POSTING AKU di
berbunyi;
recap Nadi Arena semalam:
Tuk Midin kato, harga tiket final AFF di Bukit Jalil RM 50 itu adalah yg termurah di kalangan negara tuan rumah.
ttp hari ini Football Association of Malaysia (Official) telah mencatat begini;
Piala AFF Suzuki 2014 Akhir (1st Leg )
Thailand vs Malaysia
Harga tiket : RM40.
soalan UPSR 2015: sejak bila RM 50 lebih murah daripada RM 40 ?
Setelah membuat carian, sebenarnya jawapan Tuk Midin menerusi Nadi Arena itu ada benarnya.
Harga tiket final paling mahal di Bangkok adalah 700 Bhat. Ini bersamaan RM 74.55. Lebih mahal RM 24.55 berbanding harga tiket di Bukit Jalil.
Tetapi, lihatlah grafik di bawah;
Di Bangkok, ada empat [ 4 ] kategori harga tiket. Kategori kedua itu turut dihantar kepada FAM sebanyak 2,500 keping untuk para penyokong Malaysia, yang berharga RM 37.27 tetapi dijual RM 40.00 oleh FAM.
Jika dibuat perkiraan, FAM telah mendapat untung atas angin sebanyak RM 6825.00 hasil jualan tiket perlawanan di Bangkok itu.
Ini belum lagi diambilkira RM 50 x 90,000 pada 20 Disember nanti. Hasilnya, FAM bakal mengaut hampir RM 5 JUTA.
Katakan 60% kutipan tiket diserahkan kepada AFF selaku penganjur kejohanan, FAM tetap mendapat RM 2 JUTA tanpa memberikan apa - apa pulangan kepada para penykong.
Di Bangkok, para penonton dibahagikan kepada empat tempat berbeza menurut kemampuan mereka.
Di Malaysia, yang berbeza bukan kemampuan, tetapi umur. Yang tua bayar lebih. Yang muda bayar sedikit. Duduklah di mana - mana tempat duduk asalkan tidak merbahaya.
Bawah 12 tahun RM 10.00. Lebih daripada itu RM 50.00. Lebih hebat dan hanya ada di FAM ialah, bayaran serupa tetapi sudut pandangan berbeza.
Duduk di grandstand tentunya lebih jelas pandangannya berbanding duduk di belakang gol. Duduk di teres ketiga tentunya lebih gayat berbanding di teres bawah.
Di bawah adalah sebahagian komen yang sempat aku muatkan di sini. Foto profail mereka aku padamkan demi melindungi keselamatan mereka.
CUIT SIKIT:
Jangan kata tidak boleh dilaksanakan sistem harga tiket berbeza di SNBJ. Buktinya adalah di bawah ini;
Pelan agihan kedudukan penonton berdasarkan harga tiket ini pernah dipraktikkan di SNBJ semasa Malaysia lawan Arsenal 2008 lalu.
Jika anda bayar lebih, anda akan mendapat sudut pandangan yang lebih menarik. Jika sebaliknya, lu pikirlah sendiri.
SOALAN CEPUMAS:
Sampai bilakah para penyokong disusahkan hanya kerana pihak FAM cuba mengaut untung maksima?
Sampai bilakah para penyokong tetap ke stadium tetapi dalam keadaan menyumpah?
Sampai bilakah kita sebagai pengguna, disembelih disebalik nama dan semangat patriotik?
Jika ada kenkawan yang ado link YB KJ, tolonglah panjang - panjangkan nota ini kepada beliau.
Selama ini mungkin beliau terlepas pandang isu FAM tidak mesra penyokong ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan