Jumlah Paparan Halaman

29.6.11

“MAT SAMAN” TERUS MENYAMAN…..

Kira-kira 200 peneroka dari gugusan Felda Kerteh, Dungun akan memfailkan saman mereka terhadap agensi kerajaan itu pada bulan Julai ini bagi menuntut dikembalikan wang caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 seorang.Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan memfailkan saman itu pada bulan depan bagi menuntut wang caruman itu yang sehingga sekarang ini belum dibayar balik…..


Posted by admin on June 29th, 2011

CUIT SIKIT:-

“Kita telah mengadakan pertemuan dengan Felda supaya membayar balik wang tersebut tetapi mereka mungkir janji. Saya yakin, peneroka akan menang dalam kes ini berdasarkan beberapa keputusan mahkamah yang lalu,” kata Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak).

keputusan mahkamah terbaru di Pahang dan Negeri Sembilan, mahkamah memberi kemenangan kepada pihak peneroka dan mereka dibayar sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Kata Aku…..

Apabila berkhidmat, berkhidmatlah dengan rasa kasih sayang kepada pelanggan kita [warga Felda].

Kalau kita berkhidmat menggunakan kepala lutuit, maka akan berlakulah saman – menyaman seperti sekarang ini. Kata ada TIMBANGTARA, mengapa tidak digunakan?

Jawapannya:-

Apabila peneroka menuntut hak, maka:
a)   Pengurusan Felda akan mengatakan mereka ini telah dipengaruhi pihak pembangkang.

b)  Ketua Peneroka akan mengatakan peneroka berkenaan tidak tahu bersyukur.

c)   BAPAK akan berkata, mengadulah dengan kami. Kami adalah biro rasmi aduan peneroka.

d)  ANAK turut berkata, mengadulah menerusi kami. Kami akan bantu anda sebaik mungkin.

e)   Jawapan di atas semua tidak betul kerana semua pihak tidak memenuhi tuntutan yang telah dimeteri bersama oleh Felda dan Peneroka menerusi surat perjanjian. Kembalilah kepada surat perjanjian berkenaan untuk mencari kebenaran.

Pengurusan Felda janganlah melihat semua isu yang berbangkit adalah angkara pihak pembangkang semata - mata. Lihatlah ianya sebagai manfestasi kejayaan anda membangunkan warga Felda selama ini.

Pelbagai program termasuklah pinjaman komputer peribadi kepada setiap peneroka, membolehkan mereka mendapat pelbagai maklumat terkini di hujung jari. Tatkala peneroka telah menikmati kehidupan moden di tahun 2000'an, jangan pula Pengurusan Felda masih berfikiran seperti zaman pembangunan tanah di tahun 70’an dahulu.

Berubahlah kerana pelanggan anda telah lama berubah…..satu jari yang anda tuding kepada orang lain, tiga atau empat jari yang lainnya, menuding kembali kepada anda.
BERHENTILAH MENYALAHKAN ORANG LAIN KERANA SAMAN - MENYAMAN INI BERLAKU KERANA ANDA TIDAK PERNAH PEKA DENGAN SUASANA SEMASA.

21.6.11

JAGALAH KEPALA LUTUIT.....



Seterusnya......


CUIT SIKIT:

Ada beberapa isu di sini yang patut kita renungkan.

Pertama, My Kad adalah penting untuk membuktikan kita adalah warganegara. Simpanlah dengan selamat. Biarlah kita hilang asalkan My Kad tidak hilang. Hilang My Kad denda bermula RM 100.00 dan seterusnya. Kalau kita hilang, tiada siapa yang akan didenda. My KAD DIDAHULUKAN, DIRI ANDA DIUTAMAKAN.

Kedua, Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] telah melaksanakan tugasnya dengan cekap dan toleransi. Cekap kerana mematuhi garis panduan atau manual prosedur kerja jabatan. Denda tidak boleh dilupuskan, tetapi boleh dikurangkan atas budi bicara. Tahniah dan syabas JPN Perlis.

Ketiga, sokongan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penghulu supaya dikecualikan denda kepada pihak yang bermasalah ini, nampaknya tidak dihiraukan oleh pihak JPN, kerana manual prosedur kerja mereka menyatakan kes ini tidak termasuk di klausa kes yang boleh dikecualikan denda. Orang miskin dan tidak mampu, tidak boleh tidak, WAJIB membayar denda berkenaan walaupun anda mendapat sokongan pihak atasan pentadbiran Kerajaan Negeri. Nampaknya air liur pihak SUK dan Penghulu dah tak masin lagi...

Keempat, aku fikir, kes ini tidak akan muncul di dada akhbar sekiranya semua pihak menjaga kepala lutut mereka dengan baik dan selamat. Kerana berfikir dengan menggunakan kepala lutut [orang Perlis kata LUTUIT], pegawai JPN telah lupa bahawa khidmat paling cemerlang yang boleh diberikan ialah dengan meringankan beban orang miskin. Peraturan yang tercatat boleh diatasi dengan budi bicara dan akal budi yang luhur, selaras slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.

Mengurangkan denda bukanlah jawapan kepada kes di atas. Bagi aku, pelupusan denda dan diiringi dengan surat amaran kepada Sdr. Mohd. Ridzuan adalah lebih baik dalam kes ini. Nasib baik Mohd. Ridzuan menggunakan kepala cerdiknya untuk mencari rebung buat membayar denda. Kalau Mohd Ridzuan turut menggunakan kepala lutuit untuk mencari duit buat membayar denda, mungkin berlaku pula kes jenayah di Perlis.

Akhirulkalam, jagalah KEPALA LUTUIT anda. Gunakanlah di masa yang betul, di tempat yang betul, dengan tujuan yang betul dan, dengan orang yang betul. Kuasa hanya nampak berkuasa apabila dilaksanakan kepada simiskin.

Kalau kes itu berlaku kepada VIP ? Lu jawaplah sendiri..........................

15.6.11

CATATAN KE SERATUS.....

FELDA UNITED.....nama yang dilhamkan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, ketika sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri FELDA.


Maka, munculah satu jenama baru di FELDA. Kebiasaannya, jenama baru berkaitan FELDA adalah berkaitan usaha FELDA untuk menambah sumber pendapatan. Samada ianya berkaitan pendapatan peneroka atau pun pendapatan organisasi demi kebaikan dan masa hadapan warganya.


Namun, FELDA UNITED bukanlah jenama dan usaha komersil FELDA. FELDA UNITED adalah satu jenama untuk memperkenalkan FELDA menerusi sukan, khususnya bola sepak. Di awal kemunculannya di Liga FAM, ianya bukanlah satu omongan. Ianya adalah lambang kepada kegigihan warga FELDA untuk berjaya. Mungkin ketika itu, para pemainnya adalah kakitangan dan anak peneroka FELDA sendiri. Semangat FELDA membara di jiwa mereka.

Muncul Naib Juara Liga FAM, FELDA UNITED bertarung pula di Liga Premier. Akhirnya, berkat muncul Juara Liga Premier 2010, FELDA UNITED berdiri sama gagah dan sama rendah dengan pasukan - pasukan elit bola sepak negara di Liga Super. Sama - sama menyepak dan disepak oleh Kelantan, Terengganu dan Selangor. Hebatkan.

Catatan awal FELDA UNITED memang hebat. Tiga bulan pertama Liga Super berlangsung, 3 Ketua Jurulatih kehilangan jawatan angkara pasukan mereka kalah kepada FELDA UNITED. Mustakeem Omar, Ahmad Yusuf dan Wan Jamak adalah mereka yang aku maksudkan.
Anehnya, memasuki pusingan kedua Liga Super, FELDA UNITED pula yang sepatutnya membuang Ketua Jurulatihnya. Aku kata perlu buang sebab ternyata beliau hanya bercakap kosong setiap kali bercerita tentang kemampuan FELDA UNITED di kaca tv.
PENCAPAIAN PUSINGAN PERTAMA

PENCAPAIAN PUSINGAN KEDUA
 CUIT SIKIT:-

Kerana adanya KPI untuk pasukan ini, sepatutnya Pengarah Besar FELDA tidak bertindak sebagai Pengurus Pasukan. Dengan perbelanjaan yang menelan jutaan ringgit, sepatutnya, Ketua Jurulatih juga dilantik sebagai Pengurus Pasukan.

Pengurusan dan Kepimpinan Tertinggi FELDA UNITED sewajarnya menswastakan Jawatan Pengurus Pasukan kepada Ketua Jurulatih sepertimana amalan Manchester United dan lain - lain kelab profesyional. Dan, sepatutnya ada " punish and rewards " buat beliau.

Sepatutnya, Pengurusan akan bertindak serta merta ke atas kegagalan E.Elavarasan selaku Ketua Jurulatih FELDA UNITED, sepertimana mereka bertindak serta - merta kepada mana - mana Pengurus Rancangan yang tidak perform. Kalau sekadar menang dua kali daripada 13 perlawanan di pusingan kedua ini, apa guna Ketua Jurulatih ini masih disimpan di Wisma FELDA?

Kalau dilihat keadaan semasa, pastinya sebarang kegagalan FELDA UNITED tidak akan diambil tindakan kerana Pengurus Pasukannya adalah Pengarah Besar FELDA sendiri. Siapa yang berani menyingkirkan beliau?

Tanpa perubahan di peringkat "TOP" ini, aku percaya kekalahan kesebelas di Shah Alam pada 14 Jun akan menjadi pusara kepada FELDA UNITED....
ANGKA 11 YANG SEUMPAMA BATU NISAN DI KUBUR....

AKU KRITIK sebab aku tahu apa orang luar kata tentang FELDA dan FELDA UNITED.....jangan sampai FELDA UNITED menjadi satu lagi kegagalan pelaburan FELDA seperti ladang koko di FELDA LEPAR UTARA 3 , 6 dan 7 di tahun 80'an dahulu.






12.6.11

LIMA SAAT YANG BERKESAN.....

11-06-11 tarikh yang mungkin menarik untuk dikenang. Sekitar jam 11.30 malam berkenaan, Terengganu, Ya!TERANGGANU, bukannnya KELANTAN yang muncul juara PIALA FA.

Terengganu yang bangkit dari ketinggalan 2 gol kosong dan akhirnya menang 3-2 semasa separuh akhir pertama di Kuantan, melakukannya sekali lagi di final ini.

Mereka ketinggalan kepada jaringan cantik Nurul Azwan Roya di minit ke80. Bangkit melawan dan akhirnya menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Daudsu Jamaludin di minit ke 94. Menurut catatan Wan Fakhrul [sahabat fb aku], gol itu dijaringkan di minit ke 93'55".

Lima saat yang memisahkan antara tangisan duka dan tangisan gembira. 5 saat yang akhirnya membawa jauh Piala FA dari Kota Bharu. Lima saat yang mungkin sudah tidak dihiraukan lagi oleh Kelantan kerana fokus dan tumpuan adalah kepada upacara menjulang piala dan meraikannya bersama - sama penyokong, menjadi lima saat yang sangat penting buat Terengganu yang terdesak.

Di masa tambahan selama 30 minit selepas itu, aku lihat Kelantan sudah tiada lagi tumpuan dan fokus serta semangat melawan. Mungkin kesan lima saat itu, masih terbawa - bawa pada setiap pemain dan akhirnya mereka tewas dengan rembatan deras Ahmad Nordin Alias di minit ke 110. Walaupun masih berbaki 10 minit, Kelantan sudah tidak mampu bangkit lagi. Kelantan sudah punah dan tumpas serta hancur di padang ketika itu.


CUIT SIKIT:

Kepada penyokong Kelantan, aku lihat, anda tidak pernah mahu menjadi dewasa dan bijak. Angkara sikap anda, permainan tertangguh 5 minit TATKALA Kelantan rancak menyerang. Ekoran pengguhan itu, aku lihat Kelantan seperti kehilangan momentum. Peluang itulah yang diambil Terengganu sehingga terhasilnya gol penyamaan yang sangat penting itu.

Penyokong Kelantan yang tidak cerdik itu telah membaling mercun ke kawasan penalti Terengganu dan hampir mengenai penjaga golnya. Anda memang tidak sayangkan pasukan Kelantan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan boleh dikenakan denda puluhan ribu ringgit akibat balingan mercun itu. Selama ini pun, KAFA telah banyak membayar denda kerana kebodohan penyokongnya.  Kalau pun anda bodoh, jangan tampilkan kebodohan anda itu. Simpanlah baik - baik di kocek seluar anda.

Mungkin aku berbahasa kasar kali ini, tetapi yang nyata, kerana andalah,Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia turut terpaksa bertugas di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sesuatu yang tidak berlaku semasa final tahun 2010 diantaraNegeri Sembilan dan Kedah.
Jangan marah kalau ada orang yang menganggap orang Kelantan ni tak reti bahasa dan tidak mahu belajar daripada pengalaman lalu. LU FIKIRLAH APA YANG PATUT....dan contohilah penyokong Terengganu semalam yang tidak membuat onar walaupun hampir sahaja tewas.

10.6.11

AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI.....

Esok, 11-06-11, 8.45 malam, akan berlangsung perlawanan akhir [FINAL] Piala FA Malaysia 2011. Jika di England, Final Piala FA adalah perlawanan penutup tirai musim berkenaan, lain halnya di Malaysia. Masih ada lagi dua piala lagi yang menjadi rebutan.Kejuaraan liga super dan PIALA MALAYSIA.

PIALA FA YANG MENJADI REBUTAN

Di Malaysia, Piala FA adalah satu pertandingan kalah mati yang bolehlah dikatakan sebagai pertandingan ketiga terpenting buat para penyokong dan pasukan yang bertanding. Walau seteruk mana pun prestasi pasukan di peringkat liga,mereka tetap mengidam untuk memenangi PIALA MALAYSIA yang telah berakar umbi sebelum merdeka lagi.

Dalam ertikata yang lain, PIALA MALAYSIA adalah keutamaan, kedua kejuaraaan Liga dan ketiga, barulah diimpikan Piala FA.

Namun, apabila final kali ini mempertemukan dua pasukan yang paling hangat dengan sokongan, soal pertandingan itu kelas apa, sudah tidak menjadi persoalan lagi. Terengganu dan Kelantan adalah dua negeri yang secara tradisinya akan panas apabila bertemu di padang bola.

Mungkin juga kisah Pak Kaduk kalah menyabung ayam sehingga BESUT yang asalnya milik Kelantan bertukar menjadi milik Terengganu masih menjadi mimpi ngeri buat kedua - dua negeri. Itulah yang dikatakan Ayam Menang, Kampung Tergadai. Justeru, tidak hairan warga Besut, bertutur dengan loghat Kelantan dan meminati Dikir Barat bukannya menyukai Ulik Mayang.

Contoh klasik kepada kes di atas ialah Norsharul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo adalah anak jati Besut, Terengganu. Bertutur loghat Kelantan dan bermain untuk Kelantan malam esok.

CUIT SIKIT:

Sebagai anak Pahang, aku berbangga dua pasukan dari pantai timur, muncul di pentas final Piala FA. Kedua - duanya juga adalah calon juara Liga Super musim ini. Kedua - duanya juga adalah calon awal aku untuk bertemu lagi di Final Piala Malaysia.

Dan, kedua - duanya juga adalah pasukan yang berkemungkinan akan menang sorak tetapi kalah sabung. Bukan kerana ayam, tetapi kerana penyokong masing - masing yang sering kali lupa diri samada mereka menang atau kalah.

KEPADA PENYOKONG!.....
Jangan sampai kejadian membakar kerusi dan peralatan Stadium Nasional berulang kembali. Cukuplah FRU dan JPAM sahaja yang bertugas di stadium. Jangan pula ada anggota pasukan  Bomba dan Penyelamat Malaysia turut terpaksa bertugas di Stadium Nasional, malam esok. Jangan sampai pasukan anda menang tetapi mengalami kerugian kerana terpaksa membayar denda kerana kedangkalan fikiran anda yang bertindak liar.
KEPADA PENYOKONG!.....
Bola sepak hanya sukan, bukannya medium peperangan. Bola sepak adalah sukan yang gentleman sekiranya dimain dan disokong secara semangat kesukanan. Sayangilah TERENGGANU dan KELANTAN! Berikanlah yang terbaik malam esok dengan penuh semangat kesukanan....

5.6.11

KHABAR DARI FELDA SERTING HILIR.....

Kelmarin, 04-06-11; meriah majlis perkahwinan dua pasang pengantin di rumah Matseh Manaf, Pengurus FELDA Serting Hilir Lima.

Namun, bukan itu yang ingin aku khabarkan. Yang aku akan khabarkan di sini ialah:

SAH! Ada usaha pihak Pengurusan FELDA untuk memujuk peneroka supaya menarik balik saman mereka yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban, tahun lalu. Saman peneroka terhadap FELDA berkaitan isu kadar perahan minyak sawit yang melibatkan lebih 600 orang peneroka tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Gambar Fail-selepas saman difailkan di Seremban
Khabarnya, usaha dibuat secara pujukan menerusi individu, bukan secara kelompok. Ada tawaran kewangan. BIASALAH tu, bila dah dah terdesak, macam - macam la janji dan budi. Semakin banyaklah tebu tumbuh di tepi bibir.

CUIT SIKIT:

Yang aku tahu, sebelum saman itu difailkan, telah ada ruang rundingan dan perbincangan. Malangnya, pihak berkenaan tidak mahu menerima permintaan para peneroka berkenaan.

Bila dah masuk mahkamah, dah makan masa setahun, pandai pulak nak ajak berunding.

Benarlah kata aku;

akibat pintu rundingan seringkali tertutup, masalah akan merayau ke halaman orang.

Tu pasal, pihak kilang FELDA janganlah bersikap, Peneroka adalah Pelanggan Kelas Dua yang tidak tahu apa - apa.

Kita sangka mereka tidak tahu apa-apa walhal, mereka lebih tahu daripada kita tentang dunia. Kita yang ketinggalan rupa - rupanya.

Dengarnya, akan ada lagi kes saman - menyaman kadar perahan minyak sawit ni. Ini semua angkara kilang sawit yang tidak mendahulukan rakyat. Kita tunggu......

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH