Jumlah Paparan Halaman

27.2.13

JANG LAWAN TOKEY SAWIT.....

Mac, adalah bulan terakhir buat beberapa orang pemain impot di Liga Malaysia musim ini.

Dengan hanya tiga perlawanan sahaja di sepanjang Mac, aku fikir masa sudah tidak lagi memberikan kesempatan buat mereka yang tidak mencapai tahap. Tak jojak dan tak mendalamkan air.

Lapan perlawanan yang berlalu pasti menyesakkan dada buat "stake-holder" beberapa pasukan. Pasti ramai penonton sudah mula berkira dan mengambil sikap tunggu dan lihat samada mahu ke stadium atau lepak di rumah kerana prestasi pasukan sokongan mereka berada di dasar liga.

Mac ini, baki tiga lagi perlawanan bakal dilalui untuk menamatkan pusingan pertama Liga Premier dan Liga Perdana.

Apa khabar Jang?

Lapan perlawanan tanpa MENANG di Liga Super. Namun, Jang MENANG dua perlawanan kalah mati di Piala FA. Sejak 2010, inilah kali pertama Jang berada di SUKU AKHIR Piala FA. Kedua - duanya dicapai di arena lawan dan lawannya dari Liga Perdana.
Dengan hanya satu perlawanan di arena sendiri, aku tidak fikir Jang bakal mendapat sembilan mata menerusi tiga perlawanan di sepanjang Mac. Hanya keajaiban yang membolehkan Jang menang di Johor Bahru dan Singapura.

Pertemuan di Paroi bertemu FELDA UNITED adalah seimbang. Prestasi setakat ini menyaksikan Jang dan Tokey Sawit itu seperti isi dan kuku. Hanya dua mata memisahkan kedua - duanya. Jang seri 5 kali. Tokey Sawit seri 4 kali.

Jang skor 4 gol, Tokey Sawit juga skor 4 gol. Tokey Sawit bolos 8 gol, Jang baik sikit. Jang hanya bolos 7 gol. Jang kalah 3 kali. Tokey Sawit pun sama. Tokey Sawit menang satu. Jang bolum monang laie.

Jangkaan aku keputusan perlawanan Jang lawan Tokey Sawit adalah SERI. Jika itu yang berlaku, maka ada kemungkinan Jang bakal menyamai rekod Kuala Lumpur musim lalu. Musim lalu, KL tidak menang satu perlawanan pun di pusingan pertama Liga Super.

CUIT SIKIT:

Seandainya Jang gagal menang sebarang perlawanan di pusingan pertama ini, eloklah dibawa keseluruhan anggota skuad ini untuk mandi bunga di mana - mana jeram.

Mungkin ada baiknya barisan utama bergaji mahal ini perlu direhatkan kesemuanya dan barisan simpanan serta pemain skuad Piala Presiden diberikan peluang untuk bermain. Mungkin ada kesungguhan untuk menang boleh ditunjukkan oleh mereka.

Kepada yang terlibat secara langsung membentuk pasukan NS musim ini, fikir - fikirkanlah di mana kesilapan anda. Bawaklah berubah selepas ini jika anda sebenarnya tidak berkebolehan di aspek taktikal dan teknikal, janganlah campur urusan pembentukan pasukan.

Mungkin kita hebat sebagai pemain. Tetapi belum tentu kita hebat apabila diberikan peluang untuk mentadbir persatuan. Kalau kita hebat mentadbir pun, belum tentu kita hebat untuk membentuk pasukan.

Baki 14 perlawanan bermula Mac hingga Julai ini bakal menentukan samada NS masih layak di Liga Super 2014 atau bakal kembali ke Liga Premier yang telah lama ditinggalkan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH