Jumlah Paparan Halaman

21.4.16

BEKALAN LAWAN PERLIS.....

Kekalahan sulung di Pasir Gudang Selasa lalu, wajib dilupakan. Setidak - tidaknya, kita tahu betapa NS belum cukup kuat sebenarnya. Kepada yang tersentak dan sentap, bukalah buku baru, Jumaat ini. Kita cuma kalah pertempuran, bukannya kalah perang.

Aku sertakan beberapa fakta untuk menjadi bekalan menentang Perlis nanti.

Ranking dalam carta liga;
Masih di atas dan berada di landasan yang betul untuk layak ke Piala Malaysia 2016.

Geraf pencapaian;
Hat-trick kemenangan berakhir di Pasir Gudang. Hat-trick tanpa bolos pula berakhir di Paroi semasa bertemu PKNS FC tempohari. Biarpun kalah, NS berjaya menjaringkan gol. Sesuatu yang patut kita berikan pujian.

Kita juga patut berterima kasih kerana tiga pemain lawan turut mengHADIAHkan jaringan buat NS.

Namun, kita perlu menekan butang panik apabila bolos tiga gol dalam dua perlawanan berturut - turut. Maknanya, rombakan perlu dilakukan di bahagian pertahanan itu.

NS perlukan sekurang - kurangnya dua kemenangan lagi untuk menjamin tempat ke Piala Malaysia 2016.
CUIT SIKIT:

Bab jadual perlawanan ni, aku ucapkan terima kasih kepada FMLLP kerana memberikan dua perlawanan HOME berturut - turut kepada NS.

Enam mata wajib dikutip kerana perlawanan terakhir pusingan pertama tu bakal berlangsung di sebelah petang.

Bermain petang ni mungkin menyukarkan buat empat Mat Saleh tu. Ingat semula betapa sukarnya NS bermain di Tanjung Malim dulu.

Dah nak senja [ hari redup ] barulah Mat Saleh tu dapat skor, dan NS mencapai kemenangan.

Apa - apa pun, HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH