Jumlah Paparan Halaman

15.12.14

PETANDA KEBANGKITAN NS MATRIX.....

Nama baru. Jersi Baru. Ketua Jurulatih Baru. Barisan pemain hampir serba baru. Tidak ada yang lama. Semuanya baru. Macam nak raya pulak.

Itulah rumusan awal terhadap komitmen PBNS untuk bangkit dan berada semula di tempat sepatutnya. Tempat kita di atas - atas, bukan di bawah - bawah. Tempat kita di final, bukan di pusingan pertama.

Biarpun sepak mula sebenar belum bermula, setakat dua perlawanan pemanas badan sejak diberikan nama dan semangat baru itu, Coach Devan telah mendapat lebih 70 % barisan utamanya.

Maksudnya, NS Matrix sekarang ini sudah berada ditahap menguji gandingan. Bukan lagi menguji pemain. Dengan sepak mula bakal berlangsung kurang daripada sebulan, cara Coach Devan ini menjadi petunjuk betapa kebangkitan NS Matrix, hanya masa dan ketika sahaja. Sama - sama kita tunggu saat itu.

Pemerhatian aku untuk dua perlawanan pemanas badan itu, adalah begini;
 
Barisan Utama Ketika Bertemu Penjara FC
Barisan Utama Ketika Bertemu ATM
Bayangan Kesebelasan Utama Tertumpu Kepada Lapan Pemain Dan Tiga Lagi Pilihan
Dengan Helmi Eliza di pintu gol, Alexandre di pertahanan, Rezal Zambery menguasai midfield dan Forkey Doe menjadi tunggak serangan, aku fikir Coach Devan hanya akan memilih tiga lagi pemain berdasarkan formasi yang bakal digunakan pada satu - satu perlawanan mengikut kesesuaian.

Apabila lebih 70% pemain utama sering bermain bersama, maka wujudlah keserasian yang membawa kepada kejituan pasukan. Faktor keserasian inilah yang tiada semasa pasukan dikendalikan oleh Coach Sundra itu.

Pasukan yang berjaya adalah pasukan yang jitu hasil keserasian pemain. Setakat ini aku bagi TIGA BINTANG buat Coach Devan kerana cepat membentuk kesebelasan utama. Biarpun menang kedua - dua perlawanan ujian itu, dua bintang lagi aku simpan sehingga akhir musim.

CUIT SIKIT:

Kepada JIN MATA TONCIT, JEMBALANG TANAH, MAMBANG dan sebagainya yang selama ini menjadi penyebab pasukan kucar - kacir, aku nasihatkan supaya kalian berhentilah daripada sebarang aktiviti yang boleh merosakkan pasukan.

Jangan sampai kita diketawakan di akhir musim kerana hanya gah design jersi tetapi hampeh di padang.

HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH