Jumlah Paparan Halaman

21.12.14

RIMAU 3 GAJAH 4, DI MANA SILAPNYA.....

Penamat yang memilukan. Itulah yang boleh dikatakan.

Memang masalah kecergasan menjadi penghalang untuk Harimau bergelar JUARA. Namun, tahniah buat Abang Dol kerana menyahut cabaran singkat FAM dengan sikap positif.

Abang Dol membuktikan Otai masih berbisa sekiranya diberikan peluang dan diletakkan di tempat yang betul.

Namun, Abang Dol tersilap apabila mengatakan dua penyerang yang baru nak bertaraf otai sebagai terbaik di negara ini. Tersilap kerana terlupa kedua - duanya terlalu lama dijeruk dan dijadikan pekasam di sebuah tempayan besar, di hujung negeri.

Kedua - dua hasil peraman di hujung negeri itu GAGAL memberikan impak. Malah yang bernombor dua angka tu lebih gah berkelahi dengan penyokong berbanding mempamerkan aksi hebat di padang.

AKSI HEBAT? tak boleh bang. Dia memang telah lama hilang kehebatannya.

Kelebihan Thailand?

Secara head to head, selain lebih pantas dan laju, pemain Siam tu sama sahaja dengan pemain Malaysia. Mereka pun makan nasi juga.

Cuma, barisan lengkap midfieldnya membezakan keputusan. Setelah ketinggalan tiga gol, dua gol di minit ke 82 dan 87 cukup untuk menobatkan Gajah sebagai JUARA Piala AFF 2014.

Di mana silapnya?

TIADA seorang pun pemain yang boleh bertindak selaku holding midfielder. Di mata aku, hanya seorang sahaja pemain di posisi ini yang terbaik tetapi tidak dipanggil menyertai skuad.

Dahulu, SHUKOR ADAN adalah terbaik di posisi ini selain K. Nanthakumar. Sekarang? SHAKIR SHAARI, dimanakah dikau?

Menggantikan Alex yang cedera dengan striker yang tumpul. Betul kita inginkan banyak gol untuk mengatasi defisit di Bangkok. Malangnya, yang dikatakan terbaik itu adalah yang menghampakan. BADDROL, dimanakah dikau?

Kegagalan Harimau Muda menjadi pengkalan pemain pelapis. Thailand menggunakan hampir 90% pemain bawah 23 tahun yang berada di Separuh Akhir Sukan Asia Incheon 2014. Siapakah dan berapa ramai pemain Harimau Muda berada di Skuad Utama Harimau Malaya sekarang?

Akhirnya, memang OTAI MASIH BERBISA [ bagi yang masih ada bisa ] tetapi Gegar Vaganza yang diharapkan gagal menjadi kenyataan setelah episod menang tetapi kalah berlaku di Bukit Jalil semalam.

SATU SAHAJA MAGIS Abang Dol;
Malaysia merupakan satu - satunya pasukan yang menang ke atas Thailand disepanjang kejohanan.

Malaysia juga merupakan pasukan tunggal yang berjaya menjaringkan dua gol dan lebih dalam satu perlawanan ke atas Siam.

Mari kita berbangga dengan pencapaian itu. Jadilah, jangan tak merasa.

CUIT SIKIT:

Malam ni ada satu lagi final di Temerloh.
Malangnya laman rasmi kejohanan;
telah lama bersawang.

Samada adminnya berada di Mekah atau telah dihanyutkan banjir, aku tak tahu. Tetapi inilah buktinya sikap sambil lewa para pentadbir bola sepak negara.

Belum pernah sikap sambil lewa boleh membawa kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH