SENJA itu suasana tidak seperti biasa. Hingar bingar dan amat bising. Tidak pula dapat diamati buah butirnya. Semuanya riuh. Keadaan tidak terkawal sama sekali.
Masing - masing mahu menunjuk gagah. masing - masing mengaku dialah yang terhebat di alam maya ini. Langsung tiada pihak yang mahu mengalah.
Menghampiri waktu maghrib, lantaran dek tidak tertahan lagi dengan keriuhan itu, Tok Ketua Kampung mengarahkan Tok Pawang dengan bantuan segala dukun dan bomoh kampung, pergi melihat apa yang berlaku.
Kehebatan Tok Pawang dan bala tentera perbomohannya nyata tidak mampu untuk mendiamkan keriuhan itu. Hebat Tok Pawang. Hebat lagi mereka yang berbalah itu.
Akhirnya, Tok Ketua Kampung mengarahkan semua warga kampung berdiam diri. Bersabarlah. Di hujung hari, setelah ada yang tewas, pasti perbalahan itu akan tamat dengan sendiri.
CUIT SIKIT:
Bak kata Orang Negoghi,
BUDAK - BUDAK BERMAIN ABU : ORANG TUA PEDIH MATO.
Aku tambah,
ORANG TUO MAIN MIANG BULUH : BEBUDAK GOLAK BAGAI NAK GILO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan