Jumlah Paparan Halaman

27.9.12

UJIAN GETIR 2 JUARA.....

Esok akan berlangsung satu lagi perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2012. Pertemuan yang menarik kerana ada pelbagai kaitan antara satu sama lain.
 
Suku Akhir 3 Leg 1 ini akan menguji samada Juara Liga Premier 2012, ATM atau Juara Piala Malaysia 2011 mempunyai cukup sifat dan karisma untuk bergelar juara Piala Malaysia 2012.
Komen yang amat menarik di wall [ PSNS ] Penyokong Setia Negeri Sembilan
 Pelesit Kota Yakin lah pado kemampuan pemain kito

Di atas kertas dan di luar padang, ATM dikatakan lebih berpeluang untuk ke separuh akhir berbanding NS. Itu kato dio. Biarlah. Kato kito, kitolah monang.
 
Sebagai perbandingan mudah, ada enam bekas pemain NS yang pernah berguru dengan Azraai Khor kini beraksi untuk ATM. Dan, tiada seorang pun bekas pemain ATM yang sedang bermain untuk NS.
 
Dalam kata mudahnya, segala rahsia kekuatan dan kelemahan NS ada di kocek 6 Tentera Upahan itu dan NS langsung tidak mengetahui kekuatan dan kelemahan ATM.
 
Betul faktanya begitu. Tetapi, dalam ertikata lainnya, NS telah dan sedang mengetahui dengan jelasnya segala kekuatan dan kelemahan ATM. Sebabnya? Separuh barisan utama ATM itu adalah dari Skuad NS 2010 dan 2011.
 
Pastinya Kocik dan Kunanlan amat mengerti di mana kelemahan Aidil dan Irwan selaku tunggak pertahanan ATM itu. Begitu juga di bahagian tengah. Idris Karim pastinya amat masak dengan kelemahan Rezal Zambery, rakan penggerak jentera midfield NS dahulu. Di belakang, aku fikir, Shukor Adan sudah mahir dan mempunyai cara tersendiri untuk mengawal Zakuan.
 
Jadi, sesiapa yang tidak memberikan peluang untuk NS menang, aku harap mereka dapat mengemukakan fakta daripada pihak mereka di ruangan komen nanti.
 
Sehingga ini, aku tetap yakin, NS akan mengatasi ATM samada di Selayang atau di Paroi dengan syarat, hantaran tinggi dari sayap sampai tepat ke kepala Effa Owona.
 
CUIT SIKIT:
 
Selamat maju jaya NS tapi den tak dapet menonton samada di Selayang atau di big screen kerana hujung minggu ini ada program motivasi untuk 300 orang pelajar SMS Tuanku Munawir [ SASER ], di Jempol.
 
 
Rugi ya amat tetapi cari makan diutamakan, bola tetap di hatiku.

19.9.12

FENOMENA HOBIN KLATE HOBIN.....

Ketika aku mencatatkan ayat di bawah
Biar pun Kelantan dan NS adalah musuh di arena bola sepak tempatan, kito totap sokong Kijang di AFC sbb dio wakil Malaysia.
Sebagai tanda sokongan PSNS untuk Kelantan di Suku Akhir Piala AFC, kito laungkan HOBIN KLATE HOBIN!!!....
dengan foto bertaraf amatur, tapi hasil tangan aku sendiri di bawah ini,
menerusi wall [PSNS] Penyokong Setia Negeri Sembilan, niat aku hanyalah untuk menguji sejauh mana prihatinnya lebih 6000 geng PSNS ini terhadap perkembangan bola sepak di kalangan pasukan – pasukan yang selalu kita hadapi saban musim.
Aku hanya berniat untuk menguji sejauhmana Geng PSNS berani meluahkan sokongan terhadap pasukan lawan yang nyata buat NS apabila pasukan lawan itu membawa cabaran negara di pentas antarabangsa.
Akhirnya, aku pulak yang terkedu kerana melihat posting itu telah memberikan lebih daripada apa yang aku harapkan selaku salah seorang pentadbir wall berkenaan.
Carian aku mendapati dalam tempoh 23 jam, posting itu telah menerima 767 likers di wall psns, 526 perkongsian dan 189 komen positif ; 0 komen negatif. Secara keseluruhan, 4996 orang telah melihat posting ini.
Cetusan idea ingin melihat Jang dan Milah melaung sokongan secara profesional buat Kelantan, bertukar menjadi medan persahabatan yang mungkin wujud selepas ini diantara penyokong NS dan juga Kelantan.
SATU FENOMENA BARU?
Mungkin ya mungkin tidak. Tetapi, tiada salahnya kita memulakan sesuatu yang positif bab sokong – menyokong apabila diperlukan.
Bab berentap di peringkat domestik, pastinya tiada kompromi untuk Hobin Jang Hobin. Namun, apabila tiba detiknya ada rakan sepermainan kita yang membawa cabaran ke peringkat lebih tinggi, kita juga wajar memberikan sokongan buat mereka. Inilah yang dikatakan penyokong profesional.
Penyokong profesional pastinya tahu meletakan sokongan buat pasukan sendri dan, dalam masa yang sama tetap mengakui kehebatan pasukan lawan.
Perkongsian mengejutkan;
Di saat aku menyediakan foto dan menulis posting itu, tiada langsung terbit di fikiran aku, posting berkenaan bakal mendapat perhatian dan sentuhan orang nombor dua di FAM iaitu, Tan Sri Annuar Musa.
Admin: Satu langkah sporting dari penyokong Negeri Sembilan. Terima kasih dan insya Allah kita dapat bersama-sama menaikkan martabat bola sepak Malaysia.
325 perkongsian 2833 likers 228 komen. Terima kasih Tan Sri.
TERIMA KASIH KAWAN;
Aku yang kerdil ini turut merasa terharu apabila ada komen begini,
den banggo la dengan admin yang post nie.... sey BANGGO dgn ekau admin..... - daus –
Deqtan Aris den hrp SKUAD TRW dpt mengharum kn Malaysia dan terus melangkah separuh akhr, dan final. hobin kelate hobin. :) gomo jangs gomo
Zainudin Ishak terimo kasih bnyok2 admin,kito kn sahabat selamonyo..Gomo Jang Gomo,Hobin Klate Hobin!!
dan banyak lagi komen yang diterima.
Paling utama, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada PakSu Zainal yang serius memujuk aku untuk menjadi salah seorang admin panel wall ini.
Bermula sekarang, aku fikir, semua pihak perlu meneruskan usaha untuk mewujudkan sikap profesional di kalangan penyokong bola sepak tempatan terutamanya apabila pasukan lawan perlu didoakan kejayaannya.
Sanggupkah kita mendoakan kejayaan musuh kita?
CUIT SIKIT:
NS & Klate samo2 kongsi nombor duo. kek pilah sobut duo. kek kb pun sobut duo. Tigo pun dikongsi juo. Tapi, apabila sudah sampai empat, tang sini ada masalah sikit. Antara ompek dan pat, mana satu yang betul?
25 September ni, kito sorak  laie di Kota Bharu,
Setakat separuh masa pertama tadi, Kelantan berjaya mengikat Arbil FC dengan jaringan 1-1. Penting buat Kelantan menjaringkan gol di tempat lawan kerana mungkin itu menjadi tiket untuk mereka ke Separuh Akhir Piala AFC.
Akhirulkalam, den nak koba’an kek semuo, den anak jati Pahang. Sudah 20 tahun di NS. Semuo eh manih kecuali, sehingga kini, den lum meghaso masuk suku.....
HOBIN KLATE HOBIN, GOMO JANG GOMO,
DI AFC KIJANG BERMAIN, PIALO MALAYSIA NS PUNYO.

14.9.12

KEPUTUSAN PENUH HARI KE 6.....

Hari ke 6 yang dinantikan oleh semua kaki bola Malaysia telah berakhir dengan penuh warna - warni.
 
Bagi aku, tiada kejutan berlaku. Yang ada hanyalah sedikit pakatan sesama pasukan seperti yang aku tulis sebelum ini. Tiada bukti nyata tetapi itulah kebiasaan apabila dua pasukan teratas bertemu sesama sendiri di hari terakhir.
Jika tiada perubahan tarikh, jadual kalah mati adalah seperti di bawah,
CUIT SIKIT:
 
Akhirnya, Juara Bertahan, NS bakal bertemu ATM di suku akhir.

Awalnya seperti Rusa bakal bertemu Kijang, Tapi, yang bakal tiba adalah Senapang. Senapang pun, senapanglah. Janji Jang Monang.

Final impian aku sudah bertukar menjadi suku akhir pulak. Menarik juga kerana Juara Piala Malaysia 2011 bertemu Juara Liga Premier 2012.

Tok Gajah mengadap Singa, Jengking jumpa Tok Jai, Kijang bakal dihempap sawit dan Rusa nondang senapang. Macam tersusun dan terskrip sejak awal pulak.

Posan den, kalau ada pakatan pada 1409, jangan pulak 2809 pun nak berpakat jugak.
Apa pun, HOBIN JANG HOBIN!

 

PAKATAN 1409.....

14 September 2012 bakal menjadi titik penamat enam lagi pasukan. Telah sedia tamat ialah Terengganu dan T-Team.
Percaturan setiap pasukan pastinya mahukan kemenangan. Tidak kira sebagai tuan rumah atau sebagai pelawat, semua mesti menang.
Begitu pun, aku fikir, bakal ada pakatan diantara pasukan terutama yang sedang berada di dua tangga teratas dan bakal bertemu sesama sendiri.
PAKATAN? Ya! Ini adalah lumrah dan tidak termasuk dalam istilah ‘ jual game’. Sebab itu awal – awal lagi Kak Limah dah mintak nyawa kek Ruso.
Jadual perlawanan seperti di bawah,
Sekiranya semua tuan rumah menang perlawanan terakhir kumpulan ini, carta kumpulan akan menjadi begini,
Dan, carta kalah mati nanti adalah seperti ini,
Sekiranya semua pasukan pelawat yang menang, hanya sedikit perubahan di carta kumpulan,
tetapi, ianya memberikan impak yang sangat besar di peringkat kalah mati.
Pastinya ramai pihak tidak mahu Selangor dan Lions XII berentap lebih awal selain Final, tetapi, ianya boleh berlaku di suku akhir.
Satu lagi kemungkinan, ATM dan Pahang selaku Juara dan Naib Juara Liga Premier bakal berentap di separuh akhir.
Jika begitu, final menarik pasti berlaku kerana bakal menemukan satu pasukan dari Liga Super dan satu pasukan dari Liga Premier.
CUIT SIKIT:
Seandainya diberi pilihan, final terhangat pastinya diantara Juara Liga Super, Kelantan dan ATM, Juara Liga Premier.
Tapi, Negeri Sembilan nak letak kat mana?
He He...Paling menarik jika final menemukan Negeri Sembilan dan ATM.
Farizal Harun, Aidil Zafuan, Irwan Fadzli Idrus, Rezal Zambery Yahya, Zakuan Adha dan Hai-O adalah anggota skuad NS yang menang Piala Malaysia 2011, yang mewakili ATM musim ini.
Jang lawan X-Jang? Huh! Amat menarik untuk kita saksikan.
HOBIN JANG HOBIN!

12.9.12

PREVIU 1409 PART 4.....

Kumpulan A pada awalnya dianggap sebagai kumpulan paling mudah buat Lions XII dan PKNS untuk menguasainya.
 
Namun, selepas lima perlawanan, tiada satu pun pasukan yang telah mengesahkan kemaraan ke suku akhir. Malah, PKNS selaku pilihan kedua kumpulan ini, berada di dasar kumpulan. Mungkin itu bukan tempat sebenar buat PKNS, Juara Liga Premier 2011 itu.
 
Berbaki satu perlawanan, hanya 3 mata yang membezakan pasukan teratas dan terbawah kumpulan ini. 3 mata juga yang membezakan pasukan di tangga kedua dan ketiga.
Di hari keenam nanti, di Singapura, Lions XII akan bertemu Johor FC manakala Johor akan berentap dengan PKNS di Johor Bahru.
 
Jika kedua - dua pasukan tuan rumah seri atau menang, carta akhir kumpulan seperti di bawah,
Dua Johor akan ke suku akhir sekiranya menang. Dan, PKNS juga masih berpeluang sekiranya menang dengan dua gol, dan, Lions XII menewaskan Johor FC;
Tetapi, akan lebih menarik sekiranya begini,
Kombinasi wakil Kumpulan A boleh jadi Singa dan Jengking. Boleh jadi juga Harimau Selatan dan Jengking. Boleh jadi juga Singa dan Semut Api. Juga Jengking dan Semut Api.
 
Yang bakal menjadi Singa dan Harimau Selatan. Tetapi, tiada kombinasi Semut Api dan Harimau Selatan kerana kedua - duanya bakal berentap sesama sendiri.
 
CUIT SIKIT:
 
Apa pun nak jadi, aku tahu, semua PSNS tidak mahu ambil peduli. Buat PSNS, Jang mesti menjadi 14 September ini.
 
HOBIN JANG HOBIN!


11.9.12

PREVIU 1409 PART 3.....

Kumpulan B yang dikatakan kumpulan maut ini, sudah menoktahkan perjuangan awal dua pasukan.
 
ATM selaku Juara Liga Premier mengesahkan tempat ke suku akhir sebaik mengalahkan Terenganu 2-0 di Kuala Terengganu pada 4 September lalu. Kemenangan ATM sekali gus menamatkan perjuangan Finalis Piala Malaysia 2011 itu dengan palitan skandal dan siasatan SPRM yang sedang berjalan.
 
Kejayaan pasukan Kedah mengikat Kelantan di Alor Setar juga pada 4 September turut memberikan cahaya kedua buat mereka untuk meneruskan perjuangan di Piala Malaysia 2012.
Biar pun setipis kulit bawang, peluang Kedah masih ada sekiranya menang di Kelana Jaya pada 14 September nanti. Namun, peluang itu akan hanya berpihak kepada Kedah sekiranya Kelantan tewas kepada Terengganu di Kota Bharu.
 
Kelantan tewas di Kota Bharu? Mustahil. Tetapi, Butler bersama Terengganu yang sah tersadai itu pastinya mahu membuktikan sesuatu kepada Kelantan. Di sini, ada perhitungan peribadi yang mahu dibereskan.
 
Jika keputusan pada 14 September nanti berpihak kepada Kedah Terengganu, kira - mengiranya adalah seperti di bawah,
Kelantan masih boleh melangkah ke suku akhir sekiranya tewas dengan 0-1 dan Kedah juga menang dengan keputusan yang sama. Tetapi, sekiranya Kelantan kalah dengan jaringan lebih daripada itu, Kedah boleh ke suku akhir, dengan syarat mereka menang bertemu ATM.
CUIT SIKIT:
 
Jika terjadi keputusan seperti di atas, aku fikir, Kelantan bakal ditimpa mala petaka selepas ini.
 
Tatkala Terengganu sah tersingkir, peluang Pahang juga belum pasti, tersingkirnya Kelantan, boleh mencetuskan Tragedi Pantai Timur. Tetapi, itu hanyalah percaturan di atas kertas. Keptusan sebenar hanya kana diketahui sekitar jam 10.40 malam, 14 September nanti.
 
Sangat tidak molek sekiranya Juara Liga Super dan Juara Liga Premier itu gagal menguasai kumpulan yang turut disertai oleh pasukan yang bakal bermain di Liga Premier 2013 dan pasukan yang tiba - tiba sahaja mencetuskan suasana panas berterusan di luar padang.
 
Jika bukan ATM dan Kelantan mewakili Kumpulan B ke suku akhir, maka bolehlah dikatakan kumpulan ini bukan sekadar kumpulan maut, bahkan boleh juga digelar KUMPULAN MALA PETAKA. Perlu diingat, wakil Kumpulan B ini bakal bertemu dengan wakil Kumpulan C di suku akhir.
 
Pasukan mana yang bakal berhadapan Juara Piala Malaysia itu, sama - sama kita nantikan. HOBIN JANG HOBIN!

9.9.12

PREVIU 1409 PART 2.....

Kali ini aku nak menyorot KUMPULAN D. Kumpulan yang telah me'maut'kan T-Team.
 
Sejak hari pertama, PAHANG, bukan Selangor dan T-Team yang mendahului. Namun, Selangor lebih konsisten berbanding Pahang dan Sarawak, biar pun kalah perlawanan pertama di Kuching.
 
Carta Lima Perlawanan,
Semi finalis tahun lalu, T-Team sudah bungkus. 14 September nanti, akan ada satu lagi pasukan yang bakal tutup kedai.
 
Setakat 5 perlawanan, Sarawak seperti hampir pasti menurut jejak T-Team. Benarkah begitu?
 
Kita lihat secara matematiknya di bawah,
 Jika Sarawak menang perlawanan di Shah Alam dengan jaringan 3 gol bersih, Selangor bakal tersingkir. Mustahil? Bola sepak, permainannya macam politik jugak. Tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang abadi.
Lihat pula bagaimana Pahang selaku pendahulu carta boleh tersingkir di hari terakhir kumpulan ini.
Biar pun dilihat mustahil, di era penjaga gol boleh terkaut bola ke gawang sendiri ni, segalanya mungkin.
 
Jangan lupa, Tok Gajah boleh melibas Bujang Senang dengan 6 gol di Kuantan dan Tok Gajah kemudiannya di pijak Giants dengan 4 gol, juga di Kuantan.
 
CUIT SIKIT:
 
Seandainya Sarawak dan Selangor, bukan Pahang dan Selangor yang layak ke suku akhir dari Kumpulan D ini, sahlah ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
 
Lebih tidak kena sekiranya Tok Jah [Gajah] dari Kuantan dan Tok Jai [Giants] dari Shah Alam kena belasah kaw - kaw di hari ke 6.
 
Apa sahaja keputusannya, bagi aku biarlah kita dapat satu keputusan yang adil dan munasabah serta selayaknya.
 
Hanya pasukan terbaik bakal mendapat tempat terbaik. DAN, pasukan itu ialah NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
 
Hobin Jang Hobin!

7.9.12

PREVIU 1409 PART 1.....

Seminggu daripada sekang, akan berlangusng perlawanan keenam dan bakal menotahkan perjuangan enam lagi pasukan selepas T-Team dan Terengganu.
 
Lapan pasukan bakal melakukan pelbagai post-mortem kegagalan ketika lapan lagi pasukan akan meneruskan perjuangan di peringkat kalah mati. Post - Mortem paling banyak pastinya akan dilakukan terhadap pasukan Panadol dan Awek Dinihari dan juga pasukan adiknya. Aku fikir, bakal berlaku perubahan pucuk pimpinan persatuan di sana.
 
Itu hanya pandangan awal seperti reviu pertama ini yang bakal menyorot KUMPULAN C.
 
Carta semasa, apabila Kak Limah bertalak dengan Cikgu Jan, beginilah jadinya.....
 http://pafanews.com/2012/09/06/perak-harap-ns-buka-laluan-ke-suku-akhir/ melaporkan Kak Limah sudah memulakan usaha mintak nyawa daripada NS.
 
Kak Limah ketika ini pastinya telah dan sedang melakukan usaha - usaha terakhir untuk menang di Ipoh dan hadir bersama NS di suku akhir.
 
Kira mengiranya adalah seperti berikut;
Kak Limah perlu menang tiga gol bersih dan mengharapkan NS dapat mengalahkan Felda United dengan dua gol bersih.

Namun, dengan pelbagai kemungkinan, termasuk berlakunya ulangan insiden keeper terkaut bola ke gawang sendiri, keputusan boleh menjadi seperti di bawah,
Jika berlaku keputusan upset melampau, seperti skor paling bawah pada foto di atas, bukan sahaja Kak Limah yang hilang nyawa, NS juga turut hilang akal.

Begitu pun, aku cukup yakin, keputusan begitu hanya berlaku di Ipoh bukan di Paroi. Rekod menunjukan, Kak Limah boleh melepaskan 4 gol kepada lawan, terutamanya selepas spot light Stadium Perak terpadam tiba - tiba.

Lebih menarik, seandainya terjadi keputusan seperti di bawah, Kak Limah bakal disertai oleh Felda United untuk melakukan post - mortem kekalahan.
 

CUIT SIKIT:
 
Memang sesuatu yang sukar dipercayai, bagaimana Kak Limah dan Cikgu Jan boleh bertalak di hujung musim. Namun, itulah realitinya.
 
Menukar rentak daripada Dabus kepada Gangnam dalam tempoh singkat, tarian Kak Limah bukan semakin baik, malah semakin teruk dan sumbang serta bersimpang siur.
 
Jadi, bagi pihak PSNS lainnya, aku nak ucapkan Tak Sior Teman terhadap rayuan Kak Limah.
 
HOBIN JANG HOBIN!

5.9.12

KEPUTUSAN PENUH HARI KE 5.....

Akhirnya, keputusan - keputusan penuh tanda soal muncul di hari ke 5. Manakan tidak, Pahang menyembah bumi dibelasah Selangor 1-4, di Kuantan. Sarawak melibas T-Team 6-1 di Kuching dan Terengganu tumbang dibedil ATM 0-2 di Kuala Terengganu.
 
Malam yang sepatutnya memberikan ruang dan peluang buat semua pasukan tuan rumah untuk memperbaiki kedudukan menjadi malam gemilang buat pelawat.
 
Secara kasarnya, 3 tuan rumah tumbang di gelanggang sendiri, tiga mencatat keputusan seri dan hanya dua mampu menang bergaya dan mengejutkan.
 
Keputusan penuh hari ke 5.....
 
 Carta Terkini,
 
CUIT SIKIT:

Rehat panjang bakal memulihkan pasukan untuk melaksanakan tugasan terakhir di peringkat kumpulan pada 14 September nanti.
 
SAH TERSINGKIR;
Setakat ini, Terengganu dan T-Team sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Peluang kedua - duanya sudah tertutup.
 
SAH KE SUKU AKHIR;
ATM.
 
HAMPIR PASTI LAYAK KE SUKU AKHIR:
 
Lions XII. Kelantan. Negeri Sembilan. Pahang. Selangor.
 
PELUANG SAMAR KE SUKU AKHIR;
Johor. Johor FC. PKNS. Kedah. Felda United. Sime Darby. Perak. Sarawak.
Perlawanan pada 14 September adalah seperti berikut;
 
Lions XII v Johor FC. Johor v PKNS.
ATM v Kedah. Kelantan v Terengganu.
Negeri Sembilan v Felda United. Perak v Sime Darby.
Selangor v Sarawak. T-Team v Pahang.
 
HOBIN JANG HOBIN!

3.9.12

PREVIU HARI KE 5.....

Hari ini aku nak mengajak kalian mencongak peluang buat kesemua 16 pasukan untuk layak ke peringkat kalah mati Piala Malaysia 2012.
 
 
Setelah mengharungi empat perlawanan, boleh dikatakan tiada satu pun pasukan yang telah selamat di kumpulan masing - masing. Samada di kumpulan 'maut' mahu pun kumpulan 'lauk', kesemuanya masih berpeluang untuk muncul sebagai lapan pasukan terbaik dan, melangkah ke peringkat suku akhir.
 
 
Cuma, peluang itu cerah, samar - samar atau terpaksa mencari bantuan pasukan lain, sama - sama kita nilai.
 
Kumpulan A yang sekarang ini dikuasai oleh Lions XII dan Johor FC masih belum jelas penguasa sebenarnya. Hanya keputusan pada 4 September menjadi penentuan.
 
Dua Johor akan bertemu sesama sendiri. Mungkinkah wujud keputusan SEPAKAT? Jangan mudah salah sangka. Aku fikir, akan muncul pertarungan terhangat di Johor tahun ini. Boleh dikatakan sebagai PERTEMPURAN PASIR GUDANG yang menghasilkan banyak gol seperti berlaku di Kota Bharu pada 1 September lalu.
 
PKNS pastinya akan cuba untuk menjadikan Singa sebagai lauk dan nyawa kedua untuk menghidupkan semula peluang mereka. Jika JOHOR dan PKNS boleh membuat kejutan esok, perlawanan pada 14 September nanti bakal menjadi pemutus kedudukan pasukan Kumpulan A ini.
 
4 September ; perlawanan hidup mati buat Johor dan PKNS.
 
KUMPULAN B;
 
ATM yang menang dua perlawanan berturut - turut akhirnya kembali ke bumi nyata apabila dua kali gagal meraih kemenangan apabila bertemu Kelantan dalam dua perlawanan berturut - turut.
 
Kemelut Terengganu mungkin memudahkan ATM malam esok. Kunjungan Kelantan ke Alor Setar juga tidak pernah menjanjikan "syurga" buat mereka.
 
Jika Terengganu dan Kedah menang esok, 14 September ini bakal menyajikan "Pertempuran Kota Bharu" yang pastinya menarik untuk diikuti. ATM masih satu lawan yang sukar buat Kedah terutamanya apabila bermain di Lembah Kelang.
 
4 September ; dua tuan rumah bakal meraih mata penuh.
 
KUMPULAN C;
Mungkinkah malam esok adalah malam terakhir Jang Jung bersama Perak? Segala - galanya bakal diketahui sekitar jam 10.30 malam.
 
Perjalanan lancar NS setakat ini pastinya cuba disekat habis - habisan oleh Sime Darby. Namun, aku fikir, Sime Darby belum cukup gagah untuk mengatasi SiRusa. Tambahan pula, mereka dibelasah teruk di Paroi, 25 Ogos lalu.
 
4 September ; NS dan Felda United bakal mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

KUMPULAN D;
Dengan Pahang sudah hampir pasti ke suku akhir, mungkinkah Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan akan memberi laluan mudah buat Selangor?
 
Jawapannya TIDAK.

Sarawak pula Wajib Menang di Kuching. Seperti abangnya di Kumpulan B, T-Team juga kelihatan mempunyai banyak masalah samada di dalam mahu pun di luar padang. Untung nasib Yunus Alif dan T-Team bergantung penuh kepada keputusan di Kuching. Juga misi Wajib Menang untuk T-Team.

 4 September ; seandainya dua tuan rumah meraih mata penuh, kunjungan Sarawak ke Shah Alam pada 14 September nanti bakal menghadirkan cabaran sukar buat Selangor. Mungkin juga 'upset' boleh berlaku di Shah Alam nanti.
 
Jadual perlawanan pada 4 September adalah seperti berikut;
Sekitar jam 10.30 malam esok, mungkin sebahagian besar carta di bawah bakal terisi.
CUIT SIKIT:
 
Secara kebetulan, pertemuan NS dan Sime Darby seperti telah diskripkan lebih awal. Persamaannya, kedua - dua pasukan telah bertemu di Kumpulan B 2011.
 
Susunan jadual perlawanan adalah sama. 2011 dan 2012 mempertemukan NS dan Sime Darby pada perlawanan kedua di Paroi dan perlawanan kelima masing - masing di Selayang.
 
Keputusannya juga hampir sama. 2011, NS menang 5-0 di Paroi. 2012 pula, NS menang 4-0 di Paroi.
 
Apa pula keputusan di Selayang? Lihatlah sendiri.
Jika diambilkira perbezaan gol di Paroi pada 2011 dan 2012, aku boleh katakan, NS akan menang 1-0 di Selayang malam esok.
 
Jangan marah Sime Darby. HOBIN JANG HOBIN!
 

2.9.12

REVIU NS SELEPAS 4 PERLAWANAN.....

Setelah mengharungi 4 perlawanan, ada sedikit elemen kejutan berlaku di Piala Malaysia 2012 setakat ini.
 
Lihat carta di bawah,
Pastinya ramai yang terkejut kerana pasukan pilihan seperti PERAK, PKNS dan T-Team berada di dasar kumpulan masing - masing.
 
Mendahului setiap kumpulan juga mempamerkan pasukan yang berbeza dengan ramalan awal sewaktu pengundian. Kecuali Lions XII, semua pendahulu kumpulan setakat ini memberikan tafsiran yang pelbagai.
 
ATM dan Pahang telah memberikan tanggapan baru terhadap pasukan daripada Liga Premier. Mendahului kumpulan masing - masing, sewajarnya ini boleh mendorong FAM untuk lebih menghormati Juara dan Naib Juara Liga Premier ketika undian Piala Malaysia 2013 nanti.
 
Negeri Sembilan biar pun hanya bertaraf pilihan kedua dalam kumpulan, sememangnya perlu berada di atas kerana mereka adalah JUARA BERTAHAN PIALA MALAYSIA.
 
Dan, setiap pasukan telah melalui empat perlawanan dengan prestasi turun naik seperti di bawah.
Aku katakan turun naik kerana tiada satu pun yang mendapat warna hijau [ menang ] untuk kesemua empat perlawanan berkenaan.
 
Untuk lebih menarik, sila teliti persamaan angka pasukan menang, seri dan kalah pada setiap hari perlawanan itu. Seperti ada persepakatan awal untuk mendapatkan keputusan. Jangan salah sangka. Aku tidak bermaksud keputusan perlawanan telah diatur. Jika ada persamaan, anggaplah ianya hanya kebetulan.
 
Di bawah pula adalah pola pencapaian 8 pasukan terbaik setakat ini. Dalam diam, Tok Gajah berada di tangga atas berbanding pasukan - pasukan lain.
 
Begitu pun, menduduki tangga atas carta kumpulan bukanlah tiket sebenar untuk bergelar JOHAN PIALA MALAYSIA. Menjuarai kumpulan hanyalah seumpama memenangi pertempuran. Untuk menjuarai Piala Malaysia, setiap pasukan perlu memenangi peperangan menerusi banyak pertempuran.
 
Untuk menang peperangan, anda perlu konsisten memenangi setiap pertempuran.
Seterusnya, mungkin ada yang masih ragu - ragu dengan prestasi NS setakat ini. Lapan mata daripada empat perlawanan mungkin bukan yang terbaik buat NS. Pasti ramai peminat dan penyokong NS mahukan keputusan dan pencapaian yang lebih baik. Aku percaya, ramai PSNS mahukan 12 mata bukan 8 mata.
 
Sebelum apa - apa komen, anda lihat sejarah pencapaian EMPAT TAHUN NS di Piala Malaysia.
Apa yang menarik, sepanjang empat tahun itu, setelah mengharungi empat perlawanan kumpulan, NS sentiasa berada di tangga nombor satu. Satu pencapaian yang sangat unik sebenarnya.
 
Untuk lebih mudah, lihat carta di bawah dan kesudahan perjuangan NS di Piala Malaysia sejak empat tahun lalu.
 
Sangat menarik kerana pencapaian tahun 2010 dan 2012 sama. Dua Menang dan Dua Seri meneuri empat perlawanan.
 
Bagi yang sentiasa mahukan mata penuh, lihat carta di bawah untuk lebih memahami betapa sengit dan sukarnya perjuangan setiap pasukan di Piala Malaysia.
 
CUIT SIKIT:
 
Melihat situasi terkini, aku tanpa ragu - ragu masih meletakkan NS sebagai calon utama untuk melangkah kaki ke final buat kali keempat berturut.
 
Cuma, sedikit keraguan apabila melihat persamaan pencapaian empat perlawanan 2010 dan 2012. Bukan apa, aku bimbang keputusan akhir 2010 tu berulang kembali.
 
Jangan cemas kawan. Itu hanyalah satu reviu hasil carian dan kajian aku. Segala - galanya bakal terserlah usai perlawanan pada 4 September nanti.
 
HOBIN JANG HOBIN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH