ADA SATU POST KAT FB yang katanya;.....
Kau baru lepas graduate Ijazah dekat universiti dan selepas
itu kau mula bekerja dalam satu syarikat. Di dalam department kau, ada satu
team leader yang hebat dan berpengalaman. Tapi belajar takat SPM je.
Lepas setahun, Boss kau mencari seorang manager untuk handle
deparment kau tu. Dan macam yang kita tahu, kau ajelah yang layak sebab
mempunyai kertas Ijazah dan layak untuk duduk dikerusi empuk itu. Manakala,
team leader kau gagal dinaikkan pangkat sebab hanya sekadar mempunyai sijil
SPM.
Silap pada team leader tersebut sebab tak belajar sambil
bekerja untuk dapatkan kertas yang lebih baik. Tapi, kau yang ada ijazah dan
dinaikkan pangkat pon belum tentu mampu handle department tersebut, sebab atas
faktor kekurangan pengalaman. Dan selepas beberapa minggu, department kau
menjadi huru hara dan mendapat rekod kecermelangan yang paling teruk.
Macam tulah dalam pentas bolasepak Malaysia. Negeri Sembilan
yang tak layak masuk Liga Super, sebab kalah di Liga Perdana, tapi disebabkan
salah satu pasukan di Liga Super tak complete lesen dan segala dokumen, jadinya
Negeri Sembilan dipilih dan dinaikkan pangkat ke Liga Super untuk sekadar untuk
cukupkan kuota pasukan.
Dan aku boleh agak, Negeri Sembilan akan sekadar menjadi
lubuk mata bagi pasukan lain di Liga super. Sebab? Ya, sebab dekat Liga Perdana
pon termengah-mengah nak bersaing, itu pon tak menang, ada hati pulak tu nak
berkepak bagi saingan hebat kat Liga Super.
nota kaki:
aku posting tanpa edit nota itu.
CUIT SIKIT:
Para akhir tu memang mencabar. Tapi, itu pendapat dio. Biarkanlah dio.
Cuma, aku harap PBNS dapat membentuk satu pasukan yang bersifat mahu menang bukannya mahu menjimatkan bajet seperti dulu - dulu.
Dah ada rezeki main di Liga Super, buatlah yang terbaik dan jangan turun semula sebab lesen kono tarik sudahlah.
HOBEN JANG HOBEN!