Jumlah Paparan Halaman

14.1.17

MARABOLA.....

1. Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
2. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Mungkin kedua - dua pihak telah mengajukan permohonan tajaan program pembangunan masing - masing kepada Majlis Amanah Rakyat [ MARA ].

Mungkin MARA berminat untuk menaja KAFA yang nombor satu. Sebab itu adalah program pendidikan. Sesuai dengan matlamat penubuhan agensi berkenaan.

Bermesyuaratlah para PENGURUSAN TERTINGGI dan luluslah sejumlah nilai tajaan yang agak besar demi kemajuan sektor pendidikan.

Malangnya, apabila tiba ke peringkat penyediaan cek, pihak berkenaan telah tersalah alamat. Bukan sengaja tau. TERsalah alamat maksudnya secara tak sengaja tertulis nama dan alamat KAFA yang nombor dua. Maklum sahaja, yang KAFA yang nombor dua tu lebih popular berbanding yang nombor satu.

Tambahan pula, KAFA yang nombor dua lebih berkuasa dan lebih dekat dengan MARA.

Akhirnya, dek kerana ter [ perbuatan tidak sengaja ] untunglah yang nombor dua. Biasanya, memang disebut ramai, nombor dua ni lebih banyak untungnya berbanding nombor satu.

CUIT SIKIT:

Suatu ketika disebut MARABAHAYA. Kemudian lahir pula MARADONA. Sekarang, meriah pula Malaysia dengan munculnya MARABOLA.

Tahun hadapan ke Zurich lagi untuk Anugerah THE BEST FIFA Kategori TAJAAN ter [ tak sengaja ] LENCONG.

TAHNIAH FAIZ SUBRI kerana tendangan lencong anda menjadi sebutan dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH