SEMBILAN belas perlawanan dalam dua pertandingan berbeza memberikan gambaran sebenar kekuatan dan kelemahan NS musim ini.
Statistik di bawah menunjukkan betapa gagahnya NS apabila bersaing di Liga Premier. Semua MUSUHnya ABIEH BINASO. Namun, watak pesaing serius di Piala FA gagal di saat penting dan genting.
Dua kekalahan kepada PAHANG di Separuh Akhir menjelaskan bahawa NS belum cukup kuat. Belum memiliki karekter JUARA sebenar.
DUA kekalahan termasuk di arena sendiri sebenarnya amat meruntun perasaan SNS dan PSNS. Tetapi, apakan daya, NS belum cukup mantap. Terimalah hakikat itu.
Aku fikir, dengan tamatnya pertandingan Piala FA, selepas Aidilfitri ini, NS seharusnya mengusahakan KEJUARAAN LIGA PREMIER 2017. Tidak perlu menyusahkan diri dengan memikirkan untuk mencari peluang memenangi Piala Malaysia pula.
Jangan buang masa untuk bersaing di satu pertandingan yang hanya bersifat SEJARAH tetapi tidak memberikan pulangan terbaik buat pemenangnya.
Bagi aku, NS seharusnya memberikan segala tumpuan dan tenaga untuk menjuarai Liga Premier kerana itu akan memberikan tiket untuk NAIK PANGKAT musim hadapan.
CUIT SIKIT:
Jom lihat siapa yang kemarau ni;
Apabila mesin gol mengalami musim melawas, pastinya pasukan akan turut bermasalah.
ENAM perlawanan terakhir TANPA MENANG memang memeritkan. Sepatutnya ada watak sebagai SUPER-SUB di kalangan pemain tempatan. Malangnya, ia tidak berlaku.
Bagaimanapun, jika angka penonton menjadi perkiraan, aku fikir inilah antara musim teramai semenjak NS bersaing di Liga Premier ini. TQ semua.
HOBEN JANG HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan