Jumlah Paparan Halaman

27.3.13

SEJARAH BARU LIGA MALAYSIA.....

Jumaat dan Sabtu ini adalah hari penentuan buat 24 pasukan di Liga Premier dan Liga Super. Kecuali Lions XII dan Perak, 22 pasukan bakal menamatkan saingan pusingan pertama liga masing - masing.

Inilah peluang terakhir buat mereka yang berada di senarai singkir untuk membuktikan sesuatu biarpun sudah terlambat. Setidak - tidaknya, adalah kenangan untuk ingatan pasukan, sebelum berpisah.

Namun, khabarnya menjelang tingkap perpindahan dibuka 8 April ini, sudah ada pemain yang tidak lagi bersama pasukan asal. Sudah balik kampung. Sudah bersama pasukan baru sebagai langkah mencari keserasian. Maknanya, mereka tidak dapat bersama di perlawanan terakhir pusingan pertama ini.

Setakat ini, hanya heboh diperkatakan berkenaan penyingkiran dan pengambilan baru pemain sahaja. Sehingga kini, belum ada mana - mana Ketua Jurulatih yang direhatkan. Belum ada kedengaran berita perpindahan Ketua Jurulatih. Situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Biasanya, selepas tidak perform dalam empat atau lima perlawanan, adalah Ketua Jurulatih yang bakal berehat. Amat berbeza musim ini apabila para stake - holder pasukan dan kelab amat bersabar dengan apa jua keputusan pasukan masing - masing.

Tiada lagi perarakan ke rumah Presiden. Tiada lagi kain rentang minta letak jawatan. Tiada lagi sidang akhbar khas oleh Kelab Penyokong. Mengapa ek?

Mungkin semua pihak mahu mencatat sejarah baru. Semuanya akur dengan apa jua rentak dan corak permainan pasukan kesayangan. Semuanya setuju dengan apa jua keputusan yang dicapai pasukan. Masing - masing mahu mencipta sejarah di Liga Malaysia 2013. Cool dengan pasukan masing - masing biarpun pencapaiannya hampeh.

Dan, sejarah juga tercipta musim ini apabila penamat saingan pusingan pertama ini bakal disiarkan secara langsung dan tertunda menerusi kaca tv. Satu perlawanan kelas atas Liga Premier dan tiga perlawanan terpilih Liga Super bakal disiarkan secara langsung. Dua lagi perlawanan Liga Super bakal disiarkan secara tertunda.

Jika tiada perubahan, beginilah jadualnya,
CUIT SIKIT:

Buat dua pasukan yang menggunakan nama NEGERI SEMBILAN, bawa - bawalah berubah. Takkan selamo - lamo eh, nak duduk di bawah.
Jangan buat sejarah sama - sama turun pangkat musim hadapan. Malu kito waghih!.

26.3.13

SUKU AKHIR PIALA FA 2013.....

Setelah sebulan tertangguh kerana cuaca, Kelantan akhirnya menewaskan PKNS di Kota Bharu pada 25 Mac untuk meneruskan perjuangan mempertahankan Piala FA 2013.

Keputusan penuh semua perlawanan pusingan kedua,
Juara 2012, Kelantan dan Naib Juara 2012, Sime Darby masih bernafas tahun ini. Turut berada di suku akhir adalah Negeri Sembilan yang sedang nazak di dasar Liga Super itu. Secara umumnya, enam pasukan Liga Super dan dua pasukan Liga Premier bakal beraksi secara timbal balik di suku akhir nanti.

Jadual suku akhir,
Pertarungan bertaraf heavyweight pastinya melibatkan Darul Takzim dan Selangor. Begitu juga pertemuan pendahulu Liga Premier, Sime Darby dan bekas pendahulu Liga Super, Pahang pasti menjanjikan saingan sengit.

Kelantan di pertengahan Liga Super pasti juga sesak nafas apabila berhadapan dengan Sarawak yang sedang berada di tangga kedua Liga Premier.

Pertemuan paling menarik pastinya Negeri Sembilan bertemu Terengganu. Bukan kerana kedua - duanya hebat. Tetapi, inilah antara peluang terbaik untuk kedua - duanya mencari kejuaraan. Saingan di Liga Super nampaknya agak payah buat kedua - dua pasukan.

Jadi, NS terutamanya pasti mahu membuktikan prestasi longlai di Liga Super bukan bermakna mereka tiada peluang untuk muncul juara di Piala FA. Sebagai rekod, Juara Piala FA 2013 bakal bertanding di Piala AFC 2014.

CUIT SIKIT:

Ada komen para PSNS yang gumbira kerana NS bakal beraksi di suku akhir dengan pemain import baru. Silap tu jang.

Tingkap perpindahan pemain hanya akan dibuka mulai 8 April. Suku Akhir pertama berlangsung pada 6 April. Di mana fakta yang membenarkan pemain import baru diturunkan?

Kecuali Tuk Midin dan JKPT berputar 360 darjah, kesemua lapan pasukan ini bakal turun dengan pemain sedia ada di Suku Akhir pertama nanti.

Selamat maju jaya semua!

23.3.13

REVIU MALAYSIA MENANG.....

Akhirnya, MALAYSIA 2 YEMEN 1.

Sesuatu yang sepatutnya dicapai. Menang tetapi tidak boleh dibanggakan.  Seperti biasa, membazirkan peluang di hadapan gol lawan lebih diutamakan. Ketika kita sepatutnya menang dengan 5 -1, apalah yang perlu dibanggakan dengan kemenangan 2 - 1 itu.

Ketika sepatutnya tiada lagi kesilapan bertahan, itulah yang masih dipamerkan oleh Harimau Malaya. Ketika sepatutnya Stadium Shah Alam dipenuhi oleh 70 ribu penonton, yang hadir cuma sekitar empat ribu.

Jadi, apalah mahu dibanggakan dengan kemenangan ke atas negara Arab yang paling rendah rankingnya itu. Malah, YEMEN tidak boleh beraksi di negara sendiri selaku tuan rumah kerana masalah stadium. Apalah yang perlu dimegahkan oleh Malaysia kerana kemenangan itu.

Kedudukan kumpulan D selepas dua perlawanan,
CUIT SIKIT:

King Gobal mungkin boleh tidur lena untuk tempoh enam bulan lagi. Namun, ancaman sebenar adalah,

Jika gagal di dua perlawanan ini, Malaysia dijangka berada di tangga ke 3 kumpulan. Dan, hanya SATU pasukan ketiga TERBAIK daripada lima pasukan, akan ke Australia pada 2015. Setakat ini, Iraq berada di papan atas, carta itu diikuti Malaysia.

21.3.13

PREVIU MALAYSIA LAWAN YAMAN.....


Persamaan kedua - dua pasukan adalah;

Kedua - duanya TIDAK MENANG dalam LIMA PERLAWANAN terakhir.

Perbezaan;

MALAYSIA menjaringkan 2 gol dan bolos 12 dalam lima perlawanan terakhir.

YAMAN pula bolos 10 gol tanpa mampu menjaringkan sebarang gol.

KESIMPULANNYA:

DUA - DUA pasukan adalah serupa. Samo - samo hancai dan bungkor.

Sesiapa sahaja boleh menang perlawanan ini.

CUIT SIKIT:

Jika TIDAK MENANG, aku fikir King Gobal yang telah santak ke dinding itu, patut meletak jawatan.

Tidak perlu lagi cakap berbelit - belit. Tidak perlu lagi menyalahkan penyerang di saat pertahanan dan penjaga gol lebih gomar tidur daripada bermain.

King Gobal sebenarnya tidak boleh lagi meningkatkan kualiti permaian Malaysia kerana kemampuan beliau sudah sampai ke kemuncaknya apabila Malaysia menjuarai Piala AFF 2010.

Dua tahun telah berlalu, hajat King Gobal nak ke Australia 2015 mungkin terealisasi dengan menduduki tempat terbaik di kalangan lima pasukan di tangga ketiga pusingan kelayakan ini. http://en.wikipedia.org/wiki/2015_AFC_Asian_Cup_qualification

Dua tahun yang hanya menonjolkan GAGAL lebih banyak daripa MENANG bukanlah peningkatan. Eloklah King Gobal berundur. Tengku pun dah mula berbunyi tu.

13.3.13

NASIB BERBEZA KELANTAN & SELANGOR.....

Hari ini dua wakil negara di Piala AFC menamatkan saingan kedua peringkat kumpulan masing - masing.

Nasib Kelantan dan Selangor berbeza biarpun kedua - dua pasukan mampu menjaringkan tiga gol.

Ketika Kelantan menebuskan kekalahan tahun di tempat yang sama. Juga dengan jaringan yang sama, Selangor menjadi pasukan tuan rumah yang paling bermurah hati. Tiga kali mendahului, tiga kali juga Selangor membenarkan TAMPINes Rovers mendapatkan gol penyamaan. 

Pastinya TAMPINes Rovers berterima kasih kepada Mahalli dan Asrarudin. Kedua - dua pemain bek kanan dan kiri Selangor ini sering tiada di posisi. Tidak menutup ruang dan peluang lawan dengan cepat. Amat berbahaya buat negara kerana King Gobal pasti menurunkan kedua - duanya apabila Malaysia bertemu Yemen nanti. Jika Mahalli dan Asrarudin tidak segera berubah cara bermain, ada harapan Yemen menang di Shah Alam nanti.

Kedudukan pasukan selepas dua perlawanan,
Apabila dua pasukan dari Vietnam menerajui kumpulan masing - masing, aku fikir itulah sebabnya Vietnam berada di ranking lebih baik berbanding Malaysia. Sesuatu yang mungkin tidak pernah kita terfikir sepuluh tahun lalu.

Perlawanan seterusnya,
Amat menarik apabila dua pasukan teratas Kumpulan H bertemu di Kota Bharu. Manakala di Ho Chi Minh City, pendahulu Kumpulan G akan melayan pasukan tercorot. Secara asasnya, Vietnam lawan Malaysia. Nanti kita lihat siapa yang kena.

CUIT SIKIT:

Pastinya inilah perlawanan yang paling ditunggu - tunggu oleh semua kaki bola Malaysia.

Namun, jika aksi seperti Mahalli dan Asrarudin tunjukkan tadi masih terpamer di Shah Alam nanti, mungkin hajat King Gobal mahu ke Australia bakal terkubur begitu sahaja.

12.3.13

CEGHITO ITAM.....

NS Betaria berada di tangga corot Liga Premier setelah kesemua pasukan menamatkan perlawanan ke 11 masing - masing.
Namun, siapa peduli. NS Betaria adalah sebuah pasukan kelab yang ditunjangi oleh syarikat swasta yang bergiat di bidang hartanah di Seremban. Berpangkalan di Seremban tetapi menggunakan Stadium Hang Tuah di Melaka sebagai arena tuan rumah mereka.

DEKAT TAPI JAUH. Itulah jaraknya diantara NS Betaria dan para kaki bola di NS. Malah, aku tidak hairan sekiranya para Jang dan Milah langsung tidak menyedari akan kewujudan pasukan NS Betaria ini.

Begitu pun, apabila pasukan yang sentiasa berada di kelas atas dan tengah tiba - tiba pula berada di tangga tercorot Liga Super, hampir seluruh negeri terbangun.
Seteruk - teruk NS Betaria, ada juga satu kemenangan. Sehebat - hebat NS, langsung sifar bab monang - monang ni.

2013, di bawah kendalian Divaldo Alves [ Portugal ], NS bukan sahaja tidak menang malah gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan. Daripada jumlah itu, tiga perlawanan menghasilkan keputusan seri [ 0 - 0 ]. Cuma ada dua perlawanan di mana NS menjaringkan gol dan mendapat mata.

NS juga tewas di tiga perlawanan tanpa mampu menjaringkan gol. Jika ada kebanggaan, hanyalah fakta dan data mengatakan NS tewas tetapi mampu menjaringkan gol ketika menentang Pahang dan Darul Takzim. Kedua - duanya di arena lawan.

Situasi begini mengingatkan aku ketika NS dikendalikan oleh Hattem Soussi pada 2007 dan 2008. Jurulatih kelahiran Tunisia itu akhirnya meninggalkan NS tanpa sebarang kebanggaan. Dan, paling penting, ketika itu sering terpampang di STAR of Paroi, banner yang meminta dua H [ Hattem & Haslah ] meletak jawatan.

2013 menyaksikan NS beralih angin untuk kembali mencuba sentuhan jurulatih impot. Mamat Portugal yang boleh berbahasa Indonesia ini setakat ini, GAGAL.

Beza Divaldo dengan Hattem adalah pelan pasukan. Hattem awal - awal lagi menekankan untuk mencuba seberapa ramai pemain muda bagi pelan jangka panjang NS. Beliau berjaya mengenengahkan ramai pemain muda seperti Tengku Qayyum, Aidil, Zakuan, Shahurain, Kunanlan, Rahman Zabul dan tidak ketinggalan Thanaraj. Para pemain muda itu berjaya sebagai pemain tetapi NS gagal sebagai pasukan.

Divaldo Alves pula tidak pernah didengar beliau menyebut pembangunan. Maknanya, persiapan beliau adalah bagi memenuhi kehendak semasa. Malangnya, DA gagal memenuhi kehendak semasa itu apabila menamatkan pusingan pertama di arena sendiri tanpa sebarang kemenangan.

Sebagai rekod, pertemuan dengan Felda United di Paroi pada 9 Mac lalu adalah perlawanan terakhir di arena sendiri bagi pusingan pertama Liga Super. Sebagaimana biasa, apabila NS dan Felda United bertemu di Paroi, pasti ada insiden menarik untuk tontonan semua.

Kali ini bukan melibatkan pemain dan penyokong, tetapi melibatkan penyokong yang memprotes pengurusan dan pihak kejurulatihan pasukan NS. Seperti biasa, adalah BUDAK HITAM yang menjadi sasaran.

Bukan sekadar bidalan. BUDAK HITAM yang menjadi sasaran itu memang hitam pun. Aku fikir perlu juga budak hitam tu berehat daripada menjadi sebahagian daripada pihak yang menjadi tangan ghaib di Medan Rahang. Berehat dan berhentilah daripada aktiviti bola sepak. Eloklah tumpukan perhatian kepada permainan snooker yang menjadi sebahagian rutin hariannya.

Semua pasukan bakal menamatkan saingan di pusingan pertama liga pada 29 Mac nanti.
Aku tidak fikir NS boleh balik dengan tiga mata dari Singapura. Aku juga tidak fikir NS boleh mendapat satu mata di sana. Jika NS mendapat mata di Singapura, aku nak ajak PSNS beramai - ramai sedekah apa sahaja kat masjid di seluruh NS pada hari Jumaat, 5 April nanti.

CUIT SIKIT:

April nanti akan ada jendela perpindahan pemain. Pasti ramai pemain NS akan dipindahkan. Pasti ramai juga akan dibawa masuk. Mungkin jurulatih juga akan bertukar.

Namun, perpindahan pemain tidak akan membawa apa - apa sekiranya minda dan mentaliti kelas tiga BUDAK HITAM itu tidak berubah.

Kulit itam takpo, ati jangan itam!

6.3.13

TK PIYA.....

Di atas adalah keputusan perlawanan pertama kedua - dua wakil Malaysia di Piala AFC 2013.

Not bad. Tetapi agak malang buat Kelantan yang berkuasa, menguasai tetapi tidak menang. Juara Piala FA Maldives 2012, Maziya SRC mempamerkan permainan secara berpasukan dan amat liat untuk ditembusi.

Juara Piala FA Malaysia 2012, Kelantan seperti biasa bermain secara menyerang. Namun, penyakit tak jumpa gol lawan di Liga Super masih bersama mereka biarpun mereka menurunkan dua penyerang impot yang jauh lebih baik berbanding Keita Mandjou itu.

Khabarnya ada 7 pemain kebangsaan Maldives bersama Maziya SRC. Apa yang jelas, mereka cepat menyesuaikan diri dengan suasana di SSMK IV, Kota Bharu. Sesuatu yang memberikan advantage kepada mereka untuk bermain secara bertahan dan kemudiannya membuat serangan mengejut.

Selepas ini, Kelantan akan ke Yangon dengan memori tewas 1 - 3 kepada lawannya musim lalu.
CUIT SIKIT:

Piya yang menjadi semacam fobia kepada pengurusan Harimau Malaya masuk sebagai pemain gantian.

Kemasukan Piya terus mengubah corak serangan Kelantan. Malah, dia juga menjaringkan gol penyamaan Kelantan.

Itulah maksud pertukaran tektikal. Pemain yang masuk mampu mengubah nasib pasukan.

Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh mana - mana pasukan, termasuklah Harimau Malaya, jika mahu meningkatkan momentum semasa permainan.

TK Piya.

5.3.13

GILIRAN DARUL TAKZIM.....

Kegagalan Selangor menewaskan T - Team petang tadi menyaksikan Darul Takzim FC berada di puncak Liga Super minggu ini.

Lima top five bergilir - gilir menduduki takhta Liga Super setakat ini. Baki tujuh pasukan di pertengahan dan di bawah, masih tidak berubah nasib mereka.

Ada yang patut menang, akhirnya kalah di minit - minit akhir. Ada juga yang sepatutnya tidak menang, tiba - tiba menang di arena lawan. Ada yang sepatutnya kalah, di saat akhir berjaya mencipta seri.

Namun, hujung minggu ini, pertemua sengait pasti berlaku buat kesemua 24 pasukan Liga Perdana dan Liga Super.
Paling gah dan penting adalah pertemuan dua pasukan TERCOROT Liga Super, Negeri Sembilan dan Felda United di Paroi.

Bagi aku, tiada kompromi buat NS. MESTI MENANG. Jika tidak, pasti NS akan berhadapan detik yang lebih sukar selepas ini. Bakal menamatkan saingan pusingan pertama di Singapura pada 29 Mac nanti, jika NS masih tidak menang Sabtu ini, kemungkinan besarnya, NS tidak mampu untuk bangkit lagi di musim ini. Jawabnya, Liga Perdanalah kito taun dopan.

CUIT SIKIT:

Jika tidak menang Sabtu ini, aku harapkan pasukan Liga Super NS musim ini datanglah ke Jeram Kenangan Kampung Serting Ulu di Jempol.

Lepaklah dua - tiga malam. Kita buat muhasabah diri sambil menjayakan upacara mandi bunga di sana.

HOBEN JANG HOBEN!

1.3.13

PDRM KANTOI LAGI.....

Hari ini, 12 pasukan di Liga Premier telah menamatkan perlawanan ke sembilan masing - masing.

Usai perlawanan, kedudukan Liga Premier adalah seperti berikut;
Tiada perubahan di lima tangga teratas tetapi, hanya dua pasukan tersebut menang hari ini.

Kegagalan KEDAH menewaskan NS Betaria menjelaskan betapa pasukan ini tidak konsisten dan masih terbuai dek kalah kepada Darul Takzim di Piala FA, Selasa lalu. Nyata, Kedah gagal bangkit di Melaka hari ini.

Paling menarik tentunya kemenangan pasukan yang Presidennya "hingak" ke atas PDRM. Dalam kalut dengan penggantungan dan mencari duit untuk membayar gaji pemain, Mr. Presiden ini nampaknya berjaya memotivasikan pasukannya untuk mula bangkit.

Seingat aku, Perlis mempamerkan aksi konsisten sebaik sahaja Presidennya digantung FAM awal Februari lalu.

Dan, kebangkitan Perlis ini membuatkan PDRM pula semakin hilang cengkaman di puncak liga. Garang di empat perlawanan awal, PDRM akhirnya menemui jalan buntu.
13 gol menerusi empat perlawanan menzahirkan betapa bernafsunya PDRM membedil lawan. Namun, sebaik sahaja mereka dibolosi gol pertama lawan pada 21 Januari, PDRM terus - menerus kantoi.

Hanya mengutip satu mata di sepanjang Februari, tentunya menimbulkan tandatanya buat ramai pihak yang dekat dengan PDRM ini. Minggu lalu mereka mendahului 3 gol di separuh masa pertama. Malangnya, di separuh masa kedua mereka membenarkan pula SABAH menjaringkan 3 gol.

CUIT SIKIT:

Mungkin ada yang tidak kena dengan PDRM ini. Ada jangkitan virus agaknya. Dibolosi 10 gol dalam lima perlawanan terakhir seperti memberikan petunjuk bahawa PDRM ini terkena penyakit. Dalam tempoh yang sama mereka hanya mampu menjaringkan 6 gol.

Bawak berubat cepat. Jangan sampai keluar berita PDRM dirapati bookie. Malu kita weh.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH