Jumlah Paparan Halaman

26.3.13

SUKU AKHIR PIALA FA 2013.....

Setelah sebulan tertangguh kerana cuaca, Kelantan akhirnya menewaskan PKNS di Kota Bharu pada 25 Mac untuk meneruskan perjuangan mempertahankan Piala FA 2013.

Keputusan penuh semua perlawanan pusingan kedua,
Juara 2012, Kelantan dan Naib Juara 2012, Sime Darby masih bernafas tahun ini. Turut berada di suku akhir adalah Negeri Sembilan yang sedang nazak di dasar Liga Super itu. Secara umumnya, enam pasukan Liga Super dan dua pasukan Liga Premier bakal beraksi secara timbal balik di suku akhir nanti.

Jadual suku akhir,
Pertarungan bertaraf heavyweight pastinya melibatkan Darul Takzim dan Selangor. Begitu juga pertemuan pendahulu Liga Premier, Sime Darby dan bekas pendahulu Liga Super, Pahang pasti menjanjikan saingan sengit.

Kelantan di pertengahan Liga Super pasti juga sesak nafas apabila berhadapan dengan Sarawak yang sedang berada di tangga kedua Liga Premier.

Pertemuan paling menarik pastinya Negeri Sembilan bertemu Terengganu. Bukan kerana kedua - duanya hebat. Tetapi, inilah antara peluang terbaik untuk kedua - duanya mencari kejuaraan. Saingan di Liga Super nampaknya agak payah buat kedua - dua pasukan.

Jadi, NS terutamanya pasti mahu membuktikan prestasi longlai di Liga Super bukan bermakna mereka tiada peluang untuk muncul juara di Piala FA. Sebagai rekod, Juara Piala FA 2013 bakal bertanding di Piala AFC 2014.

CUIT SIKIT:

Ada komen para PSNS yang gumbira kerana NS bakal beraksi di suku akhir dengan pemain import baru. Silap tu jang.

Tingkap perpindahan pemain hanya akan dibuka mulai 8 April. Suku Akhir pertama berlangsung pada 6 April. Di mana fakta yang membenarkan pemain import baru diturunkan?

Kecuali Tuk Midin dan JKPT berputar 360 darjah, kesemua lapan pasukan ini bakal turun dengan pemain sedia ada di Suku Akhir pertama nanti.

Selamat maju jaya semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH