak. Di Paroi jawapannya YA tetapi TIDAK di Ipoh.
 
Justru, tidak hairan jika misi ke Ipoh Sabtu ini adalah untuk menterbalikkan semua empat keputusan terakhir di Ipoh. Pastinya tiada lagi hasrat untuk mencari 1 mata. Ianya berkisar kepada perolehan 3 mata. Dan, tidak hairan sekiranya ianya boleh diibaratkan sebagai misi mencari "syurga" di Ipoh.
 
KAD PERESTASI PUSINGAN PERTAMA:
 
Jika ditinjau pencapaian kesemua pasukan setakat ini, boleh dikatakan tiada satu pun yang telah mempamerkan prestasi terbaik. Masih terdapat prestasi ala yo-yo usai pusingan pertama.
 
Berdasarkan fakta di atas, takala NS boleh berbangga dengan rekod tanpa kalah setakat ini, Perak pula pastinya akan berhabis - habisan kerana mereka belum menang selepas 3 perlawanan.
 
Mendiami balang satu ketika proses undian, Perak adalah pasukan pilihan pertama untuk mengungguli Kumpulan C. Malangnya, setakat ini, standard mereka adalah sama dengan T-Team, PKNS dan Johor. Standard BELUM MENANG. Kedah dan Sarawak yang telah tersingkir ke Liga Premier 2013 adalah lebih baik pencapaiannya kerana telah mencapai satu kemenangan.
 
Kesimpulannya, Perak bukanlah lawan mudah buat NS di Ipoh. Berhabisan - habisanlah Jang mengerah keringat di Ipoh nanti. Carilah "syurga" kemenangan di sana.
 
CUIT SIKIT:
 
Dilaporkan di akhbar hari ini, Tok MAT Said telah berbunyi kerana prestasi longlai Terengganu dan T-Team setakat ini.
 
Mungkinkah ada yang bakal berehat? Sama - sama kita tunggu perkembangannya selepas 1 September nanti.
 
Dan, buat kali pertamanya, perlawanan NS akan disiarkan secara langsung di tv.
HOBIN JANG HOBIN!

28.8.12

KEPUTUSAN PENUH HARI KE 3.....

Perlawanan - perlawanan di hari ke 3 Piala Malaysia 2012 nampaknya telah mula mengubah carta kedudukan setiap kumpulan.
 
 
Begitu pun, setakat ini, tiada sebarang pasukan yang telah layak ke peringkat kalah mati, juga tiada satu pun pasukan yang telah tersingkir. Kesemuanya, secara matematik masih berpeluang untuk muncul sebagai lapan pasukan ke peringkat kalah mati, Oktober nanti.
 
Keputusan penuh seperti di bawah;
 
 Di bawah ini, Carta Kumpulan.
CUIT SIKIT:

Jika perlawanan kumpulan telah berakhir setakat tiga perlawanan, beginilah carta peringkat kalah mati.
 

Aku fikir, jika ia kekal begitu ada baik juga. Sebabnya, pasti akan muncul cabaran berbeza apabila dua pasukan yang bermain di dua liga berlainan akan bertemu di final.
 
Mungkin juga NS akan bertemu ATM di final. MENARIK BUKAN?

Tapi, perlawanan peringkat kumpulan belum berakhir.....
Soba dulu yo! HOBIN JANG HOBIN!

27.8.12

H2H NS V PERAK.....

25 Ogos lalu telah memberikan perubahan yang nyata buat dua pasukan utama di Kumpulan C.
 
PERAK atau Seladang dengan reputasi pasukan pilihan utama Kumpulan C beraksi goyah dan koyak setakat dua perlawanan. Bernasib baik mendapat satu mata di Selayang, Perak akhirnya tumbang menyembah bumi sendiri pada 25 Ogos.
 
Lampu limpah yang terpadam tiba - tiba rupa - rupanya membawa petaka buruk buat Tentera Kak Limah. Di Ipoh, Perak menjadi pasukan ratahan Felda United yang pulang dengan kemenangan 4-2.
 
NS atau Rusa yang agak longlai di Melaka, bangkit hebat membelasah Sime Darby 4-0. Gandingan bertaraf BISO BONAR Effa Owona dan Khairul Izuan Abdullah begitu menjadi di Paroi.
 
Kemenangan besar itu mungkin menjadikan 7 Syawal itu adalah hari raya terhebat buat PSNS tahun ini.
 
28 Ogos nanti, RUSA akan melayan SELADANG di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Dan, setakat ini, dilaporkan tiada sebarang siaran langsung di tv. Maknanya, kalau nak menonton, kena datang ke STAR, Paroi. Mungkin berlaku perubahan saat akhir, itu cerita lain.
 
Reputasi dan prestasi NS dan Perak secara Head To Head adalah seperti di bawah,

Apa yang boleh dibanggakan, biar pun kedua - duanya hampir seimbang, NS belum pernah tewas kepada Perak di Paroi.

Aku fikir, Jang Jung pasti poning merencana strategi untuk berhadapan dengan NS yang telah menunjukkan gelagat Sang Juara mereka.

Carta Semasa Kumpulan C,
 
CUIT SIKIT:
 
Jika tiada langkah sumbang di pihak NS, aku fikir, Perak akan diratah lagi Selasa ini. Sementelahan pula, rekod membuktikan, NS akan menjaringkan 3 gol apabila bertemu Perak di Paroi. Ini fakta, bukannya auta.
 
Sehingga tibanya detik Kak Limah dikunyah Rusa, kita teruskan beraya.
HOBIN JANG HOBIN.

 

25.8.12

KAK LIMAH TUMBANG DI RAYA KE 7.....

Sekitar jam 10.45 malam tadi, aku fikir hampir setiap wajah yang keluar STAR, Paroi menunjukkan rasa lega, puas hati dan yakin. Yang keluar STAR dengan wajah bagai ada yang tidak kena pastinya wajah para penyokong Sime Darby.
 
Manakan tidak, NS mempamerkan aksi juara sebenar sebentar tadi. Ledakan hattrick Effa Owona [Pemenang Kasut Emas Liga Super] dan satu gol jaringan Khairul Izuan Abdullah [Pemenang Kasut Emas Liga Premier] sudah cukup melegakan setiap PSNS yang hadir tadi.
 
Nampaknya, episod ngam NS dan Piala Malaysia sudah bermula tetapi aku masih ragu - ragu, kerana cabaran masih banyak dan pertandingan masih panjang. Cuma, aku fikir elok kiranya sebagai penyokong kita jangan terover memberikan sokongan sehingga menimbulkan tekanan buat para pemain. Cukup sekadar menyokong tetapi bukan sehingga ke tahap merosakkan pasukan sendiri.
 
Keputusan Penuh Hari Kedua Piala Malaysia 2012 di bawah,
 
 

Perlawanan seterusnya,

CUIT SIKIT:
 
Ketika AK dan barisannya sedikit lega kerana menang besar, Jang Jung dan bala tentera Kak Limah Dari Ipoh pastinya merasakan tempoh dua hari ini amat pendek dan menjengkelkan.
 
Hari ini, PERAK muncul pasukan tuan rumah yang kalah teruk dan, Selasa nanti, mereka akan ke Paroi untuk berhadapan dengan NS, pasukan tuan rumah paling cemerlang malam tadi.
 
Sehingga tibanya detik itu, aku nak beraya sempena raya ke tujuh ni.
 

23.8.12

CONGAK - CONGAK NS & PIALA MALAYSIA 2012.....

Usai perlawanan pertama Piala Malaysia 2012 [PM12], elemen - elemen kejutan sudah terserlah.
 
Keputusan lapan perlawanan pertama itu sebenarnya penuh dengan kejutan. Ianya langsung tidak menggambarkan kedudukan balang mereka ketika undian tempohari.
 
Lihat sendiri betapa empat pasukan pilihan dari balang 1, tiada satu pun yang mampu mencapai kemenangan di perlawanan pertama itu. Kebetulan yang disengajakan, keempat - empat pasukan memulakan PM12 dengan menjadi tetamu di arena lawan.
 
Selain kegagalan pasukan dari balang 1 mencapai kemenangan, menarik juga apabila melihat keempat - empat pasukan dari balang 4 tidak kalah. Malah, dua pasukan dari balang tersebut menang bergaya ke atas lawan masing - masing.
 
Setelah berakhir perlawanan pertama, pasukan ATM dan Pahang [Balang 4] dan Sarawak [Balang 3] jelas bergaya di kumpulan masing - masing.
 
Ketika Terengganu [Balang 2] menang bergaya ke atas Kelantan, tiga lagi pasukan yang sebalang dengannya mengalami nasib berbeza. T-Team tewas 2-3 di Kuantan. NS dan PKNS pula hanya mencatat keputusan seri 1-1 di Melaka dan Kelana Jaya.
 
CONGAK - CONGAK PELUANG JUARA BERTAHAN;
 
Aku fikir, sebaik sahaja Felda United menjaringkan gol penyamaan semalam, ada para penyokong NS yang sudah mula mengkaji peluang NS untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu.
 
Dengan baki lima perlawanan di peringkat kumpulan ini, peluang setiap pasukan terutamanya NS, masih ada dan masih cerah. Dengan syarat, tiada lagi keciciran mata bermula Sabtu ini.
 
Sabtu ini, NS akan melayan Naib Johan Piala FA 2012, Sime Darby yang semalam tidak bernasib baik untuk menang. Jaringan penyamaan Perak di minit terakhir pastinya menjadi mimpi ngeri buat pasukan estet itu.
 
Keadaan yang sama juga menimpa NS ketika bertemu Felda United semalam. Sekali lagi, jaringan lewat pihak lawan memadamkan 3 mata yang sudah hampir digenggam oleh NS.
 
Peluang NS Sabtu ini?
Itu sahaja rekod pertemuan NS dan Sime Darby kerana kedua - duanya bersaing di liga yang berlainan. Sesuatu yang perlu diingat, musim ini, Sime Darby bukanlah pasukan belasahan.
 
RAMALAN AKU:
NS akan menang dengan satu gol di Paroi dan seri di Selayang.
 
Menutup pusingan pertama Kumpulan C adalah pertemuan dengan pasukan Kak Limah dari Ipoh.
 
Rekod pertemuan lalu amat seimbang dengan kekuatan mental bakal menjadi pemisah.
 

RAMALAN AKU:
NS akan meraih mata penuh di Paroi tetapi pulang hampa dari Ipoh.
 
Menutup perlawanan di peringkat kumpulan nanti adalah pertemuan yang seringkali menghadirkan suasana panas di kalangan penonton dan pemain.
 
14 September nanti, NS akan melayan kunjungan lawan yang sering sahaja menjadi kemarahan penonton dan penyokong setia NS, FELDA UNITED.
 
Rekod pertemuan lalu sebenarnya amat seimbang.
 
Sedikit kelebihan NS adalah kerana musim ini, mereka menang ke atas Felda United di Paroi.
 
RAMALAN AKU:
Setelah hanya meraih satu mata semalam, NS akan mengutip mata penuh di Paroi nanti.
 
CUIT SIKIT:
 
Jika apa yang diramalkan menjadi kenyataan, NS akan memungut 11 mata dan bakal layak ke peringkat kalah mati sebagai Naib Johan Kumpulan C di belakang Perak.
 
Namun, jika Sabtu ini NS gagal mendapat 3 mata, ada kemungkinan, NS akan tersangkut di peringkat kumpulan sahaja.
 
Mungkin kenyataan di atas amat tidak digemari oleh PSNS, tetapi, itulah hakikatnya.
Musim 2010, NS menang 1-0 perlawanan pertama, di Kota Bharu. Manakala musim lalu, NS menang 2-1 di Kelana Jaya. Tahun ini, NS seri 1-1 di Melaka.
 
Sehingga tibanya penghujung cabaran NS di PM12 ini, marilah kita sesamo menyokong pasukan kito, tak kiro apo keputusan eh.
 
Kita hanya mampu menyokong dari tepi tetapi terpulanglah kepada yang di padang untuk mencorakkan cabaran pasukan.
 
HOBIN JANG HOBIN.


22.8.12

KEPUTUSAN PENUH HARI PERTAMA.....

HARI PERTAMA PENUH WARNA - WARNI.
 
Begitulah sepintas lalu keputusan perlawanan pertama Piala Malaysia 2012.
 
3 KAD MERAH dilayangkan pengadil menunjukkan betapa semua pemain begitu komited untuk mengecap nikmat bergelar Johan Piala Malaysia 2012.
 
Tatkala Finalis musim lalu, Terengganu gah membenam Kelantan di laman sendiri, Johan 2011, NS dipaksa pulang dengan hanya 1 mata oleh Felda United.
 
Secara keseluruhannya, empat keputusan seri di catat di Kumpulan A dan C. Dan, empat keputusan menang - kalah dicapai di Kumpulan B dan D.
 
Kejutan atau Upset?
 
SARAWAK 2 : SELANGOR 1.
 
ini bermakna, Misi 33 Selangor bermula tempang dan pastinya menimbulkan suasana panas di kem mereka.
 
Keputusan dan carta penuh adalah seperti berikut;
CUIT SIKIT:
 
Sabtu 25 Ogos nanti pastinya akan menjadi medan tumpuan buat kesemua 16 pasukan.
 
Dengan hanya 6 perlawanan di peringkat kumpulan, kesemua pasukan tidak boleh lagi diselubungi mood raya.
 
Pertemuan menarik tentunya di Shah Alam, SELANGOR LAWAN PAHANG.
Pertemuan menarik tentunya di Shah Alam, SELANGOR LAWAN PAHANG selain ATM LAWAN TERENGGANU.
 


BOLA RAYA.....

20 jam daripada sekarang, akan bermula Piala Malaysia 2012.

Pastinya, 16 pasukan yang layak bertanding akan diiringi oleh para penyokong setia masing - masing yang mungkin masih Cuti Raya.

Mood Raya juga pastinya masih bersama - sama pemain dan team pengurusan dan kejurulatihan setiap pasukan.

Bermain bola secara kompetatif di hari raya keempat adalah sesuatu yang baharu di Malaysia ini. Begitu pun, di England, EPL turut berlangsung pada Boxing-Day [ Hari Membuka Hadiah ], iaitu Hari Krismas yang kedua.

Jika itu dijadikan ukuran, maka tidak ragu - ragu lagi, bolehlah aku katakan, Liga Malaysia dan EPL sudah hampir sama. Setidak - tidaknya, ianya tidak memberi ruang dan peluang kepada pemain, Jurulatih dan Pengurus Pasukan untuk bercuti perayaan lama - lama.

Pro & Kontranya? Tertakluk kepada budaya individu berkenaan. Bagaimana pun, bagi aku, inilah pengorbanan dalam kehidupan selaku ahli sukan yang perlu dilalui.

Sebagai peminat dan penyokong, kita pula harus bersama mengikut arus yang ada. Jika menyongsang arus, jawabnya kita bakal terdampar sendirian.

Di bawah adalah jadual perlawanan untuk minggu ini.
Siaran langsung esok, bukan seperti di atas. Tetapi Terengganu lwn Kelantan. Siaran Tertunda pula adalah perlawanan Johor FC bertemu Lions XII. Kesilapan teknikal amat dikesali.
CUIT SIKIT:

Mungkinkah kita bakal melihat ada penonton yang datang dengan baju melayu menyokong pasukan masing - masing esok?

Menarik jika ada.

Pastinya, RAYA SEBENAR kepada 16 pasukan ini adalah, muncul JOHAN PIALA MALAYSIA 2012 dan mendapat pelbagai imbuhan.

Pasukan mana yang bakal beRAYA 20 Oktober ini, sama - sama kita nantikan.

16.8.12

RAMADHAN & AIDILFITRI.....

Satu Catatan ; Satu Renungan,

Datanglah suatu bulan
Ia bernama ramadhan
Keberkatannya
Tiada terhingga
Meliputi jagat raya

Datanglah suatu malam
Bernama Lailatul Qadar
Nilai amalan
Seribu bulan
Rahmat dari yang kuasa

Marilah kita bersama
Sujud pada yang esa
Seluruh jiwa dan raga
Merasa hina dan hiba
Nafas pun semakin sukar
Deria semakin pudar
Saraf pun semakin kendur
Seru pun semakin hampir

Hari berganti hari
Ramadhan datang dan pergi
Apakah di lain kali
Kitakan bertemu lagi

Datanglah suatu hari
Bernama Aidilfitri
Kita pun mula
Lupa semula
Segala sumpah dan janji

Datanglah suatu hari
Bernama aidilfitri
Sudah sebulan kita berpuasa
Kita pun berhari raya

Selepas kuih dihidang
Ketupat dan juga rendang
Mari bersama satu keluarga
Kita menjamu selera

Mari bermaaf maafan
Ampunan segala dosa
Saudara mara dan taulan
Berkumpul di hari raya
Peluklah ayah dan ibu
Ciumlah tangan mereka
Pohonlah ampun dan restu
Sementara masih ada

Sambutlah tetamu yang tiba
Buka pintu seluasnya
Ucapkan pada semua
Selamat hari raya

Selamat tinggal ramadan dan
Selamat aidilfitri
Mudah mudahan
Tahun hadapan
Kita kan bertemu
Lagi…

Artis:

Sohaimi Mior Hassan


Adaptasi Daripada Lirik:

Ramadhan 1 & Ramadhan 2 (Blues Hari Raya)


Ramadhan 1
http://www.youtube.com/watch?v=44N69NUK1OE&feature=player_embedded#!

or


Ramadhan 2 (Blues Hari Raya)

or
http://www.youtube.com/watch?v=ycj_vL93mr0

CUIT SIKIT:

Aku mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog ini yang mungkin tercabar dan tercalar hati sepanjang aku menulis.

Semuanya hanya dengan niat untuk melihat berlaku perubahan total [transformasi] di dalam kehidupan kita, khususnya Warga Felda.

Aku akan muncul semula pada Selasa atau Rabu minggu hadapan.

12.8.12

JAWATAN KOSONG SEGERA.....

Jika dibenarkan, aku fikir pasti akan muncul iklan jawatan kosong berbunyi begini,

NAMA JAWATAN:
PEMENANG PINGAT EMAS OLIMPIK

TARAF:
Kontrak

IMBUHAN:
RM 1,000,000.00 ++. { Ringgit Malaysia: SATU JUTA ++ sahaja }.
Elaun Tetap Bulanan + Elaun Khas + Elaun Seumur Hidup [ RM 5000/bulan ].
Pelbagai Pendapatan Tambahan Menerusi Tajaan.

KELAYAKAN:

DEGIL
Sanggup Tidak Berhari Raya di Kampung.
Tanya si Pandelela.
Sepanjang lapan tahun terakhir ini, berapa kali beliau sempat  menyambut Hari  Kebesaran Agamanya bersama keluarga.

PEKAK
Kepada Segala Kritikan & Cemuhan.
Kak Sheela dan Abang Hup boleh dicontohi.
Buat taktau je biar pun prestasi  hampeh.

BISU
Kepada Setiap Soalan Biasa , Soalan Maut dan Soalan Cepu Emas.
Ini juga boleh merujuk kepada Kak Sheela dan Bang Hup sebagai contoh.
Selepas mempamerkan prestasi tak semonggah, anda boleh lari daripada wartawan.

BUTA
Kepada Kehidupan Sekeliling Yang Mungkin Tidak Sesuai Dengan Kehidupan Atlit.
Jangan jadi seperti Apex sedikit masa lalu. Lebih gambar clubbing berbanding gambar di padang bola.

Jika ANDA FIKIR ANDA LAYAK, mohonlah secara terus kepada mana - mana Majlis Sukan Negeri yang mempunyai Unit Sukan Prestasi Tinggi.

CUIT SIKIT:

Bermula sekarang, marilah kita bersama - sama membantu negara melahirkan pemenang pingat emas olimpik, supaya tidaklah setiap kali menjelang olimpik, akan muncul ramai pihak memberikan ramalan betapa Malaysia mampu mendapat SATU EMAS dan BEBERAPA PINGAT LAIN di Olimpik.

Kemudiannya pihak itu terus menambah,
SEKIRANYA GAGAL,
SAYA AKAN LETAK JAWATAN.

Marilah kita sama - sama menbantu melahirkan PEMENANG PINGAT EMAS OLIMPIK supaya tidaklah selepas kegagalan menang Emas, akan kedengaran pula ayat,
SAYA BUKAN PENGECUT!
SAYA TIDAK AKAN MELETAK JAWATAN SEMATA - MATA KITA GAGAL MENANG EMAS OLIMPIK.

Masalah sebenarnya ialah, selama ini kita cuma melahirkan PENCABAR, bukannya PEMENANG Pingat Emas Olimpik.

Justru, tidak hairan sekiranya atlit kita memanjang miss semato aje dari tempat pertama.

Nota Kaki:
Bilakah TELINGA GAJAH itu akan bertukar menjadi Foto Atlit Malaysia?

11.8.12

ROMBONGAN KAK SHEELA KE LONDON.....

Ketika Olimpik London 2012 kian menghampiri penghujungnya, di Malaysia ini pastinya ada yang tertanya - tanya makna "wild card".

Apa tidaknya, dua atlit kebanggaan negara telah menimbulkan sedikit kontroversi kerana persembahan tak menureh , tak semonggah dan amat selekeh mereka. Respon pertama terhadap apa yang mereka berikan itu datangnya daripada Tun Ahmad Sarji - Chef De Mission kontinjen negara.

Lebih daripada itu, kenyataan Kak Sheela yang tidak mahu meminta maaf kepada negara kerana persembahan selekeh itu, bagi aku amat tidak patut buat seorang atlit otai seperti beliau.

Beliau sepatutnya amat tahu dan mengerti bahawa pemergian beliau ke London bukanlah menggunakan duit kocek sendiri tetapi dibiayai dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki oleh rakyat Malaysia.

Akhirnya, wild card yang merujuk kepada penyertaan ihsan kerana tidak layak secara merit itu, telah memberikan makna hampeh. Di sini, bukan sahaja pihak atlit yang wajib memohon maaf malah, KOM selaku badan yang memilih kedua - dua atlit ini WAJIB juga memohon ampun dan maaf terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Wild Card yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada persembahan terbaik kedua - duanya telah bertukar kepada makan angin percuma sempena Olimpik London. DAN, aku amat setuju dan menyokong penuh sekiranya pihak MOM, MSN dan KBS menghantar surat tunjuk sebab kepada KOM kerana keputusan paling selekeh kedua - dua atlit mereka ini.

Mari kita lihat pencapaian yang paling mengkagumkan buat kedua - dua atlit WILD CARD yang telah menghasilkan WILD RESULTS ini.


TINGGI TAPI RENDAH:
Abang Hup;
DI LONDON: Pemegang Rekod Kebangsaan ini dengan BERGAYANYA telah MELOMPAT LEBIH RENDAH daripada Pemenang Emas acara yang sama di Sukma Pahang baru - baru ini.

Catatan XXX di bawah angka 2.21m itu adalah merujuk kepada 3 percubaan gagal beliau untuk melepasi Rekod SUKMA milik atlit NS itu.



LAJU TAPI PERLAHAN:
Kak Sheela;
DI LONDON: Pemegang Rekod Kebangsaan ini dengan CEMERLANGNYA telah BERLARI LAJU SEDIKIT daripada Pemenang Emas acara yang sama di Sukma Pahang baru - baru ini.
Kak Sheela MEMANG TIDAK PERLU MEMOHON MAAF kepada negara kerana larian olimpik beliau laju empat saat berbanding Juara SUKMA PAHANG 2012.

Akhirnya, makna sebenar WILD CARD kepada KOM, Abang Hup dan Kak Sheela ialah, Melompat Tinggi Tetapi Rendah dan Berlari Laju Tetapi Perlahan. Dan, itu yang dikatakan TELAH MEBERIKAN PERSEMBAHAN TERBAIK.

JIKA ADA MANA - MANA SUMBANGAN ATAU TAJAAN KEPADA PEGAWAI KOM, ABANG HUP dan KAK SHEELA ke London menggunakan sebahagian kutipan CUKAI YANG AKU BAYAR, Aku tidak sekali - kali menghalalkannya sehingga kesemua mereka ini meminta maaf secara terbuka kepada negara.

CUIT SIKIT:

Kepada para Pegawai KOM sekarang dan akan datang, lihatlah KEHEBATAN Atlit Negara dahulu, kini dan akan datang di acara pecut.

Tidakkah para Tan Sri, Dato', Datuk dan juga Tuan serta Puan di KOM berasa MALU kerana rekod menunjukkan di saat Bolt dan Rakan - Rakan semakin laju berlari, atlit kita pula berlari semakin perlahan.

Itukah yang anda semua katakan Kita Semakin Maju?

6.8.12

PIALA MALAYSIA 2012.....

17 HARI LAGI. Apa yang dinanti - nantikan oleh para pencandu bola sepak Malaysia akan hadir sekali lagi.
Setiap Ahli PSNS perlu menyatakan sokongan seperti di atas.
Bagaimana pun, ini hanyalah cadangan. Tiada paksaan.

Edidi KE 86 ini pastinya menghadirkan keghairahan yang bukan kepalang buat kaki bola. Tambahan pula ianya bukan sahaja digahkan oleh Astro Arena sebagai stesen penyiar rasmi, tiga saluran radio milik Astro juga bertindak selaku penyiar.

Bolehlah dikatakan, jika Astro Arena sebagai penaja yang ditonton, maka, Era, Sinar dan THR Gegar pula boleh disifatkan sebagai penaja yang didengar.

Seingat aku, inilah kali pertama sehingga empat gergasi penyiaran bertindak menaja Piala Malaysia. Kok tak meriah lagi, tak tahulah.

Mari kita lihat apa seterusnya,

Sejarah biar pun sukar berulang tetapi amat baik sebagai rujukan dan alatbantu untuk melonjakkan semangat dan api perjuangan generasi sekarang.

Teliti dan kiralah sendiri berapa pasukan yang secara konsistennya menjadi kuasa besar di Piala Malaysia dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Yang jelasnya, 12 ruang yang tersedia, hanya ada satu pasukan yang berjaya memenuhi kesemua ruang itu. Pasukan mana? Sendiri Mau Ingat La.

Baik, kita teruskan kembara kita dengan melihat jadual perlawanan.




Perlu diingat, jadual di atas adalah tertakluk kepada pindaan pihak FAM.

Jadual khas untuk PSNS sahaja.....
Dan, di bawah ini adalah Carta Peringkat Kalah Mati yang mungkin akan dipinda sekiranya ada perubahan kepada untung nasib Kelantan di Piala AFC. Ianya juga bergantung kepada Lions XII dan Selangor.
Calon Juara Piala Malaysia 2012,

CUIT SIKIT:

Ramai pihak pastinya sedang meneliti dengan dekat sebuah pasukan yang cukup dominan dalam tempoh 3 musim terakhir ini.

Sebuah pasukan yang agak selekeh pencapaiannya di Liga Super tetapi amat gagah apabila bermain di Piala Malaysia.

Dan, aku fikir tidak langsung menjadi kesalahan sekiranya pasukan ini akan ke final lagi musim ini.
TIGA KALI KE FINAL BERTURUT - TURUT. DUA JOHAN DAN SATU NAIB JOHAN. Dan, terus bernafsu untuk ke final lagi tahun ini.

Apo yang nak dikato? Hobin Jang Hobin! Pastikan MUSUH kita HABIS BINASA!
Ado sesapo nak marah? Silakan.....

4.8.12

PIALA MALAYSIA PART 5.....

Sejarah Final PIALA MALAYSIA 2011 berkemungkinan berulang tahun ini.

Jika berulang, aku pasti Dua Tok Mat akan gembira tidak terkata. Tok Mat Said untuk Terenggannu dan Tok Mat Hassan untuk Negeri Sembilan. Malah, sejarah pemberian subsidi tiket final mungkin berulang lagi.

Aku fikir, semua PSNS setuju dengan idea aku itu. Pun begitu, sama - sama kita lihat dengan lebih dekat prestasi setiap pasukan di setiap kumpulan.
KUMPULAN A lebih merupakan pertembungan TAMBAK JOHOR apabila 3 pasukan berjiran bakal bertempur sesama sendiri.

Pilihan FAM : Lions XII dan PKNS
Pilihan AKU : Sama

KUMPULAN B lebih merupakan pertembungan PANTAI TIMUR sebagai ulangan peringkat Suku Akhir tahun lalu yang dimenangi Terengganu.

Kelantan agak sibuk dengan pertandingan Piala AFC dan tumpuan mungkin sedikit terjejas. Kedah dan ATM? Mungkin ada satu atau dua kejutan, tetapi tidak mungkin menguasai kumpulan ini.
Pilihan FAM : KELANTAN dan TERENGGANU
Pilihan AKU : Sama

KUMPULAN C yang meletakkan tida pasukan yang mencapai keputusan seimbang di Liga Super 2012. Perak mempunyai rekod 100% ke atas Felda United tetapi seimbang dengan NS. NS pula seimbang dengan Felda United dan Perak.

Faktor pengalaman bakal memisahkan tiga pasukan untuk dua pasukan teratas.
Pilihan FAM : PERAK dan NS
Pilihan AKU : Sama
KUMPULAN D menemukan sekali lagi Selangor dan T-Team. Sama seperti tahun lalu. Dan, penentu kedudukan pastinya berkisar kepada sejauhmana kedua - duanya menempuh cabaran Pahang.
Sekali lagi, faktor pengalaman bakal memisahkan tiga pasukan untuk dua pasukan teratas.
Pilihan FAM : SELANGOR dan T-Team
Pilihan AKU : Sama

Itu adalah pilihan awal sebelum sepak mula seperti jadual di bawah,
Peringkat Kalah Mati seperti di bawah,
Dan, FAM menjangkakan pasukan - pasukan berikut akan ke peringkat kalah mati,
Tuan Haji Ahmad Fuad Daud selaku Pengarah Pertandingan Piala Malaysia 2012 menjangkakan, PERAK dan KELANTAN akan bertemu di final.

Biarlah. Itu kato dio. Kato kito, tontulah NS akan ke final. Betulkan?

Sekadar rekod, di bawah adalah pencapaian NS ketika bertemu Perak dan Felda United di Liga Super 2012. NS tidak bertemu Sime Darby kerana Sime Darby bermain di Liga Premier. Namun, rekod pertemuan di Kumpulan B Piala Malaysia 2011, 100% memihak NS.
CUIT SIKIT:

Di peringkat Piala Malaysia ini, sejuta kejutan boleh berlaku. Dan, NS adalah salah satu calon favorit untuk melakukan kejutan sekali lagi.

Ketika menjuarai Piala Malaysia 2009, NS hanyalah pasukan di tangga ke 7. Selaku Naib Johan pada 2010, NS ketika itu hanya berada di tangga ke 6 liga yang sama.

Malah, tahun lalu, NS hanya di tangga ke 8 Liga Super tetapi muncul JOHAN PIALA MALAYSIA 2011.

Jadi, dengan pencapaian tangga ke 6 Liga Super musim ini, aku yakin NS akan ke final lagi dan, sekurang - kurangnya menyamai pencapaian 2010.

SAMO - SAMO KITO NANTIKAN.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH