Jumlah Paparan Halaman

30.4.13

PARTI CAP BUNGA RAYA.....


Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia. Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).
Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. 

Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.

Sekian.
Ahmad Fadhi bin Shaari,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

CUIT SIKIT:



TERIMA KASIH BUAT PENGIRIM FOTO - FOTO INI. SEMOGA KERJA BAIK INI DIRAHMATI ALLAH S.W.T.

Aku memang kesian dengan Braheng tu sejak dulu lagi. Tapi, apo nak dikato. Itu pilihan dio.

25.4.13

BOLA MINGGU INI.....

FAM telah meminda jadual perlawanan bagi tarikh 4 hingga 6 Mei demi memudahkan kaki bola dan yang mencari makan dengan bola mengundi di PRU 13 nanti.

Malangnya, selain artis, tiada pemain bola dan Jurulatih bola dicalonkan oleh mana - mana parti di pilihan raya ini. Sejak Dato Jamal Nasir Ismail-bekas pemain bek kanan Pahang dan Malaysia di era 1980'an bergelar YB ADUN Beserah, tiada lagi pemain bola bergelar YB.

Dato Soh Chin Aun pernah menjadi calon BN tetapi tewas di DUN Kota Melaka. Jika tidak silap, beliau tewas kepada Lim Kit Siang pada pilihan raya di tahun 1980'an. Tahun sebenar, aku dah lupa.

Di bawah pula adalah jadual siaran langsung Liga Super minggu ini. Buat TV1, janganlah tukar siaran langsung di saat akhir. Pilihan raya memerlukan undi anak muda. Anak muda juga menjadi kaki bola. Kalau nak undi, kena layanlah kehendak kaki bola ni.

CUIT SIKIT:

Setelah sekian lama, akhirnya King Gobal menjadi orang paling bersih di FAM. Beliau terlepas sebarang hukuman apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM menggugurkan pertuduhan ke atas beliau.

Setelah sekian lama berpolimik di media, setelah sekian banyak masa terbuang dan setelah banyak juga duit FAM keluar membiayai kos mesyuarat, ahirnya King Gobal tidak dibicarakan.

JK Tatatertib dan Sekretariat FAM seharusnya tidak membazirkan begitu sahaja masa dan wang ringgit jika akhirnya membuat keputusan tiada kes. Bukankah lebih baik didiamkan sahaja daripada awal. Tiada sebarang pembaziran berlaku.

TAHNIAH juga buat PSNS dan seluruh penyokong setia NS yang melaksanakan satu misi sukar minggu lalu. Mesej anda telah sampai ke Medan Rahang. Sedikit masa lagi, pasti ada perubahan di sana.

19.4.13

SELAMAT MAJU JAYA PSNS,.....

Selamat maju jaya buat Penyokong Setia Negeri Sembilan yang khabarnya amat bersemangat untuk menuntut perubahan. Perubahan prestasi pasukan dan perubahan wajah pasukan.

Buat PSNS, aku ucapkan selamat maju jaya. Ingat, kita cuma mahu bersuara bukan memberontak. Kita mahu Mr. Presiden memantau pasukan NS yang tercorot di Liga Super sekarang ini.

Kita juga mahu PBNS mengambil tindakan super drastik terhadap Pengurusan dan Team Kejurulatihan Pasukan. Jika Butler yang sikit atas boleh direhatkan, kenapa Mamat Portugis ni masih boleh senyum biarpun tak monang.

Kita juga mahu Mr. Presiden mengambil tindakan maha cepat supaya musang berjanggut dan musang berbulu ayam dalam pasukan ini dinyahfroskan.

Dan, kita juga mahu, mulai malam ini, NS akan menang, menang dan menang. Tidak kiralah di Paroi atau di mana jua asalkan tidak merbahaya.

CUIT SIKIT:

Secara aman yo jang!

17.4.13

RUSA CAIR DIAYAT PENYU.....

2010, NS, Selangor, Terengganu dan Kedah bermain di separuh akhir Piala FA. NS muncul juara menewaskan Kedah.

2011, tiga pasukan pantai timur, PAHANG, TERENGGANU dan KELANTAN layak ke separuh akhir. Senarai itu dilengkapkan oleh Selangor. Terengganu muncul juara.

2012, Kelantan dan Terengganu layak ke separuh akhir ditemani Kedah dan Sime Darby FC. Kelantan muncul juara setelah mengatasi Sime Darby 1 - 0.

2013,


ulangan separuh akhir 2011 muncul kembali. Kecuali ketiadaan Selangor, ketiga - tiga pasukan pantai timur masih di situ.

Apabila pasukan menang di arena lawan, ia sememangnya kuat. Pasukan itu ada kelas tersendiri. Tetapi, apabila pasukan itu menang di arena lawan tetapi kalah di arena sendiri, pasukan itu sebenarnya amat bergantung kepada mood dan prestasi semasa para pemain yang diturunkan.

Bagi aku, kekalahan Selangor di saat dia sudah pun menang, memuktamadkan kata - kata Haji Irfan Bakti selepas perlawanan di Johor Bahru tempohari. "Pemain saya sangat selesa selepas mendahului dua gol. Sepatutnya kita terus menekan pasukan lawan, tetapi mereka membiarkan lawan mendapatkan satu gol," kata Haji Irfan. Malam tadi, jelas Selangor kalah kerana masih mengekalkan sikap yang sama.

Buat NS, selagi Mr. Presiden masih percayakan 'somebody' di Medan Rahang, selagi itulah pasukan NS akan bergelut. Buat pengetahuan Mr. Presiden [ yang diyakini bakal meneruskan jawatan itu selepas PRU 13 ini ], sudah banyak pengakuan dan kisah benar dilafazkan di wall fb berkaitan Kelab Penyokong NS ini.

Apabila seseorang yang mengelar diri mereka PENYOKONG SETIA sudah membuat akujanji TIDAK MAHU DATANG LAGI KE STADIUM, maknanya pasukan di bawah seliaan Mr. Presiden, sudah boleh tutup kedai musim ini.

Janganlah sampai perlawanan NS hanya disokong oleh pemain simpanan dan pegawai pasukan NS sahaja, dan penyokong pasukan pelawat lebih ramai apabila bermain di Paroi baru hendak membuat perubahan. Itu sudah terlewat namanya.

Jangan biarkan NS setaraf dengan Pulau Pinang dan Melaka yang bermain di Liga FAM. Kedua - duanya tidak dikepalai oleh Ketua Menteri.

CUIT SIKIT:

jika tiadaa perubahan, di atas adalah tarikh - tarikh perlawanan Separuh Akhir Piala FA musim ini.

Tetibo yo ati den sayu. Rupa - rupanya Sang Rusa sudah tidak bertanduk. Lebih hiba apabila Rusa cair diayat penyu petang semalam. Alim, Alim, kusangka kau pandai, ghupo eh ko hanya layak menjadi budak milo yo.

16.4.13

SUKU AKHIR 2 PIALA FA DAN SIARAN TERTINGGAL TV1.....

Hari ini bakal berlangsung empat perlawanan Suku Akhir 2 Piala FA 2013. 

Kesemua pasukan tuan rumah bakal memperolehi peluang untuk layak ke Separuh Akhir Mei nanti.

Sarawak menentang Kelantan dengan perlukan kemenangan 1 - 0 sahaja. Kekalahan 1 - 2 di Kota Bharu, 6 April lalu memberikan mereka kelebihan jaringan di tempat lawan.

Darul Takzim perlukan lebih daripada keajaiban untuk menterbalikkan keputusan 1 - 2 di Johor Bahru. Selaku tuan rumah, Selangor masih boleh kalah dengan 0 - 1 dan layak ke Separuh Akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

NS bertandang ke Kuala Terengganu dengan berbekalkan kekalahan 1 - 3 di Paroi. Sangat sukar untuk menang 3 - 0. Namun, tidak mustahil. Terengganu masih boleh ke Separuh Ahir biarpun kalah 0 - 2 petang ini.

Sime Darby selaku pasukan Liga Premier pertama layak ke Final Piala FA [ 2011 ] mungkin mempunyai peluang 55 : 45 apabila bertemu Pahang di Selayang, petang ini. Terikat 0 - 0 di Kuantan, kedua - dua pasukan mempunyai peluang seimbang. Siapa sahaja membuat kesilapan, mereka pasti tersingkir.

CUIT SIKIT:

Bagaikan diatur dan dikawal, jadual Suku Akhir 2 ini terbahagi kepada 2 segmen. Dua perlawanan di sebelah petang dan dua lagi di sebelah malam.

Jadual siaran langsung adalah seperti berikut;
Sepatutnya, RTM menerusi TV1 selaku penyiar bersama turut memainkan peranan untuk menyiarkan dua perlawanan secara langsung setelah Astro Arena selaku hos penyiar menyiarkan dua perlawanan.

Alangkah meriahnya jika RTM menyiarkan secara langsung, perlawanan Terengganu lwn NS di sebelah petang dan menyiarkan pula perlawanan Sarawak menentang Kelantan di sebelah malam. Kedua - dua perlawanan berbeza waktu permainannya.

Malangnya, RTM mengambil jalan kembali ke tahun 1990'an apabila masih berbangga untuk menjadi penyiar SIARAN TERTINGGAL. Jika di tahun 1990'an, siaran tertinggal [tertunda] masih relevan kerana ketiadaan internet. 2013 ini segala siaran tertunda dan terlambat ini sudah tidak relevan lagi kerana semuanya boleh diikuti dengan pantas, tindakan RTM itu pasti menimbulkan rasa meluat di hati kaki bola di Malaysia.

Menghidangkan juadah basi kepada kaki bola bukanlah cara terbaik. Slogan SUKAN TERBAIK HANYA DI RTM pasti tinggal sebagai slogan kosong. Semakin RTM menunda siaran bolasepak, semakin jauhlah anak - anak muda daripadanya. Dan, semakin terpinggirlah sokongan mereka untuk perkara lain.

Den cuma boleh menulis. Den cuma boleh menyuarakan. Sepatutnya RTM tidak mengajak orang muda untuk menjadi tua sebelum waktunya. Kalau Menteri RTM tuo, biarlah deh. Tapi sistem siaran seharusnya muda. Orang sudah tak main yang tertinggal dan tertunda ni. Elok bonar ekau balik ke Jolobu Jang!

11.4.13

TAHNIAH DIVALDO ALVES, KO MEMANG HEBAT.....

Sabtu 13 April, bakal berlangsung sepakmula pusingan kedua Liga Super untuk NS. Pasukan yang bakal ditentang adalah Lions XII. Pasukan yang ditentang di perlawanan terakhir pusingan pertama lalu.

Sekadar mengimbau sejarah pusingan pertama, aku pamerkan di sini statistik pencapaian lima pasukan terbaik pusingan pertama Liga Super 2013.
Lions XII memang gah di Singapura. Tetapi, rekod di arena lawan membuktikan mereka amat lemah sebenarnya. Pencapaian di luar begitu buruk buat Lions XII. Dan, satu - satunya kemenangan yang diperolehi oleh Lions di luar Singapura adalah pada 9 Januari 2013. Mereka menang 1 - 0 ketika bertemu ATM di Paroi. Maknanya, peluang NS untuk meraih kemenangan pertama sememangnya ada.

Pun begitu, mari kita lihat pencapaian NS pula.
Sedih lagi menyedihkan. Itulah jawapan kepada rekod di atas. Namun, aku percaya, NS bakal bangkit bermula 13 April ini. Sementelahan pula import baru sudah boleh diturunkan.

CUIT SIKIT:


Buat DA, ko memang hebat. Corot tetapi langsung tidak tergugat. Butler yang juga boleh berbahasa Melayu loghat Indonesia tu sudah kena sebulan. Ko langsung tidak terusik.

9.4.13

PUSINGAN 2.....

Jumaat ini bakal bermula pusingan kedua Liga Premier dan Liga Super.


LIGA SUPER # PEMAIN \ PASUKAN Gol
1  Marlon Alex James ATM 11
2  Mohd Fauzi Roslan Pahang 7
3  Daniel Güiza Darul Takzim 6
4 Effa Owona Terengganu 6
LIGA PREMIER # PEMAIN \ PASUKAN Gol
1  Koh Traore  Sabah 6
2  Mohd Khyril Muhymeen Zambri  Kedah 5
3  Bobby Gonzales  Sarawak 5
4  Muriel Orlando  Johor 3
# PASUKAN P GOL Pts
+-
1 SIME DARBY 11 8 3 0 26 7 19 27
2 SARAWAK 11 8 3 0 17 4 13 27
3 JOHOR 11 7 1 3 27 12 15 22
4 KEDAH 11 6 1 4 14 9 5 19
5 PDRM 11 4 3 4 24 16 8 15
6 S.P.A PUTRAJAYA 11 3 3 5 17 19 -2 12
7 SABAH 11 3 3 5 15 19 -4 12
8 POS MALAYSIA 11 3 3 5 9 13 -4 12
9 PERLIS 11 3 3 5 13 20 -7 12
10 KUALA LUMPUR 11 3 2 6 12 26 -14 11
11 UiTM FC 11 2 1 8 7 20 -13 7
12 NS BETARIA 11 1 4 6 8 24 -16 7
JUMLAH BESAR 66   189 189  
# PASUKAN P GOL Pts
+-
1 LIONS XII 11 7 2 2 13 6 7 23
2 SELANGOR 11 5 4 2 14 9 5 19
3 DARUL TAKZIM 11 5 4 2 18 16 2 19
4 ATM 11 5 3 3 21 13 8 18
5 PAHANG 11 5 2 4 17 16 1 17
6 PKNS 11 4 2 5 15 15 0 14
7 KELANTAN 11 3 5 3 11 11 0 14
8 TERENGGANU 11 4 2 5 13 15 -2 14
9 PERAK 11 4 2 5 9 12 -3 14
10 FELDA UNITED 11 2 6 3 6 9 -3 12
11 T - TEAM 11 2 3 6 4 13 -9 9
12 NEGERI SEMBILAN 11 0 5 6 5 11 -6 5
JUMLAH 66   146 146  

CUIT SIKIT:

Jumaat ini merupakan medan pertama buat pasukan mencuba wajah baru dalam pasukan. Pasti ramai muka baru kerana tingkap perpindahan pemain impot luar dan dalam negara mula dibuka Isnin lalu.

Inilah masanya untuk kesemua pasukan dan Ketua Jurulatih pasukan 'nyawa ikan' untuk memperbaiki prestasi.

NS dan NS Betaria mungkin sukar muncul juara tetapi masih ada peluang untuk berada di top 8. NS terutamanya perlu mengembalikan keyakinan penyokong yang sudah mula bosan dengan pasukan.

Buktinya? Sesiapa yang hadir ke STAR Paroi Sabtu lalu pasti tekejut kerana tidak ramai yang hadir biarpun game malam itu bertaraf suku akhir. Luar daripada kebiasaan.

PBNS seharusnya memandang serius perkara itu. Setakat ini, aku katakan PBNS gagal menghasilkan produk terbaik. Sebab itu "sale"nya semakin merudum.

Di hujung hari, siapakah yang mahu melihat NS bangkit? Sila angkat tangan.

6.4.13

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA FA.....

Jang tewas menerusi dua gol di minit akhir. Harimau Selatan kalah kerana satu sepakan penalti diselamatkan penjaga gol lawan. Kelantan menang. Pahang buntu.

Begitulah rencah pusingan pertama Suku Akhir Piala FA 2013. Di seberang tambak, Lions XII mendahului pusingan pertama Liga Super setelah menewaskan Perak 2-1. Lions mengutip 23 mata, empat mata mengatasi Selangor dan Darul Takzim FC.

CUIT SIKIT:

NS dan Darul Takzim FC berkongsi nasib. Pasukan tuan rumah yang kalah. Kelantan muncul pasukan tuan rumah tunggal yang menang. Pahang pula, tidak menang dan tidak kalah.

Buat dua pasukan tuan rumah yang kalah itu, pastinya cabaran pada 14 April nanti amat perit. Namun, selagi wisel penamat belum ditiupkan, selagi itulah peluang masih ada. Sementelahan pula, pemain impot baru sudah boleh bermain.

Itu pun kalau pemain impot tu jenis bagus. Kalau tak menureh macam De Porras, nasib badan le.

Satu gol di tempat lawan memberikan peluang buat Sarawak untuk melakukan kejutan di Kuching nanti. Pahang dan Sime Darby pastinya melihat Stadium MP Selayang itu tidak pernah menjanjikan syurga buat tuan rumah. Kedua - duanya memiliki peluang samarata untuk menang.

Seimbas pandang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan SIme Darby bakal beraksi di Separuh Akhir. Pun begitu, mungkin berlaku kejutan besar di pusingan kedua nanti.

SAMA  - SAMA KITA NANTIKAN. Sehingga tibanya saat itu, sobalah Jang dan Milah.

2.4.13

TAK BERLATIH TAPI MENANG.....

Kelantan menang lagi.  Tiga perlawanan hebat dalam tempoh seminggu bukanlah mudah.

25 Mac, Piala FA: KELANTAN 4 PKNS 2
29 Mac, Liga Super: ATM 2 KELANTAN 3
   2 Apr, Piala AFC: KELANTAN 5 SHB DA NANG 0

Esok, Selangor turun menentukan haluan di Grup H.
Waktu tertera adalah waktu siaran tertunda berkenaan. Harap maklum.
Sabtu ini, turun lagi berhadapan SARAWAK di Kota Bharu. Satu lagi pertemuan sukar di Suku Akhir Piala FA 2013.

Empat hari selepas itu, Kelantan turun ke padang lagi.
Setakat ini, belum ada penundaan tarikh perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di mana Kelantan bakal bertemu ATM di Kota Bharu pada 13 April 2013.

CUIT SIKIT:

Secara keseluruhannya, bermula 25 Mac sehingga 30 April nanti, Kelantan akan bermain 11 kali dalam tempoh 37 hari itu. Secara ringkasnya, Kelantan telah dan akan bermain;

4 perlawanan Liga Super,
4 perlawanan Piala AFC dan,
3 perlawanan Piala FA.

Dan, setakat ini Bojan Hodak dan Pahlawan Merahnya telah menang 3 perlawanan. Kita lihat bagaimana kesudahan baki lapan perlawanan itu.

Jika mereka berjaya menang lima daripadanya, itu sudah dikira baik. Sebabnya? Dengan jarak perlawanan secara purata 3.36 hari, jelas tiada ruang buat pasukan Kelantan untuk berlatih.

Masa senggang diantara perlawanan pastinya digunakan untuk perjalanan ke arena lawan. Selain di semenanjung, Kelantan bakal berkelana ke Kuching dan juga Maldives di sepanjang April ini.

Lain halnya dengan Selangor. Paling jauh, mereka hanya ke Ho Chi Minh City di Vietnam. He! He! Heh!.....

KELANTAN memang hebat. Tak berlatih pun boleh menang.

LIVE SUKU AKHIR PIALA FA.....

SABTU ini, empat perlawanan Suku Akhir 1 Piala FA akan berlangsung. Enam pasukan Liga Super bertemu sesama sendiri atau dengan dua pasukan teratas Liga Premier.

Jadual perlawanan,
Biarpun Piala FA adalah pertandingan berbeza, suka atau tidak, kita terpaksa merujuk kepada keputusan dan kedudukan pasukan menerusi pencapaian liga masing - masing.
Carta Terkini Liga Premier

Carta Terkini Liga Super
Dua pasukan teratas dari Malaysia di Liga Super bakal berentap sesama sendiri. Satu daripadanya bakal tersingkir. Bagi aku, yang bakal tersingkir itu adalah pasukan bertaraf bangsawan dari selatan.

Sime Darby dan Sarawak adalah dua pasukan daripada 24 pasukan profesional di Liga Malaysia 2013 yang masih belum kalah. Baik di Liga Premier mahu pun di Piala FA.

Mungkinkah rekod mereka bakal berakhir di Kuantan dan Kota Bharu Sabtu ini? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Ada kemungkinan, bakal berlaku upset.

Negeri Sembilan dan Terengganu bakal bertemu tiga kali di sepanjang April. Dua di Piala FA, satu di Liga Super. Tidak banyak perbezaan diantara keduanya. Mungkin faktor Owona bakal menjadi pemisah kedua - dua pasukan.

Menariknya, NS, Sarawak dan Sime Darby berkongsi pencapaian yang sama di Piala FA setakat ini. Ketiga - tiganya belum dibolosi.

CUIT SIKIT:

Sangat menarik apabila kesemua lapan pasukan bakal beraksi serentak. Tiada permainan di sebelah petang.

Amat menarik sekiranya Selangor, Sarawak dan Sime Darby membuat kejutan di arena lawan.

Paling menarik sekiranya NS menang dengan jaringan yang selesa buat bekalan di arena lawan pada 16 April nanti.

Sangat malang apabila Judin menyalahkan media apabila beliau tersepit. Sepatutnya, apabila disoal tentang konspirasi dalaman, Judin seharusnya menjawab, TIADA SESIAPA DI FAM YANG MAHU MENYINGKIRKAN KONG GOBAL.

Apabila Judin menjawab ada kemungkinan, itulah padah yang harus dilalui oleh Judin. Media hanya melapor apa yang ditafsir oleh mereka menerusi jawapan sengal Judin.

Kepada rakan - rakan media, teruskan usaha untuk membetulkan FAM.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH