Jumaat dan Sabtu ini adalah hari penentuan buat 24 pasukan di Liga Premier dan Liga Super. Kecuali Lions XII dan Perak, 22 pasukan bakal menamatkan saingan pusingan pertama liga masing - masing.
Inilah peluang terakhir buat mereka yang berada di senarai singkir untuk membuktikan sesuatu biarpun sudah terlambat. Setidak - tidaknya, adalah kenangan untuk ingatan pasukan, sebelum berpisah.
Namun, khabarnya menjelang tingkap perpindahan dibuka 8 April ini, sudah ada pemain yang tidak lagi bersama pasukan asal. Sudah balik kampung. Sudah bersama pasukan baru sebagai langkah mencari keserasian. Maknanya, mereka tidak dapat bersama di perlawanan terakhir pusingan pertama ini.
Setakat ini, hanya heboh diperkatakan berkenaan penyingkiran dan pengambilan baru pemain sahaja. Sehingga kini, belum ada mana - mana Ketua Jurulatih yang direhatkan. Belum ada kedengaran berita perpindahan Ketua Jurulatih. Situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Biasanya, selepas tidak perform dalam empat atau lima perlawanan, adalah Ketua Jurulatih yang bakal berehat. Amat berbeza musim ini apabila para stake - holder pasukan dan kelab amat bersabar dengan apa jua keputusan pasukan masing - masing.
Tiada lagi perarakan ke rumah Presiden. Tiada lagi kain rentang minta letak jawatan. Tiada lagi sidang akhbar khas oleh Kelab Penyokong. Mengapa ek?
Mungkin semua pihak mahu mencatat sejarah baru. Semuanya akur dengan apa jua rentak dan corak permainan pasukan kesayangan. Semuanya setuju dengan apa jua keputusan yang dicapai pasukan. Masing - masing mahu mencipta sejarah di Liga Malaysia 2013. Cool dengan pasukan masing - masing biarpun pencapaiannya hampeh.
Dan, sejarah juga tercipta musim ini apabila penamat saingan pusingan pertama ini bakal disiarkan secara langsung dan tertunda menerusi kaca tv. Satu perlawanan kelas atas Liga Premier dan tiga perlawanan terpilih Liga Super bakal disiarkan secara langsung. Dua lagi perlawanan Liga Super bakal disiarkan secara tertunda.
Jika tiada perubahan, beginilah jadualnya,
CUIT SIKIT:
Buat dua pasukan yang menggunakan nama NEGERI SEMBILAN, bawa - bawalah berubah. Takkan selamo - lamo eh, nak duduk di bawah.
Jangan buat sejarah sama - sama turun pangkat musim hadapan. Malu kito waghih!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan