Jumlah Paparan Halaman

18.11.13

SHAH ALAM MENJADI PENENTU.....


Apabila KIng Gobal gagal membawa Harimau Malaya meraih mata di Bahrain, Jumaat lalu, misi ke Australia 2015 hampir tertutup.

Biarpun meletakkan 'dua bas' di bahagian pertahanan, Harimau Malaya tidak menunjukkan sikap mahu menang kerana tidak pantas melakukan serangan balas. Ianya turut dibantu oleh keputusan K. Gopal yang terlalu lambat menukar strategi.

Di Bahrain, ada tiga K [ K. Reuben, K.Gurusamy & K. Kunanlan ] yang diturunkan oleh K. Raja. Namun, tiada satu pun K yang boleh mengelakkan kekalahan. Di akhir perlawanan, Malaysia yang diwakili oleh TIGA K dan dilatih oleh SATU K, MENANGgung Kekalahan kedua di Kumpulan D.

Lebih malang, K.Shafiq langsung tenggelam di bahagian midfield. K. Kunanlan dahulunya memang sayap kiri terbaik negara. Itu cerita tiga tahun lalu. Musim ini, yang lebih menyerlah di posisi itu adalah Nazrin Nawi.

Nazrin bukan sahaja laju malah mempunyai kecendurangan untuk membuat percubaan tepat ke arah pintu gol lawan.  Malangnya, K. Gopal tidak mengenali pemain berkenaan. Lantaran itu, Nazrin hanya masuk sebagai pemain gantian. Itu pun terlalu lewat.

Sepatutnya, apabila bermain secara bertahan, gerak kerja mencari gol dilakukan secara serangan balas. Kejayaan serangan balas ini, bergantung kepada kepantasan pemain di bahagian serangan.

Memang K. Kunanlan pantas. Namun, beliau tidak lagi mempunyai hantaran tepat seperti dahulu. Beliau juga sudah jarang melakukan percubaan deras dari jarak jauh. Sesuatu yang sering dilakukan sewaktu bersama NS dahulu.

Di sinilah sepatutnya, Nazrin Nawi diberikan peluang lebih awal. Mungkin kerana tiada K di awal nama Nazrin, beliau hanya berada di bangku simpanan.

Akhirnya, usai perlawanan di Bahrain, Malaysia semakin jauh dari Australia.

CUIT SIKIT:

Seandainya benar, aku fikir tindakan Safee Sali membalas kenyataan KP MSN secara semberono itu, amat tidak wajar.

Mungkin benar semua pemain telah bermain bermati - matian termasuk beliau yang diturunkan seminit sebelum Bahrain mendapat gol kemenangan itu.

Namun, keinginan sebenar untuk menang itu tidak ditunjukkan dengan jelas di padang. Ini diterjemahkan dengan dua penjaga gol berada di senarai pemain gantian. Apa maknanya?

Jika benar mahu bermain secara padat di bahagian tengah, mengapa Shakir Shaari tidak diturunkan? Mengapa K. Reuben yang sinonim di bek kanan itu turun sebagai defensif midfield. Posisi yang amat asing buat beliau.

Memang wajar Dato' Dzul berbunyi. Sebabnya, Gopal tidak habis - habis bereksperimen. Lebih teruk, eksperimen itu sering kali bermarkah F9. Bukannya A++.

Buat Pie Sali, usah sombong. MSN adalah sebahagian daripada 'stake holder' yang banyak menyumbang kewangan kepada Harimau Malaya.

Selasa ini, Shah Alam mungkin sunyi dan sepi kerana adanya watak sombong dan angkuh di skuad negara.

Nasib kau lah Jang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH