Jumlah Paparan Halaman

12.3.13

CEGHITO ITAM.....

NS Betaria berada di tangga corot Liga Premier setelah kesemua pasukan menamatkan perlawanan ke 11 masing - masing.
Namun, siapa peduli. NS Betaria adalah sebuah pasukan kelab yang ditunjangi oleh syarikat swasta yang bergiat di bidang hartanah di Seremban. Berpangkalan di Seremban tetapi menggunakan Stadium Hang Tuah di Melaka sebagai arena tuan rumah mereka.

DEKAT TAPI JAUH. Itulah jaraknya diantara NS Betaria dan para kaki bola di NS. Malah, aku tidak hairan sekiranya para Jang dan Milah langsung tidak menyedari akan kewujudan pasukan NS Betaria ini.

Begitu pun, apabila pasukan yang sentiasa berada di kelas atas dan tengah tiba - tiba pula berada di tangga tercorot Liga Super, hampir seluruh negeri terbangun.
Seteruk - teruk NS Betaria, ada juga satu kemenangan. Sehebat - hebat NS, langsung sifar bab monang - monang ni.

2013, di bawah kendalian Divaldo Alves [ Portugal ], NS bukan sahaja tidak menang malah gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan. Daripada jumlah itu, tiga perlawanan menghasilkan keputusan seri [ 0 - 0 ]. Cuma ada dua perlawanan di mana NS menjaringkan gol dan mendapat mata.

NS juga tewas di tiga perlawanan tanpa mampu menjaringkan gol. Jika ada kebanggaan, hanyalah fakta dan data mengatakan NS tewas tetapi mampu menjaringkan gol ketika menentang Pahang dan Darul Takzim. Kedua - duanya di arena lawan.

Situasi begini mengingatkan aku ketika NS dikendalikan oleh Hattem Soussi pada 2007 dan 2008. Jurulatih kelahiran Tunisia itu akhirnya meninggalkan NS tanpa sebarang kebanggaan. Dan, paling penting, ketika itu sering terpampang di STAR of Paroi, banner yang meminta dua H [ Hattem & Haslah ] meletak jawatan.

2013 menyaksikan NS beralih angin untuk kembali mencuba sentuhan jurulatih impot. Mamat Portugal yang boleh berbahasa Indonesia ini setakat ini, GAGAL.

Beza Divaldo dengan Hattem adalah pelan pasukan. Hattem awal - awal lagi menekankan untuk mencuba seberapa ramai pemain muda bagi pelan jangka panjang NS. Beliau berjaya mengenengahkan ramai pemain muda seperti Tengku Qayyum, Aidil, Zakuan, Shahurain, Kunanlan, Rahman Zabul dan tidak ketinggalan Thanaraj. Para pemain muda itu berjaya sebagai pemain tetapi NS gagal sebagai pasukan.

Divaldo Alves pula tidak pernah didengar beliau menyebut pembangunan. Maknanya, persiapan beliau adalah bagi memenuhi kehendak semasa. Malangnya, DA gagal memenuhi kehendak semasa itu apabila menamatkan pusingan pertama di arena sendiri tanpa sebarang kemenangan.

Sebagai rekod, pertemuan dengan Felda United di Paroi pada 9 Mac lalu adalah perlawanan terakhir di arena sendiri bagi pusingan pertama Liga Super. Sebagaimana biasa, apabila NS dan Felda United bertemu di Paroi, pasti ada insiden menarik untuk tontonan semua.

Kali ini bukan melibatkan pemain dan penyokong, tetapi melibatkan penyokong yang memprotes pengurusan dan pihak kejurulatihan pasukan NS. Seperti biasa, adalah BUDAK HITAM yang menjadi sasaran.

Bukan sekadar bidalan. BUDAK HITAM yang menjadi sasaran itu memang hitam pun. Aku fikir perlu juga budak hitam tu berehat daripada menjadi sebahagian daripada pihak yang menjadi tangan ghaib di Medan Rahang. Berehat dan berhentilah daripada aktiviti bola sepak. Eloklah tumpukan perhatian kepada permainan snooker yang menjadi sebahagian rutin hariannya.

Semua pasukan bakal menamatkan saingan di pusingan pertama liga pada 29 Mac nanti.
Aku tidak fikir NS boleh balik dengan tiga mata dari Singapura. Aku juga tidak fikir NS boleh mendapat satu mata di sana. Jika NS mendapat mata di Singapura, aku nak ajak PSNS beramai - ramai sedekah apa sahaja kat masjid di seluruh NS pada hari Jumaat, 5 April nanti.

CUIT SIKIT:

April nanti akan ada jendela perpindahan pemain. Pasti ramai pemain NS akan dipindahkan. Pasti ramai juga akan dibawa masuk. Mungkin jurulatih juga akan bertukar.

Namun, perpindahan pemain tidak akan membawa apa - apa sekiranya minda dan mentaliti kelas tiga BUDAK HITAM itu tidak berubah.

Kulit itam takpo, ati jangan itam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH