Hari ini, 12 pasukan di Liga Premier telah menamatkan perlawanan ke sembilan masing - masing.
Usai perlawanan, kedudukan Liga Premier adalah seperti berikut;
Tiada perubahan di lima tangga teratas tetapi, hanya dua pasukan tersebut menang hari ini.
Kegagalan KEDAH menewaskan NS Betaria menjelaskan betapa pasukan ini tidak konsisten dan masih terbuai dek kalah kepada Darul Takzim di Piala FA, Selasa lalu. Nyata, Kedah gagal bangkit di Melaka hari ini.
Paling menarik tentunya kemenangan pasukan yang Presidennya "hingak" ke atas PDRM. Dalam kalut dengan penggantungan dan mencari duit untuk membayar gaji pemain, Mr. Presiden ini nampaknya berjaya memotivasikan pasukannya untuk mula bangkit.
Seingat aku, Perlis mempamerkan aksi konsisten sebaik sahaja Presidennya digantung FAM awal Februari lalu.
Dan, kebangkitan Perlis ini membuatkan PDRM pula semakin hilang cengkaman di puncak liga. Garang di empat perlawanan awal, PDRM akhirnya menemui jalan buntu.
13 gol menerusi empat perlawanan menzahirkan betapa bernafsunya PDRM membedil lawan. Namun, sebaik sahaja mereka dibolosi gol pertama lawan pada 21 Januari, PDRM terus - menerus kantoi.
Hanya mengutip satu mata di sepanjang Februari, tentunya menimbulkan tandatanya buat ramai pihak yang dekat dengan PDRM ini. Minggu lalu mereka mendahului 3 gol di separuh masa pertama. Malangnya, di separuh masa kedua mereka membenarkan pula SABAH menjaringkan 3 gol.
CUIT SIKIT:
Mungkin ada yang tidak kena dengan PDRM ini. Ada jangkitan virus agaknya. Dibolosi 10 gol dalam lima perlawanan terakhir seperti memberikan petunjuk bahawa PDRM ini terkena penyakit. Dalam tempoh yang sama mereka hanya mampu menjaringkan 6 gol.
Bawak berubat cepat. Jangan sampai keluar berita PDRM dirapati bookie. Malu kita weh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan