Dua puluh tahun dengan sepuluh Ketua Jurulatih. Enam gelaran JOHAN dan Enam NAIB JOHAN di semua pertandingan utama di Malaysia.
Bukan terlalu hebat. Tidak juga terlalu selekeh. Cukup baik untuk dikenang oleh generasi baru NS khususnya.
Daripada sepuluh Ketua Jurulatih itu, hanya empat yang benar - benar berjaya. Bermula dengan Zaki Sheikh Ahmad hinggalah ke era Azraai Khor Abdullah. Tempoh 13 tahun yang amat berjaya buat bola sepak NS.
Malangnya, musim 2013 benar - benar menjadi musim malang. NS bukan sahaja tidak meraih apa - apa gelaran Johan atau Naib Johan, malah turut tersingkir daripada Liga Super 2014.
Amat malang kerana NS hanya sempat berada di Liga Super selama 7 musim sahaja. Selain bergelar Juara musim 2005 - 2006, NS juga meraih Naib Juara Liga Super musim 2008.
Sekaligus menyatakan betapa hebatnya asuhan Wan Jamak kepada para pemain NS.
CUIT SIKIT:
Jika catatan sejarah itu berulang, musim 2014 nanti bakal ada gelaran buat NS. Cuma Johan atau Naib Johan tidaklah dapat diramalkan.
Faktanya? Semusim tanpa sebarang gelaran di bawah bimbingan Ketua Jurulatih impot, NS akan bangkit dengan kejayaan di musim berikutnya. Cuba perhatikan era K. Devan, Hatim dan Wan Jamak itu.
Maknanya, selepas gagal di bawah DA, aku fikir NS bakal bangkit kembali di bawah Sundramoorthy. Biarpun dia diimpot, namun budaya bola sepak Singapura dan Malaysia tidak jauh berbeza. Malah Sundram sudah dua musim bergelumang di kancah Liga Malaysia.
Bertolak daripada itulah, mungkin musim 2014 akan mempamerkan kebangkitan hebat daripada NS.
Buat Jang dan Milah, soba yo lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan