01/11/14 adalah tarikh yang dipilih untuk menutup musim bola sepak Malaysia 2014. FAM mempercepatkan seminggu Final Piala Malaysia 2014 demi persiapan Harimau Malaya ke Piala AFF Suzuki bermula 23 November di Singapura.
Secara kebetulan, dua pasukan yang telah menjulang kejuaraan dalam dua saingan berbeza tahun ini, layak ke pentas akhir Piala Malaysia.
Juara Liga Super 2014 bakal berentap dengan Juara Piala FA 2014 di pentas akhir Piala Malaysia. Itulah hakikatnya.
Pemenangnya hanya mencatat DOUBLE. Bukan TREBLE seperti Selangor pada 2005. Bukan juga DOUBLE TREBLE seperti Kedah pada 2007 dan 2008.
Suka diingatkan, memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebagai pembuka tirai musim baru, tidak dianggap sebagai jaguhan.
CUIT SIKIT:
Sebagai pasukan yang bersalin kulit daripada Johor FC, Johor Darul Ta'zim sewajarnya diiktiraf sebagai pasukan KELAB. Bukan PASUKAN NEGERI.
Namun, FAM sendiri seolah - olah membenarkan proses berkenaan apabila menamakan Johor Darul Ta'zim dan Johor Darul Ta'zim II tanpa perkataan FC di semua jadual rasmi kejohanannya musim ini.
Mungkin dalam masa terdekat ini, JDT II itu bakal berkubur juga. Siapa tahu?
Apa - apa pun namanya, buat masa ini agak ramai juga bakat bagus telah terpendam di Larkin dan Pasir Gudang.
Sempena,
apo kobar AWE [ Nurul Azwan Roya ] sekarang ni? PENYERANG TERBAIK NEGARA usah ceritalah. Letih duduk di bench ricaro lebih baik daripada letih mengejar bola di padang.
Akhirnya, pasukan terbaik bakal menang, Sabtu ini. Dan, pemenangnya hanyalah JAGUH KAMPUNG kerana Piala Malaysia tidak mungkin membawa Juaranya ke Liga Asia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan