Jumlah Paparan Halaman

31.8.11

MERDEKARAYA DI FELDA PURUN.....

Catatan Khas buat Ahli Parlimen BERA, ADUN GUAI dan JBA Pahang.

54 tahun MERDEKA dan buat kali ke 35 menyambut AIDILFITRI di No 67, Blok 10, FELDA PURUN, TRIANG PAHANG DARUL MAKMUR, HANYA ADA SATU PERSAMAAN.

Persamaannya ialah

BERHARI RAYA TANPA BEKALAN AIR

CUIT SIKIT:

MEMASANG JEBAK DI PAGI HARI,
HARAP - HARAP MENGENA SANG PUNAI;
APA GUNA BN BERJANJI,
KALAU SATU PUN TIDAK TERTUNAI.

Komitmen kami di rumah ini, pada PRU 13 nanti, mungkin hanya omak den la yang mengundi BN. Aku dan adik - beradik serta ipar laman AKAN MEMANGKAH DI RUANG PARTI LAIN.

54 tahun bersama BN, 35 tahun beraya tanpa air bukanlah perkara main - main. Hanya kerana kasih dan sayang kepada ibu membuatkan kami adik - beradik pulang ke FELDA PURUN walau pun sedar dan maklum akan risiko BERAYA TANPA AIR ni.

Selamat tinggal BN.

29.8.11

MERDEKARAYA....

CUIT SIKIT:

Merdeka atau aidilfitri. Kedua - duanya tiba di Malaysia hampir serentak tahun ini. Tetapi, di hati semua rakyat tentulah AIDILFITRI DIUTAMAKAN : MERDEKA DISAMBUT KEMUDIAN.

Memang pun, sambutan MERDEKA hanya akan dilaksanakan pada 16 September nanti.
SELAMAT MERDEKARAYA!

26.8.11

ADA BETUL KA.....


 
Pembelian kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris [EPL], Queens Park Rangers [QPR] oleh Tan Sri Tony Fernandes dikhabarkan akan memberi impak kepada pemain bola sepak Malaysia.
Terkini, YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia turut mengharapkan impak jangka panjang pembelian itu akan sampai kepada pemain bola sepak Malaysia.

CUIT SIKIT:

Aku fikir, pembelian itu tidak akan membawa apa - apa perubahan kepada peluang pemain bola sepak Malaysia untuk merasa bermain di EPL itu. Janganlah kita fikir, apabila kita berjaya membeli sebuah kelab bola sepak di England, itu menjadi jalan mudah buat pemain kita untuk bermain di sana.

Arsenal yang lebih tersohor berbanding QPR itu, telah lama dibiayai oleh Kumpulan Emirates. Malah, kumpulan itu juga telah membina stadium baru untuk Arsenal, Stadium Emirates yang digunapakai sebagai gelanggang sendiri oleh Arsenal sekarang ini. Soalannya, berapa ramaikah pemain dari negara Arab yang bergelar pemain Arsenal? Jawapannya tentulah nahi elek.

Begitu jugalah signifikan daripada pembelian QPR ini. Ianya tidak lebih dan tidak kurang hanyalah sebagai satu bisnes oleh TS Tony di bidang sukan. BISNES adalah bisnes. Berteraskan keuntungan jangka pendek dan jangka panjang. Tiada ruang untuk menjadi aktivis sosial sekiranya bisnes itu belum berjaya.

Kerana bisnes jugalah, aku percaya dalam tempoh lima tahun daripada sekarang, sekiranya QPR berjaya menjadi kelab pencabar yang serius di EPL serta, nilai sahamnya meningkat, pemiliknya akan bertukar pula. Mungkin datangnya dari negara Arab. Siapa tahu?

Akhirbicara, walaupun QPR telah dimiliki 66% oleh rakyat Malaysia, jangan bercakap soal peluang menjadi pemain QPR di EPL, seandainya pasukan Malaysia di ranking FIFA belum mencapai 60 terbaik dunia.

24.8.11

JAWATAN KOSONG.....

Lebih 1 juta jawatan kosong untuk diisi rakyat Malaysia – KDN
August 23, 2011 by Mail  
PUTRAJAYA 23 Ogos – Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (237,700) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000).
Selain itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000); Kementerian Dalam Negeri (10,000); Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).
“Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan kepada KDN dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama
CUIT SIKIT:
Dalam diam - diam, rupa - rupanya lebih sejuta jawatan [baca sebagai kerja] telah diisi secara gelap oleh para pendatang. Dan, para pendatang ini, sebenarnya telah diimport masuk oleh orang kita juga. Mana mungkin mereka datang sendiri dan mendapat pekerjaan secara gelap di sini [bumi merdeka dan berdaulat bernama MALAYSIA].
Aku katakan secara gelap kerana angka ini diperolehi setelah kerja - kerja pemutihan dijalankan. Tanpa kerja - kerja pemutihan ini, mungkin kita sebagai rakyat Malaysia akan terus bergelap selamanya di sektor pekerjaan ini.
Cuma yang tidak kelihatan ialah berapa angka yang gelap dan putih di FELDA. Setahu aku, ramai juga pendatang dengan izin atau tanpa izin ni bekerja di FELDA.
Akhirulbicara, salah siapa sehingga begitu banyak jawatan yang boleh diisi secara terang oleh rakyat Malaysia, telah diisi secara gelap oleh puak pendatang?
Salah ibu yang mengandung atau salah bapak yang menyorong?

22.8.11

MENCARI LAILATULQADAR.....

Tahun 1980;
Al-kisah di sebuah kampung bernama Temau, terdapatlah seorang pemuda yang bernama Abu. Nak katakan warak, tidaklah sangat. Tetapi, kerana duduk di kampung dan tidak dicemari sebarang gejala sosial, maka Abu ini bolehlah dikatakan calon menantu idaman sekampung.

Resmi anak muda, Abu telah jatuh hati dengan seorang anak dara kampung berkenaan. Katalah Miss X namanya. Boleh tahanlah paras rupa dan tingkah lakunya. Disukai kawan dan dicemburi lawan. Begitulah situasinya.

Semasa ramadhan. Abu dan Miss X berkenaan tidak pernah lekang daripada berulang ke masjid. Untuk bertarawikh, katanya. Semasa itu, kampung berkenaan masih belum diterangi lampu jalan walau pun bekalan elektrik telah sampai ke kampung berkenaan. Untuk ke masjid, terpaksalah berjalan kaki menggunakan lampu suluh [orang Negeri Sembilan kata lampu celait].

Akhirnya, pada 10 malam terakhir ramadhan tahun berkenaan, Abu memaklumkan kepada keluarganya dia tidak akan pulang ke rumah. Semuanya kerana niatnya ingin mencari Lailatulqadar. Amat sukalah hati kedua orangtuanya mendengar cita - cita Abu tu. Ialah, yang tua pun belum tentu gigih mencari lailatulqadar, inikan pula yang muda. Maka dihebohkan kepada semua orang kampung akan niat suci Abu berkenaan. Mencurah - curahlah ucapan tahniah dan syabas diterima oleh Abu dan kedua orangtuanya, sementelahan pula lokasi beramal Abu bukan di masjid, tetapi di sebuah surau lama di hujung kampung berkenaan.

Menjelang sahur terakhir tahun berkenaan, heboh dan riuhgegerlah di halaman rumah orangtua Abu. Tanpa siapa menduga dan percaya, Abu telah ditangkap basah pada dinihari itu. Pasangannya tidak lain dan tidak bukan, adalah anak dara kampung pujaannya, Miss X, yang nama sebenarnya adalah LAILATUL BINTI QADAR.

Rupa - rupanya, projek Abu mencari lailatulqadar di surau lama itu, hanyalah helahnya semata - mata. Projek sebenarnya adalah setiap malam bersama kekasihnya si Lailatul anak Qadar di surau itu selepas bersolat tarawikh di masjid.

Dipendekkan cerita, selepas solat sunat aidilfitri tahun berkenaan, Abu dan Lailatul pun diijabkabulkan dan disahkan sebagai suami dan isteri oleh imam kampung berkenaan. Tahniah Abu kerana benar - benar mendapat LAILATUL bt. QADAR pada tahun itu.

CUIT SIKIT:

Moral of the story, janganlah percayakan anak anda, terutamanya apabila dia menyatakan mahu melakukan sesuatu yang jarang - jarang dilakukannya. Mana tahu, mungkin ada UDANG DI SEBALIK MEE.

Tahukah di mana dan apa yang anak anda lakukan sekarang?

Nota Kaki:

Kisah di atas adalah hayalan aku semata - mata. Tiada kena mengena dengan mana - mana individu samada yang masih hidup atau masih berada di alam kubur.


19.8.11

JANGAN TIPU.....

Rumah murah generasi 2 FELDA
Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@bharian.com.my 2011/08/17
GWGF tawar kediaman serendah RM19,000 kepada anak peneroka
SEREMBAN: Ribuan keluarga generasi baru peneroka FELDA yang kini terpaksa tinggal bersama ibu bapa di tanah rancangan kerana tidak boleh mendirikan rumah sendiri, berpeluang memiliki kediaman sendiri pada harga serendah RM19,000 sebuah yang akan dibangunkan menerusi Projek Perumahan Generasi Baru FELDA.
Sebanyak 160,000 unit rumah teres, separa berkembar dan banglo berharga RM19,000 hingga RM73,000 akan dibangunkan oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) secara berperingkat mengikut kesesuaian di tanah rancangan FELDA bagi membolehkan peneroka dan anak cucu mereka menjalani kehidupan lebih selesa.
 Pada masa ini, kebanyakan mereka meneruskan usaha pertanian ibu bapa masing-masing di tanah rancangan, tetapi terpaksa menumpang di rumah ibu bapa kerana masalah pemilikan tanah tidak membolehkan pembinaan rumah baru atas tanah peneroka asal.
CUIT SIKIT:
Aku nak bagi ingatan pada orang kuat dan orang tak berapa kuat di GWGF tu..sebelum ini telah diumumkan oleh YAB PM selaku Menteri FELDA, rumah generasi kedua akan dibina di rancangan - rancangan FELDA. TAPI hingga hari ini, tak muncul pun rumah - rumah berkenaan kecuali ada satu dua projek terdahulu seperti di Felda Bukit Goh, Kuantan.
Tahun 2009, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, menerusi satu majlis bersama rakyat di Felda Serting Hilir Enam, Jempol juga mengumumkan akan membina rumah untuk generasi kedua Felda di Negeri Sembilan.
Yang diumumkan pada tahun 2008 dan 2009 tak mula lagi,tahun 2011, umum lagi nak buat rumah. Kali ini oleh badan NGO pulak.
JANGAN SAMPAI KAMI di rancangan ini ter ngaNGO sudahlah.
Peneroka Felda diminta rujuk jawatankuasa timbang tara
HULU SELANGOR 30 Julai — Peneroka Felda diminta merujuk kepada jawatankuasa timbang tara bagi mengatasi sebarang masalah dengan agensi itu dan bukan membawanya ke mahkamah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu juga selaras dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang memperuntukkan peneroka menyelesaikan pertikaian dengan Felda menerusi timbang tara.
"Jawatankuasa berkenaan sudah lama wujud tetapi kerana ia tidak dihebahkan secara berkala, ramai yang lupa atau tidak tahu mengenainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Selangor, di sini hari ini.
Katanya, jawatankuasa itu yang dipengerusikannya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghasilkan situasi menang-menang antara peneroka dan Felda.
Beliau juga berkata, peneroka berdepan kerugian jika membawa kes ke mahkamah seperti yang berlaku kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan, yang hanya menerima antara RM9,000 dan RM11,500, berbanding RM17,000 dan RM23,000 yang dibayar Felda jika tuntutan dibuat menerusi timbang tara.
Sumber : Bernama
CUIT SIKIT:

Baguslah YB Timbalan Menteri FELDA ni dah sedar akan Akta TImbangtara tu. Aku dah lama menulis bab timbangtara ni.
Cuma aku harap, pelaksanaan timbangtara itu tidaklah serumit proses tuntutan di mahkamah. Permudahkanlah supaya semua pihak tidak menganggap timbangtara ni satu tindakan politik pulak.
Satu pertanyaan buat YB Timbalan Menteri FELDA, janji Felda untuk mengemukakan penyata pendapatan setiap tiga bulan sekali bagi rancangan tanam semula bersama FELDA tu dah dilaksanakan ke?

9.8.11

MIMPI RAMADHAN.....

Setelah seminggu berpuasa, semalam aku bermimpi yang aku jangka boleh menjadi kenyataan.

Berdasarkan situasi semasa, aku fikir mimpi aku ini turut menjadi mimpi dan igauan kepada ramai pihak di Pantai Timur. Samada Dikir Barat atau Ulik Mayang, mimpinya pasti serupa dengan mimpi aku semalam tu.

Inilah mimpi aku tu.....
CUIT SIKIT:

Tanpa menafikan kemampuan 14 pasukan lain, aku tidak fikir ada pasukan lain yang lebih layak ke final berbanding Kelantan dan Terengganu tu.

FAM tentu suka Kelantan dan Terengganu ke final Piala Malaysia tahun ini. Masyuk beb masyuk. Fulus kak Fulus.

Aku kata Terengganu akan ke final sebab dia ada Ismail Faruqi yang menjadi senjata sulit King Raja semasa lawan Singapura tempohari. Walaupun kalah, King Raja tentunya bangga dengan persembahan hebat senjata sulitnya yang sangat tajam itu. Kerana faktor senjata sulit King Raja itulah, Terengganu akan ke final Piala Malaysia tahun ini.

Kelantan juga hebat secara semula jadi kerana mereka memang calon juara apa - apa jua pertandingan bola sepak di Malaysia sekarang ini. Apek, Mat Yo, Chanturu, Piya dan lain - lain pemain memang hebat dan berkebolehan untuk bergelar Juara Piala Malaysia sekali lagi.

Mencongak semula mimpi aku tu, maka Terengganu akan muncul JUARA PIALA MALAYSIA 2011 bukan Kelantan. Sebabnya senjata sulit King Raja yang maha tajam dan hebat tu ada di situ.....

Ada bantahan?

Jadual penuh Piala Malaysia 2011 ada di sini

7.8.11

PROSPEK SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA.....

Perlawanan peringkat kumpulan pada 6.10, 13, 17, 24 dan 27 September 2011
CARTA PERINGKAT KALAH MATI PIALA MALAYSIA 2011
Suku Akhir pada 4 dan 8 Oktober 2011,
Separuh Akhir pada 14 dan 22 Oktober 2011,
Akhir pada 29 Oktober 2011.
CUIT SIKIT:

Ranking terkini pasukan - pasukan yang layak ke Piala Malaysia 2011:-

Kumpulan A;
1. Kedah 2. Perak 3. Sabah 4. Johor.
Kumpulan B;
1. Terengganu 2. Negeri Sembilan 3. PKNS FC 4. Sime Darby FC.
Kumpulan C;
1. Kelantan 2. Johor FC 3. Felda United FC 4. Sarawak.
Kumpulan D;
1. Selangor 2. T- Team FC 3. Kuala Lumpur 4. PDRM FA

Jika semua kedudukan di peringkat liga berkeputusan mengikut ranking berkenaan, maka peringkat suku akhir akan mempertemukan Kelantan dan Negeri Sembilan. Dua finalis Piala Malaysia tahun 2009 dan 2010.

Dan,perlawanan separuh akhir tahun 2010 diantara Kelantan dan Kedah akan berulang tahun ini. Satu lagi pertemuan separuh akhir dijangka menguji kehebatan Selangor dan Terengganu.

Rujuk carta di bawah untuk lain- lain prospek suku akhir Piala Malaysia 2011...
Carta prospek suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia 2011
Jika tiada sebarang up-set, maka dijangkakan, dua finalis Piala FA 2011, KELANTAN dan TERENGGANU akan bertemu di pentas final Piala Malaysia pada 29 Oktober 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Juaranya? PASTILAH TERENGGANU.

5.8.11

3P EDISI II.....

KEDUDUKAN PASUKAN MENGIKUT KUMPULAN
CUIT SIKIT:

Ada pasukan berada di kumpulan maut, ada juga pasukan berada di kumpulan kacang.

Cuma aku nak tengok dua finalis tahun ini adalah pasukan KELAB bukan pasukan negeri. Selepas itu kita lihatlah penonton yang hadir, ramai orang seperti pasukan Kelantan atau ramai kerusi seperti pasukan FELDA UNITED.

Kalau tak cuba tak tahu, setelah JOHOR FC tewas kepada Negeri Sembilan di separuh akhir 2010, aku ucapkan selamat maju jaya pasukan KELAB di pentas Final Piala Malaysia 2011.
SUSUNAN PASUKAN MENGIKUT KUMPULAN

JADUAL PERINGKAT KALAHMATI

4.8.11

3P YANG HILANG.....

16 Pasukan Yang Akan Diundi Kepada 4 Kumpulan pada 05.30 ptg 05 Ogos 2011 di Pentas Utama, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
CUIT SIKIT:-

Terasa sakit mata aku melihat kepada kehilangan Pulau Pinang, Perlis dan Pahang daripada barisan 16 pasukan itu. TIGA P ini adalah kuasa hebat Piala Malaysia.

Tahun 60'an dan 70'an, PULAU PINANG adalah kuasa hebat. Tahun 80'an dan 90'an, PAHANG menyerlah manakala, tahun 2000'an ini menampilkan PERLIS.

2011, 3P yang tertulis di atas bukan lagi bertaraf PEMENANG atau PENCABAR. Dewasa ini, kalau ada perkataan yang paling sesuai untuk ketiga - tiganya hanyalah perkataan yang berbunyi PIANG.

3P daripada bertaraf Pemenang kini hanya bertaraf PIANG. Apa yang tidak kena? Semuanya pasal duit dan kawan. Dua pasukan menjadi PIANG kerana tabung ciput. Satu lagi tu menjadi PIANG kerana melantik kawan karib sebagai jurulatih. Perform ke tak perform, kawan diutamakan pasukan hancur, kita kira lain.

Kepada 5 Kelab yang berada di senarai 16 itu, jangan pula hanya muncul sebagai PENYENDAL tetapi muncullah sebagai JUARA sebagaimana dilakukan oleh MPPJ pada tahun 2003. Buktikan Kelab juga mampu muncul PEMENANG.

Selamat Maju Jaya.

2.8.11

KURUS.....

kurus kerana tak makan

kurus kerana tak cukup zat makanan
kurus angkara ketiadaan makanan
CUIT SIKIT:-

KURUS bukan kerana tak makan. Tetapi kurus kerana nak mendapatkan makanan buat berbuka puasa. Kerana sibuk bekerja, bazar ramadhan adalah tempat terbaik untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. Tetapi awas!, kerana bazar ramadhan juga adalah tempat terbaik untuk menguruskan puasa anda.

Mana tak kurus. Melangkahlah ke mana - mana bazar ramadhan, puasa anda pasti semakin susut dan bertambah kurus kerana mata asyik terpandang buah - buahan yang sedang ranum dan juga buah - buahan yang sedang melisut.
bertudung tetapi terjojol
Semuanya terjojol tanpa apa - apa perubahan sempena ramadhan ini. Jika sebelum ramadhan ianya begitu sendat, semasa ramadhan ianya tetap begitu. SENDAT DAN TERJOJOL. Tiada yang berubah. Akhirnya, semua yang berpuasa, hanya mendapat puasa yang kurus setiap hari lantaran berkunjung ke bazar ramadhan.
Jika melangkah ke bazar ramadhan di kawasan pinggir pinggir bandar pun puasa boleh kurus, apatah lagi jika di kota raya yang turut menyajikan buah - buahan seperti ini,
Kepada semua tuan punya buah - buahan itu, bawalah buah anda ke bazar ramadhan dengan lebih sopan dan tertib. Janganlah kerana anda, puasa orang lain menjadi kurus.

nota kaki;-

Kepada anda yang aku pinjam fotonya di sini, bukan niat aku untuk memalukan kalian. Tetapi adalah bertujuan untuk muhasabah dan pembaikan diri sempena ramadhan ini. TERIMA KASIH.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH