Jumlah Paparan Halaman

25.11.13

SEJARAH 20 TAHUN BOLA SEPAK NS.....


Dua puluh tahun dengan sepuluh Ketua Jurulatih. Enam gelaran JOHAN dan Enam NAIB JOHAN di semua pertandingan utama di Malaysia.

Bukan terlalu hebat. Tidak juga terlalu selekeh. Cukup baik untuk dikenang oleh generasi baru NS khususnya.

Daripada sepuluh Ketua Jurulatih itu, hanya empat yang benar - benar berjaya. Bermula dengan Zaki Sheikh Ahmad hinggalah ke era Azraai Khor Abdullah. Tempoh 13 tahun yang amat berjaya buat bola sepak NS.

Malangnya, musim 2013 benar - benar menjadi musim malang. NS bukan sahaja tidak meraih apa - apa gelaran Johan atau Naib Johan, malah turut tersingkir daripada Liga Super 2014.

Amat malang kerana NS hanya sempat berada di Liga Super selama 7 musim sahaja. Selain bergelar Juara musim 2005 - 2006, NS juga meraih Naib Juara Liga Super musim 2008.

Sekaligus menyatakan betapa hebatnya asuhan Wan Jamak kepada para pemain NS.

CUIT SIKIT:

Jika catatan sejarah itu berulang, musim 2014 nanti bakal ada gelaran buat NS. Cuma Johan atau Naib Johan tidaklah dapat diramalkan.

Faktanya? Semusim tanpa sebarang gelaran di bawah bimbingan Ketua Jurulatih impot, NS akan bangkit dengan kejayaan di musim berikutnya. Cuba perhatikan era K. Devan, Hatim dan Wan Jamak itu.

Maknanya, selepas gagal di bawah DA, aku fikir NS bakal bangkit kembali di bawah Sundramoorthy. Biarpun dia diimpot, namun budaya bola sepak Singapura dan Malaysia tidak jauh berbeza. Malah Sundram sudah dua musim bergelumang di kancah Liga Malaysia.

Bertolak daripada itulah, mungkin musim 2014 akan mempamerkan kebangkitan hebat daripada NS.

Buat Jang dan Milah, soba yo lah.

20.11.13

MENCARI INTAN DI LOMBONG PASIR.....


12 pasukan termasuk empat yang telah layak secara automatik sebelum 2013 mengesahkan tempat di pusingan akhir Piala Asia 2015. Malangnya, tiada nama MALAYSIA disenarai itu.

Kegagalan mempertahankan Piala AFF 2012 menyaksikan King Gobal menyasarkan layak secara merit ke Australia 2015 sebagai sasarannya. Baguslah. Tidak mungkin selamanya kita sekadar mahu bergelar jaguh Asia Tenggara.

Malangnya, sasaran itu kian tersasar. Bukan tidak boleh dicapai. Tetapi pendekatan serta pemilihan pemain yang sering dipertikaikan, mungkin menjadi penyebab utama kegagalan itu.

Salah satu kekosongan tempat itu, bakal menjadi milik Juara Cabaran Asia 2014. Satu pertandingan yang dikhususkan untuk negara - negara membangun bola sepak Asia.

Dua lagi kekosongan bakal menjadi milik Naib Johan Kumpulan A dan Naib Johan Kumpulan C.

Dan, pasukan ke 16 yang bakal ke Autralia pada 9 hingga 31 Januari 2015 adalah;

Ada nama Malaysia di senarai itu. Namun, berdasarkan fakta di atas, kedudukannya kian terperosok.

Mungkin Malaysia boleh menang di perlawanan ini;

dan memungut tujuh mata secara keseluruhan. Namun, mengharapkan Iraq, Lebanon dan Syria gagal di perlawanan terakhir mereka adalah ibarat mencari intan di lombong pasir.

Juga, mana mungkin kita boleh mendapat toman, seandainya kita memancing di Selat Melaka.

CUIT SIKIT:

Dengan peluang yang amat tipis, dan bersandarkan keyakinan pelbagai pihak yang kian terhakis, aku fikir eloklah FAM segera menamatkan kontrak K . Rajagobal itu.

Jika kejayaan lalu menjadi sandaran, beliau sudah pun mendapat penghargaannya.

On June 4, 2011, K. Rajagopal was awarded the Panglima Jasa Negara (P.J.N) which carries the title Datuk[2] in conjunction with the Yang di-Pertuan Agong's birthday, 2011. He was among 67 recipients of the awards from His Majesty Tuanku Mizan Zainal Abidin at Balairong Seri, Istana Negara.

Bak kata Hafizal Hamad semalam, sejarah adalah perkara lampau sebagai kenangan. Yang menjadi ukuran adalah pencapaian semasa.

Buat King Gobal, hantarlah segera, surat letak jawatan supaya Datuk Midin senang buat kerja untuk menghantar surat lantikan kepada Ketua Jurulatih yang baru.

Mungkin tuah dan sentuhan baru, Malaysia boleh layak ke Australia 2015.

18.11.13

SHAH ALAM MENJADI PENENTU.....


Apabila KIng Gobal gagal membawa Harimau Malaya meraih mata di Bahrain, Jumaat lalu, misi ke Australia 2015 hampir tertutup.

Biarpun meletakkan 'dua bas' di bahagian pertahanan, Harimau Malaya tidak menunjukkan sikap mahu menang kerana tidak pantas melakukan serangan balas. Ianya turut dibantu oleh keputusan K. Gopal yang terlalu lambat menukar strategi.

Di Bahrain, ada tiga K [ K. Reuben, K.Gurusamy & K. Kunanlan ] yang diturunkan oleh K. Raja. Namun, tiada satu pun K yang boleh mengelakkan kekalahan. Di akhir perlawanan, Malaysia yang diwakili oleh TIGA K dan dilatih oleh SATU K, MENANGgung Kekalahan kedua di Kumpulan D.

Lebih malang, K.Shafiq langsung tenggelam di bahagian midfield. K. Kunanlan dahulunya memang sayap kiri terbaik negara. Itu cerita tiga tahun lalu. Musim ini, yang lebih menyerlah di posisi itu adalah Nazrin Nawi.

Nazrin bukan sahaja laju malah mempunyai kecendurangan untuk membuat percubaan tepat ke arah pintu gol lawan.  Malangnya, K. Gopal tidak mengenali pemain berkenaan. Lantaran itu, Nazrin hanya masuk sebagai pemain gantian. Itu pun terlalu lewat.

Sepatutnya, apabila bermain secara bertahan, gerak kerja mencari gol dilakukan secara serangan balas. Kejayaan serangan balas ini, bergantung kepada kepantasan pemain di bahagian serangan.

Memang K. Kunanlan pantas. Namun, beliau tidak lagi mempunyai hantaran tepat seperti dahulu. Beliau juga sudah jarang melakukan percubaan deras dari jarak jauh. Sesuatu yang sering dilakukan sewaktu bersama NS dahulu.

Di sinilah sepatutnya, Nazrin Nawi diberikan peluang lebih awal. Mungkin kerana tiada K di awal nama Nazrin, beliau hanya berada di bangku simpanan.

Akhirnya, usai perlawanan di Bahrain, Malaysia semakin jauh dari Australia.

CUIT SIKIT:

Seandainya benar, aku fikir tindakan Safee Sali membalas kenyataan KP MSN secara semberono itu, amat tidak wajar.

Mungkin benar semua pemain telah bermain bermati - matian termasuk beliau yang diturunkan seminit sebelum Bahrain mendapat gol kemenangan itu.

Namun, keinginan sebenar untuk menang itu tidak ditunjukkan dengan jelas di padang. Ini diterjemahkan dengan dua penjaga gol berada di senarai pemain gantian. Apa maknanya?

Jika benar mahu bermain secara padat di bahagian tengah, mengapa Shakir Shaari tidak diturunkan? Mengapa K. Reuben yang sinonim di bek kanan itu turun sebagai defensif midfield. Posisi yang amat asing buat beliau.

Memang wajar Dato' Dzul berbunyi. Sebabnya, Gopal tidak habis - habis bereksperimen. Lebih teruk, eksperimen itu sering kali bermarkah F9. Bukannya A++.

Buat Pie Sali, usah sombong. MSN adalah sebahagian daripada 'stake holder' yang banyak menyumbang kewangan kepada Harimau Malaya.

Selasa ini, Shah Alam mungkin sunyi dan sepi kerana adanya watak sombong dan angkuh di skuad negara.

Nasib kau lah Jang.

14.11.13

SIARAN LANGSUNG KELAYAKAN PIALA ASIA 2015.....

Esok, nun jauh di Riffa, Bahrain, Harimau Malaya bakal turun buat kali keempat di pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Perlawanan ini bagaikan tidak diambil peduli oleh pihak media arus perdana. Dalam tempoh seminggu ini, tiada satu laporan persiapan perlawanan disiarkan. Lebih menarik berita YB KJ lawan FAM berbanding berita Bahrain lawan Malaysia ini.

Mungkin kerana kegagalan menewaskan Bahrain di Shah Alam sebulan lalu, membuatkan media Malaysia sudah tidak berminat lagi untuk mengikuti perkembangan Skuad King Gobal ini. Mungkin juga tiada satu akhbar pun yang menghantar wartawan mereka ke Riffa.

Carta Kumpulan D setakat 15 Oktober lalu;
Masih bagus kerana AFC menetapkan PASUKAN TERBAIK DI TEMPAT KETIGA semua kumpulan bakal layak ke Australia di tahun 2015 nanti. Dan, setakat tiga perlawanan, pasukan terbaik berkenaan adalah;
Masih ada peluang tetapi amat tipis. Dan, layak secara pasukan ketiga terbaik bukanlah layak secara merit sepertimana yang sering diucapkan olah King Gobal.

CUIT SIKIT:

Dua perlawanan berturut - turut dalam tempoh lima hari. Berhadapan dua pasukan teratas kumpulan. Dua perlawanan yang tidak menjanjikan kemenangan tetapi hampir pasti menghadiahkan kekalahan.
Layak secara merit adalah menerusi status sebagai Johan atau Naib Johan Kumpulan.

Bagaimana untuk layak secara merit jika bersandarkan pemain yang tidak menyerlah di liga sendiri?

11.11.13

JATUH UNTUK BANGKIT.....

Percikan air ini berlaku kerana ada objek besar yang jatuh ke dalamnya.

Samada objek terjatuh sendiri atau ditolak oleh pihak lain, itu bukan isunya. Jatuh tetap jatuh. Masih bernasib baik kerana jatuh ke air. Mungkin jasadnya masih kekal utuh biarpun lemas dan membobok.

Jika jatuh terhempas ke batu, alamat hancur berkecailah objek itu. Kasihannya.....

Mungkin begitulah kocakan dan percikan airnya seandainya kejatuhan NS ke Liga Premier 2014 diambil persamaan dengan objek yang terjatuh itu.

CUIT SIKIT:

Setiap kali berlakunya jatuh atau kejatuhan, ianya pasti memerlukan kita untuk bangkit.

Bukan bangkit sembarangan. Tetapi bangkit dengan penuh keazaman dan jati diri yang teguh.

Belajarlah daripada Pahang yang suatu ketika dahulu pernah jatuh ke Liga Premier. Malah, tidak perlu malu untuk menuntut dengan Kelantan. Kejatuhan Kelantan bukan sekadar ke Liga Premier. Malah Kelantan turut terpaksa bermain di Liga FAM. Berguru juga dengan Pulau Pinang yang lama terperosok di Liga FAM.

Buat Tok Mat dan PBNS, aku ucapkan selamat bangkit;

5.11.13

JUARA - JUARA 2013.....


  • 3 November 2013 adalah penutup tirai musim bola sepak tempatan. Buat setiap pasukan yang menyertai lapan pertandingan yang dianjurkan FAM, inilah masanya untuk membaiki semula kepincangan dan silap percaturan sebelum ini. Itu pun bagi yang mahu berubah dan mahu berhijrah ke arah lebih baiklah.

  • 2014 mungkin menjadi musim paling sukar buat setiap pasukan terutamanya yang berbajet ciput.

  • Gaya baru gaji puluhan ribu ciptaan ATM yang disusuli oleh JDT, membuatkan pasukan lain sesak nafas. Bukan senang untuk mengikat pemain bintang jika mereka diburu oleh pasukan bangsawan dan berpoket tebal.

  • Lebih susah apabila pemain membuat pakatan untuk membawa masuk rakan karib ke pasukan mereka. Ada juga Setiausaha Kerja Persatuan bertindak membawa masuk pemain kesukaannya. Dan, perkara terakhir yang dilaksanakan adalah mencari Jurulatih. Sepatutnya, bawa masuk Jurulatih dan berikan kebebasan buat mereka memilih pemain mengikut perancangannya. Jika gagal, segeralah dipecat Jurulatih berkenaan. Bukannya menung dan menunggu selepas 15 perlawanan.

  • Mungkin Divaldo Alves, K. Devan dan ramai lagi Jurulatih mengalami situasi menubuhkan pasukan berdasarkan selera orang lain. Bukan mengikut selera dan acuan mereka sendiri. Akhirnya, mereka menjadi orang yang direhatkan.

CUIT SIKIT:

  • Kelantan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke Piala AFC tiga musim berturut - turut. TAHNIAH!

  • NS menerusi V . Sundramoorthy pastinya mahu kembali ke Liga Super 2015. Boleh menjadi kenyataan sekiranya beliau diberikan kebebasan penuh untuk memilih pemain dan mengatur strategi.
  • Cuma, sejak heboh berita kehadiran The Dazzler di Seremban, tiada sebarang berita susulan berkenaan perancangannya untuk NS musim hadapan. Agak 'low profile' kali ini.
  • Dan, laluan NS untuk kembali ke Liga Super 2015 bukanlah mudah. Johor, Pulau Pinang, Kedah, Sabah mungkin sedang bersiap siaga secara diam. Boleh jadi juga DRB - HICOM FC [ dahulunya dikenali dengan Pos FC ] bakal menggegar dengan bajet besar mereka. Tidak juga boleh dipinggirkan ialah pasukan global bernama Felda United itu.

4.11.13

PENAMAT YANG SANTAI.....

Watson Piala Malaysia 2013 tamat dengan santai. Tiada sebarang berita berkaitan salah laku penyokong pasukan finalis.

Kecuali laporan penyokong Kelantan merempuh pintu masuk, tiada apa yang dikatakan berkaitan tindakan luar biasa penyokong kali ini. Mungkin sikap dan tingkah laku penyokong sudah berubah. Mungkin juga tindakan awal penguasa keselamatan membuatkan semuanya santai.

Sebagai renungan, aku paparkan semula pencapaian semua 16 pasukan di peringkat kumpulan.
PKNS FC selaku pasukan paling berjaya di peringkat kumpulan gagal di suku akhir. Perak pula melakar rekod baru Piala Malaysia apabila kertas siasatan SPRM dibuka ekoran kekalahan teruk di Kuching.

Sesuatu yang menarik di saingan kalah mati ialah tiada satu pun perlawanan berlanjutan ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.
Cukup 180 minit untuk menentukan pemenang bagi setiap perlawanan termasuk final.

Dan, yang nyata, kecuali pertemuan Sime Darby FC dan Sarawak di Selayang, 12 perlawanan lain berakhir dengan sekurang - kurangnya ada satu jaringan. Sesuatu yang amat baik buat peminat untuk bersorak dan meraikan jaringan.

CUIT SIKIT:

Buat pasukan yang kalah terutamanya NS yang cuma tiga minit daripada melangkah ke suku akhir, aku ucapkan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH