Jumlah Paparan Halaman

30.6.13

3S YANG SURAM.....

PIALA FA KEKAL DI KELANTAN.

Jaringan tunggal Mohd Nor Farhan Muhammad ketika permainan berusia 15 minit 14 saat, sudah cukup untuk Kelantan mempertahankan Kejuaraan Piala FA.
Gol itu juga memberikan makna, Kelantan akan beraksi buat kali ketiga berturut - turut di Piala AFC.

Apa yang menarik, Darul Takzim FC selaku pasukan kelab kedua yang layak ke final Piala FA langsung tidak mencabar. Langsung tiada apa yang istimewa terpamer dari Kem mereka malam tadi.

Menurut bahasa orang kampung aku, persembahan kelab Audi Q7 itu adalah TOTAL LOSS.

Di saat Kelantan membuat satu percubaan setiap empat minit permainan, Darul Takzim aku lihat lebih banyak bertindak selaku pengawai pengiring kepada para pemain Kelantan. Berada dekat dengan pemain Kelantan dan kemudian memintas bola. Kemudiannya, bola dapat semula kepada pemain Kelantan. Begitulah sehingga tamat permainan.

Lebih menarik, seingat aku, Darul Takzim FC gagal mendapat sebarang tendangan sudut malam tadi. Jika benar, ini mungkin satu rekod di mana - mana final bola sepak di Malaysia. Mungkin juga di dunia.

CUIT SIKIT:

Aku lihat peluang Malaysia di peringkat kelayakan Piala Asia 2015 semakin samar.

Apa  kena mengenanya dengan Piala FA?

Tentunya ramai yang sedar betapa trio 3S kesayangan King Gobal [ Safee, Shafiq dan Shahrul Idlan ] bermain di tahap paling hampeh malam tadi.

Malah, Shafiq selaku midfielder Darul Takzim, lebih bertindak selaku PEGAWAI PENGIRING kepada Piya dan Shakir Shaari. Bukannya sama - sama bersaing di tengah padang untuk mencorakkan permainan pasukan masing - masing.

Safee Sali dan Shahrul Idlan ternyata mencungap untuk mengatasi Obina. Ternyata, kedua - duanya hanya hebat ketika berlawan dengan kelab Australia yang bersaing di liga perdana negeri New South Wales. Apabila bertemu Kelantan, ternyata kedua - duanya bungkor.

Akhirnya, WANG BOLEH MEMBELI PEMAIN TETAPI TIDAK DAPAT MEMBELI KEMENANGAN.

25.6.13

SAH! NS GANTI NS BETARIA.....

AKHIRNYA, pengganti NS Betaria di Liga Premier 2014 telah terjawab.

Pasukan Negeri Sembilan [ NS ] gagal melaksanakan misi WAJIB MENANG di Kuala Terengganu hari ini, menyaksikan NS akan bermain di Liga Premier 2014. Berbaki dua perlawanan, NS sudah tiada peluang untuk mengelak daripada turun pangkat musim hadapan.

Suka atau tidak, semua PSNS akan menghadapi suasana baru musim hadapan. Lawan yang bakal ditemui bukan lagi majoritinya pasukan negeri. Di Liga Premier, pasukan kelab dan negeri adalah sama banyak.

Namun, kemeriahannya masih ada kerana Johor, Kedah, Sabah, Perlis dan Pulau Pinang adalah pasukan negeri yang tentunya mempunyai penyokong yang tegar seperti NS juga. Pasukan kelab memang tiada penyokong tegar. Dan, bersedialah untuk bermain di sebelah petang.

Keputusan penuh Liga Super 25 Jun;
Carta Terkini;
Berbaki dua perlawanan pada Julai nanti, misi NS hanyalah untuk menang supaya tidak menamatkan musim di tangga tercorot.

Namun, bolehkah NS menang baki dua perlawanan itu?
CUIT SIKIT:

Kepada semua pihak yang terlibat dengan pasukan Liga Super NS musim ini, terima kasih banyak - banyak aku ucapkan.

PERTAMANYA, tindakan lewat memecat DA adalah petanda memang ada pihak yang tidak mahu NS berjaya musim ini.

KEDUA, memecat DA dan menggantikannya dengan Ridzuan Abu Shah yang tidak pernah bergelar Ketua Jurulatih itu juga adalah petunjuk pihak itu tidak mahu NS berubah. Di saat kritikal, bimbingan daripada pihak yang tidak berpengalaman pastinya lebih menyukarkan.

Akhirnya, terima kasih kepada Presiden dan Para EXCO PBNS, Pentadbiran di Medan Rahang dan Pengurusan dan Kejurulatihan PBNS kerana membawa kembali NS ke Liga Premier yang telah ditinggalkan sejak musim 2006.

Jika tidak berubah, ada harapan NS akan bermain pula di Liga FAM musim 2015.

24.6.13

DARI MINDEF KE KUCHING.....

TAHNIAH SARAWAK!.
Pemburuan Juara Liga Premier 2013 telah ternoktah. Berbaki SATU PERLAWANAN, Sarawak tidak tercabar lagi oleh Sime Darby FC. Akhirnya, Trofi Liga Premier yang setahun bermastautin di Mindef, bakal berada pula semusim di Bumi Kenyalang.

Keputusan penuh;

Dengan tamatnya kesemua enam perlawanan Liga Premier hari ini, beberapa soalan sampingan turut terjawab.

PERTAMA - 
Empat pasukan Liga Premier yang layak ke Piala Malaysia 2013 telah dimuktamadkan. Selain Sarawak dan Sime Darby, Johor dan Kedah juga layak.

SABAH pula mengesahkan kedudukan untuk layak ke pusingan play-off Piala Malaysia 2013. Satu lagi tempat bakal menjadi rebutan Pos Malaysia dan PDRM.

KEDUA -

KUALA LUMPUR dan NS Betaria adalah DUA pasukan yang bakal turun ke Liga FAM 2014. UiTM FC yang bermula hambar, terus kekal di Liga Premier musim hadapan, ditemani SPA Putrajaya dan Perlis. Namun, ketiga - tiga pasukan ini tidak berpeluang untuk bermain di Piala Malaysia.

PULAU PINANG bakal memulakan musim hadapan di Liga Premier setelah gah bergelar Juara Liga FAM 2013.
CUIT SIKIT:

SAH! NS Betaria bakal kembali ke Liga FAM setelah dua musim di Liga Premier. Dan, sudah semakin hampir, pengisi kekosongan itu adalah NS.

Esok adalah harinya. T - Team bakal menjadi tuan rumah di Kuala Terengganu. Mampukah NS melaksanakan misi wajib menang? Sama - sama kita nantikan.

Jika NS kalah esok, maka SAH, Liga Premier yang ditinggalkan oleh NS Betaria itu bakal digantikan oleh NS. Apo doa nak baco ni?

10.6.13

RIUH DI HUJUNG NEGERI.....

SENJA itu suasana tidak seperti biasa. Hingar bingar dan amat bising. Tidak pula dapat diamati buah butirnya. Semuanya riuh. Keadaan tidak terkawal sama sekali.

Masing - masing mahu menunjuk gagah. masing - masing mengaku dialah yang terhebat di alam maya ini. Langsung tiada pihak yang mahu mengalah.

Menghampiri waktu maghrib, lantaran dek tidak tertahan lagi dengan keriuhan itu, Tok Ketua Kampung mengarahkan Tok Pawang dengan bantuan segala dukun dan bomoh kampung, pergi melihat apa yang berlaku.

Kehebatan Tok Pawang dan bala tentera perbomohannya nyata tidak mampu untuk mendiamkan keriuhan itu. Hebat Tok Pawang. Hebat lagi mereka yang berbalah itu.

Akhirnya, Tok Ketua Kampung mengarahkan semua warga kampung berdiam diri. Bersabarlah. Di hujung hari, setelah ada yang tewas, pasti perbalahan itu akan tamat dengan sendiri.

CUIT SIKIT:
Bak kata Orang Negoghi,
BUDAK - BUDAK BERMAIN ABU : ORANG TUA PEDIH MATO.

Aku tambah,
ORANG TUO MAIN MIANG BULUH : BEBUDAK GOLAK BAGAI NAK GILO.

8.6.13

BAHANG JUARA.....

Dua minggu lagi, dua Juara Liga Malaysia 2013 bakal terserlah. Juara Liga Premier dan Liga Super mungkin bakal terserlah pada 21 & 22 Jun nanti.
Saingan Liga Premier hanya tertumpu kepada Sarawak dan Sime Darby FC. Namun, Johor dan Kedah pastinya mempunyai sebab untuk menang pada 21 Jun nanti.

Sarawak tentunya turun dengan MISI MESTI MENANG untuk menghampiri kejuaraan. Sime Darby pula pastinya turun dengan misi yang serupa. Jika Sarawak menang dan Sime Darby tewas, Juara Liga Premier 2013 sah milik Sarawak.

Jika Sime Darby menang dan Sarawak pula kalah, persaingan kedua - duanya akan berlarutan hingga ke perlawanan terakhir pada 5 Julai nanti.

Bagi Johor, mereka WAJIB MENANG kerana tempat kedua masih boleh dimiliki. Dengan syarat, Sime Darby tidak menang tiga perlawanan terakhir.

Kedah juga perlukan kemenangan. Mereka masih berpeluang untuk berada di nombor dua atau nombor tiga.
# PASUKAN P GOL Pts BAKI BAKI MATA 
+- PERLAWANAN MATA  MAKSIMA
1 SARAWAK 19 15 4 0 41 10 31 49 3 9 58
2 SIME DARBY 19 14 3 2 45 11 34 45 3 9 54
3 JOHOR 19 12 3 4 47 20 27 39 3 9 48
4 KEDAH 19 11 3 5 31 17 14 36 3 9 45
5 SABAH 19 8 3 8 35 35 0 27 3 9 36
6 PDRM 19 7 4 8 36 30 6 25 3 9 34
7 POS MALAYSIA 19 6 5 8 20 24 -4 23 3 9 32
8 S.P.A PUTRAJAYA 19 5 5 9 27 36 -9 20 3 9 29
9 PERLIS 19 5 4 10 23 33 -10 19 3 9 28
10 UiTM FC 19 4 5 10 20 33 -13 17 3 9 26
11 KUALA LUMPUR 19 4 2 13 19 50 -31 14 3 9 23
12 NS BETARIA 19 1 4 14 10 55 -45 7 3 9 16

Liga Super pula masih terbuka untuk lima pasukan teratas muncul juara. Begitu pun, petunjuknya pasti pada 22 Jun nanti. Lions XII dan Darul Takzim FC bakal berentap di Jalan Besar.

Tiga lagi pemburu juara, ATM, Selangor dan Pahang juga perlukan kemenangan untk menghidupkan peluang. Namun, Selangor dan ATM bakal berentap sesama sendiri pada 21 Jun. Sebarang keputusan yang tidak memihak kepada mana - mana pasukan, pasti akan menghancurkan peluang menjuarai Liga Super musim ini.
# PASUKAN P GOL Pts BAKI BAKI MATA 
+- PERLAWANAN MATA  MAKSIMA
1 LIONS XII 18 11 5 2 26 11 15 38 4 12 50
2 DARUL TAKZIM 18 10 4 4 27 23 4 34 4 12 46
3 ATM 18 10 3 5 32 19 13 33 4 12 45
4 SELANGOR 18 7 9 2 22 13 9 30 4 12 42
5 PAHANG 18 8 5 5 28 23 5 29 4 12 41
6 KELANTAN 18 6 6 6 23 20 3 24 4 12 36
7 PKNS 18 7 3 8 28 27 1 24 4 12 36
8 TERENGGANU 18 7 3 8 22 24 -2 24 4 12 36
9 PERAK 18 6 4 8 19 24 -5 22 4 12 34
10 FELDA UNITED 18 3 6 9 10 25 -15 15 4 12 27
11 T - TEAM 18 3 3 12 10 26 -16 12 4 12 24
12 NEGERI SEMBILAN 18 1 7 10 9 21 -12 10 4 12 22

Buat NS, peluang untuk memperbaiki kedudukan masih ada. Masih belum terkeluar.
Itu pun bergantung kepada diri sendiri dan sedikit bantuan pasukan lain. Sejauh mana Jang boleh pergi terpulanglah kepada pencapaian di empat perlawanan terakhir.
22/06/13 Negeri Sembilan V PKNS
25/06/13 T-Team V Negeri Sembilan
02/07/13 Negeri Sembilan V Darul Takzim
06/07/13 Felda United V Negeri Sembilan
Jang masih boleh menduduki tangga ke sembila liga dengan syarat, menang semua perlawanan dan PERAK kalah semua perlawanan.
Soalannya, mampukah Jang melakukan keajaiban di akhir musim?

CUIT SIKIT:
TAHNIAH buat Skuad Bawah 19 Tahun NS yang muncul di kalangan lapan pasukan terbaik Piala Belia 2013 yang berakhir hari ini.

Maknanya, secara teorinya, masa hadapan bola sepak NS masih ada. Cuma, sejauh mana pula Jang Mudo ni mampu mengekalkan prestasi mereka. Aku amat bimbang kepada senario biasa " EASY COME ; EASY GO " berlaku kepada generasi pemain masa hadapan ini.

Jangan cepat lupa diri dengan kebolehan dan bakat yang ada. 
Dan, bergurulah dengan yang pakar untuk terus menngkat maju.

1.6.13

TAHNIAH KELANTAN & DARUL TAKZIM FC.....

Separuh Akhir II Piala FA 2013 tamat sebentar tadi dengan Pahang muncul pemenang.  Dua gol di separuh masa pertama belum cukup untuk ke Final. Di peringkat ini, jaringan gol di arena lawan menjadi pemisah. Satu gol di separuh masa kedua sudah cukup buat DARUL TAKZIM FC ke final.

Inilah kali ketiga di Piala FA ini, Darul Takzim muncul pemenang di arena lawan.
Kedah dan Selangor adalah dua mangsa terdahulu Darul Takzim apabila kedua - duanya tewas menerusi sepakan penalti di Alor Setar dan Shah Alam.

Juara Bertahan, KELANTAN akan menjadi halangan terakhir buat Darul Takzim untuk menjuarai salah satu daripada tiga pertandingan utama di Malaysia.

Bagaikan bersepakat, kedua - dua finalis ini tewas di arena lawan di peringkat separuh akhir tetapi masih layak ke final.

CUIT SIKIT:

Selain kemegahan selaku JUARA, pemenang atau JOHAN PIALA FA 2013 bakal membawa cabaran negara di Piala AFC 2014.
Tentunya FINAL IMPIAN buat Kijang dan Harimau Selatan tetapi tidak buat Penyu dan Gajah.

Buat Ghuso, sobalah tahun ni. Kita ke final tahun dopan yolah.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH