Jumlah Paparan Halaman

4.10.14

DANYAL BALAGOPAL LIBAS PSM.....

Kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran lapan pingat emas di Sukan Asia Ke-17 di sini bukan merupakan kegagalan mutlak, kata ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Beliau berkata semua atlet telah menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi memburu sasaran negara, namun mereka hanya kurang bernasib baik.

"Orang tidak nampak kesungguhan yang dipamerkan atlet negara bagi mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia, sebaliknya hanya mereka yang berada di venue kejohanan yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Saya tidak menyalahkan atlet dalam perkara ini, sebaliknya berbangga dengan semangat tinggi yang ditunjukan mereka selama mengikuti kampen Sukan Asia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan   sasaran lapan pingat emas, namun kontinjen negara hanya membawa pulang lima  emas, 14 perak dan 14 gangsa.

Pujian Ketua Kontijen Yang Bertaraf CAP AYAM;

"Corak pemainan luar biasa oleh skuad bola sepak negara, malah boleh dianggap sebagai persembahan terbaik mereka ketika menentang Arab Saudi pada aksi penutup peringkat kumpulan. Ia amat membanggakan saya, malah seluruh peminat bola sepak tempatan turut mengakui perkara yang sama apabila skuad Bawah 23 Tahun berjaya memberi saingan hebat biarpun tewas 0-3.

"Pasukan hoki kita pula menunjukan corak permainan berbeza daripada sebelum ini apabila mereka berjaya memberi tentangan hebat kepada Korea Selatan dalam aksi penentuan pingat gangsa biarpun tewas 2-3. Malah ramai pasukan negara lain yang saya temui memuji corak permainan skuad hoki kita," katanya.

CUIT SIKIT:

Sejak bila agaknya dua jenis sukan ini [ bola sepak dan hoki ] dinilai dan disahkan menang menerusi corak permainan?

Setahu aku, yang dinilai menang untuk kedua - dua sukan berkenaan adalah jumlah jaringan gol kita mesti melebihi jaringan gol lawan. FULLSTOP.

Apabila kita tidak mampu menjaringkan gol biarpun bermain cantik ala - ala gimnastik dan terjun berirama, maka kita akan seri sahaja. Jika lawan berjaya menjaringkan gol, kita kalah. Itu sahaja.

Lebih elok sekiranya, semua pihak mengaku kita gagal mencapai sasaran LAPAN PINGAT EMAS itu. Akui kegagalan dan berubahlah untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Apabila kita mempertahankan sebuah kegagalan dengan alasan yang dangkal, tunggulah kehancuran di masa hadapan.

Dan, sepak takraw memang gagal. Bukan sahaja di gelanggang, malah gagal juga di luar gelanggang.

Yang ini, aku setuju. Sebabnya, PSM telah ditawarkan untuk berubah semasa Mesyuarat Agung 2014 lalu.

Danyal melahirkan rasa kecewa terhadap prestasi skuad sepak takraw negara yang dilihat semakin 'hilang taring' setelah gagal menamatkan badi kekalahan kepada Thailand menerusi acara berpasukan lelaki dan regu lelaki.

"Kita sepatutnya mendominasi sukan tradisi masyarakat Melayu ini kerana Malaysia satu ketika dulu amat digeruni malah kitalah yang memperkenalkan sukan sepak takraw kepada dunia," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau kecewa terhadap sikap pengurus sepak takraw yang tidak bersama-sama pasukan atas faktor peribadi.

"Tanpa perlu saya sebutkan nama, sikap tidak bertanggungjawab pengurus pasukan sepak takraw menukar jadual penerbangan beberapa kali menyebabkan kad akreditasi dibatalkan penganjur sehingga menyusahkan pasukan," katanya.
Danyal berkata beliau merasa kasihan melihat jurulatih sepak takraw kebangsaan Jamaluddin Hasan terpaksa mengurus sendiri pasukannya.

"Saya harap selepas ini pihak persatuan dapat mengambil tindakan terhadap individu terbabit dan akan lebih berhati-hati dalam melantik pengurus pasukan,"
katanya.

Beliau berkata sekiranya mereka yang dilantik sebagai pengurus pasukan merasakan bahawa mereka tidak layak melakukan tugas tersebut, lebih baik diberikan kepada orang lain.

Cuma, ahli - ahli PSM yang tidak mahu berubah. Jadi, kekallah mereka sebagai CAP AYAM.

Berita penuh di; SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH