Perodua RUSA mencatat sejarah sebagai van pertama buatan Malaysia. Hanya ada dua varian enjin, 1.3liter dan 1.6 liter. Muncul pada tahun 1996 dan kekal hangat dalam dua tahun sahaja. Selepas itu, tiada lagi RUSA dikeluarkan.
Namun, bukan kisah Perodua Rusa yang mahu aku ceritakan. Yang mahu aku kongsikan bersama anda adalah betapa akrabnya RUSA NAR 555 ini dengan PBNS.
Seiring dengan kejayaan Skuad Jang yang dikenali sebagai Sang Rusa, kehadiran RUSA berwarna maroon ini adalah pelengkapnya.
Di mana sahaja NS turun berlatih di sekitar Seremban, NAR 555 ini akan kelihatan. Setianya dengan skuad, hanya Tuhan yang tahu.
Buat anda yang hanya sempat hadir ke Paroi pada hari perlawanan, anda mungkin tidak tahu signifikannya NAR 555 dengan pasukan NS.
NAR 555 tidak pernah mungkir disetiap latihan kerana ia adalah kenderaan yang membawa peralatan atau kit latihan pasukan NS. Dahulunya ia dijaga rapi oleh AO, salah seorang Penolong Jurulatih NS. Sekarang? Mungkin masih dikawalan AO.
CUIT SIKIT:
Di saat ini, nampaknya PBNS masih menghormati sumbangan NAR 555. Sebab itu ia kekal begitu.
Warnanya masih maroon. Tiada sebarang tanda pengenalan di badannya. Dan, kekal misteri kepada yang tidak mengenalinya.
TQ NAR 555. TQ juga AO yang kekal setia dengan PBNS biarpun Ketua Jurulatih hampir saban tahun bertukar ganti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan