- 3 November 2013 adalah penutup tirai musim bola sepak tempatan. Buat setiap pasukan yang menyertai lapan pertandingan yang dianjurkan FAM, inilah masanya untuk membaiki semula kepincangan dan silap percaturan sebelum ini. Itu pun bagi yang mahu berubah dan mahu berhijrah ke arah lebih baiklah.
- 2014 mungkin menjadi musim paling sukar buat setiap pasukan terutamanya yang berbajet ciput.
- Gaya baru gaji puluhan ribu ciptaan ATM yang disusuli oleh JDT, membuatkan pasukan lain sesak nafas. Bukan senang untuk mengikat pemain bintang jika mereka diburu oleh pasukan bangsawan dan berpoket tebal.
- Lebih susah apabila pemain membuat pakatan untuk membawa masuk rakan karib ke pasukan mereka. Ada juga Setiausaha Kerja Persatuan bertindak membawa masuk pemain kesukaannya. Dan, perkara terakhir yang dilaksanakan adalah mencari Jurulatih. Sepatutnya, bawa masuk Jurulatih dan berikan kebebasan buat mereka memilih pemain mengikut perancangannya. Jika gagal, segeralah dipecat Jurulatih berkenaan. Bukannya menung dan menunggu selepas 15 perlawanan.
- Mungkin Divaldo Alves, K. Devan dan ramai lagi Jurulatih mengalami situasi menubuhkan pasukan berdasarkan selera orang lain. Bukan mengikut selera dan acuan mereka sendiri. Akhirnya, mereka menjadi orang yang direhatkan.
CUIT SIKIT:
- Kelantan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke Piala AFC tiga musim berturut - turut. TAHNIAH!
- NS menerusi V . Sundramoorthy pastinya mahu kembali ke Liga Super 2015. Boleh menjadi kenyataan sekiranya beliau diberikan kebebasan penuh untuk memilih pemain dan mengatur strategi.
- Cuma, sejak heboh berita kehadiran The Dazzler di Seremban, tiada sebarang berita susulan berkenaan perancangannya untuk NS musim hadapan. Agak 'low profile' kali ini.
- Dan, laluan NS untuk kembali ke Liga Super 2015 bukanlah mudah. Johor, Pulau Pinang, Kedah, Sabah mungkin sedang bersiap siaga secara diam. Boleh jadi juga DRB - HICOM FC [ dahulunya dikenali dengan Pos FC ] bakal menggegar dengan bajet besar mereka. Tidak juga boleh dipinggirkan ialah pasukan global bernama Felda United itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan