Jumlah Paparan Halaman

7.2.16

MENANTI GOL SULUNG DI PAROI.....

Jam 16:45, Jumaat ini, sepak mula Liga Premier 2016 bakal berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam. Sebabnya, itulah satu - satunya perlawanan MD1 LP dijalankan di sebelah petang. UiTM FC bertemu Sabah.

Inilah rakan sepermainan NS di Liga Premier 2016;
ATM, Sime Darby, Perlis dan Melaka United adalah empat muka baru musim ini. Lapan lagi [ termasuk NS ] adalah penghuni tetap liga divisyen dua ini sejak dua tiga musim lalu.

Jumaat ini juga, NS bakal turun dengan serba baru. Kecuali Asri Ninggal, Kahar dan Duan Pasoh, kesemua pemain dan kejurulatihan NS adalah wajah baru. Semangat baru. Perjuangan baru. Misinya tetap sama. Naik ke Liga Super. Bila? Mungkin 2017. Mungkin juga tahun - tahun selepas itu.

CUIT SIKIT:

Musim lalu, Kuantan FA memberikan enam mata kepada NS.

Musim ini, persiapan pra - musim Kuantan FA agak bagus. Mereka menang ke atas Felda United sempena pembukaan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka baru - baru ini.

Jadi, NS perlu memberikan yang terbaik di laman sendiri. Bukan sahaja menang, tetapi kemenangan itu dicapai hasil persembahan meyakinkan. Diiringi sokongan padu penyokong setia dan tak berapa setia.

Jika musim bermula dengan goyah, anda pasti boleh mengagak apa seterusnya. Berikan yang terbaik, pasti sokongan akan meningkat. Barulah boleh dapat hasil kutipan tiket yang lumayan.

Nak tengok STARofPAROI dipenuhi, berikan kami lima kemenangan berturut - turut.

HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH