Jumlah Paparan Halaman

31.12.14

TQ NAR 555.....

Perodua RUSA mencatat sejarah sebagai van pertama buatan Malaysia. Hanya ada dua varian enjin, 1.3liter dan 1.6 liter. Muncul pada tahun 1996 dan kekal hangat dalam dua tahun sahaja. Selepas itu, tiada lagi RUSA dikeluarkan.

Namun, bukan kisah Perodua Rusa yang mahu aku ceritakan. Yang mahu aku kongsikan bersama anda adalah betapa akrabnya RUSA NAR 555 ini dengan PBNS.

Seiring dengan kejayaan Skuad Jang yang dikenali sebagai Sang Rusa, kehadiran RUSA berwarna maroon ini adalah pelengkapnya.

Di mana sahaja NS turun berlatih di sekitar Seremban, NAR 555 ini akan kelihatan. Setianya dengan skuad, hanya Tuhan yang tahu.

Buat anda yang hanya sempat hadir ke Paroi pada hari perlawanan, anda mungkin tidak tahu signifikannya NAR 555 dengan pasukan NS.

NAR 555 tidak pernah mungkir disetiap latihan kerana ia adalah kenderaan yang membawa peralatan atau kit latihan pasukan NS. Dahulunya ia dijaga rapi oleh AO, salah seorang Penolong Jurulatih NS. Sekarang? Mungkin masih dikawalan AO.

CUIT SIKIT:

Di saat ini, nampaknya PBNS masih menghormati sumbangan NAR 555. Sebab itu ia kekal begitu.

Warnanya masih maroon. Tiada sebarang tanda pengenalan di badannya. Dan, kekal misteri kepada yang tidak mengenalinya.

TQ NAR 555. TQ juga AO yang kekal setia dengan PBNS biarpun Ketua Jurulatih hampir saban tahun bertukar ganti.

29.12.14

SELAMAT DATANG LIMA SEKAWAN.....

Maklumat lanjut di http://www.pbn9.com/?p=1023

Aku berharap pihak PBNS boleh menggunakan perlawanan malam esok [ jika tiada perubahan ] sebagai medan untuk menggerakkan Misi Bantuan Banjir. Tak kisahlah dalam bentuk barangan mahu pun sumbangan tunai.

Jika telah digerakkan, terima kasih dan tahniah. Jika belum, elok kito mulokan.

CUIT SIKIT:

Signifikannya perlawanan malam esok adalah NS Matrix menentang NS + Sime Darby.

LIMA SEKAWAN di atas telah membuat rombongan ke Bukit Jelutong, Shah Alam dan terus sangkut di sana.

Eloklah bertukar angin tu. Terlalu lama di Paroi pun tiada gunanya jika lebih banyak terperam dan terjeruk di bangku simpanan.

Tetapi, jika dah berada di Bukit Jelutong pun masih terperam, eloklah fikirkan hala baru dalam karier selepas ini.

Akhirnya, 

Kesebelasan utama NS Matrix bakal bermula dengan 7 TUNGGAK yang telah diturunkan secara tetap dalam tiga perlawanan ujian setakat ini;
KM18? Hoben Jang Hoben.

21.12.14

RIMAU 3 GAJAH 4, DI MANA SILAPNYA.....

Penamat yang memilukan. Itulah yang boleh dikatakan.

Memang masalah kecergasan menjadi penghalang untuk Harimau bergelar JUARA. Namun, tahniah buat Abang Dol kerana menyahut cabaran singkat FAM dengan sikap positif.

Abang Dol membuktikan Otai masih berbisa sekiranya diberikan peluang dan diletakkan di tempat yang betul.

Namun, Abang Dol tersilap apabila mengatakan dua penyerang yang baru nak bertaraf otai sebagai terbaik di negara ini. Tersilap kerana terlupa kedua - duanya terlalu lama dijeruk dan dijadikan pekasam di sebuah tempayan besar, di hujung negeri.

Kedua - dua hasil peraman di hujung negeri itu GAGAL memberikan impak. Malah yang bernombor dua angka tu lebih gah berkelahi dengan penyokong berbanding mempamerkan aksi hebat di padang.

AKSI HEBAT? tak boleh bang. Dia memang telah lama hilang kehebatannya.

Kelebihan Thailand?

Secara head to head, selain lebih pantas dan laju, pemain Siam tu sama sahaja dengan pemain Malaysia. Mereka pun makan nasi juga.

Cuma, barisan lengkap midfieldnya membezakan keputusan. Setelah ketinggalan tiga gol, dua gol di minit ke 82 dan 87 cukup untuk menobatkan Gajah sebagai JUARA Piala AFF 2014.

Di mana silapnya?

TIADA seorang pun pemain yang boleh bertindak selaku holding midfielder. Di mata aku, hanya seorang sahaja pemain di posisi ini yang terbaik tetapi tidak dipanggil menyertai skuad.

Dahulu, SHUKOR ADAN adalah terbaik di posisi ini selain K. Nanthakumar. Sekarang? SHAKIR SHAARI, dimanakah dikau?

Menggantikan Alex yang cedera dengan striker yang tumpul. Betul kita inginkan banyak gol untuk mengatasi defisit di Bangkok. Malangnya, yang dikatakan terbaik itu adalah yang menghampakan. BADDROL, dimanakah dikau?

Kegagalan Harimau Muda menjadi pengkalan pemain pelapis. Thailand menggunakan hampir 90% pemain bawah 23 tahun yang berada di Separuh Akhir Sukan Asia Incheon 2014. Siapakah dan berapa ramai pemain Harimau Muda berada di Skuad Utama Harimau Malaya sekarang?

Akhirnya, memang OTAI MASIH BERBISA [ bagi yang masih ada bisa ] tetapi Gegar Vaganza yang diharapkan gagal menjadi kenyataan setelah episod menang tetapi kalah berlaku di Bukit Jalil semalam.

SATU SAHAJA MAGIS Abang Dol;
Malaysia merupakan satu - satunya pasukan yang menang ke atas Thailand disepanjang kejohanan.

Malaysia juga merupakan pasukan tunggal yang berjaya menjaringkan dua gol dan lebih dalam satu perlawanan ke atas Siam.

Mari kita berbangga dengan pencapaian itu. Jadilah, jangan tak merasa.

CUIT SIKIT:

Malam ni ada satu lagi final di Temerloh.
Malangnya laman rasmi kejohanan;
telah lama bersawang.

Samada adminnya berada di Mekah atau telah dihanyutkan banjir, aku tak tahu. Tetapi inilah buktinya sikap sambil lewa para pentadbir bola sepak negara.

Belum pernah sikap sambil lewa boleh membawa kejayaan.

18.12.14

KISAH RIMAU DAN GAJAH.....

PASTINYA ramai yang kecewa dengan kekalahan Harimau Malaya kepada Gajah Perang di Bangkok semalam.

Defisit dua gol pasti menyebabkan Abang Dol terpaksa merombak lagi barisan utamanya. Malangnya, dia hanya ada satu hari untuk mencuba dan menguji barisannya. Memang tak sempatlah jawabnya.

Begitupun, sebagai rakyat Malaysia, kita teruskanlah menyokong pasukan. Suka atau tidak, buat masa ini, itulah yang kita boleh harapkan.

CUIT SIKIT:

Sejarah bola 2014 ini jelas menyebelahi GAJAH. Tak kiralah Gajah Perang ke Tok Gajah ke.

Tak caya? Tanyalah JDT i dan JDT II yang kononnya Harimau Selatan tu.

Bila masa Harimau menang apabila melawan Gajah?

SABTU ini, sekiranya Harimau Malaya gagal menundukkan Gajah Perang dari Siam tu, maka sahlah Harimau kena tukar kepada HARI - HARI MAU.

Tapi, JUMAAT ni RUSA bakal menendang Singa. HOEBN JANG HOBEN!

15.12.14

PETANDA KEBANGKITAN NS MATRIX.....

Nama baru. Jersi Baru. Ketua Jurulatih Baru. Barisan pemain hampir serba baru. Tidak ada yang lama. Semuanya baru. Macam nak raya pulak.

Itulah rumusan awal terhadap komitmen PBNS untuk bangkit dan berada semula di tempat sepatutnya. Tempat kita di atas - atas, bukan di bawah - bawah. Tempat kita di final, bukan di pusingan pertama.

Biarpun sepak mula sebenar belum bermula, setakat dua perlawanan pemanas badan sejak diberikan nama dan semangat baru itu, Coach Devan telah mendapat lebih 70 % barisan utamanya.

Maksudnya, NS Matrix sekarang ini sudah berada ditahap menguji gandingan. Bukan lagi menguji pemain. Dengan sepak mula bakal berlangsung kurang daripada sebulan, cara Coach Devan ini menjadi petunjuk betapa kebangkitan NS Matrix, hanya masa dan ketika sahaja. Sama - sama kita tunggu saat itu.

Pemerhatian aku untuk dua perlawanan pemanas badan itu, adalah begini;
 
Barisan Utama Ketika Bertemu Penjara FC
Barisan Utama Ketika Bertemu ATM
Bayangan Kesebelasan Utama Tertumpu Kepada Lapan Pemain Dan Tiga Lagi Pilihan
Dengan Helmi Eliza di pintu gol, Alexandre di pertahanan, Rezal Zambery menguasai midfield dan Forkey Doe menjadi tunggak serangan, aku fikir Coach Devan hanya akan memilih tiga lagi pemain berdasarkan formasi yang bakal digunakan pada satu - satu perlawanan mengikut kesesuaian.

Apabila lebih 70% pemain utama sering bermain bersama, maka wujudlah keserasian yang membawa kepada kejituan pasukan. Faktor keserasian inilah yang tiada semasa pasukan dikendalikan oleh Coach Sundra itu.

Pasukan yang berjaya adalah pasukan yang jitu hasil keserasian pemain. Setakat ini aku bagi TIGA BINTANG buat Coach Devan kerana cepat membentuk kesebelasan utama. Biarpun menang kedua - dua perlawanan ujian itu, dua bintang lagi aku simpan sehingga akhir musim.

CUIT SIKIT:

Kepada JIN MATA TONCIT, JEMBALANG TANAH, MAMBANG dan sebagainya yang selama ini menjadi penyebab pasukan kucar - kacir, aku nasihatkan supaya kalian berhentilah daripada sebarang aktiviti yang boleh merosakkan pasukan.

Jangan sampai kita diketawakan di akhir musim kerana hanya gah design jersi tetapi hampeh di padang.

HOBEN JANG HOBEN!

14.12.14

ANTARA FAT & FAM, YANG MANA LEBIH MESRA PENYOKONG.....

POSTING AKU di
berbunyi;
recap Nadi Arena semalam:
Tuk Midin kato, harga tiket final AFF di Bukit Jalil RM 50 itu adalah yg termurah di kalangan negara tuan rumah.
ttp hari ini Football Association of Malaysia (Official) telah mencatat begini;
Piala AFF Suzuki 2014 Akhir (1st Leg )
Thailand vs Malaysia
Harga tiket : RM40.
soalan UPSR 2015: sejak bila RM 50 lebih murah daripada RM 40 ?


Setelah membuat carian, sebenarnya jawapan Tuk Midin menerusi Nadi Arena itu ada benarnya.

Harga tiket final paling mahal di Bangkok adalah 700 Bhat. Ini bersamaan RM 74.55. Lebih mahal RM 24.55 berbanding harga tiket di Bukit Jalil.

Tetapi, lihatlah grafik di bawah; 

Di Bangkok, ada empat [ 4 ] kategori harga tiket. Kategori kedua itu turut dihantar kepada FAM sebanyak 2,500 keping untuk para penyokong Malaysia, yang berharga RM 37.27 tetapi dijual RM 40.00 oleh FAM.

Jika dibuat perkiraan, FAM telah mendapat untung atas angin sebanyak RM 6825.00 hasil jualan tiket perlawanan di Bangkok itu.

Ini belum lagi diambilkira RM 50 x 90,000 pada 20 Disember nanti. Hasilnya, FAM bakal mengaut hampir RM 5 JUTA.

Katakan 60% kutipan tiket diserahkan kepada AFF selaku penganjur kejohanan, FAM tetap mendapat RM 2 JUTA tanpa memberikan apa - apa pulangan kepada para penykong.

Di Bangkok, para penonton dibahagikan kepada empat tempat berbeza menurut kemampuan mereka.

Ini sangat berbeza dengan cara pengendalian FAM di Bukit Jalil nanti.

Di Malaysia, yang berbeza bukan kemampuan, tetapi umur. Yang tua bayar lebih. Yang muda bayar sedikit. Duduklah di mana - mana tempat duduk asalkan tidak merbahaya.

Bawah 12 tahun RM 10.00. Lebih daripada itu RM 50.00. Lebih hebat dan hanya ada di FAM ialah, bayaran serupa tetapi sudut pandangan berbeza.

Duduk di grandstand tentunya lebih jelas pandangannya berbanding duduk di belakang gol. Duduk di teres ketiga tentunya lebih gayat berbanding di teres bawah.

Di bawah adalah sebahagian komen yang sempat aku muatkan di sini. Foto profail mereka aku padamkan demi melindungi keselamatan mereka.

CUIT SIKIT:

Jangan kata tidak boleh dilaksanakan sistem harga tiket berbeza di SNBJ. Buktinya adalah di bawah ini;

Pelan agihan kedudukan penonton berdasarkan harga tiket ini pernah dipraktikkan di SNBJ semasa Malaysia lawan Arsenal 2008 lalu.

Jika anda bayar lebih, anda akan mendapat sudut pandangan yang lebih menarik. Jika sebaliknya, lu pikirlah sendiri.

SOALAN CEPUMAS:

Sampai bilakah para penyokong disusahkan hanya kerana pihak FAM cuba mengaut untung maksima?

Sampai bilakah para penyokong tetap ke stadium tetapi dalam keadaan menyumpah?

Sampai bilakah kita sebagai pengguna, disembelih disebalik nama dan semangat patriotik?

Jika ada kenkawan yang ado link YB KJ, tolonglah panjang - panjangkan nota ini kepada beliau.

Selama ini mungkin beliau terlepas pandang isu FAM tidak mesra penyokong ini.

12.12.14

KENALI PEMAIN PALING PRO DI DUNIA.....

 Inilah barisan yang meraih kemenangan di Hanoi;
 Ini pula reaksi dan maklumbalas pemanas kerusi recaro terbaik;
Ini komen peminat;
Inilah gelagat sebahagian kecil pemain pro yang tidak beretika. Yang ko berjawab - jawab dengan para penyokong tu kenapa?

Selaku public figure, SYM ni tidak perlu melayan sebarang provokasi penyokong mahu pun pembenci.

Awak tu dah kena last warning kerana merokok. Takkan Tuk Midin nak bagi lagi last warning sebab mengutuk peminat.

Berapa kali mahu last warning hah?

CUIT SIKIT:

Inilah bayangan barisan utama NS Matrix untuk musim 2015;



MATI HIDUP SEMULA.....

MATI HIDUP SEMULA. Itulah ayat paling tepat buat misi mustahil Harimau Malaya di Hanoi semalam.

Otai yang masih berbisa akhirnya memberikan gegar vaganza kepada semua rakyat Malaysia yang masih mengambil tahu team Harimau Malaya ini.

Kalah di laman sendiri memberikan peluang kepada perubahan paling drastik oleh Abang Dol.

Apek berehat. Mahalli simpan. Piya turun. Indra solo striker. Kuna defend. Formasi 4-5-1.

Akhirnya, episod benteng koyak di Shah Alam, berpindah pula ke skuad bimbingan Miura itu.

Dengan kembalinya Shukor Adan, benteng pasukan nampak lebih tersusun. Sangat berbeza apabila vokal dan otai ada di situ. Berbanding dengan gandingan Muslim dan Fadhly yang agak pendiam. Itu resepi kejayaan semalam.

Jadual final;
CUIT SIKIT:

Setakat ini, sudah dua tuan rumah tunggang langgang dan tumbang di laman sendiri akibat dibaham Harimau Malaya.

Kalau Thai boleh direbahkan di Bangkok, maka lengkaplah hattrik Abang Dol dalam bab menang di arena lawan.

Setakat ini, masalah skuad ini adalah, gagal bermain baik di laman sendiri. Entah apa jin yang telah merasuk mereka?

Ada mana - mana pawang, dukun dan bomoh yang boleh menolong?

Kita nantikan 20 Disember ini. GEGAR VAGANZA atau sebaliknya.

7.12.14

NS MATRIX.....

Buat kali kedua dalam tempoh sepuluh tahun, PBNS telah menggabungkan nama NEGERI SEMBILAN dan PENAJA UTAMA sebagai nama pasukan bola sepak nogori.

Sekitar musim 2006/2007, NS ditaja oleh NAZA. Maka untuk musim berkenaan, pasukan bola sepak nogori dikenali sebagai NS NAZA.

Untuk musim 2015, NS bakal dikenali sebagai NS MATRIX. Mungkin ada yang tidak mengenali apa itu MATRIX. Ianya tiada kaitan dengan matematik. Matrix ini adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah yang mantap di NS. Syarikat ini juga telah lama tersenarai di Bursa Malaysia.

Biar apa pun nama atau jenama yang dibawa oleh NS musim hadapan, kita sokong sahajalah. Setiddak - tidaknya untuk dua tiga perlawanan awal.

Kenali NS MATRIX;
 




 


CUIT SIKIT:

Sama - sama kita nantikan hasil kerja K.Devan yang satu - satunya Ketua Jurulatih berjaya membawa NS memenangi Liga Super [ 2006 ].

Buat Devan, setelah lama berkelana, selamat kembali ke negeri asal anda. K. Devan pernah bermain sebagai penjaga gol untuk NS semasa zaman Semi-Pro dahulu.

Buat pemain yang bertaraf OTAI MASIH BERBISA, buktikanlah betapa anda masih memiliki KILAUAN EMAS supaya misi NS Matrix kembali ke Liga Super 2016 disambut dengan GEGAR VAGANZA oleh para PSNS.

1.12.14

#KEEPER KAT MANE....

CUIT SIKIT:

Ini adalah sumbangan kecil daripada aku sebagai rakyat Malaysia.

Aku puas bukan sahaja kerana  Malaysia menang. Tetapi amat puas hati kerana cara Singapura dikalahkan di Kallang itu.

OTAI MASIH BERBISA! GEGAR VAGANZA!!!!

30.11.14

YANG MAUT ADALAH SINGA.....


Siapa sangka singa maut di kandang sendiri semalam. Tatkala Harimau Malaya hampir menjadi harimau kertas, dua otai mengubah suasana.

Dua pemain berusia 33, tahun Amri Yahyah dan Indra Putra menjadi watak penting membolehkan Malaysia menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit terakhir perlawanan.

Namun, lebih menjadi kerisauan ialah betapa azabnya skuad negara mempertahankan satu gol jaringan SYM di minit ke 61 itu.

Tampak seperti kekurangan stamina dan juga tiada komunikasi sesama sendiri selepas jaringan itu. Lebih teruk, seperti tidak pernah diajar taktikal bertahan oleh jurulatih.

Bukan salah Abang Dol yang hanya boleh berada di kawasan teknikal sahaja. Di padang, para pemainlah mencorakkan permainan mengikut keadaan semasa.

Itulah masalah pemain bola di Malaysia. Bermain tanpa berfikir. Lebih suka cara susah daripada senang. Sepatutnya WORK SMART bukan WORK HARD.

Pencapaian semalam bermakna, dalam tiga edisi berturut - turut, Malaysia berada di kelompok empat terbaik kejohanan.
Setelah B. Sathia sangkut di Phuket pada 2008, King Gobal berjaya membawa Harimau Malaya sebagai TOP FOUR, dua kali berturut - turut. Muncul JUARA 2010 adalah kemuncak kepada generasi pemain kendalian beliau.

CUIT SIKIT:

Abang Dol cuma ada lima atau enam hari sahaja untuk memperbaiki segala kerosakan pasukan ini.

Kerosakan pertama tentunya penyakit hilang fokus di dua puluh minit terakhir perlawanan.

Kerosakan kedua, dua otai, Amri dan Shukor sah digantung satu perlawanan Separuh Akhir. Maknanya, the wining line-up tidak boleh digunakan Ahad nanti.

Kerosakan ketiga yang maha penting adalah melihat sumbangan Safee Sali di sepanjang permaianan. Bukannya cuma muncul dalam dua atau tiga saat sahaja.

Kenapa aku kata begitu? SAFEE kan PENYERANG TERBAIK NEGARA di kacamata Abang Dol.

Satu gol sumbangan beliau semalam, tidak boleh memadamkan segala kegagalannya sebelum ini.

Kembalikan beliau ke bangku recaro kerana di situlah tempat terbaik untuknya sekarang ini.

26.11.14

INI BARU MAUT.....

Sabtu ini, Singa bakal berentap dengan Harimau.
Persamaannya, dua - duanya sudah merasa perit dilanyak Gajah Siam. Dua - dua kena gol di saat akhir perlawanan.

Satu kena kerana penalti. Satu lagi kena kerana kelembapan pemain tinggi tapi kaku.

CUIT SIKIT:

Buat Abang Dol, aku tahu bukan mudah mengendalikan pasukan negara yang dibarisi oleh para pemain simpanan pasukan negeri dan kelab.

Lebih susah kalau kita mengharapkan sejarah empat tahun lalu berulang kembali. Lebih susah kalau ada pemain yang bermain tanpa otak, tanpa tenaga dan tanpa jiwa.

Dan, lebih sukar sekiranya FAM lebih mengutamakan liga tanpa mempedulikan untung nasib pasukan kebangsaan.

Antara Singa dan Harimau, yang sedang perit selepas di lanyak Gajah Siam adalah Harimau.

Sabtu ini, Harimau dijangka tidak mengaum lagi jika aksi tanpa jiwa itu dikekalkan oleh setiap pemain yang diturunkan.

Akhirnya, aku cadangkan Abang Dol turunkan Shukor Adan dan Afif sebagai pertahanan tengah.

14.11.14

PBNS RUGI RM 3.75 JUTA ?.....

Musim lalu, PBNS telah berbelanja sekitar RM 9 JUTA untuk pasukan bola sepak Liga Premiernya.

Ini disahkan sendiri oleh Mr. Presiden. Beliau juga mengesahkan kekecewaan kerana gagal kembali ke Liga Super 2015.

Jika benar 9 juta telah dilaburkan, maka perkiraannya mestilah berasasakan kepada pulangan dalam nilai ringgit.

Pencapaian musim 2014 adalah seperti berikut; 





Secara keseluruhannya, pencapaian NS di semua pertandingan adalah:

Jika pencapaian itu dikira dalam nilai ringgit, jelas PBNS telah berbelanja besar untuk kalah.

CUIT SIKIT:


3.75 juta ringgit adalah satu kerugian besar kerana keputusannya KALAH. Empat kekalahan itu dicatatkan di Paroi.

Itu belum diambilkira kemerosotan jualan tiket dan kegagalan jualan cenderahati oleh sebuah syarikat sokongan kepada PBNS yang diwar - warkan sebelum ini.

Untuk musim 2015, jika masih mengharapkan KUDA TUA dan KUDA KAYU, aku fikir, nilai kerugian itu bakal meningkat ke paras 100%.

Ada sesiapa berani nak mengambilalih pasukan NS 2015?

3.11.14

NS 2015, MIMPI ATAU REALITI?.....

Secara rasminya, musim bola sepak Malaysia ditamatkan pada 1 November lalu. Musim yang penuh warna - warni. Penuh kontraversi. Juga masih ada terowong misteri yang belum terjawab.

Akhirnya, pasukan yang bergelar number one;
Dalam diam - diam, tanpa perlu menunda tarikh perlawanan, tanpa perlu menyepak tiang bendera di penjuru padang, EMPAT piala utama berada di bumi Darul Makmur.

Begitulah Tok Gajah yang tidak konsisten di peringkat liga tetapi cukup gagah di pertandingan merebut piala secara kalah mati.

Bagaimana pula dengan NS di musim 2015?

Dengar khabar yang tengah hangat sekarang ini, NS telah memanggil semula K. Devan [ anak jati Jempol ] itu sebagai Ketua Jurulatih. Barang diingat, K. Devan adalah Ketua Jurulatih terakhir yang membawa NS menjuarai Liga Super pada musim 2006.

Dijangka, inilah lawan - lawan NS di Liga Premier 2015;
Empat muka baru,
T - Team dan PKNS datangnya daripada Liga Super 2014.
Kuanta FA dan Kuala Lumpur adalah Juara dan Naib Juara Liga FAM 2014.

Mana satu yang bakal menjadi pasukan belasahan seperti PBAPP FC musim ini, kita tunggu sahajalah.

CUIT SIKIT:

Dengan ramainya pemain yang keluar dan masuk di skuad NS, aku fikir K. Devan bakal memerlukan masa untuk memantapkan pasukan.

Jika musim 2015, sekadar mimpi, kita harap 2016 bakal menjadi realiti untuk NS kembali semula ke Liga Super 2017.

Tetapi, harapan ramai PSNS tentulah NS menjuarai Liga Premier 2015 dan kembali ke Liga Super 2016.

Hingga tibanya detik akhir musim 2015, kita ucaplah HOBEN JANG HOBEN buat NS.

30.10.14

MEMUKTAMADKAN MUSIM.....

01/11/14 adalah tarikh yang dipilih untuk menutup musim bola sepak Malaysia 2014. FAM mempercepatkan seminggu Final Piala Malaysia 2014 demi persiapan Harimau Malaya ke Piala AFF Suzuki bermula 23 November di Singapura.

Secara kebetulan, dua pasukan yang telah menjulang kejuaraan dalam dua saingan berbeza tahun ini, layak ke pentas akhir Piala Malaysia.


Juara Liga Super 2014 bakal berentap dengan Juara Piala FA 2014 di pentas akhir Piala Malaysia. Itulah hakikatnya.

Pemenangnya hanya mencatat DOUBLE. Bukan TREBLE seperti Selangor pada 2005. Bukan juga DOUBLE TREBLE seperti Kedah pada 2007 dan 2008.

Suka diingatkan, memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebagai pembuka tirai musim baru, tidak dianggap sebagai jaguhan. 

CUIT SIKIT:

Sebagai pasukan yang bersalin kulit daripada Johor FC, Johor Darul Ta'zim sewajarnya diiktiraf sebagai pasukan KELAB. Bukan PASUKAN NEGERI.

Namun, FAM sendiri seolah - olah membenarkan proses berkenaan apabila menamakan Johor Darul Ta'zim dan Johor Darul Ta'zim II tanpa perkataan FC di semua jadual rasmi kejohanannya musim ini.

Mungkin dalam masa terdekat ini, JDT II itu bakal berkubur juga. Siapa tahu?

Apa - apa pun namanya, buat masa ini agak ramai juga bakat bagus telah terpendam di Larkin dan Pasir Gudang.

Sempena,

apo kobar AWE [ Nurul Azwan Roya ] sekarang ni? PENYERANG TERBAIK NEGARA usah ceritalah. Letih duduk di bench ricaro lebih baik daripada letih mengejar bola di padang.

Akhirnya, pasukan terbaik bakal menang, Sabtu ini. Dan, pemenangnya hanyalah JAGUH KAMPUNG kerana Piala Malaysia tidak mungkin membawa Juaranya ke Liga Asia.

21.10.14

PIALA AFF SUZUKI 2014: MYANMAR DI KUMPULAN B.....


Myanmar menamatkan saingan Kelayakan Piala AFF Suzuki 2014 sebagai Juara. Sekaligus, mereka akan bersaing di Kumpulan B bersama Malaysia, Singapura dan Thailand di Pusingan Akhir nanti.

Tinggal kira - kira sebulan sebelum sepak mula, Abang Dol pastinya sedang menilai semua pemain yang bakal disenaraikan untuk membawa cabaran negara ke kejohanan itu nanti.


Dalam pada itu, di peringkat domestik, Kedah dan Felda United telah mencipta fenomena tersendiri di Piala Malaysia.

Kedua - dua pasukan menang saingan pusingan pertama Separuh Akhir dan bakal berentap dengan lawan masing - masing di arena lawan hujung minggu ini.

CUIT SIKIT:

Biarpun bermain di arena sendiri dan ada bekalan gol di tempat lawan, kalah tetap kalah.

Tekanan pastinya cukup tinggi buat pasukan yang kalah di Separuh Akhir 1. Kemungkinan mereka gagal gagal bangkit juga cukup besar.

Mungkin tahun ini kita bakal menyaksikan dua finalis Piala Malaysia dari Liga Premier. Sesuatu yang baik untuk melihat kelainan dan berbeza daripada yang biasa.

Setidak - tidaknya ia memberikan ruang berfikir dan bermahasabah diri, buat pasukan yang menyangka mereka cukup hebat dan tidak boleh diusik tu.

Adakalanya pasukan memang hebat tetapi kesombongan di luar padang itu boleh merencatkan kejayaan.

Baik juga diikut cara PBNS. Duduk ontok - ontok, sampai para penyokong pun tak tahu apa persiapan untuk musim hadapan.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH