Jumlah Paparan Halaman

3.2.16

MENGENAL HARIMAU MALAYSIA.....

Semalam FAM dengan bangganya mengumumkan pertukaran nama jolokan pasukan kebangsaan daripada HARIMAU MALAYA kepada HARIMAU MALAYSIA.

Banyak jugalah komen para netizen. Banyak juga yang berbaur negatif. Banyak juga yang agak ilmiah.

Aku pamerkan di sini spesis harimau yang masih wujud di dunia;
CUIT SIKIT:

Apabila FAM menukar nama "nickname" kepada Harimau Malaysia dengan alasan para penyokong dari Sabah dan Sarawak tidak begitu menggemari nama itu, aku fikir ada sedikit kebebalan di kalangan pihak berkuasa bola sepak negara itu.

Harimau Malaya adalah spesis haiwan yang wujud sama seperti Rusa, Kenari, Lang Merah, Badak, Kenyalang, Kijang, Penyu, Gajah, Kancil, Pipit, Punai, Lintah, Seladang, Murai, Singa dan banyak lagi yang tiada ruangan untuk disenaraikan.

Nama HARIMAU MALAYSIA itu lebih berbau politik membodek berbanding hasrat sebenar untuk mengambil sifat haiwan itu sebagai ikutan para pemain negara.

Ambil contoh Negeri Sembilan. Rusa dijadikan maskot dan nama jolokan pasukan. Permainannya cukup tangkas dan lincah sama seperti haiwan berkenaan.

Kerana ketangkasan dan kelincahan serta kelicikan serti Sang Rusa, maka NS kekal di Liga Premier musim ini.

Daripada digelar Harimau Malaysia kan lebih elok diberi nama RIMAU DUIT.

#Tunjukkan Bodohmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH