Jumlah Paparan Halaman

25.6.13

SAH! NS GANTI NS BETARIA.....

AKHIRNYA, pengganti NS Betaria di Liga Premier 2014 telah terjawab.

Pasukan Negeri Sembilan [ NS ] gagal melaksanakan misi WAJIB MENANG di Kuala Terengganu hari ini, menyaksikan NS akan bermain di Liga Premier 2014. Berbaki dua perlawanan, NS sudah tiada peluang untuk mengelak daripada turun pangkat musim hadapan.

Suka atau tidak, semua PSNS akan menghadapi suasana baru musim hadapan. Lawan yang bakal ditemui bukan lagi majoritinya pasukan negeri. Di Liga Premier, pasukan kelab dan negeri adalah sama banyak.

Namun, kemeriahannya masih ada kerana Johor, Kedah, Sabah, Perlis dan Pulau Pinang adalah pasukan negeri yang tentunya mempunyai penyokong yang tegar seperti NS juga. Pasukan kelab memang tiada penyokong tegar. Dan, bersedialah untuk bermain di sebelah petang.

Keputusan penuh Liga Super 25 Jun;
Carta Terkini;
Berbaki dua perlawanan pada Julai nanti, misi NS hanyalah untuk menang supaya tidak menamatkan musim di tangga tercorot.

Namun, bolehkah NS menang baki dua perlawanan itu?
CUIT SIKIT:

Kepada semua pihak yang terlibat dengan pasukan Liga Super NS musim ini, terima kasih banyak - banyak aku ucapkan.

PERTAMANYA, tindakan lewat memecat DA adalah petanda memang ada pihak yang tidak mahu NS berjaya musim ini.

KEDUA, memecat DA dan menggantikannya dengan Ridzuan Abu Shah yang tidak pernah bergelar Ketua Jurulatih itu juga adalah petunjuk pihak itu tidak mahu NS berubah. Di saat kritikal, bimbingan daripada pihak yang tidak berpengalaman pastinya lebih menyukarkan.

Akhirnya, terima kasih kepada Presiden dan Para EXCO PBNS, Pentadbiran di Medan Rahang dan Pengurusan dan Kejurulatihan PBNS kerana membawa kembali NS ke Liga Premier yang telah ditinggalkan sejak musim 2006.

Jika tidak berubah, ada harapan NS akan bermain pula di Liga FAM musim 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH