Jumlah Paparan Halaman

28.5.11

6335-INDAH KHABAR DARIPADA RUPA.....

Sesuatu yang indah di dada akhbar, tidak semestinya indah juga di lapangan. Apatah lagi jika ianya melibatkan sesuatu yang berkaitan fakta dan data.

Jika tidak percaya, teruskan meneliti catatan ini.
Setakat khabar yang di atas, bolehlah diucapkan tahniah kerana empat angka yang cantik tu. Mungkin angka tu sesuai untuk KAKI NOMBOR yang ramai kat FELDA tu.

Teliti seterusnya,
Bila tiba sektor yang diceburi, aku tidak melihat sesuatu yang baharu yang sepatutnya muncul di laporan itu. Contoh kepada sektor yang baru yang aku maksudkan ialah, sektor pelancongan. Aku kata begitu kerana telah ada produk "homestay" di wilayah ini. Namanya F'Best Homestay FELDA SERTING HILIR. Dah tutup ke tempat tu?

Analisa lagi,
SEBELAS?
Yang ini, memang kelakar dan tidak langsung menunjukkan Pegawai Usahawan Wilayah Raja Alias ini seorang yang hebat dan terbaik dari ladang dan lautan. Beliau bukan muka baru. Beliau sudah 30 tahun berkhidmat dengan FELDA. Beliau juga sudah hampir lima tahun di jawatan itu. Takde la hebatnya, kalau angka 11 tu di baca seperti di bawah ini.

Kalau setakat 11 tu, aku percaya, mereka ini berjaya kerana mereka telah berjaya lebih dahulu daripada usaha FELDA menubuhkan Jabatan dan Unit pembangunan Usahawan.

Yang sebelas orang ini aku percaya adalah para peneroka yang berusaha sendiri untuk mengubah nasib mereka sebaik sahaja masuk rancangan. Bukannya berjaya kerana dorongan dan bimbingan serta latihan oleh Pegawai Usahawan Wilayah Raja Alias.

Aku fikir, sebelas ini juga bukanlah usahawan generasi kedua yang mengikuti program TUNAS MEKAR dan KADET LADANG. Kalau program TUNAS MEKAR untuk melahirkan Usahawan di kalangan Siswazah itu gagal melahirkan usahawan berskala besar, bolehlah aku katakan tiada apa yang berubah sebenarnya.

Dan tiada apa pun yang dilakukan di Unit Pembangunan Usahawan selain daripada menelefon rancangan untuk mendapatkan laporan. Setakat mengumpul dan melaporkan laporan, itu bukanlah dianggap berusaha dan berjaya.
CUIT SIKIT:

Angka 11 tu rupa - rupanya hanyalah seumpama kulit bawang apabila dibandingkan dengan jumlah sebenar peneroka di Negeri Sembilan dan Nasional.

Kalau itulah angkanya, lebih baik jangan siarkan di akhbar. Buat malu orang FELDA je.

Bak kata orang Jempol, TAK MENDALAMKAN AIR.

Kata nak 'going international'. Tapi ada sebelas je. Itu pun belum tentu mampu bersaing dengan pemain - pemain industri lainnya.

Jadi, sejak adanya Pegawai Usahawan ini, apa yang berubah?
Lu PIKIR la SENDILI.....

25.5.11

SUKARNYA NAIK PANGKAT.....

Wednesday, May 25, 2011
Format Liga Super 2012 diputus bulan depan
NASIB juara Liga Premier musim ini, PKNS FC dan naib juaranya, Sarawak hanya akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) awal bulan depan.
PKNS FC dan Sarawak sepatutnya layak untuk beraksi pada Liga Super 2012 berdasarkan kejayaan mereka menduduki dua slot teratas Liga Premier musim ini.
Namun kebimbangan dirasai kedua-dua pasukan itu berikutan cadangan ‘tiba-tiba’ Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL) pada bulan lalu untuk mengurangkan jumlah pasukan dalam Liga Super 2012 daripada 14 kepada 12 pasukan.
Timbul pelbagai spekulasi termasuk kedua-dua pasukan itu tidak akan layak secara automatik ke Liga Super 2012 dan perlu mengharungi aksi playoff.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya masih tidak dapat membuat sebarang ketetapan berhubung perkara tersebut buat masa ini.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengumumkannya lagi. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM akan membentangkan perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang akan datang.
“Jadi adalah lebih baik atau adil Pengerusi JKPT FAM membentangkan terlebih dahulu perkara ini. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dijangka berlangsung awal Jun ini,” kata Azzuddin ketika ditemui di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.
Jawatankuasa MSL dipengerusikan Tan Sri Annuar Musa manakala JKPT dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd. Amin yang kini sedang mengerjakan umrah.
Namun adalah sesuatu yang tidak adil andai PKNS FC dan Sarawak dinafikan tempat ke Liga Super 2012 kerana cadangan Jawatankuasa MSL itu hanya dibuat ketika saingan musim ini sedang rancak berlangsung.
Andai pengurangan kepada 12 pasukan itu tetap mahu dibuat, adalah lebih wajar ia hanya dilaksanakan pada Liga Super 2013 dan pengumumannya pula perlulah dibuat sebelum saingan Liga Malaysia 2012 bermula.
Posted by Wan Fakhrul Wan Bakar at 1:01 AM |

CUIT SIKIT:
Kalau aku yang buat keputusan, dua pasukan terbaik Liga Premier seperti di bawah ini, akan naik pangkat ke Liga Super 2012.

Sama seperti musim - musim lalu, kejayaan di Liga Premier adalah satu kecemerlangan. Hadiah kepada kecemerlangan itu, pastinya kenaikan pangkat atau naik kelas pada tahun hadapan.
Satu perkara penting, Jawatankuasa Malaysia Super League telah mengesyorkan supaya Liga Super yang sesak jadualnya tahun ini dikurangkan penyertaannya kepada 12 pasukan atau kurang pada tahun hadapan. Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima dan mengesahkan syor ini.
Katakanlah syor itu diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif  FAM, bagi aku, PKNS dan SARAWAK tidak boleh dinafikan peluang kenaikan pangkat mereka hanya kerana niat untuk mengurangkan jumlah pasukan di Liga Super musim hadapan.
Biarkanlah mereka naik pangkat. Dalamasa yang sama banyakkanlah pasukan yang bakal turun pangkat. Contohnya, jika FAM ingin menghadkan penyertaan di Liga Super tahun hadapan kepada 12 pasukan, maka gunakanlah sifir:
 2 naik 4 turun.
Dua pasukan terbaik Liga Premier dinaikkan pangkat ke Liga Super. Manakala empat pasukan yang hancus dan bungkur [bahasa Negeri Sembilan yang merujuk kepada gagal], turunkanlah mereka ke Liga Premier. Apa yang susah sangat.....
TETAPI,
Sebelum anda bersetuju dengan saya, anda perlu halusi dahulu kedudukan empat pasukan yang hancus dan bungkur itu. Bolehkah sifir 2 naik 4 turun itu dipraktikkan sekiranya ada pasukan yang bernama Pahang di kelompok itu. LU FIKIRlah.....
Nota Kaki:-
PAHANG adalah satu - satunya pasukan di Liga Super ini yang tidak pernah bermain di tahap divisyen 2 di sepanjang sejarah Liga Semi Profesional dan Profesional dilangsungkan di Malaysia.
Pernah berlaku, Pahang sah turun ke Liga Perdana ketika itu, tetapi FAM membuat langkah drastik membesarkan saiz Liga Super dengan menambah pasukan untuk naik pangkat ke Liga Super dan mengurangkan pasukan yang turun pangkat ke Liga Perdana. Jika tidak silap aku, ianya berlaku di musim ketiga atau keempat Liga Super dan Liga Premier dilaksanakan di Malaysia.

19.5.11

BILA NAK MENANG.....

Jumaat 20 Mei 2011 ini, berkemungkinan besar Juara Baru Liga Premier Malaysia akan ditabalkan.
Pentas buat sang juara baru ini seperti telah tersedia setelah kempunan musim lalu. Tahun lalu, sepatutnya mereka menduduki tangga kedua Liga Premier dan layak ke Liga Super musim ini. tetapi, angkara kalah kepada Harimau Muda di perlawanan terakhir, mereka hanya mampu menggigit jari di hujung musim. KESIAN DIA! KESIAN DIA! KESIAN DIA!

SIAPA DIA?

DIA adalah PKNS FC yang setakat ini belum pernah kalah di Liga Premier. Bagaimana pun, mereka kecundang 1-3 kepada Pahang di pusingan kedua Piala FA.
Ini jadual perlawanan Jumaat ini,
Ini pula perbezaan PKNS dan SARAWAK,
Dan, Inilah PKNS FC,

Barisan yang dibawa masuk tahun ini setelah kempunan musim lalu,
CUIT SIKIT:

Pertanyaan aku BILA NAK MENANG tu...khas buat PULAU PINANG. Pasukan yang amat gagah dan perkasa di arena bola sepak Malaysia tahun 60'an hinggalah ke tahun 80'an. Pasukan yang telah melahirkan ramai pemain berbakat dan menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat Asia.

Hari ini, Pulau Pinang hanya menanti saat dan ketika sahaja untuk turun bermain di Liga FAM. Sekitar sebulan dua lalu, Pulau Pinang dikatakan telah melancarkan tabung untuk membiayai pengurusan pasukan. Malah, khabarnya YAB PM sendiri turut menghulurkan sumbangan dan bantuan.

Kalau dah YAB PM bagi bantuan, jumlahnya tentulah bukan seribu atau dua ribu. Mungkin ratusan ribu. Mungkin juga mencecah angka juta. Tambahan pula, Presiden FA Pulau Pinang adalah antara YB PKR yang lari dari kem.

Tetapi, malangnya jika PKNS tidak pernah kalah di peringkat liga, Pulau Pinang pula tetap Pi Mai Pi Mai, Tang Tu. Tak Menang Menang.

Sepatutnya, selepas dapat bantuan dan gaji pemain dilunaskan, akan ada kebangkitan daripada pasukan berkenaan. Tetapi nampaknya, tiada perubahan pun. Bak Kata YAB PM tiada transformasi. Atau bantuan itu hanya disebut tetapi duitnya tiada. Sama seperti projek perumahan warga Felda di Triang Tiga. Sebut aje, tapi tak buat.

Aku fikir, kalau nak bantu, jangan sebut aje. Hulur dan sebut mestilah seiringan..TAK GITU?

14.5.11

DUA JIRAN MENGETUK PINTU FINAL.....

13 Mei 2011, usai perlawanan pertama separuh akhir [LEG 1] Piala FA 2011.
Keputusan luar dugaan dan luar jangkaan apabila GERGASI MERAH dibelasah PAHLAWAN MERAH.

Harapan untuk melihat pasukan kuning [ PAHANG dan SELANGOR ] ke final amat tipis. Hanya takdir Tuhan yang akan membawa mereka ke final. Sebabnya, sangat jelas pada 16 Mei 2011 nanti, kedua - dua pemenang di atas akan menjadi tuan rumah pula untuk perlawanan kedua {Separuh Akhir LEG 2 }.

Aku tidak tahu mengapa Gergasi Merah tersembam dan tersungkur di kaki Pahlawan Merah, tetapi aku saksikan melalui siaran langsung di tv, kegagalan Pahang bertahan setelah mendahului dua gol kosong. Sebabnya amat jelas, kecederaan menyebabkan Pahang terpaksa membuat pertukaran pemain khususnya di barisan pertahanan.

Amat nyata, yang masuk sebagai pengganti langsng tidak mampu untuk menggantikan tempat itu. Maknanya, pemaian simpanan dan pemain utama tidak sama kualitinya. Terengganu juga menggantikan pemain. Tetapi yang masuk sebagai pengganti itu, memberikan sumbangan yang lebih baik. Itu sahaja perbezaannya.


Satu faktor lagi ialah, Terengganu mendapat dorongan dan sokongan untuk menang oleh para penyokongnya yang memenuhi Stadium Darul Makmur itu.

CUIT SIKIT:

Melihat Stadium Darul Makmur dipenuhi oleh ribuan penyokong Terengganu, aku merasa sedih pulak. Dari kaca tv, tidak kurang 10,000 ribu penyokong Terengganu berada di Stadium Darul Makmur. Dan di celah - celah itulah, tersepit penyokong Pahang.

Selain daripada faktor kecederaan pemain, aku fikir kekalahan Pahang adalah kerana penyokong bola sepak dan rakyat Pahang tidak mahu Pahang menang.

Kalau mereka mahu Pahang menang, pasti mereka akan berduyun -duyun memenuhi setiap ruang tempat duduk seperti di tahun 80'an dahulu. Mereka lebih rela gelanggang mereka dipenuhi penyokong lawan. Inilah padahnya apabila membiarkan BUMI DIPIJAK MENJADI MILIK ORANG....

Fikirkanlah.....guane kata ghodong di Kuantan dan Pekan?

10.5.11

MARI KITA KE LADANG.....

Harga gula bakal meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilo, berkuatkuasa mulai 10 Mei 2011, untuk "menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta". Kenaikan ini adalah kali keempat sejak tahun 2010, juga "penyelarasan kali ketiga" sejak rasionalisasi subsidi yang diumumkan pada Julai 2010.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan pada hari ini, bahawa harga gula akan dinaikkan ke paras RM2.30 sekilo mulai esok. Ia dilihat sebagai salah satu langkah di bawah Rasionalisasi Subsidi, untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta.
CUIT SIKIT:
Inilah masa untuk anak - anak FELDA khususnya di rancangan untuk kembali bekerja di ladang - ladang [istilah pentadbirannya KEBUN] milik ayahanda dan bonda anda.
Boleh juga bekerja di ladang - ladang tanam semula yang diurustadbir oleh FELDATECHNOplants yang banyak masalah itu.
Dan, paling penting, kembalilah bekerja di ladang - ladang FELDA yang diurustadbir oleh FELDA PLANTAtions itu.
Kembali bekerja di ladang supaya pendapatan isi rumah bertambah terutamanya di rancangan yang sedang dan sudah tanam semula. Bukan hanya bergantung kepada pendahuluan hasil sebanyak RM 1500.00 sebulan yang mungkin tidak mampu lagi menampung perbelanjaan keluarga kerana harga barang dapur semakin meningkat.

Harga barang meningkat, perkiraan pendapatan sebenar tak pernah dapat.
Paling penting, kembalilah ke ladang supaya maklumat seperti ini tidak tersiar lagi di wall facebook kawan aku..
2 MEI 2011-GABENOR LOMBOK RASMI HARI PEKERJA FELDA
tamat sudah perasmian hari pekerja peringkat nasional felda di tekam residence. Dirasmikan oleh gabenor daerah lombok indonesia...
Khabar rasmi, ada 40 RIBU LOMBOK sedang bekerja di ladang - ladang FELDA di seluruh negara...
Nasib baik mereka ini menyertai PEMILU bukan PRU. Kalau boleh ikut PRU, tentu layak buat satu kawasan parlimen untuk mereka.
FIKIRKANLAH.....Pengerusi FELDA pun tidak layak untuk merasmikan Hari Pekerja LADANG FELDA sendiri kerana tiada warga negara yang menjadi pekerja ladang tu.
Nota Kaki
Gabenor Nusa Tenggara Barat, Indonesia, Dr. Muhamad Zainul Majdi
Lagi gambar di http://feldanews.fotopages.com/

7.5.11

PIALA UNTUK FELDA.....

Juara Liga Premier 2010, FELDA UNITED yang menjadikan pentas Liga Super ini sebagai medan mempromosi jenama FELDA dan Produk FELDA tampil gah di pra musim dengan hasrat menduduki empat tangga teratas.

Enam penaja menjadikan FELDA UNITED antara pasukan yang kaya. Memang FELDA kaya pun.

6 Mei 2011, telah tamat perlawanan ke 18 bola sepak liga super bagi kebanyakan pasukan kecuali, Harimau Muda A, Sabah dan T-Team. Berbaki lapan perlawanan, hasrat FELDA UNITED untuk menduduki top four aku lihat macam ada. Tetapi dalamasa yang sama, macam tiada. Cam biskut tu la, SEKEJAP ADA SEKEJAP TIADA.

Lihatlah sendiri carta terkini Liga Super;
CUIT SIKIT:

Kalau pun peluang untuk menjuarai Liga Super hampir tertutup, jangan terkejut sekiranya di akhir musim, FELDA UNITED tetap memenangi satu piala.

Piala apa?
Piala Pakar Seri adalah paling sesuai untuk dimenangi oleh FELDA UNITED yang melabur jutaan ringgit dengan membayar gaji belasan ribu ringgit kepada setiap pemainnya.

Adakah ianya satu pelaburan yang menguntungkan? Lu jawab la sendili..
Jawapan aku akan diberikan kemudian.

4.5.11

Rumput Semakin Menghijau Di Pantai Timur.....

03 Mei 2011, semakin jelas 1 daripada 3 pasukan teratas bakal menjulang Kejuaraan Liga Super Malaysia 2011. Dan semakin nyata, persaingan akan melibatkan dua pasukan pantai timur dan satu pasukan pantai barat bersaing sesama mereka.
Kelantan masih di atas selepas memintas Selangor pada 30 April. Mulai 6 Mei, mereka ada baki 4 perlawanan di gelanggang sendiri dan 5 di gelanggang lawan. 3 perlawanan besar bertanda kuning.
Selangor pasukan pilihan utama aku, mempunyai baki 5 perlawanan di gelanggang sendiri dan 4 di gelanggang lawan. Tiga perlawanan besar buat mereka termasuk bertemu Kedah di Alor Setar. Tanpa seorang penyerang yang mantap dan konsisten, aku tidak lagi melihat Selangor sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Super musim ini.
Terengganu, negeri Penyu Menangis ini dalam diam - diam adalah pasukan yang menjadi calon utama untuk bergelar JUARA LIGA SUPER MALAYSIA 2011. Lihat sahaja, hampir kesemua baki perlawanan adalah di gelanggang sendiri. Dan, mereka belum kalah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terenganu. Dua kekalahan mereka setakat ini adalah di gelanggang lawan. Kekalahan pertama mereka pada 15 Februari 2011, 2-3 kepada Selangor dan pada 12 Mac pula, keputusannya Kedah 2 Terengganu 1.

Dengan penyusunan jadual Liga Super seperti di atas, musim ini seumpama dicipta untuk TERENGGANU. Hanya kemerosotan secara mendadak akan memisahkan mereka daripada kejuaraan  Liga Super pertama mereka.

Terengganu sebenarnya, juga berpeluang untuk merangkul Piala FA apabila dijadualkan bertemu Pahang [nombor 11 carta liga] di peringkat separuh akhir, dan dijangka mudah layak ke pertandingan akhir bertemu salah satu pasukan di bawah;

CUIT SIKIT:

Menjadi persoalan, mampukah skuad kendalian Haji Irfan Bakti ini terus cemerlang dan tidak diganggu masalah kemerosotan prestasi secara tiba - tiba?

Itulah senario pasukan Terengganu sejak 3 musim terakhir. Mencabar dan mencabar tetapi terkulai di akhir musim.
Semoga penyu tidak menangis lagi musim ini atau sang penyu terpaksa menelan satu lagi kepahitan di akhir musim, sama - sama kita tunggu pada 6 Jun ini, apabila mereka bertemu Kelantan di Kuala Terengganu.

Kalu Dok Sekarang, Bile Lagi? Ke Guane Kate?

2.5.11

MASA UNTUK ANAK FELDA.....

Syarat ketat jadi ketua kampung
May 2, 2011 by mail  Filed under Program Adun Leave a Comment
KUALA KLAWANG – Keutamaan untuk memegang jawatan ketua kampung akan dihadkan kepada mereka yang berusia 60 tahun dan ke bawah serta memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna :dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hashim Rusdi berkata, secara rasionalnya tindakan itu adalah bagi memastikan ketua kampung dapat berkhidmat dengan baik dan cemerlang.
Menurutnya, pada usia itu seseorang individu masih mampu menjalankan tugas dengan baik dan sihat dari segi tubuh badan, manakala syarat kelulusan minima SPM pula ditetapkan bagi memastikan ketua kampung mempunyai pengetahuan tentang pentadbiran dan sebarang prosedur berkaitan tugas mereka serta yang penting mereka boleh menulis dan membaca dengan baik.
Wajah - Wajah Sebahagian Ketua Kampung di Negeri Sembilan.
Mampukah OTAI ini menguasai IT di usia begini?
“Syarat-syarat yang ditetapkan ini bersesuaian dengan keadaan hari ini, di mana ramai golongan cerdik pandai yang lahir daripada arus pembangunan negara. Justeru peranan dan tanggungjawab seseorang ketua kampung tidak boleh dipandang ringan.
“Saya berharap mereka yang diberi kepercayaan memegang jawatan ini hendaklah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan bagi memastikan kesejahteraan penduduk kampung,” katanya.
Hashim berkata sedemikian semasa berucap merasmikan Program Santai Bersama Rakyat di Kampung Kemin, dekat sini, semalam.
CUIT SIKIT:
Aku sokong penuh cadangan ini dilaksanakan terutamanya di rancangan - rancangan FELDA seperti Palong Satu hingga Palong 8 tu. Tidak ketinggalan juga sebahagian rancangan FELDA di gugusan Lui dan Pasoh, Jelai dan Rokan.
Rancangan FELDA yang bertaraf OTAI dan sudah hampir dua kali di tanam semula ini adalah sebahagian daripada pengamal urustadbir kampung oleh JKKK bukan JKKR.

Sampai masanya,  sewajarnya, sewajibnya diketuai pentadbiran kampungnya oleh Orang Muda kerana mencari peneroka pertama di bawah usia 60 tahun dan mempunyai sijil SPM di rancangan berkenaan adalah seumpama mencari padi di kebun teh.
Petunjuk  sesebuah rancangan Felda di NS itu, ditadbir oleh JKKK bukan JKKR ialah, ada perkataan KAMPUNG sebelum perkataan FELDA. Pelantikan Ketua Kampung disokong oleh Wakil Rakyat setempat dan disahkan oleh Kerajaan Negeri.

Tidak semua rancangan Felda di Negeri Sembilan mempunyai JKKK. Sebahagian besarnya masih lagi di bawah JKKR yang diketuai oleh Pengurus Rancangan berkenaan.
Tetapi dengan syarat:
Orang Muda itu wajib menetap di rancangan itu dan bercampur masyarakat.
Orang Muda itu mempunyai karisma selaku pemimpin. Bukan Pak Turut.
Orang Muda itu sanggup bekerja sukarela 24 jam sehari, 30 hari sebulan dan 365  hari setahun.
Paling penting, Orang Muda itu, bukan jenis TAKUT BINI dan perlu berada di rumah sebelum jam 7.00 malam.
Lesen keluar rumah mesti besar bang. Maklum sahaja Ketua Kampung ini, banyak urusan dan remeh - temehnya.
Soalannya, mahukah Orang Tua di rancangan, berKETUAkan Orang Muda? Terutamanya Orang Tua yang jenis mahu menjadikan Jawatan Ketua Kampung itu, milik peribadinya sepanjang hayat? Tambahan pula elaun Ketua Kampung semakin meningkat.
Renungkanlah.....mahukah BAPAK berketuakan ANAK?

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH